Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT SEMAKIN FAHAM MNILAI

Isnin, 2 Januari 2012

Faekah Tidak Perlu Layan RPK

Memanglah sakit juga telinga mendengar apa yang diperkatakan oleh Raja Putera Kamarudin (RPK) yang digarap dan dicerakinkan oleh media penjlat buntut semalam. Kononnya rasuah masih berlaku di dalam kerajaan Pakatan Rakyat, (Selangor) dan kononnya dia ada bukti bahawa huluran wang di bawah meja masih berlaku.

Tuduhan itu sesuatu yang serius. Sebagai sebuah kerajaan yang memandang berat soal rasuah dan berusaha untuk membasmikannya termasuk menyediakan peruntukan RM15 juta bagi membasmi rasuah, semamngnya tuduhan itu perlu jawaban dan penjelasan.

Tetapi apabila ianya diungkitkan oleh orang yang nun berada di Phukat Thailnad yang matanya tidak dapat ditentang apakah ia perlu dijawab?


Kepada saya Setiausaha Politik MB Selangor,
Faekah Husin tidak perlu membuang masa untuk menjawabnya. Ia membazirkan air liur dan mengeringkan tengkuk saja. Juga tidak perlu menanggung perbelanjaan untuk RPK pulang hanya untuk melihat bukti yang dikatakan itu. Cara itu tidak akan menjawab masalah melainkan memberi peluang untuknya minum tea tarik dan nasi lemak di Dome Damansara sahaja.


Kalau RPK benar-benar ada bukti, biarlah dia dedah dalam blognya. Dia boleh guna blognya seluas mungkin dan boleh menangguk bayaran dari pihak yang akan untung dengan pendedahan itu. Hidup ini bukankah memerlukan wang walaupun wang itu ada cara lain untuk mendapatkannya. Orang tidak akan kata dia
Trojan Horse kalau pun dia mendedahkan perkara itu.

Semua orang baik di belah Pakatan Rakyat dan UBN kenal dan
arifbillah dengan RPK. Tahu siapa dia RPK dan tahu juga kelentung mengelentung segala macam isu-isu politik di negara ini. Pendedahan ataupun apa yang beliau tulis selama ini boleh dikaji dan dinilai tentang kesahihannya dan juga kepalsuannya. Wibawanya bukan terletak pada soal memutar bahasa tetapi faktanya.

Seperti kata Faekah kenapa dia serang Selangor, ekonomi Selangor ialah kerana Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya. RPK ada dendam tersendiri dengan Anwar yang tidak pernah diluahkan secara jelas dan berterus terang. Saya mungkin bersetuju kalau mengatakan Anwar bukan faktor lagi pada pilihan raya akan datang, tetapi dengan menyerangkan Anwar tanpa bukti jelas dan menampakkan ianya seperti disuruh sesuatu yang buruk dan boleh menjejaskan kredibiliti sebagai penulis.


Pendirian dan sikap RPK ini memang tidak mudah untuk difahami. Sikap dan ideologi politiknya liberal sama dengan fahamannya terhadap agama. Tulisan-tulisan dan ulasannya mengenai isu agama boleh didapati dalam blognya. Sesiapa mengikut pemikiran RPK akan mudah mengenal siapa dia dan untuk apa dia menulis dan tidak akan tergaru-garu kepala apabila membaca perubahan suhu dalam kepalanya.


RPK mula tidak menyerang Ha Najib Razak dan Rosmah Mansor sejak beliau dikatakan bertemu bertemu dengan Najib di Australia. Atau tepatnya sejak beliau mendapat liputan meluas dari media penjilat butut yang disiarkan dua malam berturut-turut. Sebelum ini Najib dan Rosmah adalah makanan siangnya. Tetapi selepas itu dia kehabisan cara untuk makan Najib mungkin makanan untuknya disaji begitu lazat sebagai pertukaran haluan. Saya tidak fikir dokumen mengenai kemasukan cicin permata sebesar penumbuk tidak di emailkan kepadanya.


Sedikit saya memberi maklumat mengenai RPK yang pernah saya tahu dan sempat berkawan dengannya di beberapa buah kedai kopi. Di awal refomasi beliau mendabik dada dialah pelopor refomasi menerusi internet. Dialah yang membela dan menggerakan pembebasan Anwar yang dipenjara. Dia dilihat begitu akrab dengan perjuangan reformasi Anwar. Dialah yang menyediakan bahan-bahan propaganda untuk reformasi.


Selepas itu dia beralih kepada Mahathir Mohamad. Pernah membuat liputan di pejabat Yayasan Perdana di Putrajaya. RPK juga pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan interviu dengan Tengku Razaleigh dan memberi ruang seluasnya dalam blognya. RPK juga pernah ke Kelantan mengusung segala perkakas
ITnya untuk melaporkan secara langsung majlis melibatkan Inchek Ibrahim bin Ali al Kataki.

Perjalanan-perjalanan itu dapat kita mengenali akan masalah RPK. Akhirnya beliau terpaksa 'mengunsi' ke luar negara apabila beliau disaman dimahkamah sehingga waran tangkap dikeluarkan. Beliau sehingga kini tidak balik dan hanya berada di Phukat kampung isterinya. Selain itu saya juga mendapat tahu RPK sedang menghadapi masalah personal yang kronik yang kurang elok kalau saya sebutkan di sini.


Kalau RPK seorang pejuang rakyat, pembela negara, seorang berani kenapa beliau harus melarikan diri. Akhbar penjilat buntut yang menyiarkan temuramahnya panjang lebar itulah juga yang memburu RPK hingga di London. Yang membuat desakan agar polis menangkapnya di sana, dan polis pun memberi jaminan untuk membawa balik.


Alih-alih cerita itu diam begitu saja. Yang timbul kini RPK dilaporkan memberi tahu rakyat Malaysia selera rakyat kini sudah berubah. Orang mudah tidak lagi sokong Pakatan Rakyat. UBN akan menang besar. Perubahan nada itu seperti mana kata Faekah bukan sukar untuk difahami.
Kalau burung merebok (ketitir) tiba-tiba berkokok seperti burung terkukur ibarat kata musim padi sudah tidak menjadi dan mengharap jagung berbuah pula.

Jadi Faekah tidak perlu mencabar Raja Petra Kamarudin biarlah dia bersuara sekuat mana kerana sebahagian rakyat sudah tahu dan kenal siapa dia. Apa lagi apabila suara itu dirakam oleh akhbar penjilat butut atau oleh media eletronik yang hidup seperti keldai perut labuh - sanggup memikul bebanan sehingga perut melerek ke bumi. Lagipun dia bersuara di kejauhan dan memberi maklumat sekadar
hersay semata-mata.
MSO.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.