Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA JAHAT MCA DAN DAP ?

 
ADA CITA-CITA NAK JADI MB JOHOR

January 2, 2013

“Saya nak beritahu Chua Soi Lek, DAP tak terima anda.” – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jangan harap Presiden MCA, Chua Soi Lek akan dibenar menyertai DAP seperti dakwaannya sebelum ini yang menyatakan mahu bersama parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang besar di Johor dan melantik orang Cina sebagai Menteri Besar Johor.

Mengulas kenyataan jahat Soi Lek itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah menuntut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Johor walaupun PR berjaya dan diberi mandat mentadbir negeri itu.

“Kita tidak pernah tuntut untuk menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang kita tuntut adalah keadilan, kebebasan dan demokrasi untuk rakyat.

“Jangan ingat DAP parti sampah! Kita tidak terima orang macam anda. Maaf, pintu sudah ditutup,” tegas beliau ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru 2013 DAP di KLSCAH malam tadi.

Sambil mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada lebih seribu hadirin, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, masanya sudah tiba untuk melakukan perubahan bersejarah dalam negara ini.

“Saya percaya PR telah buktikan bahawa kita bukan saja menjadi parti oposisi yang baik, tetapi pada masa yang sama terbukti menjadi kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Mengenai maruah Malaysia yang semakin tercalar di bawah kerajaan BN akibat rasuah dan pengaliran wang haram ke luar negara, Guan Eng yakin kerajaan PR mampu mentadbir negara ini jauh lebih baik berdasarkan rekod cemerlang pentadbirannya di beberapa negeri.

“Sebelum ini kita buktikan, kita memang boleh lakukan, impian ini (membentuk kerajaan Persekutuan) akan menjadi realiti sekiranya kita bersatu, berani dan berpegang teguh kepada prinsip perubahan demi rakyat dan Malaysia,” tambah beliau.

BN tidak dengar suara rakyat Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Teo Kok Seong pula berkata, semua rakyat Malaysia mesti menjadikan BN sebagai oposisi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana BN tidak lagi mendengar suara dan rintihan rakyat sambil merujuk kepada projek nadir bumi Lynas yang bakal memberi risiko kepada alam sekitar dan rakyat.

Beliau yang juga ADUN Bahau berkata, “Kini kita boleh lihat rakyat sudah bangkit menuntut Lynas ini dihentikan.

“Kalau BN tak dengar suara rakyat, kita kena pilih PR yang bersedia mendengar suara rakyat,” katanya.

“Anda tidak keseorangan” Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula menekankan pentingnya melaksanakan transformasi politik secara holistik dalam memerangi rasuah dan tidak hanya sekadar slogan.

“Perdana Menteri ‘jerit-jerit’ mahu laksanakan transformasi tetapi masih mengkhianati rakyat. “Rasuah berleluasa, dia gunakan duit rakyat. Kita kena tahu, institusi awam dalam negara ini adalah milik rakyat Malaysia,” tegasnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam menambah bahawa tahun 2013 memerlukan satu anjakan pemikiran dan keyakinan tinggi untuk perubahan.

“Kita perlu berusaha, dan paling penting rakyat perlu tahu bahawa anda tidak keseorangan. Kita boleh dan kita sama-sama perlu mempunyai semangat untuk selamatkan Malaysia,” katanya. – Roketkini.com

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.