Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas dakwa Mukhriz 'lembab'
  • Pas dakwa Mukhriz 'lembab' Ir Amiruddin (dua, kiri) pada sidang media, semalam.
1 / 1
YAN- Kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir didakwa lambat menguruskan kes-kes berkaitan pembangunan tanah di negeri ini.

Pengarah Operasi Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu melibatkan 400 fail kes pembangunan tanah yang masih belum diproses dan diberi kelulusan oleh Majlis Kerajaan Negeri selepas mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan PR pada PRU13 lalu.

Beliau berkata, permasalahan ini sudah tentu akan memberikan kesan yang besar kepada rakyat, contohnya melibatkan ubah syarat tanah dan sudah pasti akan membuatkan projek perumahan di negeri ini berjalan lambat.

“Apabila ia lambat diproses, maka pemaju akan menghadapi kos yang tinggi kerana terpaksa meminjam daripada bank dan dalam jangka masa untuk mendapatkan kelulusan itu, pemaju kena bayar kepada bank atas kadar pinjaman yang telah dibuat.

“Jadi ia telah terbeban di situ. Bila terbeban, maka sudah tentu bebannya itu akan dipindahkan kepada pengguna. Maknanya harga rumah akan menjadi lebih tinggi,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Menurutnya, sekiranya proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih awal, maka penjimatan itu dapat diberikan kepada pengguna, di samping kerajaan negeri juga akan berpeluang mendapatkan hasil dengan lebih cepat kalau ia diproses lebih cepat.

AGAK-AGAK NAK TABOQ RM BILA ? Pak Karamu

Baru terasa bahang pilihan raya
  •  Baru terasa bahang pilihan raya  
  • Keadaan Pekan Sungai Limau Dalam pagi semalam
1 / 1
YAN - Bahang pilihan raya baru terasa setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.

Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga. 


Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali. 


Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.  


Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.

Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus. 


Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.


Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam.


"Walaupun letih namun ia berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi setiap hari. 


"Inilah peluang kami untuk masa singkat. Tak tahu bila lagi akan dapat peluang macam ini," katanya.


Menurutnya, pada kebiasaan pekan itu menjadi sunyi selepas jam 9 malam kerana tiada lagi penduduk tempatan yang keluar kerana semua kedai sudah ditutup.


Pekan Dulang Kecil pula menjadi tumpuan penyokong Pas kerana terdapat ceramah setiap malam di kawasan itu.


Seorang peniaga, Salleh Mat berkata, keadaan menjadi meriah dengan kehadiran orang ramai dan peniaga.

 
"Banyak juga gerai dibuka siang malam untuk keperluan orang ramai. Saya tengok waktu malam lagi meriah dah jadi macam pasar malam atau 'uptown'.

"Macam-macam barang dan produk dijual. Boleh beli barang sambil dengar ceramah. Ada juga yang datang sekadar nak lihat suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau," katanya.

KAKI USTAZ DIGANTUNG TANDA MENGHINA YANG TEGAR, PAS TU MINTA MA'AF !

Saturday, November 2, 2013

Kata kurang ajar Marah

TAK PANEH KAAAA TUDUNG LABUH !

2/11/13

Wanita Umno bertudung labuh

 

YAN: PRK Sungai Limau yang paling pelik dalam sejarah PRK. Kalau dahulu perayu undi BN memakai songkok bagi lelaki manakala bertudung biasa bagi wanita tetapi dalam PRK Sungai Limau, Wanita Umno sanggup bertudung labuh dan berjubah seperi muslimat PAS.

Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

“Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik,” tegasnya.Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya aruah Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.

“Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah,” tegasnya.
Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.

Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.

Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.

PRK N20 Sg Limau: (Gambar2) Aura DS Anwar Ibrahim Menambahkan Kesesakkan Jalanraya.. Limpahan Manusia Yang Sukar Dibendung Lagi.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!




Anwar Ibrahim masih punya aura yang hebat





Beberapa blog pro Bn menunjukkan kain rentang yang kononnya dipasang oleh penyokong PAS Sungai Limau yang menolak kehadiran Anwar Ibrahim ke sana.


Sebaliknya apabila Anwar Ibrahim hadir di Sungai Limau semalam, keadaan penuh sesak dengan manusia yang pastinya para penyokong PAS Kedah.


Tidak mungkin penyokong BN pula yang memenuhi ruang di kawasan ceramah Anwar Ibrahim. 


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Sungai Limau 1 November 2013


1) 7.30 mlm: Tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16 Pdg Lumat


2) 8.30 mlm: Makan malam di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Kg Setia Jaya, Ulu Sedaka


3) 9.15 mlm: Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sg Limau Dalam


4) 10.00 mlm: Ceramah Perdana di Simpang Tiga Sg Limau Luar


5) 11.00 mlm: Ceramah Perdana di Dulang Besar











02 November, 2013

Berita Baik Buat Penjawat Awam.. Kenaikan 2 Mata Gaji

Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

“Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.


81 skim perkhidmatan itu melibatkan;

Pembantu Kawalan Trafik Udara

Pemandu Lokomotif Sabah

Pereka

Pegawai Kebudayaan

Ahli Fotografi

Jurusolek

Pegawai Galian

Pegawai Kimia Bumi

Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)

Penolong Pegawai Galian

Penolong Pegawai Kimia Bumi

Pembantu Galian

Pembantu Kaji Bumi

Pegawai Makmal Filem

Penolong Pegawai Makmal Filem

Pembantu Makmal Filem

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

Pensyarah Perubatan

Pensyarah Pergigian

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/

Penolong Pegawai Latihan Vokasional/

Pegawai Latihan Vokasional

Pengajar Kraf

Pembantu Pertanian

Pembantu Veterinar

Renjer Hutan

Pengajar Membalak

Pengawas Hutan

Pembantu Hidupan Liar

Pembantu Hidupan Liar Rendah

Tukang K1

Tukang K2

Tukang K3

Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah

Operator Loji

Pekerja Awam Khas

Pekerja Awam

Penyelamat

Pelukis Pelan

Juruteknik Landskap

Juruteknik

Juruteknik Ukur

Juruteknik Perancang Bandar dan Desa

Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera

Penguasa Bekalan Air

MerinyuTali Air

Pegawai Perhubungan Preman

Penyelia Jeti

Penghantar Notis

Pembantu Kamera/Pemandu

Pemandu Kenderaan

Pembantu Am Pejabat

Pengurus Stesen

Penyelia Jurupakaian

Peniup Kaca

Pegawai Khidmat Pelanggan

Pengawas Pemulihan

Pegawai Penerbitan

Penolong Pegawai Penerbitan

Pembantu Penerbitan

Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat

Penolong Operator Kamera

Penolong Pegawai Penyelidik Sosial

Pembantu Penyelidik Sosial

Pengurus Asrama

Penolong Pengurus Asrama

Penyelia Asrama

Penolong Pegawai Tadbir Tanah

Pembantu Tadbir Tanah

Pegawai Pemeriksa Paten

Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)

Pembantu Pemuliharaan

Jurulatih Kawad

Pembantu Wartawan/Wartawan

Atendan Kesihatan

Penolong Pegawai Penaksir

Pegawai Aktuari

Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

APA PASAL polis TAK TERSENARAI?


~bernama

RAMAI KERABAT NABI NOH NIH

02 November, 2013

Rupanya Bukan Ayah Jamil Khir Je Orang PAS, Ayah Menteri Ini Pun Sama..

Seorang wartawan veteran, Subky Latif mendakwa bukan sahaja ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir orang PAS, malah ayah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery pun orang PAS.
Dalam tulisannya yang berjudul “Syukur Pak Baharom ahli PAS Sungai Limau” dalam www.harakahdaily.net , Subky menulis, “ Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya”.
Tulisnya lagi, sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Subky menulis, iika tidak kerana PRKl Sungai Limau tidak ramai yang tahu bahawa Jamil Khir adalah anak seorang ahli PAS Sungai Limau dan pernah jadi ahli jawatankuasa parti itu di kawasan Parlimen Jerai satu masa dulu..
Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.
“Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat mendidik anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu,” tulis Subky.
Beliau menambah, bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ.
“Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain,” tulisnya lagi,
Beliau menyambung, bukan Pak Baharum saja orang PAS yang anaknya tidak jadi ahli PAS.
“Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Datuk Abu Samah, anaknya Datuk Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Datuk Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno,” tulisnya lagi. ~fmt

02 November 2013

TERKINI - Ribuan Rakyat Serbu Ceramah Anwar Di Sungai Limau






HUJAH KEMPEN BODOH, NAK MASUK NERAKA ?

'Tak rugi orang Pas undi saya'
  • 'Tak rugi orang Pas undi saya'  
  •  Ahmad Sohaimi (kiri) berucap di hadapan orang ramai yang hadir pada majlis yang diadakan di PDM Simpang Tiga, semalam.
1 / 1
YAN - Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata, penyokong Pas tidak rugi sekiranya memilih untuk berpihak kepada BN pada 4 November nanti.

Ini kerana katanya, sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat, perkhidmatan beliau kepada masyarakat di Sungai Limau akan menyeluruh tanpa dibatasi ideologi politik.


“Saya kata kepada rakan-rakan Pas, kalau mereka undi saya, saya tak nampak sebarang kerugian. Takkan kalau orang Pas undi saya, mereka akan rugi?


“Orang Pas ke, orang Umno ke kita akan bantu. Selama ini pun tak ada sebarang diskriminasi atau pilih kasih oleh kerajaan BN,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Felcra Berhad bagi program baik pulih rumah, di Simpang Tiga, semalam.


Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Setiausaha Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim dan Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajudin Abdullah.


Ahmad Sohaimi berkata, pembangunan yang ingin dibawa BN bukan membawa kerosakan sebaliknya membawa kebaikan kepada seluruh penduduk Sungai Limau.


“Nak tengok hasil tunggulah 4, 5 tahun kalau kita menang. Kalau kita gagal dalam usaha nak ambil balik kawasan ini, kita akan terus begini, ketinggalan jika dibandingkan dengan tempat lain.


“Komitmen saya kepada masyarakat Sungai Limau, kita akan kerja habis-habisan. Bukan hanya membawa kemajuan dari segi fizikal, malah juga akan beri perhatian dalam konteks kerohanian,” katanya.


Tambah beliau, pengundi di kawasan itu patut memberi peluang kepada BN untuk beliau berbakti kepada masyarakat.


“Kita bukan nak minta banyak kali, cuba dulu sepenggal, selepas satu penggal kalau kita tak tunaikan janji, rakyat boleh buat keputusan. Jadi, bagi peluang untuk kita buktikan,” katanya.

ISH,ISH ABANG MAT NI ULAMA KE ? MANA NASA ? TAK NAK CUBA ?

Menjelang Muktamar PAS, Mohd Sabu Perlu Kekal Sebagai Timbalan Presiden?


Mengapa Mat Sabu perlu kekal Timbalan Presiden Oleh ISMAIL QAWI

Lawan Pas ialah Umno. Pas perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya.

Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat

Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.

Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.

Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

Antara lima calon Timbalan Presiden Pas yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.

Menjadi orang kedua Pas, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan Pas untuk bersama dengan Pas melawan batil dan kejahilan yang dibawa Umno.

Perlukah orang kedua Pas mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama? Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden Pas sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan NGO-NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.

Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan Pas sehinggalah ia menumbangkan Umno.

Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.

Jawatan Timbalan Presiden Pas bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja. Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampuan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.

Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.

Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psywar media. Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji. Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa.

Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian. Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas.

Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian.

Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada 4 calon yang lain buat masa ini.

Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online (dan GB juga)



PEMILIHAN PAS!!! Presiden, timbalan presiden, naib presiden tidak semestinya ulama - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya.
-TMI


KAT MALAYSIA ADA IC PALSU ? MASA NGUNDI ?

IC palsu: 2 pak guard dipenjara sebulan
  • gari
1 / 1
PETALING JAYA - Dua pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dikenakan hukuman sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.
  
Mereka didakwa di dua mahkamah berlainan.
  
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh Totoh Sabatal, 40 dan Yusri Sabiron, 41, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan mereka dihantar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.
  
Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Totoh selepas dia mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Abdulzan Ludjuman, 43, sebagai dokumen pengenalan dirinya.
  
Totoh, didakwa melakukan kesalahan itu di Bayan Villa, Guard House 2, Seri Kembangan, pukul 1.15 pagi tadi dan didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Majistret K.B.Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman terhadap Yusri selepas dia turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama dengan menggunakan MyKad atas nama Norazman Abdillah, 43, sebagai pengenalan dirinya di tempat dan waktu sama.

  
Kedua-dua kes itu dikendalikan pegawai pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zubaidah Zahol Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
  
Pada 28 Oktober lalu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa JPN akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
  
Langkah itu diambil susulan kejadian seorang pengawal keselamatan, dipercayai warga asing, menembak mati seorang pegawai wanita dalam insiden rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya, 23 Okt lepas.
  
Suspek berkenaan dipercayai menggunakan MyKad palsu untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.  - Bernama

01 November 2013

Umno Senak Perut Dengan Kehadiran Anwar Di Sungai Limau Malam Ini

Nampak sangat UMNO/BN Kedah yang bermenteri besarkan anak Mahathir, Mukhriz dalam keadaan sesak nafas sukar nak bernafas sebab kekalahan terbayang sudah di mata.

Sanggup buat kerja terdesak cetak dan pasang banner yang tertera tulis ayat ... KAMI MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI DUN SUNGAI LIMAU .... PENYOKONG PAS SUNGAI LIMAU.Iku hukum akal logiklah ...


Kalau benarlah para penyokong PAS tolak kehadiran DSAI ke Sungai Liamau, tak perlu ada banner dan kain rentang .. tengok saja nanti kehadiran orang ramai .. kalau sekadar yang hadir 10 orang itu bermakna memang para penyokong PAS tolak DSAI datang ke Sungai Limau.

Ini taktik dan cara purba pupus tarikh yang diguna pakai oleh pencacai UMNO .. Dia ingat dengan cara ini UMNO/BN boleh menang.

Masalah besar yang dihadapi oleh UMNO kini ialah dia ingat rakyat kebanyakkannya perangai dan otak macam para penyokong dan pendokongnya... jenis sokong membuta tuli dan angguk dan telan mentah-mentah apa jua berita disampaikan kepada mereka.

RAKYAT CERDIK .. UMNO SAKIT..

- omakkau

Friday, November 1, 2013

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau: BN hidang 'Air Ketum'

BN hidang 'Air Ketum'
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau
BN "ketagih pengumuman" setiap kali berdepan pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN akan hilang punca jika tidak berbuat demikian kerana bagi mereka, itulah talian hayat untuk memancing undi.

"Kita lihat pengumuman itu jadi satu projek tradisi setiap kali kempen pilihan raya.

"Ibarat kalau tak buat pengumuman janji manis itu seperti tak kena air ketum," katanya pada sidang media di markaz induk PAS di Sungai Limau di sini hari ini.

Sehingga kini sejumlah RM15.15 juta nilai pengumuman projek yang dibuat BN setakat hari ke sepuluh kempen hari ini.

Ianya termasuk pengumuman bantuan kepada sekolah, program bantuan Azam Tani Mara, peruntukan kepada masjid, bantuan baiki rumah, pemberian cermin mata serta tukun tiruan.

Selain itu, bantuan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, sabun mandi dan minyak masak juga diberikan.

Bagaimanapun kata Mahfuz ianya hanya bersifat pengumuman janji manis, seperti apa yang berlaku ketika kempen BN di PRK Kuala Besut sebelum ini.

Dengan nilai pengumuman RM377 juta untuk 10 projek segera, sehingga kini tidak nampak satu pun projek di Kuala Besut yang dilaksanakan seperti dijanjikan.

Di samping itu, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah mempersoal kenapa nisbah peruntukan kepada Sungai Limau terlalu kecil berbanding Kuala Besut.

"Di Kuala Besut, BN umum 10 projek segera dengan nilai RM377 juta. Di Sungai Limau ini hanya RM15.15 juta.

"Adakah ini bermakna, Sungai Limau ketika Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Ustaz Azizan, tidak banyak masalah yang dihadapi.

"Berbanding di Kuala Besut, yang diperintah oleh BN, mungkin terlalu banyak masalah dan jauh ketinggalan sehingga sejumlah RM377 juta peruntukan diperlukan," katanya.

Friday, November 1, 2013

Comotnya muka orang tua ni bila marah ?

Ha ha ha ha ... buku bertemu ruas,,, lu setakat marah ajalah,, apa yang lu boleh buat lagi... lu punya kuasa dah tak ada dah,, hanya boleh sekadar menyalak aja...


DR MAHATHIR: Puak Pelampau sudah menguasai Malaysia. - Foto REUTERS


Dr Mahathir kritik Najib kerana marah anaknya tewas?

KUALA LUMPUR: Serangan ke atas pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bermula - sekali lagi dalam bentuk kritikan pedas daripada mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kelmarin, Dr Mahathir dipetik oleh pihak media Malaysia sebagai berkata bahawa pentadbiran perdana menteri negara itu sekarang "lemah" dan merasakan ia harus melayani "permintaan tidak munasabah" golongan pelampau, khususnya daripada pihak pembangkang, untuk kekal relevan kepada awam.
Selaran pedas Dr Mahathir terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib itu, bagaimanapun, tidak mengejutkan ahli politik dan pengamat di Malaysia, yang berpendapat bahawa kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir, anak mantan perdana menteri paling lama memerintah Malaysia itu, merebut jawatan naib presiden Umno ketika pemilihan pemimpin parti itu, baru-baru ini, menjadi mangkin bagi serangan tersebut.
Mereka berpendapat, kemarahan Dr Mahathir itu adalah tidak wajar kerana Datuk Seri Najib sedang menghadapi sebuah masyarakat lebih terbuka berbanding sekitaran ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, lapor portal berita The Malaysian Insider (TMI), semalam.
Kelmarin, Dr Mahathir berkata "puak pelampau" telah menguasai Malaysia, sedang Barisan Nasional (BN) bersusah payah untuk menangani sokongan awam yang semakin susut walaupun masih mengekalkan kuasanya sebagai kerajaan.
"Suasana politik sekarang tidak stabil kerana tanggapan bahawa kerajaan lemah dan puak pelampau kini menguasai politik di negara ini," kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasar pada sesi Syarahan Perdana Siri ke-17 di Putrajaya, seperti ditukil portal berita The Malay Mail.
"Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana sokongan lemah daripada rakyat, dengan kecondongan untuk menyetujui desakan para pelampau dalam pembangkang.
"Paling teruk ialah bahawa mereka membuat desakan melampau untuk menggulingkan kerajaan... kerajaan boleh menyingkirkan apa yang mereka tidak suka, tetapi jika anda fikir bahawa mereka akan kemudian berkata 'terima kasih, kami akan sokong anda sekarang', anda silap," katanya lagi tanpa menamakan sebarang kumpulan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Shabery Cheek, mempertahankan Datuk Seri Najib sambil berkata perdana menteri itu tidak tunduk kepada pembangkang dan sebaliknya memimpin kerajaan yang kukuh dengan mandat terbaru daripada parti.
"Kritikan Najib tunduk kepada pembangkang tidak betul. Beliau melakukan apa yang perlu dilakukan, iaitu mengamalkan dasar lebih terbuka," katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Perati tengok diwajahnya ada sinar nur tak,,, mungkin pada pandangan Juragan 69 ada katanya...wakaka...


Ha ha.. lu saja yang tau marah,, lu ingat Najib tak tau marah,,, lu sudah angkat pengundi haram Najib punya projek  tawan Selangor pergi ke Kedah, menyebabkan Selangor makin kalah teruk,,, lu punya anak sudah jadi embi,,, ok la tu,, tarak cukup lagi... 
 
Sekarang lu sama lu punya anak duduk diam-diam,, jaga itu negeri Kedah sudah...Nanti kalu Rosmah pula murka lu baru tau.. 


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.