Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANDAINYA 30 OKTOBER PARLIMEN BUBAR ?

DHARURAT ? APA YANG HENDAK DISUSAHKAN SANGAT  NAK ADAKAN PILIHANRAYA ?

BUAT SAHAJA PRU. TAPI DENGAN SYARAT, DAN SYARAT ITU ADALAH BERSEBAB. 

SEBAB APA?

SEBAB COVIT 19.

ADAKAN PILIHANRAYA DALAM DHARURAT. BAGI PUAS HATI KEPADA YANG MABUK KUASA DARI KALANGAN PEMBANGKANG.

UBAT EGO DENGAN BUBAR PARLIMEN

TIDAK ADA APA-APA MASALAH PARLIMEN BUBAR JIKA ITU BAIK UNTUK RAKYAT MEMBUAT KEPUTUSAN.

ANDAINYA ITULAH YANG BERLAKU SEMASA COVID MENGGANAS, MAKA IA TIDAK MENGHALANG PILIHANRAYA TERUS DI ADAKAN.

BAGAIMANA SETIAP PARTI HENDAK BERKEMPEN BAGI MENYATAKAN DASAR PARTI MEREKA ?

TIADA MASALAH, KERANA SETIAP WAKIL PARTI AKAN DIBERI PELUANG BERKEMPEN MELALUI TV, RADIO DAN ALAT PERHUBUNGAN YANG LAIN.

SYARAT ATAU PERATURAN UNTUK MENGAWAL COVID SEPERTI MENGUATKUASAKAN PKPB TERUS JUGA BERJALAN SEPERTI BIASA.

30 OKTOBER TARIKH MEMBASMI KE EGOAN MEREKA YANG GILAKAN KUASA DAN TAMAK HALOBA

RASANYA KEPUTUSAN PRU 15 SEBEGINI AKAN MENGAJAR MANUSIA SUPAYA BERSIKAP LEBIH BERTOLAK ANSUR DEMI RAKYAT, EKONOMI DAN MERUAH.

MUNGKIN DALAM KEADAAN SEKARANG KERAJAAN PERPADUAN BELUM LAGI SESUAI DILAKSANAKAN, KERANA SEMANGAT DASAR PARTI TERBANTUT.


13 orang berkata:

Anonymous said...

Andaian ditolak.

Anonymous said...

Berdasarkan dakwaan aku punya nombor 131 dan mungkin 158 tak lama lagi? Mengarut tahap maksima.

Anonymous said...

Sekali kena bodoh dan ditipu tak mengapa, tapi kalau dah beratus kali sanggup ditipu dibohong dan digula gulakan itu hamba abdi yang bodoh abadi namanya..

otai oohhh otai sampai labuh tolo kena tipu.. pelik sungguh otai kita nih kannn..!!


kikikiki..

Anonymous said...

Otai mati berangan atau beragan? kahkahkah..

Anonymous said...

Dicalonkan semula sebagai PM9 oleh pekwang. Ya Allah, lindungi lah kami drp manusia tersebut.

Anonymous said...

So apa jadi pada hudud sm ruu355??

Anonymous said...

Anwar Ibrahim terdesak dan cemas UMNO pulak jangan terikut rentaknya.

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO nanti, sesuatu yang perlu mereka fahami ialah rakyat memerhati dan akan menghakimi mereka.

UMNO perlu sedar kemarahan rakyat terhadap Anwar kini berubah kepada mereka kerana dilihat sebagai punca ketidakstabilan politik masa kini.

UMNO dilihat secara langsung dan tidak langsung telah menyokong usaha Anwar menjatuhkan Perdana Menteri dan mungkin mengakibatkan PRU ketika rakyat bergelut dengan Covid-19.

Apa sahaja permintaan dan perbincangan dalam Mesyuarat Majis Tertinggi (MT) parti tersebut Selasa ini, ia harus dalam keadaan menjaga maruah dan kestabilan politik.

Perkara 43 (2) (a) menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam kes Anwar sekarang, jawatan Perdana Menteri tidak kosong. Justeru, sebelum pelantikan baharu dibuat, Seri Paduka Baginda mesti memastikan Perkara 43 (4) Perlembagaan dipenuh terlebih dahulu, iaitu “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Tuntutan Anwar tidak cukup kuat, malah tidak ada merit langsung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Istana Negara dan laporan media, jelas Anwar tidak membuktikan beliau mempunyai sokongan individu setiap ahli Parlimen.

Anonymous said...

Kalau bubar parliament skg, maka ahli2 Bersatu bagai ikan yg terperangkap dalam lumpur dimusim kemarau. Padan muka! Besar kepala sgt skg! konon PM org Bersatu mereka lupa diri.

Anonymous said...

Habislah tun dan anak cucu kalau DSAI jadi PM ke-9. DAP pun simpan dendam juga rupanya.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir di masa lalu sebagai punca keadaan semasa negara, dan menyuarakan kekesalannya kerana pernah bekerja dengannya di bawah PH.

"Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.

"Dan hari ini anda kata anda nak 'selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - yang diasaskan Mahathir - agar Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.

Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya.

"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.

"Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?

"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?

"Dulu saya percayakannya..."

"Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?"

"Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?" soalnya lagi.

Dari dulu lagi rakyat dah pesan dan kasi peringatan "Gaya Mahathir adalah tidak menyumbangkan kepada perdamaian dan kemajuan negara bila mana bekas PM dua kali itu lebih suka bergaduh daripada mencari perdamaian dan keharmonian."

Husam Musa pun ada menyebut bagaimana Dr Mahathir tidak pernah berhenti daripada bergaduh sejak dulu hingga sekarang. Adakah cari pasal mengunakan SD raja goyang.


Lepas baca haahhhh kasi tepokkk satu kali....!! Pop corn & coconut shake kasi tambah lahh..!!

Anonymous said...

Pok amai amai belalang kupu kupu
Tepuk rakyat pandai jgn kena tipu
Pok amai amai belalang kupu kupu
Tepuk rakyat pandai pH kena sapu

Anonymous said...

Biasalah kumpulan org kecik kalau dpt kuasa, dia pikir org lain tak penting. Kalau kena kepung, mati katak je.

Anonymous said...

MAS akhirnya tawar VSS dan mungkin tutup firefly jadi syarikat kebangsaan semua bermula zaman Tun Daim dan Anwar melalui Tajuddin Ramli proksi Daim sekarang terasa bahana dari perbuatan mereka.

Oleh kerana ramai yg menganggur buang kerja sebab Covit19 ekonomi merudum maka umur persaraan wajib kena kembalikan pada 55 tahun. Suka atau tidak sektor awam dan swasta kena terima. Penyakit orang Malaysia sebab terlebih makan,ada yang 40 tahun kena gout, darah tinggi, diabetis, dialisis sakit jantung stress dll

Bila ramai bersara umur 55 tahun maka graduan menganggur dan lepasan kolej spm stpm dll akan mengantikan pesara wajib ini.

Bulan depan bentang bajet wajib turunkan umur bersara pada 55 tahun.

Sekarang buisness online, grab, grab food dll sudah jadi trending maka tiada alasan umur bersara wajib 60 tahun

Ini lah warisan bodoh yang ditinggalkan oleh Tun Daim Anwar melalui kroni Tajuddin yamg akhirnya anak cucu kaya raya dan yang rakyat , otai bodoh reformasi dan walaun walaun bodo dapat sekarang ini..!? Akhirnya rakyat buang kerja dan menganggur pasal politikus ini.

Humban kan semua politikus lusui dan berkarat ini.

Bersara 60 tahun yg dipraktik zaman Tun adalah idea orang bodoh dan lapuk otak karat..

Anonymous said...

KEROMAH PULANG KE GAGANG.

Istana Negara dimana bersemayamnya YDP Agong ,bakal mengadakan perjumpaan dengan Raja Raja Melayu bagi meleraikan permasaalah yang dihadapai olih Muhyiddin selaku Perdana Menteri kerajaan masakini yang dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional.

Semua tahu bahawa Kerajaan ini terbentuk dari kalangan mereka mereka atau Ahli Ahli Parlimen yang telah mengkhianati perjuangan asal parti masing masing,samaada dari PPBM,UMNO mahupun PKR ,semuanya berajenda.

Walaupun begitu seperti yang pernah perkatakan dahulu bahawa Muhyiddin jangan salah langkah tetapi nak buat macammana, nafsu kuasa mengatasi segalanya.

Sememangnya sifat manusia sebegitu, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki ditambah dengan bisekkan bisekkan dari manusia yang mementingkan diri mahupun terdapat watak watak yang sememangnya 'rosak akhlak' dan "rosak kiblat',maka, terjerumuslah semuanya secara berjemaah dan itulah akibatnya, 'tak nampak jalan pulang'.

Tetapi alhamdullilah Allah SWT sememangnya merancanakan yang terbaik buat bumi yang "beraja" ini dimana dikitab terdahulu telah dinyatakan bahawa "pemimpin yang dinantikan" bakal muncul dinegeri dimana ungkapkan seperti mengagungkan Yang Maha Esa, dipakaikan terhadap Raja Rajanya mahupun pemerintahnya.

Bagi mereka yang sememangnya 'berilmu" dan "yang mencari kebenaran" akan peristiwa akhirzaman pasti persoalan sudah terjawap.

Maka jangkamasa untuk peristiwa itu untuk berlaku sudah semakin hampir dan pasti terjadi dimana pada satu ketika dahulu Raja Raja Melayu mahupun YDP Agong seolah olah dilihat telah "kehilangan" kuasa kerana 'disekat' kuasanya olih PM 4 .

Alhamdullilah watak itu masih lagi bernafas dan kini menyaksikan sendiri bagaimana 'Daulah Raja Melayu' datang sendiri tanpa paksaan kepangkuan Raja Raja Melayu.

Alhamdullilah.

Kini segala permasaalah Ahli Politik yang pada satu ketika amat riak dan takbur dengan kuasa sehingga sanggup menelan segala penghinaan yang dibuat terhadap umat Melayu, Agama Islam Raja Raja Melayu dan Tanah Melayu ini, kini,mereka mendambarkan "daulat Raja Melayu' untuk meleraikan ketamakkan mereka.

Walauapapun keputusan dari Raja Raja Melayu semuanya bakal diterjemahkan, apa yang pasti Institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu akan terpelihara kerana "instutusi' ini akan dinaungi olih 'watak akhir zaman', inshaallah.

Cukuplah setakat ini, hanya Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa yang menentukan pengakhirannya.

Pada Otai yg terlanjur segera kembali ke pangkal jalan

Q serra serra

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.