Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUKUN IMAN MEMBENTUK SAHSIAH DAN ......

Salam,

Sambung..

Mufti Perak bermadah lagi: Umat islam perlu melihat kembali kepada dua pokok utama ajaran islam iaitu rukun iman dan rukun islam, rukun iman mengikutnya untuk membentu sahsiah dan rukun islam membentuk masyarakat islam, mengikut pandangan mufti ini dua sumber pegangan ini akan memperbetulkan keadaan umat islam khususnya melayu

Pandangan Pak Karamu: Jika di tanya umat islam di negara ini mereka semuanya beriman dan mengakui akan rukun islam akan tetapi mereka tidak beramal dengan kedua-dua rukun tersebut sebagaimana juga kerajaan yang memerintah sekarang, ini jelas mununjukkan bahawa kerajaanlah yang wajib mengamalkan wa 'amilussolihat terlebih dahulu atau menguatkuasakan undang-undang islam dan nampaknya mufti kena bagitahu pemerintah, jika tidak mufti janganlah cuba salahkan rakyat dan jangan cuba bodek pemerintah dan jangan salahkan perpecahan

Tan Sri Mufti tentu maklum bahawa asas perpecahan itu ialah apabila ada di kalangan umat islam di negara ini yang menjadikan rukun iman dan islam sebagai dasarnya dan sebahagiannya pula menolak iaitu UBN, dan apabila ada yang terima dan ada yang tolak ia tentulah berpecah belah iaitu tafarraqu, takkan mufti tak faham kot, atau buat-buat tak faham

Lai kali kalau masih nak buka mulut lihat dahulu apa yang sedang ada pada umat islam dan umat melayu, apa yang sedihnya mufti bercakap seolah-olah orang melayu ni islam dan islam tu melayu mengikut otak bukan mengikut akal, bacalah Quran apa keperluan perpaduan yang di anjurkan oleh Allah dan RasulNya, cuci hati dulu sebelum buka mulut, jangan nak salahkan sebelah pehak saja

UMAT ISLAM HILANG KETUANAN ?

Salam,

Kenyataan mufti Perak: "Umat islam hilang ketuanan jika perpecahan menular di kalangan orang melayu"

Juma'at lepas Pak Karamu berjumpa empat orang yang pandangan mereka tidak dapat nak di terima, hari ini Pak Karamu terbaca kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaraia yang pandangannya seperti di atas menyamai dengan kenyataan empat orang bebal yang Pak Karamu temui

Kenyataan Harussani hari ini di mingguan Malaysia pada muka surat 2 menyatakan bahawa jika melayu di biarkan berpecah maka umat islam akan hilang ketuanan, ertinya ketuanan orang islam hanya di harapkan kepada orang melayu sahaja, ini juga bermaksud jika orang melayu tak ada yang layak maka umat islam di negara ini tidak akan bertuan atau jika orang melayu tidak ada maka umat islam tiada bertuan

Bersambung.......

MELAYU YU ISLAM,ISLAM TU MELAYU

Salam,

Sambung.....

Ketika Pak Karamu mula nak bergerak mereka ajak minum dulu kat kedai mamak, secara kebetulan memang Pak Karamu merasa dahaga, kemudian kami sama-sama pergi ke kedai mamak untuk minium, sambil menunggu order kami sampai mereka tak tunggu-tunggu masa dan terus bertanya " mengapa kebanyakan orang melayu tak mau terina melayu itu islam dan islam itu melayu ? Kami betul-betul hairan orang melayu ni

Kemudian Pak Karamu jawab " memang melayu dan islam itu tersangat berbeza, melayu tu bangsa dan islam itu ad din (cara hidup yang berpandukan dua kalimah syahadah) Kemudian mereka jawab "Tapi perlembagaan sudah jelaskan dengan terang istilah yang begitu ! Pak Karamu kata " perlembagaan adalah ciptaan manusia sementara islam ciptaan Tuhan, adakah sama penilaian Tuhan dan penilaian manusia ? Tuhan jadikan puak-puak manusia dengan berbagai nama dan Tuhan kurniakan islam dengan mereka supaya mereka faham untuk hidup beragama"

Kemudian air yang kami orderpun sampai, kami minum sama-sama, salah seorang dari mereka berempat itu berkata " bagi kami islam dan melayu itu satu, kemudian Pak Karamu jawab " kalau macam tu bolehkah apabila Pak Karamu lihat manusia melayu bersembahyang maka Pak Karamu kata haaa ! islam tu tengah sembahyang ? mereka terdiam, kemudian Pak Karamu tak mahu buang masa dan terus bayar semua kos yang kami minum, Pak Karamu kata ok semuanya islam dah bayar, lepas tu Pak Karamu tak melayan mereka dan terus beredar

MELAYU TU ISLAM,ISLAM TU MELAYU

Salam,

MELAYU TU ISLAM,ISLAM TU MELAYU ?

Selepas solat juma'at ketika Pak Karamu nak masuk kereta ada seorang pakai serban bagi salam, tetiba dia dan empat orang bersamanya bertanya dengan Pak Karamu "Apa pandangan saudara tentang melayu tu islam dan islam tu melayu ? Secara ikhlas Pak Karamu jawab " melayu tiada kena mengena dengan islam dan islam tiada kena mengena dengan melayu" tetiba dia marah, mendengus saja suaranya " Hah ! ini lahi sorang, tak fahamkah perlembagaan negara ?

Mulanya Pak Karamu tak mahu layan tapi seorang dari mereka yang pakai jubah dan berserban juga berkata " Inilah dia orang melayu ! kalau cam ni sampai bilapun melayu tidak akan bersatu dan islam akan hancur ! kemudian Pak Karamu jawab " Adakah kamu berfahaman melayu itu islam dan islam itu orang melayu ? mereka menjawab " Ia lah ! sejak dari zaman dulu lagi istilah itu terkenal di nusantara

Dengan selamba Pak Karamu bertanya kepada mereka "Adakah kamu ini orang UMNO ? mereka jawab dengan tegas "Tidak ! ok kalau macam tu saya nak tanya kamu " Islam ada berapa rukun ? mereka jawab ada 5, Pak Karamu kata Pandaiii ! kemudian Pak Karamu tanya lagi " melayu ada berapa rukun ? mereka kata 5 dan yang lima tulah rukun islam dan rukun melayu ! tak baca perlembagaankah ? Dalam hati Pak Karamu agaknya dia tentu orang UMNO nih !

Sambil Pak Karamu hendak beredar Pak Karamu bertanya lagi "Adakah kamu ini orang islam ? Mereka kata ialah ! Kami ni memang orang islam ! kemudian Pak Karamu tanya lagi " Orang ada berapa rukun dan islam ada berapa rukun ? mereka jawab "orang melayu adalah rukun yang 6 dan islam ada 5, kemudian Pak Karamu malas layan mungkin mereka ni tak siuman

sambung........

ADA PETUGAS UBN JADI SPY UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN PR KEDAH, AWAS !!!

PERAK GEMPAR LAGI ? ADA CERITA PADA MAT SAMAN KATI MSK (PERAK EXPRESS) TEMAN NAK KE KL ADA KULIAH

GEMPAR BIG MYSTERY ?

Salam,

KEPALA HOTAKLAH BARAT ! JAKUN !

New type of black hole found ?

Sebelum nak ulas artikal ini secara rengkas Pak Karamu nak salin dulu berita yang di katakan ajaib besar Big Mystery

A discovery could explain the creation of supermassive BLACK HOLE the size of a billion suns

Apa itu lubang Hitam (lubang gelap ?) jikalah puak-puak ni membaca Al Quran maka mereka akan jumpa cerita balck Hole ini lubang atau Pak Karamu lebih suka gunakan istilah perjalanan atau track tempat turun dan naiknya para malaikat dari langit kebumi atas perintah Allah, sama ada mereka (para malaikat) membawa segala amalan makhluk di bumi kemudian mencatetnya

Black Hole tiada siapa di antara manusia yang dapat meluluskan diri sekalipun dengan menggunakan jentera yang canggih, hanya malaikat sahaja yang mampu melaluinya kerana malaikat di jadikan Tuhan dari cahaya, kuasa tarikan cahaya dan kepantasan cahaya tidak termampu oleh manusia menembusinya, walau apapun apabila ada di antara manusia yang baru menjumpainya maka itu adalah perkara yang biasa atau Allah sengaja hendak menunjukkan bahawa segalanya itu sudah tercatet di dalam Al Quran

Di dalam Al Quran ada menyebut pintu naik dan turun para malaikat menggunakannya (carilah sendiri ayat itu) di dalam Al Quran. Apabila para pengkaji angkasa lepas berjumpa sesuatu yang ganjil dan tak pernah di dengar oleh telinga mereka maka ia adalah di anggap ganjil kerana mereka membelakangkan Al Quran termasuklah orang islam sendiri, yang kita faham hanya Harun Yahya sahaja yang mengkaji Al Buruj melalui Al Quran, itupun sudah di pandang serong oleh barat

Orang islam perlu mengkaji apa yang di sebut oleh barat sebagai Black Hole yang baru di jumpai ini melalui peristiwa Israk dan mikraj yang berlaku terhadap Baginda Rasullullah s.a.w dan cerdik pandai orang islam jangan dok diam dan main telor je, cubalah kaji dan fikirkan bagaimana malaikat Jibrail membawa Rasullullah s.a.w naik dari satu tempat ke tempat yang lain di atas sana

Sekarang umat islam sudah berada dalam bulan rejab iaitu bulan menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj yang di kaitkan dengan solat, sepatutnya peristiwa Israk dan Mikraj dan terjumpanya BIG MYSTERY oleh barat ini perlu di kaji secara halus dan adil


RAMAI PEMERHATI POLITIK YAKIN DUN PERAK AKAN BUBAR SEBELUM 9 JULY

HENTIKAN BERBINCANGAN DENGAN UMNO

Salam,

BERBINCANG DENGAN UMNO AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA HENDAK MEROSAKKAN PAS DAN MENGHURUHARAKAN PERJUANGANNYA, LAGI BAIK MUTUP MULUT SEBAB LAIN YANG DI SARAN MAKA LAIN PULA YANG DI MAKSUDKAN, INILAH YANG TERJADI PADA PEMUDA PAS YANG MENYARANKAN SUPAYA DI ADAKAN WACANA ILMIYAH YANG BERTAJUK " BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM"

PEMUDA UMNO YANG DI KETUAI OLEH KHAIRY JAMALUDDIN MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGALU-ALUKAN PERJUMPAAN ITU SEOLAH-OLAH AKAN ADA PERBINCANGAN DAN PERPADUAN DI ANTARA PEMUDA UMNO DAN PAS, KENYATAANNYA INI SANGAT BERTENTANGAN DENGAN HASRAT DAN TOPIK PERJUMPAAN TERSEBUT

DEMIKIANLAH APABILA SESUATU PILIHANRAYA HENDAK DI ADAKAN MAKA ADALAH GENDANG YANG SUMBANG BERBUNYI UNTUK MENDAPATKAN MARUAH POLITIK MURAHAN, PEMUDA PAS ADA ALASAN MENGATAKAN BAHAWA PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK HUKUM ISLAM, ERTINYA PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG SONGSANG MENGIKUT PANDANGAN AGANMA ISLAM

JIKA SESIAPA YANG NAK FAHAM TENTANG PERJUANGAN UMNO ITU BENAR ATAU TIDAK MAKA BERBINCANGLAH DENGAN BAIK DENGAN RASA RENDAH DIRI SERTA IKHLAS DAN JANGAN IKUTKAN EMOSI SEBAB HASILNYA NANTI AKAN MENYELAMATKAN ORANG MELAYU DAN AGAMANYA SUPAYA TIDAK MASUK DAN MENJADI BAKARAN API NERAKA SEPERTI ABU THALIB

PERSOALANNYA MENGAPA PAYAH SANGAT NAK MENYELAMATKAN ORANG MELAYU INI KEJALAN YANG DI TUNTUT OLEH ALLAH ! MENGAPA PAYAH SANGAT ORANG MELAYU INI HENDAK DI PERBETULKAN ? TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA PERJUANGAN SEMANGAT KEBANGSAAN ITU NABI TIDAK MENGAKU UMATNYA !

ORANG UMNO TANYAKANLAH PADA YANG BIJAK PANDAI TENTANG AGAMA APAKAH HUKUM SESEORANG YANG BERJUANG ATAS DASAR KEBANGSAAN, APAKAH BELUM LAGI JELAS BAHAWA DENGAN SEMANGAT KEBANGSAAN ITU UMNO TELAH MENUMBANGKAN EKONOMI KERAJAAN BANGSANYA DI TRENGGANU DENGAN MENARIK ROYALTI, APA TAK NAMPAK ? ITULAH JAHATNYA KEBANGSAAN ITU

KERAJAAN UBN PERAK TAKUT ADAKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI ?

HAKIM BATU DAN HAKIM PERMATA ?

Salam,

Sangat tidak di sangka di negara yang telah merdeka dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ada di antara hakimnya bertaraf batu dan permata, demikian dakwaan bekas hakim mahkamah rayuan N.H Chan, beliau berkata ada hakim yang melanggar kod Etika Hakim 1994

Kepada yang berkaitan sepatutnya menafikan kenyataan bekas hakim ini kerana ia akan menjejaskan keadilan undang-undang di negara ini, jika ianya tidak di perbetulkan ada kemungkinan mahkamah bukan lagi tempat untuk mendapatkan keadilan dari kekejaman

Saya merasa hairan mengapa Nizar memohon 11 orang hakim untuk mengadili kesnya akan tetapi yang di benarkan ialah 5 orang sahaja, adakah yang 5 orang hakim yang membuat keputusan V Sivakumar dulu akan terlibat dalam kes Muhamad Nizar nanti ? Jika jawapannya Ia maka harapan Nizar adalah tipis

Sepatutnya keputusan hakim tidak boleh di pertikaikan akan tetapi apabila sudah ada seorang bekas Hakim mahkamah rayuan yang meragui keputusan mahkamah maka rakyat nak tahu sama ada benar-benar ada hakim yang bertaraf batu dan permata ?

DAP NAK TESTING MB KEDAH

Salam,

PANDANGAN PAK KARAMU

Apabila DAP Kedah Perlis berjaya buat percubaan menguji dan mengugut Kerajaan Kedah yang di ketuai oleh PAS maka mereka telah faham tentang hasil ugutan dan cubaan mereka, mereka gagal menggugat ketegasan Ust Azizan, sebenarnya mereka lihat Ust Azizan macam seorang yang lembik dan boleh di permainkan, mereka menjangkakan Ust Azizan seorang yang boleh bertolak ansur secara bodoh, di waktu yang sama UMNO sedang memerhatikan lakonan DAP dan PAS

Tidak mustahil UMNO memainkan peranan di belakang peristiwa ini, mereka bertujuan untuk memperlekeh kerajaan PR yang di terajui oleh PAS akan tetapi gagal dan DAP pula cuba mahu melihat sejauh mana Ust Azizan boleh bertolak ansur dalam isu babi atau isi-isu yang lain di negeri tersebut namun MB Kedah ini tidak seperti mana yang mereka dan UMNO jangkakan, sekarang ternyata DAP dan UMNO telah gagal dan mereka sudah tentu akan keciwa dan tidak mustahil mereka akan mencari kelemahan yang lain

MB Kedah telah bersetuju menerima tempuh satu bulan dari DAP untuk mereka mencari tapak sembelihan yang baru akan tetapi ternyata DAP berbohong dan mereka tidak berusha apa-apa kearah tujuan tersebut, mereka sengaja hendak menunjukkan yang mereka itu adalah golongan yang sangat penting kepada Ust Azizan dalam kerajaan PR kerana itu mereka sanggup berbohong dan membuat ugutan yang bodoh yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri dan ini ternyata percaturan mereka gagal dan mereka membodohkan DAP yang lain

Ada dua resiko besar yang di hadapi oleh Ust Azizan andainya kerajaan Kedah tidak bertindak tegas, pertama DAP atau Cina yang lain boleh mempermainkan PAS dan Kerajaan Kedah, dan yang kedua UMNO akan menjadikan modal politik mereka untuk melemahkan politik PAS dan keupayaan mentadbir negeri oleh kerajaan PR dan pada waktu yang sama ujud pula persaingan jawatan di dalam PR sendiri yang mungkin juga ada di kalangan sesama sendiri hendak menjatuhkan individu tertentu kerana mahukan jawatan no: 1

Sekaran ternyata DAP,UBN dan individu yang tertentu telah gagal memainkan percaturan mereka, yang nyata ini satu pelajaran untuk orang PAS khususnya di mana-mana juga mereka berada dan menjadi pengajaran juga bagi semua ahli PAS yang terlibat dengan kerja mentadbir negeri ataupun negara

DAP KEDAH PERLIS KELUAR PAKATAN

Salam,

DAP kedah/Perlis keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak bekerjasama dengan pemerintahan PAS Negeri Kedah kerana di katakan meroboh tempat sembelihan babi yang satu-satunya tempat di Negeri Kedah, saya rasa kes itu hanya kecil sahaja akan tetapi jika ia hendak di perbesarkan sehingga DAP pusat akan mengadakan sidang tergempar maka teruskanlah tiada masalah, lainlah kalau cina atau india DAP langsung tak boleh makan babi

Bagi Pak Karamu itu ada baiknya kerana binatang babi ni membawa penyakit yang sukar di hapuskan, ini bererti jika tiada babi hidup di benarkan masuk Kedah maka Kedah pasti terhindar dari selsema babi

ADUUUYAI ! ADA PULA YANG TAK PUAS HATI !

Salam,

Pak Karamu ada terima berita yang tak puas hati tentang bab Etika yang Pak Karamu kaitkan dengan Hizbullah (kumpulan Allah) dan Hizbus syaitan (kumpulan syaitan) ketika mengulas pandangan Tan Sri Harussani, mereka suruh Pak Karamu dedahkan nas di dalam Al Quran jika benar ada, jika ada bagaimana ? nak masuk PAS ke ?

Yang timbulkan perkataan Etika ini ialah Tan Sri Harussani (rujuk Mingguan Malaysia ahad 28 Jun 09 muka surat 7) Tan Sri sebut Etika islam dan Etika syaitan, Etika ini bermaksud adab atau akhlak, ertinya dia sentuh akhlak islam dan akhlak syaitan, yang di tujukannya berhubung dengan perselisihan PAS dan UMNO kerana tidak mahu berbaik-baik yang dia anggap berpatah arang dan berkerat rotan

Di dalam Al Quran pada surah Al Mujaddalah ayat 19 membawa maksud " Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah, mereka itulah puak (kumpulan) syaitan dan ayat 20 dari surah ini pula Allah menerangkan "Sesungguhnya orang yang menentang perintah Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina"

Ayat dari surah Al Mujaddalah di atas terang menunjukkan ujud kumpulan syaitan jenis manusia yang sifat mereka seperti di ayat yang di atas dengan menunjukkan istilah kaum atau kumpulan syaitan itu dengan perkataan Hizbussyaitan, sila buka Quran

Sementara Hizbullah (kumpulan Allah) pula Allah menyebutnya pada akhir ayat 22 dari surah ini yang bermaksud "Merekalah menyokong-penyokong agama Allah, ketahuilah sesungguhnya penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya " ini bermakna di dalam Al Quran ini memang ada perkataan Hizbullah dan Hizbus syaitan dan di sebut juga akan sifat dan sikap mereka

Saya mentafsirkan pada artikal yang lepas bahawa Etika islam adalah orang-orang yang berada di dalam kumpulan Allah iaitu Hizbullah ialah orang yang memperjuangkan agama Allah dan kumpulan syaitan adalah mereka yang menentang ajaran agama dan tidak mahu menjadikannya dasar perjuangan mereka, adapun dasar perjuangan itu ialah Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias

Cuba baca blog PERISIK RAKYAT tentang siapa Tan Sri kita tuuuu !
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.