Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK TAHU PUKUL DIRI SENDIRI SEHINGGA JATUH

PN PERLU BERTEGAS MENGHADAPI FITNAH DAN PROVOKASI. 

SUDAH ADA YANG GILA TALAK

'Syed Saddiq tak berhak bercakap atas nama Armada, Bersatu'

Malaysiakini   

Wan Ahmad Kamal

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak mempunyai hak untuk bercakap atas nama ketua pemuda Bersatu (Armada), kata bekas pembantunya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

MAHADHIR KENA SMASHH TEPAT KENA MUKA DIA !

APA BUAT PADA MELAYU SETELAH 24 TAHUN JADI PERDANA MENTERI ? 

Mohd Razlan berkata:
 Malaysiakini
"Rakyat telah sedar bahawa tujuan tersirat Mahathir adalah cuba mewujudkan keadaan kucar-kacir dan melaga-lagakan semua lawannya dan akhirnya beliau akan mendapat keuntungan tersebut. 

"Disebabkan keadaan politik yang tidak keruan dan akhirnya akan menyebabkan ekonomi negara kembali merudum dan malah boleh jadi lebih teruk.

"Perkara ini sudah tentu tidak menguntungkan rakyat dan pelaburan asing.

"Sudah-sudahlah. Anda sudah menjadi perdana menteri hampir 24 tahun. Anak-anak anda sudah bergelar jutawan dan keluarga anda juga hidup senang. 

"Apa lagi yang tidak cukup? Khidmat anda sudah tidak diperlukan lagi. Negara ini bernama Malaysia bukannya Mahathir, maka jangan peralatkan negara seperti milik peribadi," katanya.

ADUUUHAI, TIDAK TERFIKIR PULAK ADA YANG LANYAK DIRI SENDIRI SEHINGGA TERGUGUR DENGAN SENDIRINYA !

RAKYAT YANG PILIH MEREKA, BOLEH NILAI KEPINTARAN MEREKA INI.

INI LA YANG DIMAKSUDKAN KOREK LUBANG TANAM DIRI SENDIRI ?

INI LA KERJA TUHAN YANG MAHA ESA ! 

YANG DIHARAPKAN SUDAH MELEPAS, SEBAB TUHAN KATA CUKUP LA TUU !

BERSATU TIDAK TERBURU-BURU BERTINDAK PADA MAHADHIR.

 Image

'Bersatu tak terburu-buru bertindak pada Mahathir '

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, hari ini menegaskan tindakan parti itu ke atas Dr Mahathir Mohamad serta empat ahli parlimen mereka tidak dibuat secara terburu-buru.

Justeru, Muhyiddin meminta semua anggota Bersatu agar bersabar dan bertenang dengan perkembangan yang berlaku sekarang.

"Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembagaan parti telah menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta-merta.

"Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal. 

Tiada individu di atas perlembagaan
Keadaan itu mendorong Bersatu menganggap keanggotaan Mahathir dan empat yang lain dalam Bersatu terbatal serta-merta. 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan - yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri - pula mengiktiraf Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi Bersatu.









Semalam, Mahathir membuat kejutan apabila memasuki pejabatnya di ibu ibu pejabat Bersatu dan menunggu untuk mana-mana pegawai kanan parti menyampaikan keputusan mereka itu.










"Tun (Mahathir) bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan Tun, saya ucapkan selamat maju jaya.


21 orang berkata:

Anonymous said...

MAKAN DALAM’ Atok makin rasa ‘TERBAKAQ’

Bayangkan kita main badminton. Atok tak henti-henti dok smash, tiap kali atok smash selamba Bosku angkat.

Sampai lembek atok smash tapi bosku lambung balik sambil makan keropok super ring. Lama-lama atok akan give up, atok maki hamun haramjadah sebab atok dah terbakaq sangat.

Atok siap sound “Hoi! Hang (bossku) nak main ka tak nak?” Boleh jadi bodo tau kalau main badminton macam tu... kikikiki..!!

Macam tu la Bosku dng Mahathir. Hangpa bayangkan apa yang Mahathir tak buat kat Najib?

Apa yang Mahathir tak kata kat Najib? Dia tuduh Najib dengan lebih 40 pertuduhan, dia angkut barang-barang Najib dari rumah Najib, dia tuduh Najib perompak, penyamun, pencuri. Dia blok passport Najib. Atok ' buy time' kes Riza supaya atok boleh fitnah jijik Bossku kes 1MDB dng harapan rakyat termakan dakyah jijik atok. Doa oramg dizalimi dan sumpah laknat akhirnya dimakbul tuhan maka kerajam atok terbongkang masuk longkang.

Atok kacau anak bini Najib. Atok tuduh Najib bersubahat bunuh Altantuya. Sama mcm cerita badminton tadi, Mahathir smash gila babi. Tapi kita nampak Bosku steady ja balas smbil makan super ring dan tamban pop corn. Haah jangan lupa kasi tepokkk skli..!!

Rakyat respek sangat dng Bossku. Sekali pun Bossku tak smash. Bossku tak balaih dengan maki hamun macam Anwar. Bosku tak guling2 demonstrasi mcm puak hawaw dlm PH.

Bosku tak buat mogok lapaq pun macam puak-puak PH. Sebaliknya dia siap tunjuk dia enjoy pi makan pop corn lagi.

Still bosku enjoy life pi main gym , main FB. Dia join budak-budak muda, dia pi main bowling, dia join busker, dia merayau sana sini. Rakyat pula berebut-rebut bergambaq, berebut-rebut bersalam.

Siap melekat gelaran BOSSKU. Memang makan dalam cara Najib ni. Tu dia habaq hang! Lawan Berhujah fitnah jijik dng fakta dan bukti akhir atok tertebuk muka sendri.

Mau Atok tak terbakaq. Atok keluaq kat publik, tak sapa ambik pot. Mungkin sebab muka Mahathir macam muka beruk mak yeh. Pasai tu 24 jam 7 hari seminggu Mahathir dok meratib Najib Najib Najib Najib.....

Atok mengelupoq tak tentu arah. Api dah nak padam. Atok nak kenakan Najib tapi atok kena teruk. Dia nak bakaq Bossku tapi atok yang terbakaq.

Najib boleh membenamkan Mahathir dan Mahathir akan mati beragan.

Macam tu la Najib balaih kat Mahathir. Hangpa bayangkan apa yang Mahathir tak buat kat Najib? Apa yang Mahathir tak kata kat Najib? Dia tuduh Najib dengan lebih 40 pertuduhan, dia angkut barang-barang Najib dari rumah Najib, dia tuduh Najib perompak, penyamun, pencuri.

Dia blok passport Najib. Dia kacau anak bini Najib. Tak cukup dengan tu dia tuduh Najib bersubahat bunuh Altantuya. Sama macam cerita kita main badminton tadi, Mahathir smash gila babi.

Najib steady ja. Relaks ja dia angkat balik sambil kunyah pop corn

Bila Mahathir tengok Najib tak lut, dia target orang Melayu pulak. Dia salahkan Melayu sebab kita sokong Najib. Atok kata Melayu bacui. Hangpa tau apa maksud bacui?

Pemimpin DAP (Ronnie Liu) salah kan atok sebab PH tumbang. Mana maruah atok dipijak-pijak DAP kerana atok baru saja menulis panjang lebar ‘mensucikan’ DAP.

Lebih perit lagi ialah, beliau sanggup menghina bangsa Melayu hanya kerana mahu ‘mensucikan’ DAP. Atok dah tak tau mana nak pergi, suma orang dah benci dan menyampah dengan janji lidah bercabang atok.

Jangan jadi bacol atok ooii..!! Udah udah lah tuhh.. kubo dah kata mai sini..! mai sini.!!

Maksudnya bacol, maksudnya atok tak da teloq. Kurang ajaq betui orang tua kerepot tu. Berani dia kata kita pulak yg bacol tak da teloq? Phuuiiiii...!!!

Itulah kehebatan Najib. Tak sangka kan.. kan!?

Anonymous said...

Rosmah melompat lompat suka najip smash.

Anonymous said...

Elok2 jadi PM, nak test water sgt, letak jawatan. Ego ke langit 7.

Confident akan dpt sokongan penuh drp MPs. Nak tunjuk eksen dgn MP Port Dickson . Last2 , strategi x menjadi.

Abah yg dilantik YDPA menjadi PM..kahkahkah...Atok gigit jari. Terus menggila.

Akhir2 ni, boiboi dpt penyakit daddy, semua x tau. Hahaha..

tunfatimah said...

Sekarang TSMY sudah jadi PM. Wajar dipecat ahli2 parti bunga yang tak sokong dia. Takkan nak jadi mcm bang non? Lembik. Sampai huruhara pkr. 😊

Anonymous said...

Dr Mahathir Mohamad kini berada di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, kira-kira sejam sebelum sidang media Hamzah Zainuddin, iaitu setiausaha agung yang memihak kepada Muhyiddin Yassin.

“Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Si tua berusia 95 tahun itu masuk ke pejabat pengerusi Bersatu dan duduk di mejanya.

Saya sekadar berkata, nak tunjuk hebat tapi semua barang dia dirak dan dalam meja telah dihumbang dalam tong sampah.

Mahathir cuba nak tunjuk lagak di pejabat Bersatu yang rak dan meja dia semua dah dikosongkan... kau duduk lah kat office kau tu sorang diri... bercakap lah kau dengan kerusi meja tu..

Duduklah di situ sorang sorang sambil merenungi apa yang engkau telah buat dengan umur engkau 95 tahun.

Kes Riza kau 'buy time' kau buli Riza kau belasah secukupnya selama 22 bulan dengan tiada satu hari pun kes nya disubut di mahkamah. Kau buli dan belasah Riza dengan tujuan fitnah jijik Najib semahu mahu kau dalam kes 1MDB. Dengan harapan rakyat termakan dakyah fitnah jijik 1MDB

Sekaramg Mahyuddin 'buy time' untuk diri kau pulak, buy time sampai masuk kubo.. Padan muko

Anonymous said...

Salahkan Mahathir dia yang pilih nak letak jawatan bukan kami.

Kami sangat terkejut keputusan itu tanpa dibawa berbincang.

“Selepas menyertai Bersatu, perbincangan berlaku dari semasa ke semasa.

Dr Mahathir minta arahkan parti bukan hanya perkukuhkan kedudukan, tapi juga mengurangkan keyakinan rakyat terhadap DAP. Dalam erti kata lain sabotaj Pakatan Harapan.

“Ketika itu, parti buat kerja atas arahan Perdana Menteri ketika itu, dan apa yang patut dilakukan, contohnya Kongres Maruah Melayu dilakukan secara besar-besaran dan mungkin tidak dapat parti lakukan jika tiada arahan Perdana Menteri (ketika itu),” kata seorang pemimpin Bersatu.

Menurutnya, berlaku perbincangan untuk membawa Bersatu keluar daripada PH.

“Dalam beberapa perbincangan, termasuk antara dia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bersama Dr Mahathir di rumahnya, mencari jalan macam mana Bersatu keluar daripada PH.

“Ini permintaan (Dr Mahathir). Kita kata, buat bersama-sama dan yang lainnya sudah menjadi sejarah apabila Dr Mahathir sendiri letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu, di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, semua pihak termasuk Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu terkejut dengan peletakan jawatan Dr Mahathir kerana ia dilakukan tanpa sebarang perbincangan.

Malah, ketika Yang di-Pertuan Agong perlu memilih Perdana Menteri baharu Februari lalu, Hamzah mendakwa beliau dan pimpinan Bersatu lain bekerja keras memastikan Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri apabila namanya antara yang dicalonkan kepada Istana Negara.

“Namun, sejarah membuktikan Dr Mahathir tidak mendapat sokongan. Bukan saya yang memecahbelahkan parti, tapi beliau yang letak jawatan dan tak dapat sokongan.

Kenapa sekarang nak ambil semula jawatan Perdana Menteri...!?

Anonymous said...

Sebab dia si tua yg tamak. Orang tamak selalu rugi.

Anonymous said...

Kalu tun nak bawa tiko bantal tido kat bersatu HQ pun buleh. Tulong jadi pak guard.

Anonymous said...

Sebab dia rasa dia lah manusia paling hebat kat negara ni.

Anonymous said...

Atok nak pecat PM dan yg lain lain.. atok tu acah acah power ajer tuu

Bring it on atok... bring it on atok


Bubar kan parlimen lepas PRK Tasik Chini


Lets begin it on .. atok...


No more acah acah power... sack TSMY now ...

jangan acah acah power atok... bring it on


Q serra q serra

Anonymous said...

Parti Ciput macam sudah jadi kuah golmal kari keluarga kalbatak (dilog Keluarga 69). Kalau bab bergaduh depa paling kr depan skli

Apa sudah jadi dengan parti PPBM?

Apakah Presiden PPBM, Muhyiddin, sudah hilang kawalan terhadap partinya sendiri atau PPBM sudah menjadi parti sarkas atau Dr. Mahathir sudah meroyan kerana dipecat dari PPBM?

Perkembangan terkini, selepas SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi memecat Dr. Mahathir bersama 4 lagi

Ahli Parlimen PPBM, Marzuki Cambridge pula memecat SUK PPBM, Kapten (B) Suhaimi. (Cambridge fake degree)

You scratch my butt, I scratch yur buty

Persoalannya, adakah 'pemecatan' yang Marzuki Cambridge lakukan itu sah?

Marzuki Cambridge sebenarnya sudah dipecat dari jawatan Setiausaha Agung PPBM berkuatkuasa 18 Mac 2020 (BACA DI SINI).

Ini bermakna, Dr. Mahathir mengarahkan orang dari luar PPBM memecat Setiausaha Kerja PPBM yang sah mengikut perlembagaan.

'Rule of law' mana yang atok gunakan untuk mengambil tindakan tersebut?

Jelas Dr. Mahathir sudah berjaya menjadikan PPBM sebuah parti yang menjadi bahan lawak bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. kah kah kah ..!!

Elok juga dijadikan bahan lawak untuk hilangkan stress dalam musim PKPB nie... Parti samseng kaki gaduh@ kampung dusun sepanjang zaman .. kah kah kah..kah

Namun dari satu sudut, timbul pertanyaan, apakah Muhyiddin sudah hilang kawalan ke atas PPBM atau Dr. Mahathir and the gang tengah meroyan sebab kena pecat?

Bring it on atok... jangan acah acah power.. sack TSMY now..!!

Anonymous said...

Mmg Bersatu kena telan jela dgn abg besar Umno...

Parti kecik, kena berperang berebut kerusi time pRU

Anonymous said...

Kalau dlm pH , situasi Bersatu tetap sama .

Anonymous said...

Aku hairan macam mana penyokong PKR dan AMANAH boleh bodoh dalam perkara ini

Rupa rupanya YB Senator Marzuki bekas SUA Bersatu, DS Shafie Apdal Warisan antara yang hadir bersama pemimpin parti politik Melayu Bumiputera dirumah Tun Mahathir untuk khianat pada PH.
Mereka pada tanggal 23 Febuari 2020 sendiri telah hadir ke Istana Negara untuk menyatakan sokongan tidak lagi bersama gabungan Pakatan Harapan dan tolak Anwar Ibrahim.

Sekarang tuduh TSMY pengkhianat walhal mereka inilah pengkhianat sebenar bersama Tun Mahathir. Khianat pada agenda utama perjuangan menyelamatkan negara dari kerakusan DAP.

Anonymous said...

Dari Laman Reformasi

INGAT LAGI TAK STATMENT DR. M TERHADAP ANWAR IBRAHIM?

Salam mamu.. sokong harta anak cucu legasi tak guna ini di rampas

Tak Boleh Jadi PM.. Macam Mana Dia Nak Jadi? Parti Dia Sendiri Berpecah? Sebahagian Ahli PKR Tolak Dia? Anwar Gagal Kawal Parti Sendiri...
Anwar Tak Layak

AkhirNya....
Dr. M Sendiri Termakan Balik Kata² Dia Sendiri... Malahan DiPecat Terus.. Terasa Terhina Lagi... ADA RASA?��

BERSATU Sudah Jadi BERSEPAI

Apalagi yang mahu dibanggakan Saka 95. Berikut adalah kegagalan Saka 95 sebelum Izrail datang menjemput:-

1) Jawatan PM dirampas Muhyidin
2) Jawatan MB Kedah dirampas PN
3) jawatan Ketua Pembangkang dirampas Anwar
4) Status negarawan bakal dirampas oleh Najib atau Muhyidin
5) Bangunan tertinggi klcc bakal dirampas menara TRX dan Menara PNB
6) Kekayaan anak bakal dirampas iaitu dimilik negarakan jika ada unsur salah guna kuasa
7) Banyak lagi legasi Saka 95 bakal dirampas orang lain di atas sikap tamak beliau sendiri.

Pepatah melayu ada berkata "orang tamak selalu rugi"

Kerala ada pepatah tak??

Anonymous said...

Riza Aziz bayar AS$40 juta lebih daripada AS$248 juta, kata Shafee..krrajaan tuntut semula duit bailout beratus billion dan juga perlu dibayar semula pada kerajaan.

Kalau Riza sanggup pulangkan dan bayar balik duit beratus juta ringgit, wang bailout anak anak Tun Mahathir beratus billuon ringgit juga perlu dibayar semula pada Petronas , KWSP, Dana Pencen LTAT dan TH

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Pada 14 Mei, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan untuk melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta.

Peguam mewakili Riza Aziz, Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan anak guamnya sudah menyerahkan semua aset di Amerika Syarikat dan Malaysia kepada Putrajaya sebagai usaha penyelesaian kes di peringkat global.

Elok dirampas harta dan hartanah kekayaan anak cucu Tun Mahathir untuk bayar semula wang bailout yang digunakan untuk menyelamatkan kerugian perniagaan anak Tun dahulu.

Anonymous said...

Gambar yg tular pemimpin Melayu perjumpaan di rumah Tun langsung tidak dijemput Anwar Ibrahim.

Pada DSAI dan Otai kalau tak faham bahasa jugak maksud tersirat dlm gambar tsb elok bubar kan saja Parti PKR tu..!!

Anonymous said...

50 JUTA SATU UNDI MENANTI PELACUR PELACUR POLITIK DI MALAYSIA

Satu-satunya pilihan 'DO or DIE' yang Dr. Mahathir ada ialah dengan membeli seberapa ramai yang boleh Ahli Parlimen supaya menyokong undi tidak percaya yang akan beliau adakan nanti.

Ini adalah strategi terakhir dan Dr. Mahathir berada dalam keadaan 'DO' or 'DIE'.

Sekiranya gagal membeli Ahli Parlimen, Dr. Mahathir bakal mengakhiri karier politik dan mungkin juga hayat beliau dalam keadaan yang cukup hina.

Bukan sahaja beliau akan diingat sebagai pemimpin yang ditolak oleh gabungan parti dalam Pakatan Harapan, malah ditolak oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Rakyat pula akan mengingati beliau sebagai Bapa Kehancuran Negara.

Segala jasa-jasa beliau (sekiranya layak dipanggil jasa) selama 22 tahun akan terhapus.

Deretan kes mahkamah berkenaan salah guna kuasa, rasuah dan AMLA akan menunggu Dr. Mahathir.

Jadi, untuk mengelakkan itu semua berlaku, beli sahaja Ahli Parlimen.

Untuk membayar seorang Ahli Parlimen RM10 juta atau RM20 juta atau RM50 juta bukanlah masaalah yang besar bagi Dr. Mahathir yang memiliki kekayaan beratus bilion ringgit.

Tawar menawar dijangka akan berlaku dan mungkin sedang berlaku sekarang ini.

Dr. Mahathir pun sudah beberapa kali bagi clue, Muhyiddin mempunyai majoriti yang sangat sedikit, kalau 3 atau 4 orang Ahli Parlimen berpaling tadah, Muhyiddin akan jatuh.

Broker-broker sedang hadapi hari-hari yang sibuk sekarang ini hingga Parlimen bersidang pada Julai nanti.

Pelacur-pelacur politik akan menanti-nantikan kedatangan broker kepada mereka.

Persetankan prinsip dan perjuangan politik dan parti.

Gambar yang tular di rumah Tun bersama pemimpin Melayu yang hadir kecuali Brother Anwar Bin Ibrahim.

Kalau otai reformasi dan brother tak boleh juga baca message yang tersirat dalam gambar tu elok Parti PKR dibubarkan terus...!!

Lu fikir lah sendiri...!!

Anonymous said...

Tulisan Tun Dr Mahathir di Blog Laman Reformasi. Kes 1MDB belum selesai dah mahkamah belum menjatuhkan hukuman tetapi Tun Mahathir sudah mendahului mahkamah, sudah menjatuhkan dan memfitnah sebagai pencuri sedangkan rakyat tahu kes ini ditangguh berapa kali oleh pendakwaraya.

Adilkah sesorang dituduh pencuri sedangkan kes mahkamah sedang berjalan..!?

SIKAP SI BACOL YANG TERDESAK...!!

Dari Laman Reformasi sebahagian sedutan tulisan Tun..

1 Jun 2020

1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.

2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.

Tun Mahathir

TAHUKAH ANDA KES 1 MDB AKAN DITUTUP..!?


Kes 1MDB sedang digulung penghujahan dan akan Ditutup. Pendakwa Terkial-kial Mencari Bukti.. Siapa VVIP Malaysia yang dimaksudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat

Konspirasi Politik Menjatuhkan Dato Seri Najib Dengan Isu IMDB Bakal Mengejutkan Rakyat Malaysia. Nanti ada si celaka fitnah jijik buat buat terkejut.

Maklumat dari Department of Justice Amerika Syarikat menemui bukti terdapat pembabitan bekas peguam negara itu, Lorreta Lynch yang didapati bersekongkol dengan beberapa individu penting dari malaysia untuk hanya menjatuhkan DSNR berkaitan isu IMDB.

Maka, berdasarkan kepada perkembangan dari Department of Justice Amerika Syarikat, kes ini akan ditutup sedikit masa lagi kerana tiada keperluan untuk meneruskannya berikutan terlalu banyak kelemahan berlaku. Yang paling ketara bilamana pihak pendakwa TERKIAL KIAL mencari bukti yang tidak WUJUD untuk dipersembahkan kepada pihak mahkamah.

Doakan Semua Rakyat Malaysia.

Ia diperkuatkan lagi dengan pembabitan NGO berprofil tinggi di Amerika Syarikat milik George Soros open society dan Clinton Global Foundation.

Siapa yang bersalaman dan bersama George Soros dlm kes. 1MDB. 22 tahun dulu ada VVIO ini kata George Soros ini moron penyangak matawang bila kalah judi Forex 32 billion.

Komplot ini dirancang sebelum PRU14 bagi memastikan DSNR dan kerajaan BN KALAH dalam PRU14 dan seterusnya membuka jalan mengheret bekas PM itu ke mahkamah sebagaimana yang dirancang.

Namun demikian DOJ Amerika Syarikat GAGAL menemui bukti untuk mensabitkan Dato Seri Najib berkaitan IMDB sehinggalah mereka melakukan siasatan dalaman dan mereka menemui terdapat pengibatan secara langsung oleh peguam negara Amerika Syarikat Lorreta Lynch dengan VVIP dari Malaysia.

Dipercayai dari parti pembangkang semasa PRU14 mensasarkan tuduhan fitnah jijik PALSU semata mata untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.

Jelas kes ini didapati CACAT sekaligus menimbulkan elemen elemen yang hanya BERPAKSIKAN REKAAN dan tiada sabitan kukuh disebabkan banyak keraguan.

Lorreta Lynch mungkin sudah dibayar oleh VVIP dari Malaysia ini. Ingat budak suruhan dan peguam VVIP dulu pernah datang ke USA urusan kes 1 MDB.

Dari hari pertama PH bentuk kerajaan dan pasca peralihan dannkempen sebelum PRU 14 hati aku sudah terdetik ini rancangan sang fitnah jijik dan from thr day one lagi aku dah tulis "Kerajaan Yang Diasaskan Persepsi Dan Fitnah Jijik Tidak Kekal Lama"

Nampak nya sumpah laknat dah makan sang penguasa zalim fitnah jijik. Nampaknya sang fitnah jijik kepanasan sekarang ini.

Anonymous said...

Sila sangkal kegagalan PH yang di senaraikan di bawah ini. Bahan bahan kempen Tasik Chini.

ENTAH kenapa pemimpin DAP Liew Chin Tong yang masuk melalui pintu belakang untuk jadi Timbalan Menteri PH setelah kalah dalam PRU-14 tiba-tiba tulis artikel panjang lebar untuk kutuk Bossku dan UMNO.

Dia tuduh Bossku masih kuasa terbesar dalam UMNO dan dia juga tuduh UMNO dah tak ada bakat.

Paling kelakar ialah dia sendiri tak tengok “bakat” sedia ada dalam PH sebelum nak tuduh parti lain tak ada bakat.

Deey…. Boss kamu orang yang sendiri mengaku akauntan gagal. Korang ramai yang tipu sijil. Ko ada Lid dan Mujahid. Korang ada yang difitnah ada ijazah.

Dan korang ada Mat Sabu.

Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat? Cerminlah sendiri.

Bakat apa?

Dalam 22 bulan korang jadi kerajaan, PH:

– Gagal jaga ekonomi.

– Gagal tunai janji.

– Gagal kawal wabak Covid.

– Gagal meyakinkan rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada BN.

Hadapi-lah realiti, Chin Tong. Sila sangkal kegagalan-kegagalan yang saya senaraikan di bawah ini dan dalam graf-graf di sini:

ajib ada tipu, tak? Data tak tipu.

– Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.

– Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.

– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.

– Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.

– Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.

– Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.

– Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.

– Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.

– Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.

– Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.

– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid bermula.

– Dividen LTAT paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.

– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu.

– Dividen ASB paling rendah dlm sejarah untuk dua tahun berturut-turut.

– Hibah Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dalam sejarah.

– penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.

– Jualan aset negara secara lambak

– Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14.

– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.

– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.

– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan.

– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, hatga simen, harga kereta dinaikkan.

– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh.

– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan.

– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.

– Hampir setiap hari, geng Anwar dan geng Mahathir rebut kuasa.

– Manifesto bukan kitab suci. Rakyat malas dan perlu ikat perut.

Itulah kehebatan Gagalkrasi PH.

Semua negatif. Yang positif cuma Covid yang PH memperlekehkan dan gagal bendung.

Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat?

Bossku

Anonymous said...

Mana cerita panas terbaru nobita dgn tt? Pencacai taek pH semua apa khabar?
Patutlah banglo tanpa kolam tiada kes. Begitu juga dgn terowong ajaib . TT khadam suruhan tiada integriti. Cakap saja lebey??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.