Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANDANGAN MUNGKIN UNTUK BERDEBAT

JIKA PANGGIL TOKOH AGAMA ITU ADALAH BAIK, CUMA NANTI JIKA HADI BERSEORANGAN  MEWAKILI PAS JANGAN MACAM MAHKAMAH PULAK YANG MANA KEPUTUSANNYA 3-1 ATAU SEBALIKNYA, YANG KITA TAHU HADI HANYA KATA BAGI DIA 1 JAM UNTUK TERANGKAN ISU AMANATNYA, JIKA PANGGIL TOKOH AGAMA LEBIH BAIK BERDEBAT BARU LA TAHU NASIB TIMBUL ATAU TENGGELAMNYA UMNO - Pak Karamu
 
Amanat Hadi: Rais patut jemput PM sekali, kata Pas
JAMILAH HAMZAH
2 Januari 2013
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub 
 
SHAH ALAM - Pas menyindir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata mufti dan tokoh agama akan menyertai Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di televisyen dalam sesi penjelasan berkaitan polemik Amanat Haji Hadi.

Sehubungan itu, Pas berkata adalah lebih baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di televisyen bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, jemputan dibuat itu adalah perkara kedua, yang penting bagi Pas penjelasan amanat presiden perlu dibuat secara langsung di televisyen.

Beliau berkata, peluang dan ruang yang adil perlu diberi kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik di media.

"Bagi saya yang penting perkara itu dapat dijelaskan dan disegerakan.

"Namun perkara yang berkaitan jemputan ini nombor dua, yang penting penjelasan yang akan disampaikan Presiden nanti adalah secara langsung," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam laporan media kelmarin, Rais berkata, tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Hadi bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita."

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerajaan perlu adil dan tidak membezakan hak untuk rakyat menggunkan saluran media sedia ada.


Wednesday, January 2, 2013

Ini bahayanya Umno jika kembali berkuasa [Gambar]

Sedarlah wahai bani Melayu, inilah bahananya jika Umno diberi lagi kuasa memerintah selepas Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang... FB

Shalehudin

DEBAT NGAN JAKIM PULAK !

Jakim jangan jadi alat politik
Wartawan Sinar Harian 2 Januari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
 
SHAH ALAM - Pas mengingatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak menjadi alat permainan politik mana-mana pihak tertentu dalam isu Amanat Haji Hadi.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, jika Jakim benar-benar telus, isu itu sepatutnya sudah lama diselesaikan dan bukan sekarang baru hendak bertindak.

"Saya tidak teruja untuk memanjangkan isu amanat ini. Tapi, mengapa sekarang ini Jakim baru mahu panggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedangkan ia dilaung sekitar 30 tahun lalu.

"Saya juga tidak pernah dengar ada kajian saintifik mengenai perpecahan orang Melayu hanya disebabkan amanat itu. Lihat sahaja hari ini, orang Melayu masih sama, tiada perbalahan seperti yang dikatakan," katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kehidupan masyarakat Melayu di negara ini masih harmoni tanpa ada yang gelisah dengan amanat itu.

"Kalau ada pun berlaku perpecahan, ia hanya kes terpencil dan tidak ada kajian kes itu.

"Sekali lagi, saya ingatkan, Jakim tidak perlu jadi 'hero' dalam isu ini kerana kami orang Pas tidak pernah anggap apa dikatakan Presiden kami sebagai amanat, sebaliknya kata-kata biasa dalam ceramah," katanya.

Katanya, hanya orang luar beranggapan ucapan itu amanat, namun ia tidak beri kesan terhadap ahli Pas.

APA DAH JADI AKIDAH ORANG JOHOR ?


Wanita bersuami dua
KAMARUL HALIM M KAMAL
2 Januari 2013
Wanita dua suami
Wanita berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan pegawai penguat kuasa Jaij
 
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.


“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

HABIS, JAHANAM !

Wednesday, January 2, 2013

PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib?


Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.

Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja kata Yang Dipertua PSIP sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Bagaimanpun artis Rock terkenal tanahair, Awie mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan telah membuka sebuah Kelab Malam, Malai Rock Station Bistro (MRSB) di Ipoh yang dikatakan turut menjual arak - baca di ( SINI )

Dan hari ini sebuah laman Blog ( MiLo SuaM ) mendedahkan satu video yang menyerlahkan ketika menyampaikan sebuah lagu dalam satu konsert, Awie kelihatan memakai rantai yang berloket 'SALIB'..

Kebetulan ketika gua menjelajah video beliau di YouTube sebentar tadi, gua terkejut apabila melihat rakaman Awie sedang menyanyikan salah sebuah lagu rock beliau bertajuk "Ranggi Metropolis" dengan memakai rantai berbentuk salib.



Berulang kali gua pause, forward dan reverse video rakaman ini, memang sah dia pakai rantai salib. Cuba korang pulak check adakah mata gua yang kelabu atau memang betul Awie pakai rantai dengan loket salib?



Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat pada durasi seperti yang gua dah "highlight" dalam printscreen video di atas.
 

Peringatan Penting! 
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). 

BN DALAM KEADAAN TERTEKAN

Rabu, 2 Januari 2013

BN Makin Terdesak : Iklan 'Sayangi BN' dikesan dalam koc komuter

NONESelepas kontroversi pemasangan bendera BN dan iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak KTM Komuter, kini muncul pula iklan "Sayangi BN" di dalam sistem pengangkutan awam tersebut.

Tinjauan Malaysiakini pada hari Isnin lalu mendapati, paparan video iklan sepanjang kira-kira tiga minit itu menonjolkan visual pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama kelompok masyarakat.

Iklan berkenaan turut menonjolkan logo BN dan slogan "Dikau menjamin harapan", "Yakini BN - Sayangi Selangor" dan "Sekian lama aman sejahtera".

NONESatu sumber di KTMB menyebut, iklan tersebut hanya dipasang di dalam unit set komuter yang baru dari jenis SCS (Six-Car-Set) di sekitar Lembah Klang.

Sumber di KTMB yang tidak ingin namanya dinyatakan itu berkata, iklan tersebut mula dipasang di dalam koc berkenaan pada 29 Disember lalu.

Tarikh berkenaan merupakan hari pertama Karnival Sayangi Selangor anjuran BN negeri, yang berakhir pada hari Isnin lalu.

NONESumber berkenaan bagaimanapun tidak dapat menjelaskan tempoh tayangan iklan dalam koc komuter berkenaan, dan sama ada ia merupakan iklan berbayar.

April tahun lalu, KTMB menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN di beberapa stesen komuter di Selangor.

Beberapa bulan selepas itu, iklan "Sayangi Selangor" pula muncul di badan gerabak dan di stesen KTM Komuter, tanpa memaparkan logo BN.

NONEKempen berkenaan antaranya lainnya menonjolkan Najib dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" dan "Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan".

Pengerusi KTMB, yang juga penyelaras BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed ketika diminta menjelaskan isu berkenaan pada Julai tahun lalu sekadar berkata ia merupakan iklan berbayar.

Malaysiakini sedang menunggu maklum balas presiden KTMB Datuk Elias Kadir, yang bertegas supaya soalan dikemukakan kepadanya melalui emel, untuk memberi penjelasan mengenai kempen terbaru BN di dalam koc komuter tersebut.

02 Januari, 2013

Minggu Ni.. Najib,Rosmah Bakal Panas Punggung!!

KUALA LUMPUR 2 Januari: Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian dijangka akan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya minggu ini.Deepak berkata, pertemuan itu sepatutnya diadakan semalam tetapi pegawai yang akan beliau temui itu sibuk.Deepak“Oleh itu dia meminta saya untuk ke sana dalam minggu ini. Saya akan maklumkan kepada media dengan lebih lanjut mengenai perkara ini kerana saya akan memerlukan bantuan media sebelum masuk.
“Saya akan memberitahu media tentang apa yang saya akan maklumkan kepada SPRM sebelum perjumpaan itu,” katanya dipetik Malaysiakini.
Ditanya mengenai identiti pegawai yang memanggilnya, Deepak memberitahu, beliau tidak dapat mendedahkannya namun menyatakan beliau pernah berurusan dengan pegawai berkenaan sebelum ini.
Deepak juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab beliau dipanggil dan hanya mengatakan akan mendedahkan perkara itu sebelum memasuki pejabat SPRM. ~kd

PENGGERANG BELUM SELESAI !


Wednesday, January 2, 2013

Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?


Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.

Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.

Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

Berikut adalah kenyataan media beliau..
Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.
Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah. Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.

Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.

Chua Peng Sin
Bendahari Gabungan NGO Pengerang
1hb Januari 2013

MANA JAHAT MCA DAN DAP ?

 
ADA CITA-CITA NAK JADI MB JOHOR

January 2, 2013

“Saya nak beritahu Chua Soi Lek, DAP tak terima anda.” – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jangan harap Presiden MCA, Chua Soi Lek akan dibenar menyertai DAP seperti dakwaannya sebelum ini yang menyatakan mahu bersama parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar di Johor dan melantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor.

Mengulas kenyataan jahat Soi Lek itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menuntut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Johor walaupun PR berjaya dan diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita tidak pernah tuntut untuk menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang kita tuntut adalah keadilan, kebebasan dan demokrasi untuk rakyat.

“Jangan ingat DAP parti sampah! Kita tidak terima orang macam anda. Maaf, pintu sudah ditutup,” tegas beliau ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru 2013 DAP di KLSCAH malam tadi.

Sambil mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada lebih seribu hadirin, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan bersejarah dalam negara ini.

“Saya percaya PR telah buktikan bahawa kita bukan saja menjadi parti oposisi yang baik, tetapi pada masa yang sama terbukti menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Mengenai maruah Malaysia yang semakin tercalar di bawah kerajaan BN akibat rasuah dan pengaliran wang haram ke luar negara, Guan Eng yakin kerajaan PR mampu mentadbir negara ini jauh lebih baik berdasarkan rekod cemerlang pentadbirannya di beberapa negeri.

“Sebelum ini kita buktikan, kita memang boleh lakukan, impian ini (membentuk kerajaan Persekutuan) akan menjadi realiti sekiranya kita bersatu, berani dan berpegang teguh kepada prinsip perubahan demi rakyat dan Malaysia,” tambah beliau.

BN tidak dengar suara rakyat Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong pula berkata, semua rakyat Malaysia mesti menjadikan BN sebagai oposisi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana BN tidak lagi mendengar suara dan rintihan rakyat sambil merujuk kepada projek nadir bumi Lynas yang bakal memberi risiko kepada alam sekitar dan rakyat.

Beliau yang juga ADUN Bahau berkata, “Kini kita boleh lihat rakyat sudah bangkit menuntut Lynas ini dihentikan.

“Kalau BN tak dengar suara rakyat, kita kena pilih PR yang bersedia mendengar suara rakyat,” katanya.

“Anda tidak keseorangan” Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula menekankan pentingnya melaksanakan transformasi politik secara holistik dalam memerangi rasuah dan tidak hanya sekadar slogan.

“Perdana Menteri ‘jerit-jerit’ mahu laksanakan transformasi tetapi masih mengkhianati rakyat. “Rasuah berleluasa, dia gunakan duit rakyat. Kita kena tahu, institusi awam dalam negara ini adalah milik rakyat Malaysia,” tegasnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam menambah bahawa tahun 2013 memerlukan satu anjakan pemikiran dan keyakinan tinggi untuk perubahan.

“Kita perlu berusaha, dan paling penting rakyat perlu tahu bahawa anda tidak keseorangan. Kita boleh dan kita sama-sama perlu mempunyai semangat untuk selamatkan Malaysia,” katanya. – Roketkini.com

Mungkin banyak kes dato kot !

Rabu, 2 Januari 2013

Krisis menerima Dato buat DAP

Subky Latif,
KARPAL Singh tentu ada hujah mengapa dia tidak menggalakkan pemimpin-pemimpin DAP menerima gelaran seperti Dato, Tan Sri, Tun dan sebagainya.
Dan pemimpin DAP Perak, Dato Ngeh Koo Ham pula ada hujah mengapa dia menerima gelaran Dato itu dari Sultan Perak semasa dia menjadi Exco dulu.

Dato Ngeh mendakwa ia telah dimaklumkan kepada pemimpin utama atau pemimpin mentor DAP, Lim Kit Siang. Justeru DAP adalah sekutu kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang terkuat di Perak, maka dia merasa perlu untuk menjaga hubungan baik dengan Istana, supaya penolakannya akan menjadi fitnah.

Dato Ngeh dipercayai tidaklah memburu gelaran itu seperti yang direbut oleh setengah saudagar dan orang-orang  MCA.

Anugerah itu boleh ditolak dan penolakan itu tidaklah dikira anti  raja atau  menderhaka. Profesor Diraja Ungku Aziz tidak menerima sebarang gelaran yang ditawarkan. Dia lebih senang menerima anugerah Profesor Diraja dari gelaran Dato dan Tan Sri.  Kalau profesor kangkung pun diberi Dato, masakan Ungku Aziz tidak ditawarkan. Tetapi tiada siapa boleh kata  Ungku Aziz anti istana dan sebagainya.

Al-Marhum Dato Fadzil Noor semasa menjadi Adun PAS di Kedah pernah dua kali tidak menerima tawaran kepadanya. Apabila Sultan Kedah membuat tawaran yang ketiga, beliau kira gelaran itu benar-benar layak buatnya, maka beliau menerika anugerah Sultan itu.


Abdul Ghafar Baba dan Khir Johari masing-masing berpuluh tahun jadi menteri, mereka menolak sebarang anugerah. Lama selepas tidak menjadi Timbalan Perdana Menteri baru Ghafar Baba setuju menerima gelaran Tun. Khir Johari pula selepas lama bersara bersetuju dijadikan Tan Sri.

Maka mutu anugerah terhadap Ustaz Fadzil, Tun Ghafar dan Tan Sri Khir Johari itu dilihat benar-benar layak dan punya nilai tinggi.

Mungkin yang mendorong Karpal tidak menggalakkan rakannya menerima gelaran disebabkan adalah kalanya gelaran itu jadi murah. 20 tahun dulu semasa saya ke pasar, penjaja memanggil saya Dato. Saya beritahu dia,  saya bukan Dato.

Jawabnya, sekarang semua orang sudah jadi Dato. Kalau mereka tidak panggil Dato nanti mereka marah.

Memang apabila Dato sudah bersepah-sepah, maka nilai pasarannya jatuh, dan dengan segala macam yang didengar tentang anugerah Dato pun menyebabkan Dato itu jadi barang biasa.

Banyak diperkatakan ramai saudagar membeli Dato. Itulah antara yang orang kata. Saudagar yang sedia memberi sekian banyak boleh diberi Dato. Baru minggu sudah saya diberitahu tentang seorang jutawan ditawarkan gelaran Dato tetapi dalam tawaran itu disebutkan supaya menderma sekian banyak. Jutawan itu pun menolak tawaran itu dan dia senang dipanggil encik saja.

Banyak berita tentang broker Dato berkelian boleh raja itu  dan raja ini memberi Dato melalui orang tengah dengan nilai tertentu.

Tokoh nasionalis terkemuka Dato Ahmad Boestamam. Dia terkenal anti feudal. Dia menerima gelaran Dato dari Sarawak. Di hari tuanya dia tidak pendapatan yang stabil. Kerana dia Dato dia tidak dilihat manis naik bas dan minum kopi  di gerai-gerakan. Darjah dari negeri yang memberinya Dato dilihat rendah kalau dia buat demikian.

Lalu dia bercadang untuk memulang bintang itu. Ia satu beban baginya, tidak boleh pekerjaan sebarangan bagi menyelesaikan hutang rumah dan lain. Maka datang orang menyelesaikan masalah kewangannya.

Maka dalam banyak cerita Dato jatuh harga, ia agaknya antara yang mendorong Karpal supaya anggota-anggota DAP tidak termasuk dalam orang-orang yang berlumba memberi Dato dan mungkin tidak mahu menjadi sebahagian dari Dato yang murah.

Tentu dia tidak menolak anugerah seperti yang diberi kepada Ustaz Fadzil, Khir dan Ghafar. Dato Ngeh pula ada hujah, perlunya dia menjaga hubungan baik dengan masyarakat kerana politik banyak ditentukan oleh persepsi.

HABIS MODAL UMNO, TAK LEH KELENTONG


Wednesday, January 2

MESEJ PENTING: Tolong sebarkan...

SAMPAIKAN mesej ini pada keluarga dan sahabat handai!

Jangan biarkan Be End dan Umno terus menakut-nakutkan rakyat kononya Melayu akan kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran negara ini selepas pilihan raya umum ke13 nanti...


INGAT UMNO INGAT PENIPU !!

Kahkahkah...
Umno dah payah nak cari makan lepas neh...

[EDISI TERDESAK] UMNO Mainkan Politik Perkauman & Ugama Fitnah ADUN Sekincan


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) ini yang sudah dimenanginya selama dua penggal sejak 2004.
Ujar beliau, sebaran risalah dan fitnah yang disebar mendakwa Suee Lim akan ‘lari’ ke DUN lain adalah strategi terdesak pihak BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

Pagi ini, masyarakat di Kawasan Perumahan Taman Ria Sekinchan dikejutkan dengan taburan risalah lapan muka surat yang bertajuk ‘Dosa-dosa Ng Swee Lim’ bagi memburukkan imej Adun Sekinchan itu.

Risalah berbahasa Melayu itu diletakkan di setiap rumah yang dipercayai disebarkan pada waktu malam tahun baru 2013 yang juga dipercayai disebarkan di kawasan lain di DUN Sekinchan.

Ia mengutarakan sembilan isu yang menyerang keperibadian Suee Lim dengan cuba menyalahkan pengundi kerana memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas.

“Ia adalah provokasi BN untuk mengelirukan rakyat.

“Dalam tahun baru ini mereka (BN) hilang pedoman di DUN Sekinchan dan Parlimen Sungai Besar serta seluruh Sabak Bernam,” kata Suee Lim ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau, kekuatan Pakatan Rakyat (PR) semakin terserlah di Parlimen Sungai Besar, Parlimen Sabak Bernam dan juga Parlimen Tanjong Karang.

“Rakyat semakin hari mempercayai Pakatan Rakyat dan merasai kebahagiaan kepada PR dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Katanya beliau akan jika dipilih akan terus melakukan kesinambungan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Suee Lim ketika menjawab tuduhan dalam risalah fitnah berkenaan isu Billboard tertera wajah Suee Lim itu adalah disebabkan BN cemburu dengan kejayaan beliau mempromosikan Sekinchan sebagai kawasan pelancongan baru di Selangor.

“Saya hanya mempromosikan DUN Sekinchan sebagai satu destinasi eko-pelancongan.

“Dan rakyat di Sekinchan sudah mengetahui pelancongan di sini telah berkembang dengan pesat dengan ramai pelancong daripada luar negeri datang ke Sekinchan untuk melawat keunikannya seperti bendang padi, perikanan dan industri kecil sederhana.

“Potensi DUN Sekinchan dicungkilkan dengan mengadakan billboard yang besar dan akhirnya kejayaan ini mereka (BN) iri hati dengan kejayaan ini dan mereka menyerang saya dengan isu billboard ini,” ujarnya.

Ulasan GB

Budaya samseng, mencarut, memaki, politik perkauman, fitnah... tu semua dah menjadi talian hayat terakhir golongan UMNO BN.

Bukankah itu petanda jelas UMNO BN sudah berada benar-benar di penghujung usianya?

Rabu, 2 Januari 2013

Lagi Runtuhan Terbaru Di Terengganu !!

  
KEMAMAN - Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini,  seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh!

Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.

Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.

Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012!

Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan  'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

 Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.

“Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar ‘Terengganu Darul Runtuh’ dan ini memalukan kita.
Pasangan khalwat larikan kenderaan Jaip
Nik Amirulmu’Min Nik Min 1 Januari 2013
KUANTAN - Seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya berhubung tuduhan berkhalwat bertindak nekad melarikan kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam cubaan meloloskan diri daripada dikenakan tindakan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, remaja terbabit bersama pasangannya dan dua individu yang turut ditahan atas kesalahan sama dipercayai berada dalam kenderaan sementara dibawa  ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun remaja berusia 18 tahun itu bertindak menolak pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero sehingga terjatuh sebelum  memecut kenderaan menghala ke Indera Mahkota dari di Jalan Wong Ah Jang.

Pegawai penguat kuasa Jaip berjaya mengejar kenderaan terbabit di satu kawasan di Indera Mahkota dan menahan satu pasangan dalam kenderaan itu.

Satu pasangan lagi termasuk lelaki yang melarikan kenderaan tersebut berjaya meloloskan diri.

Bagaimanapun mereka menyerah diri di pejabat Jaip.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian.

Dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Tahun Baru 2013 itu, sebanyak 13 pasangan ditahan kerana disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel bajet sekitar bandar Kuantan.

Semua yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dibawa ke pejabat Jaip untuk disoal siasat mengikut Seksyen 145 (2) Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1984.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.