Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Faekah: Lontaran dakwaan liar tidak membantu bawa RPK pulang
Posted on Monday, January 02 @ 16:00:00 PST by tokdalang

  OLEH Faekah Husin
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.


Meskipun saya menghormati hak RPK (gambar kanan) melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPKseperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.

Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.

Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius.  Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor.  Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.

Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor.  RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.

Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini.  Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini.  Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

ADAKAH ADA DUIT SEMUA BOLEH JADI ?

TAGGED BYETOOLS FRIENDSTER FACEBOOK

Tuesday, January 3, 2012

KERJA JAHAT UMNO MELAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil.

"Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil.

"Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parlimen Bukit Katil kerana BN hanya tewas tipis dengan dari 2000 undi pada Pilihanraya Umum ke 12. Selain beliau juga berasa tergugat dengan perkembangan terbaru pengundi-pengundi Dunnya sendiri iaitu Bukit Baru yang dilihat semakin cenderung menyokong PAS dan PR.

Tidak mustahil Umno akan menggiatkan kerja jahat ini sebelum 1 Januari ini bagi membolehkan semua pengundi yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2011 mengundi pada PRU 13.

AKAL MANUSIA SEMAKIN BERPENYAKIT

03 Januari, 2012

Siapakah Artis Yang Mengaku Sebagai Rasul?

Mengaku dirinya rasul, mampu mengampunkan dosa pengikut, tsunami berlaku atas kuasanya dan menafikan kewajiban menunaikan solat serta puasa antara fahaman sesat yang kini didakwa disebarkan seorang selebriti terkenal tanah air. Selebriti terbabit bukan saja menyebarkan fahaman yang ternyata melanggar hukum syarak, tetapi lebih mengejutkan apabila dia mengakui dirinya mampu memberikan syafaat kepada pengikutnya pada hari akhirat kelak.

Sumber yang juga bekas pengikutnya, hanya mahu dikenali sebagai Fatimah, 30, berkata, penyebaran dakyah menyimpang itu mula dilakukan selebriti terbabit lebih dua tahun lalu selepas mendakwa dirinya mendapat wahyu dan petunjuk daripada Allah.

“Dia juga memberitahu di akhirat kelak, dia bakal ditempatkan di barisan hadapan apabila semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar,” katanya kepada Harian Metro.


Selebriti lelaki yang terkenal dengan perwatakan warak itu sebelum ini jarang menimbulkan kontroversi sepanjang membabitkan diri dalam industri seni, justeru pendedahan dilakukan beberapa pengikutnya amat mengejutkan.
~hmetro

Isnin, 2 Januari 2012

Ini Buktinya..KP Perak "Penipu"!!!!!

Ketua Polis Perak Datuk Mold Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua anggota SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah..(Baca Bukti Ini)
"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.-mlykini

JuRaGan :Habis yang pakai topi merah baju biru kat atas tu siapa KP?? Lu orang ingat itu Lembu ke??Pak Polisi lu jangan jadi bangsat macam pemimpin UMno yang memang menipu ni sudah jadi darah daging mereka untuk terus berkuasa..apa,lu ingat ini zaman 70an ka??Ini zaman IT beb,hanya Umno bangsat saja yang masih ketinggalan zaman..sebab bila Melayu Umno Bangang,BN terus Menang..Fuhhhh...

Wawancara RPK: Presiden MCLM letak jawatan



9 Safar 1433H. [MOD] -
Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).
Malaysiakini/-

BILA ANAK SUDAH JAUH DARI MATA IBU BAPA

January 2, 2012

Panas! Gambar Seksi Pelajar Pintar Malaysia Nur Amalina Tersebar!


http://www.klinikmotivasi.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/Nur-Amalina.jpg

http://thelefthanded.blogspirit.com/images/medium_p3amalina.jpg





http://i.imgur.com/BLMYB.jpg

https://www.facebook.com/amalina.bakri

Pihak kami juga ada dapat beberapa keping gambar ini melalui email. Kami berharap, mereka yang berkenaan tambil untuk menafikan perkara ini andai berlaku kekeliruan.

Sunday, January 1, 2012

PERANG DALAMAN UMNO!!! Rupanya calon boleh menang adalah calon pilihan Najib

http://topnews.in/law/files/Najib-Tun-Razak.jpgTerdapat ramai yang sangat tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sebab-sebab yang begitu banyak.

Ada yang tidak gembira kerana Najib bukanlah Perdana Menteri yang dipilih dan merasakan dia tidak boleh menjalankan tugas sebagai pembuat keputusan tertinggi bagi Malaysia, dan Malaysia tidak berada dalam keadaan yang lebih baik sejak beliau mengambil alih jawatan.

Mungkin pada masa ini, orang-orang UMNOlah yang paling membimbangkannya kerana mereka adalah orang dalaman. Mereka benar-benar tidak berpuas hati dengan prestasi buruk Najib dalam sektor ekonomi kerana ini melibatkan periuk nasi mereka.

Bahagian kek yang besar bagi orang UMNO telah menjadi kecil. Ahli-ahli UMNO juga tidak berpuas hati kerana Najib hanya mahu orang-orangnya dalam senarai 'calon boleh menang'.

Wajah talam dua muka UMNO

Dalam perhimpunan agung November lalu, Najib menyangka bahawa dia telah berjaya memujuk perwakilan untuk membuat resolusi bagi membenarkan dia menjadi presiden sekali lagi.

Tetapi anehnya dia tidak Nampak bahawa mereka hanya berpura-pura sama seperti pentadbiranya yang penuh dengan sifat kepura-puraan.

Contohnya Idris Jusoh, yang merupakan orang pertama menyokong resolusi Najibmemberi jaminan bahawa dia dengan senang hati akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ia akan membantu UMNO menang PRU ke-13 nanti.

Kini dengan hanya tempoh sebulan, Idris mendendangkan lagu lain pula. Idris, hanya beberapa hari yang lalu telah memberi amaran bahawa jika lawannya Ahmad Said dibenarkan untuk bertanding, UMNO akan kehilangan kerajaan negeri Terengganu.

Masihkah ada sesiapa yang percaya perbalahan dalaman masih tidak wujud di Terengganu seperti yang didakwa UMNO? Lebih-lebih lagi, adakah mana-mana ahli UMNO yang benar-benar mempercayai Najib untuk berlaku adil dalam memperuntukkan kerusi bagi kerusi-kerusi panas bagi membuktikan parti itu masih hidup dalam sebuah keluarga bahagia yang besar!

Mungkin, lebih-lebih lagi Shahrizat yang masih lagi ahli UMNO yang mempunyai potensi untuk menghancurkan Najib. Seperti Idris Jusoh, yang nekad tidak membenarkan mana-mana pemimpin UMNO yang lain menjadi Menteri Besar Terengganu yang seterusnya, Shahrizat pula bersiap untuk berperang.

Dia sibuk mengumpul sumber untuk memastikan bahawa Najib dan penasihatnya tidak tidak akan menjatuhkan dirinya dengan menggunakan skandal NFC yang bernilai RM250mil sebagai alat. Ini termasuk kem-kem yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Abdullah Badawi.

NFC mengambil rupa bentuk lain di dalam UMNO

Sejak skandal NFC didedahkan oleh pihak PKR, pimpinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, ia telah wujud dalam bentuk lain pula dalam UMNO itu sendiri.

Ia telah menjadi suatu alat bagi tawar-menawar boleh digunakan oleh Najib untuk meraih sokongan rakan-rakan dalam parti dan mencantas putik cabaran dari Muhyiddin untuk jawatan presiden pada tahun 2012.

Untuk rakyat Malaysia yang lain, NFC adalah lambing kemerosotan negara ini selepas beberapa dekad rasuah berleluasa namun, kepada orang-orang UMNO, ia hanya satu lagi pertempuran dalamanbakal menjadi ibu kepada perang sivil UMNO.

'Pelan B' yang merupakan perangkap yang bodoh Najib melibatkan seorang saudara keluarga Shahrizat yang dikatakan telah disogok untuk berpaling terhadapnya.

Ini tidak mungkin akan berjaya kerana ianya tidak lagi mudah untuk meyakinkan rakyat Malaysia sudah semakin kritis dan benar-benar jijik dengan DVD seks Datuk T terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada awal tahun ini.

Satu lagi sebab kerana, Pilihan Raya Umum ke-13 yang sudah terlalu hampir.

Perang saudara telah bermula

Sementara itu, apabila Najib sedang bersedia untuk berhadapan dengan Muhyiddin, penyokong-penyokong mereka telah mula melepaskan tembakan peluru di antara satu sama lain.

Pembantu rapat Najib yang juga Timbalan Menteri, Awang Adek telah didedahkan sebagai menerima 'sumbangan' yang beliau tegaskan adalah dana yang bertujuan untuk membiayai bahagian UMNOnya, tetapi ia boleh jadi hanyalah sebahagian daripada politik wang.

Maklumat yang sama telah didedahkan melibatkan setiausaha kanan peribadi Muhyiddin, yang juga menerima wang, yang memaksa Muhyiddin untuk menjalankan siasatan.

Walau bagaimanapun, semua tahu bahawa dana yang dikumpul oleh pembantu kanan ini akhirnya akan digunak oleh pihak pemimpin-pemimpin tertinggi, mendorong ramai untuk mencemuh Muhyiddin atas "jaminan palsu" itu.

Bagaimanpun, dalam kes Shahrizat, ia akan menjadi lebih rumit kerana jika dia dikompromi, begitu juga nasib UMNO. Pertama, dengan Shahrizat masih dalam UMNO kes NFC akan dikaitkan dengan UMNO dan ini akan mendatangkan kesan yang buruk.

Tetapi, jika Shahrizat diketepikan, dipaksa berhenti atau dipecat, Penyokong Shahrizat akan bersimpati dan merasakan bahawa Najib tidak berlaku adil dan gagal untuk menjalankan tugas-tugas presiden dengan baik.

Sahrizat dan pilihannya

Shahrizat mempunyai beberapa pilihan. Sebagai orang dalam, dia tahu banyak perkara dan dengan mudah boleh meniupkan wisel sama ada dalam penulisan blog atau dengan fakta dan bukti terhadap sesiapa yang menentangnya pada masa ini.

Trend ini telah dikesan didalam UMNO untuk menggerunkan kebanyakkan pemimpin UMNO. Shahrizat hanya boleh tunggu dan lihat tetapi dia juga mungkin membuat satu langkah berjaga-jaga kerana dia tidak lagi ada i apa-apa untuk disembunyikan dan hanya mahu menyelamatkan keluarganya.

Perang blogger telah terikat di sisi undang-undang untuk mewujudkan rasa tidak puas hati orang dalaman UMNO terhadap Najib, keranan baru-baru ini dia telah melancarkan satu ruang siber jutaan ringgit lengkap dengan askar siber dan penulis blog yang dibayar menggunakan dana kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Pesaingnya dalam UMNO boleh mengagak bahawa mereka juga akan menerima tempias ini dan akan tertanya-tanya mengapa wang rakyat digunakan untuk kepentingan Najib.

Jelas sekali, untuk memburukkan Najib, mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib akan memulakan kerjasama dengan Shahrizat. Orang dalaman parti berkata, Muhyiddin telah cuba menyelesaikan sebagai isu ini. TPM, yang juga Timbalan Presiden UMNO, telah memberitahu pemberita bahawa tiada keputusan telah dibuat ke atas nasib Shahrizat.

Bagi bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, walaupun telah menggesa Shahrizat untuk berhenti sebelum dia dihalau keluar, mungkin juga akan membantu Shahrizat - bukan semata-mata untuk Sahrizat tetapi kerana sifat kuku besinya yang ingin meletakkan lebih banyak tekanan kepada Najib untuk memastikan bahawa orang-orangnya termasuk Mukhriz berada dalam senarai calon-calon boleh menang.

Semua pertaruhan dihentikan, pelaung terbuka buat semua

Kesannya, Ketua-ketua UMNO yang licik dengan satu tamparan skandal NFC telah menjadikan senarai calon-calon 'boleh menang' Najib tidak bermakna. Semua pertaruhan tidak berguna.

Tiada seorang pun calon pilihan Perdana Menteri boleh yakin untuk bertanding bagi kerusi. Sekarang musim bebas untuk semua merebut kuasa telah diisytiharkan untuk UMNO, lanun tertua Malaysia!

Oleh itu, rakyat Malaysia boleh mengharapkan beberapa pembongkaran mengejutkan. Khir Toyo, Altantuya, Scorpenes, alatan perang yang berlipat ganda mahal, rasuah di wilayah Iskandar yang melibatkan kelaurga Badawi dan mungkin cincin berlian bernilai AS $ 24 juta Wanita Pertama kita Rosmah Mansor akan muncul semula dalam tajuk utama media semasa dalam beberapa bulan sebelum pilihan raya yang umumnya dijangka pada bulan Mac 2012.

BESAR HAJAT TU, TERKABUL KE ?

Mahasiswa Berikrar Akan Tumbangkan Bn Dalam PRU 13
Posted on Monday, January 02 @ 06:35:08 PST by tokdalang

 
KUALA LUMPUR,  Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-X7mZnuIwKgmyD-X1u6Fvn6DwtaOeQ5tPq4O1xj6XaXpwyORFEVaumsQs8H61ZDJMhWQ16IqcHuqRa0fMAKJvwAb_BhyphenhyphenfwNgZo3lsYY70IkoedUkHvjClEXoQLSp4RBbM9KyzORafW4yL/s400/Demo.jpgam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur. 
 
Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.


Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam. 
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat. 

“Kami akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan prestasi yang sangat buruk,” ujarnya
Mengenai insiden yang berlaku itu, beliau berkata, Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan mesti bertanggungjawab dengan insiden yang berlaku itu.

Justeru, katanya mahasiswa desak agar Ketua Polis Perak itu membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota beliau yang memukul dan menerajang peserta demonstrasi.

Katanya, Shukri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan nafi berhubung dengan kejadian yang berlaku, yang menjelaskan lagi sifat tidak profesional pihak PDRM bekerja. 

Menurutnya, mahasiswa bukan golongan penjenayah, mahasiswa hadir hanya berbekalkan suara dan kain rentang, pihak polis tidak wajar membuat kekerasan sedemikian

Selain itu juga, ujarnya mahasiswa mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas khususnya dan juga seluruh mahasiswa Malaysia umumnya atas kekasaran anggota polis itu.

“ Amaran keras kepada pentadbiran Malaysia, bahawa kecaman dan kekerasan yang dibuat oleh pihak polis tidak lagi menjadi halangan bagi seluruh mahasiswa bahkan ia menambahkan lagi semangat kami untuk terus bersatu dalam membebaskan mahasiswa daripada belenggu kezaliman,” tegasnya.

Beliau menambah, perjuangan mahasiswa menuntut kebebasan akademik juga akan terus membara di seluruh pelosok negara dan tidak sekali-kali akan terhenti.

CARI DUIT !


Raja Petra Kamarudin adalah ‘blogger upahan Umno’


Monday, 02 January 2012 Super Admin
   

(Harakah Daily) - Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.

Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamarudin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing. 

“Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamarudin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibuu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini. 

“Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang. 

Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. 

“Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,” katanya. 

Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara. 

Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut 

“Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya

Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.

KALAU CAM TU BAWA SAJA KES TU KE MAHKAMAH ATAU SURUHANJAYA DIRAJA

Saifuddin: Hati-hati semasa bercakap, bawa bukti kekasaran polis ke depan

January 02, 2012
 
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa semua pihak termasuk aktivis mahasiswa agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah dalam insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam. 
 Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Saifuddin berkata terdapat banyak kenyataan yang telah dikeluarkan melalui pelbagai medium kurang tepat.

Kata beliau, sepatutnya mana-mana pihak yang mahu bersuara perlu berhati-hati kerana dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah.

“Saya meneliti pelbagai kenyataan oleh pelbagai pihak di pelbagai medium. Saya dapati terdapat kenyataan atau istilah tertentu yang digunakan adalah tidak tepat dan tidak sesuai.

“Saya seru semua pihak agar lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana saya bimbang berlaku fitnah daripada insiden ini,” kata Saifuddin merujuk insiden tindakan polis terhadap demonstrasi menuntut kebebasan akademik oleh aktivis mahasiswa di UPSI.

Kumpulan mahasiswa yang terlibat mendakwa polis bertindak kasar semasa menghuraikan demonstrasi dengan memukul dan menahan mereka berikutan ingkar dengan arahan bersurai oleh polis.

Namun  polis menafikan bertindak kasar terhadap aktivis mahasiswa itu yang mengadakan demonstrasi aman di UPSI.

Seramai 17 aktivis mahasiswa telah ditahan dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi dan kesemua mereka dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Kesemua mahasiswa yang ditahan telah dibebaskan semalam. Seorang mahasiswa, Muhammad Safwan Anang,  Presiden Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas)  dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

Tambah Saifuddin, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati boleh membawa bukti dengan menggunakan saluran yang betul termasuk melalui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Mahasiswa ada hak bersuara tapi perlu dengan cara sesuai. Polis ada terjawab menjaga keamanan dengan cara tertentu. Saya yakin tiada permusuhan antara kedua-duanya.

“Pihak-pihak yang tak puas hati dalam insiden ini wajar tampil dengan bukti masing-masing. Saluran menyuarakannya ada contohnya melalui Suhakam,” katanya.

Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI

January 02, 2012
 
KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya. 
 Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyatakan bahawa polis telah menafikan dakwaan mereka memukul beberapa aktivis mahasiswa semasa menghuraikan demonstrasi aman di UPSI dan menegaskan “tiada pergelutan” berlaku apabila tangkapan dibuat.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan sementara itu berkata “tindakan perlu” diambil demi keselamatan awam dan salah seorang mahasiswa “tercedera sendiri”.

“Kumpulan mahasiswa tidak mendengar arahan polis supaya bersurai dan kami terpaksa bertindak dengan menangkap mereka.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.

“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami  akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Awal pagi tahun baru lalu, sekumpulan 60 mahasiswa telah mengadakan demonstrasi aman di perkarangan pintu masuk UPSI dan mendakwa telah berlaku pergelutan dengan pihak polis.

Ketika insiden tersebut, seramai 17 antara mahasiswa terbabit telah ditahan polis Tanjung Malim, dan kemudiannya dibebaskan.

Sementara itu, PKR dan DAP terus mengkritik tindakan polis terhadap mahasiswa, semasa demonstrasi aman untuk memberikan sokongan kepada aktivis mahasiswa dan menuntut kebebasan akademik di UPSI, Tanjung Malim selepas tengah malam kelmarin.

Parti pembangkang mendakwa polis termasuk dua anggota dari Unit Cawangan Khas menggunakan tindakan kasar terhadap mahasiwa yang didakwa mereka seramai 100 orang berbanding 60 orang yang dikatakan peguam hak asasi Fadiah Najwa Fikri apabila kumpulan itu enggan bersurai.

Ketika kejadian berkenaan,  Safwan  dikatakan dipukul, ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri.

TIDAK KEBAL JUGA ORANG UMNO DENGAN SEMANGAT BANGSA

Monday, January 2, 2012

Umno Hilang Punca Apabila Dua Blogger Berpengaruh Umno Masuk DAP!





Penulis blog terkenal dari kalangan Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

Difahamkan juga, Dato' Mohd Ariff yang menjadi Adun Pulau Manis (dalam parlimen pekan) pada tahun 2004-2008, merupakan kawan baik kepada Najib Razak selain pernah menjadi setiausaha kepada Najib. Adalah menjadi satu penanda aras, mereka meninggalkan Umno tanpa mengira apa jua kepentingan yang ada. Lebih membingungkan Umno apabila DAP pula menjadi pilihan.

Momokkan Umno supaya melayu takut kepada DAP akan dijernihkan oleh kedua-dua blogger ini dengan kesedaran betapa tiada apa yang perlu ditakuti dalam berkerjasama dengan DAP membentuk kerajaan Malaysia yang baru. Jika blogger Umno yang diyakini pekat Umnonya boleh menyertai DAP, lantas memberi gambaran bahawa doktrin perkauman tidak lagi menjadi ubat mujarab untuk mengekalkan kuasa.

Perlu diingat, bukan DAP yang memerintah negara selama hari ini jika faktor penguasaan ekonomi itu menjadi punca melayu takut DAP. Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi testimoni terbaik apabila Islam dipelihara dengan lebih baik berbanding ketika zaman Gerakan, dan orang melayu Pulau Pinang lebih diberi perhatian kerana kedudukan mereka yang susah selama diperintah Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, semangat ABU - Asalkan Bukan Umno berjaya diterapkan dan hari ini DAP menjadi pilihan dua blogger tersohor dari Umno sendiri, dan kita tiada masalah dengan keputusan baik ini kerana ia semestinya ASALKAN BUKAN UMNO !!

Masuklah mana sekali pun, DAP, PAS, Hisbul Muslimin, Gamis, NGO Bebas dan mana-mana pertubuhan sekalipun, Asalkan Bukan Umno !! Umno semakin ditinggalkan, sudah sampai masanya Umno itu dikuburkan. Retorik kononnya memperjuangkan Melayu itu menambah kebencian, sedangkan sebaliknya Melayu terus ditipu oleh ketuanan bangsanya sendiri.

Ayuh bersama menggerakkan kempen ABU - Asalkan Bukan Umno - sebuah inisiatif rakyat !

RAKYAT SEMAKIN FAHAM MNILAI

Isnin, 2 Januari 2012

Faekah Tidak Perlu Layan RPK

Memanglah sakit juga telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh Raja Putera Kamarudin (RPK) yang digarap dan dicerakinkan oleh media penjlat buntut semalam. Kononnya rasuah masih berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat, (Selangor) dan kononnya dia ada bukti bahawa huluran wang di bawah meja masih berlaku.

Tuduhan itu sesuatu yang serius. Sebagai sebuah kerajaan yang memandang berat soal rasuah dan berusaha untuk membasmikannya termasuk menyediakan peruntukan RM15 juta bagi membasmi rasuah, semamngnya tuduhan itu perlu jawaban dan penjelasan.

Tetapi apabila ianya diungkitkan oleh orang yang nun berada di Phukat Thailnad yang matanya tidak dapat ditentang apakah ia perlu dijawab?


Kepada saya Setiausaha Politik MB Selangor,
Faekah Husin tidak perlu membuang masa untuk menjawabnya. Ia membazirkan air liur dan mengeringkan tengkuk saja. Juga tidak perlu menanggung perbelanjaan untuk RPK pulang hanya untuk melihat bukti yang dikatakan itu. Cara itu tidak akan menjawab masalah melainkan memberi peluang untuknya minum tea tarik dan nasi lemak di Dome Damansara sahaja.


Kalau RPK benar-benar ada bukti, biarlah dia dedah dalam blognya. Dia boleh guna blognya seluas mungkin dan boleh menangguk bayaran dari pihak yang akan untung dengan pendedahan itu. Hidup ini bukankah memerlukan wang walaupun wang itu ada cara lain untuk mendapatkannya. Orang tidak akan kata dia
Trojan Horse kalau pun dia mendedahkan perkara itu.

Semua orang baik di belah Pakatan Rakyat dan UBN kenal dan
arifbillah dengan RPK. Tahu siapa dia RPK dan tahu juga kelentung mengelentung segala macam isu-isu politik di negara ini. Pendedahan ataupun apa yang beliau tulis selama ini boleh dikaji dan dinilai tentang kesahihannya dan juga kepalsuannya. Wibawanya bukan terletak pada soal memutar bahasa tetapi faktanya.

Seperti kata Faekah kenapa dia serang Selangor, ekonomi Selangor ialah kerana Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya. RPK ada dendam tersendiri dengan Anwar yang tidak pernah diluahkan secara jelas dan berterus terang. Saya mungkin bersetuju kalau mengatakan Anwar bukan faktor lagi pada pilihan raya akan datang, tetapi dengan menyerangkan Anwar tanpa bukti jelas dan menampakkan ianya seperti disuruh sesuatu yang buruk dan boleh menjejaskan kredibiliti sebagai penulis.


Pendirian dan sikap RPK ini memang tidak mudah untuk difahami. Sikap dan ideologi politiknya liberal sama dengan fahamannya terhadap agama. Tulisan-tulisan dan ulasannya mengenai isu agama boleh didapati dalam blognya. Sesiapa mengikut pemikiran RPK akan mudah mengenal siapa dia dan untuk apa dia menulis dan tidak akan tergaru-garu kepala apabila membaca perubahan suhu dalam kepalanya.


RPK mula tidak menyerang Ha Najib Razak dan Rosmah Mansor sejak beliau dikatakan bertemu bertemu dengan Najib di Australia. Atau tepatnya sejak beliau mendapat liputan meluas dari media penjilat butut yang disiarkan dua malam berturut-turut. Sebelum ini Najib dan Rosmah adalah makanan siangnya. Tetapi selepas itu dia kehabisan cara untuk makan Najib mungkin makanan untuknya disaji begitu lazat sebagai pertukaran haluan. Saya tidak fikir dokumen mengenai kemasukan cicin permata sebesar penumbuk tidak di emailkan kepadanya.


Sedikit saya memberi maklumat mengenai RPK yang pernah saya tahu dan sempat berkawan dengannya di beberapa buah kedai kopi. Di awal refomasi beliau mendabik dada dialah pelopor refomasi menerusi internet. Dialah yang membela dan menggerakan pembebasan Anwar yang dipenjara. Dia dilihat begitu akrab dengan perjuangan reformasi Anwar. Dialah yang menyediakan bahan-bahan propaganda untuk reformasi.


Selepas itu dia beralih kepada Mahathir Mohamad. Pernah membuat liputan di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya. RPK juga pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan interviu dengan Tengku Razaleigh dan memberi ruang seluasnya dalam blognya. RPK juga pernah ke Kelantan mengusung segala perkakas
ITnya untuk melaporkan secara langsung majlis melibatkan Inchek Ibrahim bin Ali al Kataki.

Perjalanan-perjalanan itu dapat kita mengenali akan masalah RPK. Akhirnya beliau terpaksa 'mengunsi' ke luar negara apabila beliau disaman dimahkamah sehingga waran tangkap dikeluarkan. Beliau sehingga kini tidak balik dan hanya berada di Phukat kampung isterinya. Selain itu saya juga mendapat tahu RPK sedang menghadapi masalah personal yang kronik yang kurang elok kalau saya sebutkan di sini.


Kalau RPK seorang pejuang rakyat, pembela negara, seorang berani kenapa beliau harus melarikan diri. Akhbar penjilat buntut yang menyiarkan temuramahnya panjang lebar itulah juga yang memburu RPK hingga di London. Yang membuat desakan agar polis menangkapnya di sana, dan polis pun memberi jaminan untuk membawa balik.


Alih-alih cerita itu diam begitu saja. Yang timbul kini RPK dilaporkan memberi tahu rakyat Malaysia selera rakyat kini sudah berubah. Orang mudah tidak lagi sokong Pakatan Rakyat. UBN akan menang besar. Perubahan nada itu seperti mana kata Faekah bukan sukar untuk difahami.
Kalau burung merebok (ketitir) tiba-tiba berkokok seperti burung terkukur ibarat kata musim padi sudah tidak menjadi dan mengharap jagung berbuah pula.

Jadi Faekah tidak perlu mencabar Raja Petra Kamarudin biarlah dia bersuara sekuat mana kerana sebahagian rakyat sudah tahu dan kenal siapa dia. Apa lagi apabila suara itu dirakam oleh akhbar penjilat butut atau oleh media eletronik yang hidup seperti keldai perut labuh - sanggup memikul bebanan sehingga perut melerek ke bumi. Lagipun dia bersuara di kejauhan dan memberi maklumat sekadar
hersay semata-mata.
MSO.

Mat Zain: Najib must throw book at Shahrizat, Jamil Khir

January 02, 2012
Shahrizat said she is simply the wife to the boss of the NFC. — File pic
KUALA LUMPUR, Jan 2 — Datuk Mat Zain Ibrahim urged Datuk Seri Najib Razak today to act fairly by taking action against Datuk Seri Jamil Khir Baharom for allegedly abusing zakat funds and the family of Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil over “even more abuse” in the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal. 
 
The former Kuala Lumpur CID chief has repeatedly called for Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir to be investigated for using part of RM63,650 in zakat funds to settle his legal fees, especially after Johor police pursued a tithe collector for misappropriating RM19,510 in zakat money.

Mat Zain added in a statement today that if zakat collector Reduan Mohd Said was sentenced to be whipped thrice and jailed four years, then “Shahrizat’s family faces punishment many times larger as the amount of public money involved is several hundred times more.”

“If the prime minister remains silent to protect Jamil Khir... then it is inconsistent and unjust since a tithe collector was sentenced for the same offence.

“If legal action is taken against Jamil Khir... it is still unfair if he (Najib) does not take action against Shahrizat’s husband and children who abused even more public funds for personal gain in the NFC scandal.

The former senior policeman said “abusing zakat or public funds fall under the same section in the Penal Code.”

Wanita Umno chief Shahrizat has faced growing calls to resign, including from Tun Dr Mahathir Mohamad, after repeated allegations including the use of public funds to purchase RM27 million in land and property unrelated to the national cattle farming project.

PKR first latched onto the issue after the RM250 million federally funded cattle project made it into the pages of the Auditor-General’s report for 2010, which described the NFC as “a mess”.

Since then, the party has made several revelations related to the scandal, including the NFC’s purchase of twin multi-million luxury condominium units in Bangsar, the alleged use of project funds to finance Shahrizat’s as well as her family’s personal expenses and trips abroad.

It also alleged there was a transfer of resources to unrelated companies in Singapore, as well as the purchase a Mercedes-Benz CLS350 for RM534,622 and two plots of land in Putrajaya’s Precinct 10 for RM3,363,507.

The latest disclosure by PKR, made last Tuesday, alleged that some RM10 million was diverted towards the purchase of luxury condominium unit in Singapore for the family of the women, family and community development minister.

Shahrizat has sought to deflect attention by stating she was “only the wife” of the national cattle farming project’s chairman and had nothing to do with the NFC.

The Auditor-General also revealed in his report that Jamil Khir (left) and two senior Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) officials withdrew zakat funds to settle their legal fees in 2010.

According to the report, Jamil Khir, MAIWP director Datuk Che Mat Che Ali and MAIWP chief prosecutor Shamsudin Hussain had withdrawn RM63,650 from the council’s zakat fund to settle their legal costs incurred when Anwar named the trio as respondents in his qazaf application.

The audit report also confirmed that the sum was repaid to the fund after the council obtained a RM70,000 grant in June 2010 as part of its general resources allocation from the government.

But PKR has said MAIWP only repaid the amount in December that year.
Citing legal provisions, Mat Zain insisted last week the trio had committed misappropriation of property under Section 403 of the Penal Code and should be punished accordingly.

He also cited Section 409B of the Penal Code, which states that if any offence prescribed in Section 403 and 404 is proven, “it shall be presumed that he had acted dishonestly until the contrary is proved”.

Jamil Khir denied on Saturday he and two religious officials had misappropriated alms money to pay their legal fees.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.