Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANYA SATU HARI SAJA

Salam

Besok hari penentuan siapa menteri besar tajaan Mahkamah, jika mengikut keputusan mahkamah tinggi dulu menteri besar yang sah ialah Muhammad Nizar, rasanya undang-undang tidak mungkin berbeza tapi di sebabkan mungkin ada udang di sebalik batu mungkin keputusannya akan berlaianan, pokoknya perlembagaan negeri dan negara di baca cara bagaimana kita tak tahu

Di Ipoh Muhammad Nizar tentu sudah bersiap sedia untuk berjumpa sultan, sementara Zambry mungkin juga telah membuat keputusan bagaimana nak keluar dari pejabat MB Perak secara menebalkan muka sebab mungkin dia sudah mendengar angin bertiup kencang yang Muhammad Nizar telah menang dalam kesnya

Kita tunggu hanya satu hari saja lagi BESOK !

ZAHID ANAK HAMIDI MINTA ....

Salam

BUBAR DUN PULAU PINANG !

Hari ini Zahid anak Hamidi minta rakyat Pulau Pinang tukar kerajaan PR kepada BN, yang terbaik bubarkan saja DUN negeri PULAU PINANG adakan semula PILIHANRAYA RAYA baru, Pak Karamu rasa jika di adakan pilihanraya maka BN akan tersungkur lagi !

9 FEB DUA HARI LAGI ....

Salam

DUN PERAK WAJIB DI BUBARKAN

Hanya dua hari lagi keputusan mahkamah persekutuan akan mengistiharkan sama ada Nuhammad Nizar yang akan jadi Menteri Besar Perak ataupun kekal kepada Zambry sebagai menteri besar lantikan mahkamah, andainya Muhammad Nizar yang menang sebagai Menteri Besar Perak maka dia wajib mengadap sultan memohon pembubaran DUN Perak dan pilihanraya akan di adakan, se andainya Muhammad Nizar tidak bubarkan DUN bererti dia akan menjadi menteri besar Mahkamah dan rakyat di belakangkan

CADANGAN NIK AZIZ SILAP ....

Salam

NIK AZIZ PATUT DUDUK DENGAN PARA MUFTI-MUFTI SATU MEJA UNTUK BINCANG SOAL AGAMA, BUKAN DENGAN UMNO YANG TIDAK FAHAM AGAMA

Undangan Nik Aziz terhadap UMNO supaya duduk satu meja untuk membincangkan agama di lihat sebagai terlalu tidak kena apabila PAS telah maklum bahawa UMNO adalah parti Assobiyah yang Nabi tidak mengakui mereka sebagai umat Muhammad

Membincangkan hal agama dengan UMNO tersangat tidak kena dan tepat, jadi apa alasan Nik Aziz mahu membincangkan soal agama dengan UMNO ? Atau Nik Aziz mahu membetulkan UMNO yang telah terkeluar dari landasan islam yang sebenar ?

Hasil dari pelawaan Nik Aziz ini apa yang beliau dapat ? Apa yang Pak Karamu nampak ialah Nik Aziz dapat gelaran seorang ulama yang tidak mempunyai pendirian, dan ada juga yang sebut Nik Aziz sebagai seorang yang tak boleh di percayai kerana cakap berubah-ubah

Sebenarnya Pak Karamu sendiri tidak tahu apa sebenarnya niat Nik Aziz mempelawa UMNO duduk semeja dan membincangkan soal agama, bukakah lebih baik Nik Aziz mencabar para mufti-mufti di negara ini untuk membincangkan soal hukum yang di gunakan oleh mahkamah syari'ah yang tidak menepati dengan hukum islam, bukankah itu lebih baik ?


KATAK PASIR MAS KUEEEEEK !

Salam

MELAYU SUKA JADI KATAK SEBAB KETURUNAN MAK PAK DIA DULU KATAK !

Apabila Katak Kelantan mengepalai katak-katak melayu P Pinang pergi ke bangunan KOMTAR kerana buat bantahan maka kita tak dengar ada topi merah halang mereka sebab katak-katak tu hanya cari makan kat sana

Biasanya katak Kelantan tu hanya mahu main sentimen saja akan tetapi yang susahnya nanti adalah katak Pulau Pinang, sebab itu kita banyak lihat katak melayulah yang mengharapkan sesuatu dengan katak Cina

Katak melayu banyak jadi batu api, apabila katak melayu lain kena tangkap maka katak lain hanya lepas tangan inilah perangai Iblis dalam peristiwanya dengan Adam

PAS Dan UMNO Duduk Semeja ....

Salam

PAS DAN UMNO DUDUK SATU MEJA BINCANG PASAL AGAMA ? TAK BUANG MASA KE ? FAHAM MAKSUD AGAMA KE ? KAN LEBIH BAIK JADI MUALAF DAHULU ? ATAU KAN LEBIH BAIK MAIN BUAH GULI DULU !


Dulu Pak Karamu Dalam Tentera ...

Salam

Semasa Pak Karamu dalam tentera terlalu ramai penyamun,perompak dan pencuri, ada perompak,penyamun dan pencuri cara terhormat, mereka ini tidak siapa yang boleh halang kerana nanti rezeki pendek, pangkat tak dapat naik sebab itu mereka diam

Perompak (orang atas) dengan caranya, Penyamun (orang tengah) dengan caranya, pencuri (orang bawah) dengan caranya, mereka akan melakukan demikian kerana orang atas buat dulu, kepimpinan melalui tauladan, itulah moto di waktu itu


JUAL SAJALAH NEGARA NI ...

Salam

INILAH PADAHNYA JIKA UMNO LAMA SANGAT MEMERINTAH NEGARA

Rahsia pertahanan negara jika bocor atau di jual keluar negara melalui kedutaan asing eloklah di jual saja negara ni, hal ini menteri Pertahanan wajib bertanggungjawab tak kira menteri Pertahanan lama ataupun baru

Dulu injin hilang sekarang rahsia apapula ? Adakah rahsia MIG 29B yang di ura-urakan akan di tamatkan perkhidmatannya, atau harga atau komisyen ?

Hari Ni Tak Ada Berita Kecuali .....

Salam

Hari ni tak ada berita kecuali orang ramai tunggu cerita Anuar Ibrahim dari mahkamah, ramai wartawan frust menongging sebab perbicaraan di buat secara tertutup, dari awal Pak Karamu memang tak nak sentuh tentang cerita liwat mereka sebab takut badi liwat tu terkena diri sendiri, Huh ! siapa nak liwat aku ek ! hu hu hu

Orang yang hidupnya tiada maruah akan menceritakan hal keburukan diri dia kena liwat kepada orang lain sebab ada tujuan yang tertentu, namun orang yang ada akal dia akan simpan rahsia keaibannya kepada sesiapa juga kerana ia akan memalukan muka dia sampai bila-bila wa imma sampai ke anak cucu, ini sangat memalukan, nanti anak cucu akan bertanya

Anak:
Betulkah abah dulu kena liwat ?

Abah:
Hiss ! jangan cakap benda tak elok tu $#@&^%*&#$! Dosa tau !

Anak:
Habis tu abah cerita kat orang abah kena liwat, tak malu ke ?

Emak:
Hisss ! budak ni, jangan tanya benda tu ! dosa tau $#@^&*%$@% Hiss ! Siapa bagi tau ?

Anak:
Alaa ! orang sebelah tu bagi tau ! Dia kata abah bagi tau orang ramai abah kena liwat !

Emak:
Tu la awak ! Buat orang malu je !

Abah:
Siapa bagi tahu haaa ! rumah mana ? ha ! CAKAPPP!

Anak:
Ala orang sebelah tuuu !

Abah:
Sudahhh ! diammmmm !

Anak:
Alah dulu abah tak mau diam apsal hu hu hu , eh,eh abah kena liwat ! abah kena liwat !

Cucu:
Eh, eh ! atok kena liwat ! eh, eh atok kena liwat ! syiok ke tok ?









Berita Zulkifli Nordin

Salam

Zulkifli menafikan pula yang dia nak letak jawatan, dia kata tetap dalam PKR, eloklah tu, tak payah nak letak jawatan, lepas tu nanti hentam balik PR habis-habisan, lepas tu heboh balik, nak cari popular saja tapi hukumpun tak faham (ribut dalam cangkir kopi, apa hasilnya ?

Tidak lain hasilnya orang semua benci, yang suka UMNO saja, sebab itu Pak Karamu kata masuk saja dalam UMNO, sekurang-kurangnya dapat berdakwah kat UMNO

YB Zul Apa Tunggu Lagi ....

Salam

YB ZULKIFLI NORDIN KHABARNYA AKAN LETAK JAWATAN HARI INI, APA TUNGGU LAGI ? BUKANKAH SONGKOKPUN DAH MERAH, MERAH ITU API, API ITU MARAH, MARAH ITU PERANGAI JIN ! JANGAN TUNGGU LAMA KELUAR JE LAH ! ORANG RAMAIPUN DAH BOSAN DENGAN PERANGAI HANG TU

UMNO Bertambah Kusut

Salam

KELANTAN MINTA DENGAN PETRONAS YANG UMNO SEBUK APA HAL ?

UMNO BERTAMBAH KUSUT ISU KU LI, DI TELAN MATI MAK DI LUAH MATI BAPA

Apabila Ku Li bersama-sama pucuk pimpinan PAS menyuarakan bersama-sama nasib rakyat Kelantan atas isu Royalty minyak maka UMNO jelas menunjukkan kemurkaan mereka terhadap Ku Li kerana UMNO menganggap Ku Li bersekongkol dengan parti dari Pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat Kelantan, apa yang UMNO mahu biarlah UMNO sahaja yang menjadi JUARA RAKYAT

Sikap UMNO ini menunjukkan mereka MEMANG tidak mahu kepada perpaduan di dalam negara ini kerana sudah sebati dengan perangai ketuanan melayu yang mereka menjadi JUARANYA dan orang lain di anggap tidak telus dan bijak untuk membela rakyat, akan tetapi dalam masa yang sama mereka mahukan kepada perpaduan dengan alasan untuk mengokohkan islam dan melayu

UMNO dan pucuk pimpinannya beranggapan rakyat di negara ini masih berfikiran tolol tapi sebenarnya rahsia perangai mereka sudah begitu banyak di dalam poket pembangkang, bagi Pak Karamu UMNO jangan lagi cuba untuk membodohkan rakyat dan pucuk pimpinan pembangkang kerana pembangkang sudah cukup masak putar belit mereka, apa yang mereka perlu buat sekarang ialah mengikuti jejak langkah Ku Li dalam memperjuangkan nasib rakyat

Ku Li adalah orang UMNO yang bersemangat rakyat sehinggakan dia sanggup membubarkan parti Melayu Semangat 46 demi perpaduan bangsa melayu, nah sekarang dia berjuang lagi untuk perpaduan tersebut namun dia di sanggah pula, nampaknya Ku Li dapat membezakan di antara kepentingan politik dan kepentingan rakyat namun UMNO nampaknya buta dalam masalah ini kerana mereka rata-rata bersikap macam belanda dapat tanah

Ku Li adalah orang lama dalam percaturan politik dan rakyat, dia berdarah raja yang senada dengan pandangan pemangku Yang Di Pertuan Agong yang meminta supaya apa-apa masalah hendaklah di muzakarahkan dengan baik dan ikhlas demi kepentingan perpaduan Ummah tapi tidak menunjukkan sikap ketuanan melayu yang sentiasa hendak mengongkong fikiran rakyat

Tun Dr Mahadhir bekas perdana menteripun tidak sanggup menasihati Ku Li dalam masalah sikap Ku Li yang di pandang tidak betul oleh UMNO kerana beliau beranggapan Ku Li mempunyai pandangan yang luas dalam bidangnya, namun UMNO sudah merasakan yang mereka itu sentiasa benar dan lebih bijak dari Tun Mahadhir dan Ku Li inilah penyakit yang ada dalam UMNO yang akan memakan diri mereka sendiri

Sikap orang UMNO dan perjuangannya sedikit demi sedikit terbongkar oleh sikap mereka sendiri sekalipun mereka mengutarakan konsep 1 Malaysia yang mana rakyat di dahulukan namun rahsia mereka di pecahkan oleh Allah sepertimana yang berlaku di Melaka baru-baru ini yang mana mereka mengatakan bahawa kaum cina dan india adalah bangsa pendatang, akhirnya menjadi kemarahan kepada bangsa tersebut

Niat UMNO dan orang UMNO nampaknya belum lagi ikhlas untuk melaksanakan konsep rakyat di dahulukan, mereka sepatutnya belajar lebih banyak dari Ku Li dan Tun Mahadhir untuk menyelesaikan berbagai masalah rakyat akan tetapi di sebabkan sikap ego yang cukup menebal yang ada pada mereka maka Tuhan pecahkan rahsia mereka kerana tiada keikhlasan cara berfikir untuk membela rakyat

UMNO semakin kalut dengan berbagai masalah yang timbul di waktu kebelakangan ini, apa saja yang mereka lakukan kononnya untuk kepentingan rakyat ternyata palsu sebab sikap mereka yang tidak terbuka dan ikhlas membuatkan rahsia mereka cepat di hidu dan rakyat yang berbilang bangsa yang sedang memerhatikan lakonan mereka

UMNO Serba Tak Kena Nampaknya

Salam

UMNO DOK HENTAM PR TAPI DALAM UMNO SENDIRIPUN TENAT

Entah apa lagi konsep yang akan di utarakan oleh UMNO untuk meraih sokongan dari kaum cina dan India di negara ini kitapun naik bingung, inilah yang berlaku di Melaka apabila wakil PM memberikan ceramah 1 Malaysia tetiba penceramah itu kata kaum India dan Cina adalah kaum pendatang, habis murka kaum itu lalu laporan perkauman akan di laporkan terhadap penceramah tersebut dan Samy Vellupun menjadi melenting habis

Seandainya pegawai itu memohon ma'af dan meletakkan jawatannya sekalipun barangkali sudah terlambat sebab kenyataan telah keluar dari mulut orang UMNO itu, para pemimpin UMNO sekarang sudah naik bingung kerana dasar untuk memikat kaum lain sudah pecah lobang dan nampaknya kaum lain sudah faham tentang konsep 1 Malaysia hanyalah mainan politik UMNO/BN sahaja untuk meraih sokongan dari kaum tersebut

Peristiwa yang berlaku di Melaka tersebut cukup memeningkan Perdana Menteri kerana adakah kemungkinan kenyataan tersebut di sengajakan ataupun penceramah itu dapat arahan dari sesiapa dari kalangan UMNO yang tidak sukakan konsep 1 Malaysia yang di anjurkan oleh Perdana Menteri dan menteri kabinetnya ? Atau adakah dari kalangan UMNO yang hendak menjatuhkan Perdana Menteri kerana kenyataan tersebut dilakukan ? Ini semua tidak mustahil berlaku kerana konsep 1 Malaysia adalah jelas untuk menyatu padukan kaum tetiba berlaku di sebaliknya

Nampaknya di dalam UMNO ada musang yang berbulukan ayam yang membuatkan UMNO dan pemimpinnya tidak boleh tidur malam, dan UMNO jangan lagi nak buat tuduhan bahawa PR menunggu rebah kerana ada pergeseran yang berlaku di dalamnya, apa yang berlaku di dalam PR hanyalah kes individu tertentu sahaja, ia tidak melibatkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadapnya tapi apa yang berlaku di dalam UMNO adalah melibatkan kaum lain dan dalamannya sendiri ertinya UMNO akan tenat selepas ini kerana mereka berada di dalam hal krisis keyakinan rakyat yang membawa mereka akan di pinggirkan

Cuba orang UMNO bayangkan bagaimana presiden mereka hendak menghadapi semua kerenah dari dalaman parti itu, tambahan lagi kes yang Anuar Ibrahimpun najib akan di heret sekali untuk memberikan keterangannya ini sudah tentu fikiran Najib akan lebih terganggu selain kes pemuda yang sangat kritikal, kes tuntutan minyak Kelantan lagi, kes injin jet hilang lagi, kes Perak lagi, kes Sarawak nak pilihanraya lagi, kesian juga Pak Karamu lihat Perdana menteriku itu hu hu

Curi Balak di Perak Berleluasa ?

Salam

Oooo ! Bagi Zambry memerintah kerana nak mencuri balak ye !

APA SUDAH JADI DENGAN PEMERINTAHAN BN DI PERAK ? PANDAI SANGAT TADBIR NEGERI ATAU MENGHASILKAN PENYAMUN BALAK DI PERAK ? SIAPA MAHU JAWAB ?

Tidaklah salah jika kita katakan BN/UMNO mengambil alih kuasa di Perak ada tujuan untuk menggondolkan negeri Perak dari hasil hutan kayu balak, Karam Singh Warier mengapa sunyi sepi ? Zambry boleh tolong jelaskan ? Jika kerja menyamun balak kat kawasan Grik tu halal mengapa jabatan hutan nak sita kayu balak tu ?

Kerja siapa semua ini ? Pak Karamu tak percaya semua kerja ini di lakukan oleh agen-agen UMNO/BN sebab ramai blogger UMNO kata mereka ni baik-baik orangnya, mereka ikhlas, mereka telus dan merekalah yang kata jika PR memerintah nanti PR nak jual negeri dengan kominis dan entah apa lagi yang busuk-busuk

Sekarang boleh blogger UMNO/BN tolong jawab, jika tak jawab sah lah UMNO/BN yang suka membuat kerosakan di ats muka bumi ini


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.