Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
'Saya tidak akan larikan diri'
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
SEREMBAN – “Saya tidak takut sebab saya dalam penjara lapan tahun masih steady. Sebab itu saya buat keputusan akan tetap hadapi 10 hari bulan ini di mahkamah.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan kira-kira 400 penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir pada ‘Ceramah Rakyat Hakim Negara’ di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Menurutnya, dia sesekali tidak akan melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyerahkan kepada ALLAH SWT tentang nasibnya berhubung keputusan penghakiman kes Liwat II yang akan dihadapinya pada 10 Februari ini.

“Saya bertawakal sesungguhnya ALLAH kasih kepada mereka yang bertawakal kepadanya.

"Saya tidak akan lari dan tak takut. Apa-apa pun saya akan teruskan perjuangan, jika bebas Alhamdulillah dan jika masuk penjara, saya akan terus lawan kerana ini bukan hanya soal Anwar.

“Saya tidak mahu cerita secara lanjut kerana semua tahu. Sebab itu bila orang tanya sama ada saya yakin bebas? Saya cakap boleh, jika ikut undang-undang, tapi kalau sebaliknya itu di luar pertimbangan saya,” katanya.

BAGI LE LIM GUAN ENG JADI KETUA PEMBANGKANG

Tun Mahathir 'ganti' Anwar
  • Mohamad Sabu Mohamad Sabu
1 / 1
SEREMBAN - Ketua Pembangkang hari ini bukan lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, ia berikutan bekas Perdana Menteri itu dilihat lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang, berbanding PR sendiri.

“Sekarang Umno pula jadi masalah bila yang veteran lawan yang muda. Sebab itu, ketua pembangkang di Malaysia sekarang adalah Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar sebab dia yang banyak kecam Najib.

“Sekarang bos yang disanjung sejak 20 tahun lalu, kini dia yang paling mahu Najib berhenti. Kalau kita lihat di laman web dan Twitter Tun Mahathir, banyak yang dia hentam Najib,” katanya pada Ceramah Rakyat Hakim Negara di padang Taman Desa Rhu, Sikamat di sini, malam kelmarin.

Mohamad berkata, tindakan Mahathir itu menunjukkan bukan calang-calang orang yang mengkritik pemerintahan Najib hari ini dan rakyat seharusnya boleh membuat penilaian.

Sementara itu, beliau berkata, BN kini berada dalam keadaan 'tenat' berikutan masalah parti komponennya iaitu MIC dan MCA. “Tiada jalan lain untuk rakyat buat perubahan.

MIC bukan lagi parti, tapi akan diswastakan kepada Umno. MCA pula ada, tapi sudah ditelan zaman ‘ibarat gerakan kubur tidak bertanda’.

“Jangan BN berpecah, kita pun berpecah. Sebab itu kita perlu bersatu padu sekarang dan inilah masa terbaik untuk PR mengambil alih pentadbiran negara,” katanya.

NAPA MATI KERANA CINTA

[BERGAMBAR] Inilah Ayu Nursyuhada Yang Maut Dikelar Teman Lelaki


Taiping : Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.


Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.

“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.


Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,

Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai. Af-fatihah. -c2sini

ULASAN GB

Al-fatihah.....

Astaghfirullah... Apabila nafsu dikuasai syaitan... maka segala-galanya sudah menjadi hitam pekat... hilang pertimbangan akal yang waras sehingga sanggup melakukan apa saja hatta pembunuhan ...

Semuga polis dapat melakukan siasatan yang rapi dan semuga kebenaran terbongkar. Yang melakukan perlu bertanggungjawab untuk menerima hukuman.

Dan menjadi pengajaran untuk gadis-gadis lain untuk tidak bersama dengan mana-mana lelaki walaupun sedang dilamun percintaan sekalipun dan bersama lelaki yang zahirnya tampak alim sekalipun kerana syaitan itu sentiasa mengintai dan mencari peluang untuk memusnahkan kehidupan manusia. Bukankah Islam sudah lama mengajar kita bab itu?

Pelajar UiTM maut dikelar teman lelaki

  • Gambar kejadian berkenaan yang turut dikongsi di laman Facebook. Gambar kejadian berkenaan yang turut dikongsi di laman Facebook.
1 / 1
TAIPING - [DIKEMASKINI] Seorang wanita berusia 19 tahun dibunuh kejam oleh rakannya apabila lehernya dikelar di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Gantang, di sini.

Mangsa seorang remaja perempuan, yang juga pelajar tahun satu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Nur Syuhada  Johari, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang tadi selepas dia dipercayai dikelar di bahagian leher dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Bukit Gantang.

Seorang saksi, Md Ikhbal Ahmad berkata, dalam kejadian jam 11.55 pagi itu, dia yang dalam perjalanan dari Pokok Assam ke Ipoh telah melihat sebuah kereta jenis Proton Perdana warna hitam diletakkan di bahu jalan lebuh raya.

Menurutnya, kelihatan seorang perempuan telah keluar dari kereta terbabit melalui pintu pemandu dan kemudian jatuh ke jalan.

“Dalam masa yang sama, kelihatan seorang lelaki turut keluar dari kereta berkenaan dan menarik mangsa ke bahagian tepi besi penghadang jalan.

“Namun selepas itu, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri dan masuk ke hutan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Tambahnya, dia kemudian memberhentikan motosikal ditunggang dan melihat ramai orang awam turut berhenti menyaksikan kejadian terbabit.

“Ketika itu, kelihatan terdapat kesan leher mangsa telah dikelar dan tidak lama selepas itu kelihatan lelaki berkenaan muncul semula dan terus membuka pintu kereta dan mengambil sebuah telefon bimbit.

“Kedengaran lelaki berkenaan telah menelefon seseorang dan berkata, “minta maaf dan dia telah buat silap”,” katanya.

Mengulas lanjut, saksi berkenaan berkata, dia juga agak terkejut selepas mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata ‘’Dia tak mampus lagi ke?”

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian juga mula curiga dengan lelaki berkenaan dan bertindak memukulnya lalu menyerahkannya kepada polis peronda yang sampai di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu disyaki mempunyai masalah mental dan telah berkawan dengan mangsa.

“Dalam masa yang sama, polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang mangsa di bawah bukit tepi lebuh raya.

“Suspek telahpun ditangkap dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Isu PBT: Mustafa mahu jumpa Anwar segera

  • Datuk Mustafa Ali Datuk Mustafa Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Isu perbalahan antara pemimpin Pas dengan DAP berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bakal diselesaikan dalam satu pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'orang tengah' dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata beliau sudah menyampaikan hasratnya itu untuk bertemu dengan Anwar namun beliau masih menunggu jawapan daripada ketua umum PKR itu.

"Semalam saya minta sekretariat PR untuk aturkan perjumpaan dengan Anwar dulu, kemudian baru putuskan selepas itu (tarikh mesyuarat Majlis Pimpinan PR).

"Saya kena terang pada dia (Anwar) sebab dia mungkin tidak ikut (isu PBT) sepenuhnya, dia pun sibuk juga, jadi saya kena terang pada dia dulu, tengok lah bagaimana nanti," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar semalam yang merayu pemimpin Pas itu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya berhenti menyerang antara satu sama lain.

Insiden itu berlaku apabila Mustafa dan Guan Eng secara terbuka bertelagah berhubung isu pelaksanaan pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, beliau mahu bertemu Anwar secara empat mata tanpa melibatkan pihak lain dan beliau meminta pertemuan dibuat sebelum 10 Februari ini.

"Kali ini saya hendak bersemuka dengan Anwar seorang saja sahaja," ujarnya.

Ditanya mengenai tarikh mesyuarat Majlis Pimpinan PR, beliau berkata pertemuan itu turut membincangkan mengenai perkara tersebut.

"Ya, (sebelum 10 Februari buat mesyuarat), kita hormati permintaan dia," katanya lagi.
 
Kekal selagi tidak langgar syariah Islam

  • Suhaizan Suhaizan
1 / 1
SHAH ALAM - Pas masih akan kekal dalam PR selagi syariah Islam tidak dilanggar oleh mana-mana pemimpin dalam PKR dan DAP.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, ia kerana syariah Islam merupakan tunggak utama perjuangan Pas.

“Majoriti ahli Pas mahu parti kekal dalam Pakatan Rakyat. Perikatan itu boleh dikekalkan bersama ketiga parti.
“Tetapi jika ada yang melanggar syariah Islam, mungkin Pas akan buat keputusan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Hubungan Pas dan DAP pernah menghampiri kemuncak apabila keduanya dilihat tidak mencapai persepakatan dalam beberapa isu besar melibatkan pelaksanaan hudud dan pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Melihatkan ketegangan yang dipamerkan oleh pemimpin kedua parti ini, timbul desas- desus yang mengatakan Pas akan keluar dari Pakatan.

Bagaimanapun Suhaizan ketika bercakap dengan Sinar Online hari ini menepis dakwaan tersebut.

Katanya,  buat masa sekarang hubungan Pas dalam PR masih dalam keadaan baik.

Monday, February 2, 2015

'Ada tawaran, tapi Anwar enggan lari keluar'


Menjelang keputusan kes Liwat II minggu depan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau ada dinasihatkan untuk tinggal dan berkhidmat di luar negara

Nasihat itu, katanya, termasuk daripada sarjana terkenal dunia Islam Sheikh Yusof Al-Qardawi.

“Saya yakin saya boleh bebas kalau ikut undang-undang.
“Sheikh Yusof Al-Qardawi menasihatkan saya duduk di luar. Ada pemimpin Turki tawar jawatan penasihat agama dan ajak saya duduk sana.

“Ini tempat lahir saya, ini negara saya, walau apa pun keputusannya nanti, saya tetap akan teruskan perjuangan dan tidak takut masuk penjara sebab dah pernah masuk penjara lapan tahun,” katanya.

Beliau bercakap di hadapan 3,000 orang di Seremban malam tadi,  ceramah sulungnya dalam siri bertemakan “Rakyat Hakim Negara”.

Beliau selepas ini dijadual berceramah setiap malam di sepuluh tempat menjelang keputusan kesnya pada 10 Februari.

“Mudah-mudahan saya bebas.“Tapi kawan-kawan kata, manalah tahu,” katanya.
Tak banyak ulas kes

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar tidak banyak mengulas tentang kesnya sebaliknya menyentuh pelbagai isu semasa.

Ini termasuk sekatan memasuki Universiti Malaya untuk majlis pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) hujung tahun lepas.

“Saya bekas mahasiswa Universiti Malaya tapi tidak boleh masuk beri ucapan walaupun dijemput mahasiswa.

“Saya dijemput oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.“Akhirnya Fahmi Zainol, Presiden PMUM digantung pengajian (dua semester).
“Jangan hina orang. Jangan amalkan rasuah. Seperti kata Mat Sabu tadi, inilah masa untuk berubah (Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.

Di akhir ucapan, Anwar merakamkan penghargaan kepada pendukung reformasi sejak 16 tahun lepas.

Gerakan reformasi bermula pada tahun 1998 selepas Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dipecat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir dan berceramah malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu); Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
sumber...mkini

LAAA, ATE NUAR KATE ISTERI DIA KAN ADEEEEE !

2/02/15

Isu siapa ganti Anwar tak pernah dibincang

Tuan Ibrahim  

SHAH ALAM - Isu pelantikan pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang tidak pernah dibincangkan antara rakan PR terutama Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tersebut tidak berbangkit kerana Pas yakin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus kekal dengan jawatan tersebut dan dibebaskan semasa keputusan rayuan kes liwatnya pada 10 Februari ini.

“Saya mendoakan beliau (Anwar) akan dibebaskan. Sebagai rakan dalam PR, kita tidak pernah bincang untuk menggantikan pimpinan yang lain, kerana yakin beliau akan dibebaskan.

“Kita yakin dengan segala hujah yang dibentangkan peguam bela beliau dalam mahkamah,” katanya.

GUAN ENG CELUPAR, MENYAKITKAN HATI KAWAN

MB: Kenyataan Guan Eng tuduhan berat

  • Ahmad Yakob Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadapnya yang dianggap tidak pandai buat kerja dalam menangani krisis banjir baru-baru ini sebagai tuduhan yang berat.

Katanya, sebagai seorang pemimpin di Kelantan, beliau lebih mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di negeri itu ketika menghadapi musibah banjir terburuk penghujung bulan lalu termasuk kemudahan aset-aset bantuan di setiap jajahan.

“Dia tu (Guan Eng) pelawat, datang ke Kelantan sehari. Kita ini pemikul yang memikul (tanggungjawab di Kelantan). Berat ke tidak berat ke (kita tahu), lagi pun banjir kali ini luar biasa. Kita bersedia mengikut lumrah  biasa.

“Apabila perkara  (banjir besar) luar biasa berlaku sememangnya pada peringkat pertama kita tidak dapat atasi 100 peratus terutama untuk kita meninjau kawasan seperti Kuala Krai. Jadi kalau itu menyebabkan seolah-olah kerajaan tidak buat kerja, ambo (saya) rasa tidak betul lah,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil dan anugerah kecemerlangan pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Sesi 1 2014/2015 di Pengkalan Chepa.

Ahmad turut menyifatkan tuduhan Guan Eng terhadapnya itu terlalu serius kerana baginya orang yang melihat dengan mata kasar sahaja tidak akan merasai apa yang sebenarnya dialami oleh mereka yang memikul tanggungjawab sebagai pihak pelaksana amanah kepada rakyat.
 
Ahmad, yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad juga menegur Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak lantang serta berhati-hati dalam mengeluarka sebarang kenyataan yang dilihat bertentangan dengan semangat kerjasama dalam PR.
 
Ditanya mengenai kelantangan Guan Eng yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik rakan dalam PR itu, Ahmad mengakui tentang sikap pemimpin tersebut.
“Ia, ia (menghentam). Itulah, saya tidak tahu apa tujuan dia, apa matlamatnya. Itu terpulanglah pada dia tetapi kita (Pas) terus dengan cara dan pendekatan kita serta perjuangan kita.
“Kita mesti berhati-hati. Cakap boleh cakap semua tetapi biarlah ada kebaikannya. Jangan cakap sembarangan,” katanya.
Pada majlis itu,125 pelajar mendapat Anugerah Cemerlang, 80 diberikan Anugerah Dekan, 13 meraih Anugerah Bestari, seorang dipilih menerima Anugerah Pengerusi Lembaga Pengelola, 12 merangkul Anugerah Gemilang dan Ahmad Thaqif Kamdani dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam.
 

MAT SABU SELAMATKAN DIRI DARI BERPEHAK

Isu pilihan raya PBT dibawa ke mesyuarat Pas

  • Mohamad Sabu Mohamad Sabu
1 / 1
KOTA BHARU - Isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang diperjuangkan DAP akan dibincangkan dalam mesyuarat Pas pada masa akan datang, kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu.

Beliau berkata selepas selesai dibincangkan di peringkat partinya, isu tersebut akan dibincangkan pula dalam pakatan pembangkang.
 
"Soal parti memberi pandangan masing-masing itu perkara biasa dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran gabungan impian Kelantan bagi mengumpul sumbangan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini, di sini, malam tadi.

Ketika ditanya tindakan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat berhubung isu pilihan raya PBT itu yang menjadi kemelut antara Pas dan DAP, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu cuba mengelak dengan berkata "Tak mahu komen apa-apa".

Akhbar sebelum ini melaporkan Mustafa mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, bersemuka berikutan dakwaan Lim bahawa beliau (Mustafa) tidak jujur dalam isu pelaksanaan pilihan raya PBT. - Bernama
  
‘Saya masih ketua pembangkang’, kata Anwar

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis terhadap keputusan penghakiman kes Liwat II pada 10 Februari ini akan memihak kepadanya berdasarkan bukti, fakta dan perundangan.

Sehingga itu, beliau akan terus memimpin PR sebagai ketua pembangkang kerana yakin ketua umum PKR itu akan terlepas daripada segala pertuduhan terhadapnya.

"Saya masih ketua pembangkang, saya sangat optimistik tiada apa-apa yang akan berlaku pada 10 Februari nanti.

"Mana mungkin saya bersalah, saya sekali lagi yakin berdasarkan bukti, fakta dan undang-undang yang ada, tiada kemungkinan saya bersalah, selain itu adalah di luar kawalan saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diajukan persoalan siapa pengganti beliau sebagai ketua pembangkang sekiranya kes Liwat II pada 10 Februari ini tidak memihak kepadanya.

Beliau berkata lagi, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya sudah bersedia menerima apa jua kemungkinan, malah mereka lebih kuat dan tabah berbanding sebelum ini.

"Alhamdulillah saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kesabaran kepada Azizah dan keluarga untuk bersama mengharungi detik sukar yang alami sekarang," katanya lagi.

 

CER TEKA APA PUNCA PERTELAGAHAN ITU ?

Anwar gesa Pas, DAP henti bertelagah

  • Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian Anwar dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya berhenti bertelagah dan menyelesaikan  masalah berbangkit di meja rundingan.

"Saya merayu kepada mereka (Pas dan DAP) supaya menahan diri (bertelagah) dan bawa masalah itu ke dalam mesyuarat.

"Oleh kerana itu, saya juga berharap kita (PR) boleh tetapkan tarikh mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum 10 Februari ini, saya berharap sangat dapat buat sebelum tarikh itu. Namun sehingga kini kita masih tidak dapat bersetuju menetapkan tarikh mesyuarat lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertelingkahan antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang saling tuduh-menuduh berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), baru-baru ini.

Terdahulu, Mustafa mencabar Guan Eng supaya bersemuka dan berdebat untuk menyelesaikan segera isu pilihan raya PBT itu kepada umum supaya keterangan mereka berdua boleh dinilai orang ramai sama ada bercakap benar atau tidak.

APA YANG ALLAH HENDAK DAN APA YANG MANUSIA HENDAK PERLU SELARI

Anwar belum lihat draf enakmen hudud Kelantan

  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
KUALA LUMPUR - PR terus berpegang teguh kepada Maqasid Syariah selagi mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak memberikan salinan draf pindaan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 untuk dibincangkan bersama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini beliau tidak pernah melihat draf enakmen tersebut dan kerana itu hukum hudud sukar dilaksanakan khususnya di Kelantan.

"Keutamaan kita ialah untuk mewujudkan keadilan, keamanan, bebas korupsi, tadbir urus kerajaan yang baik, sistem kehakiman yang bebas dan bebas bersuara.

"Bagaimana kita hendak melaksanakan apa saja undang-undang kalau kita tidak mempunyai sistem kehakiman yang bebas, kebebasan media dan bersuara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Antarabangsa ke-12 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keutamaan PR apabila Pas berhasrat meminda enakmen tersebut dalam sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember lalu namun dibatalkan kerana masalah bencana banjir.

Anwar berkata lagi, selagi beliau tidak melihat sendiri draf enakmen hukum hudud Kelantan itu, sukar untuk menyatakan pendiriannya sebelum dibentangkan kepada pimpinan PR yang lain.

"Kalau saya ditanya secara pendirian umum, saya boleh kata keutamaan kita ialah keadilan, keamanan, hentikan diskriminasi, hentikan sentimen perkauman, memelihara kesucian Islam dan menuntut sistem kehakiman yang bebas," katanya lagi.
Tolak pilihanraya PBT bukan pendapat peribadi Hadi
  • Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
1 / 2
SHAH ALAM - Keputusan Pas menolak pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang bukan pendirian peribadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya ia pendirian rasmi parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat, amat malang sekiranya perkara itu tidak difahami oleh pimpinan Pas sendiri.

“Pas sejak lama menolak pilihan raya PBT. Ia bukan pendirian peribadi presiden Pas. Jika ada yang menganggapnya sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, maka ia adalah salah dan amat malang jika ia tidak difahami oleh pemimpin Pas sendiri.

“Demokrasi jangan ditafsirkan sebagai jalan menuju keadilan melalui pilihan raya semata-mata atau menganggap ketidakadilan hanya boleh dihapuskan melalui pilihan raya semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP ulangi kesilapan 13 Mei, kata Hadi]

Mengulas lanjut, beliau menyebut bahawa Pas memahami demokrasi dalam kerangka pandangan Islam yang lebih adil.

“Ia mensasar (untuk) mencapai keadilan, bukan merajakan jalan-jalan menuju keadilan yang boleh berubah-berubah dan diikat dengan syarat dan kesesuaian.

“Negara barat yang mempromosi demokrasi berpilihan raya, negara itulah juga yang menegaskan hak veto untuk mereka sendiri di PBB yang mematikan hak majoriti dalam memutuskan keputusan,” katanya lagi.
Katanya, ia jelas zalim. Jika pilihan raya ditolak dengan tujuan melihat kepada jalan keadilan yang lebih baik daripadanya, maka ia adalah lebih utama untuk diterima.

Beliau turut menyentuh mengenai sistem beraja di negara ini yang dikaitkan dengan sistem keadilan.

“Keadilan dicapai pada zaman Rasulullah. Ia dicapai pada zaman sistem khilafah. Ia juga dicapai pada zaman beraja seperti zaman Umar Abdul Aziz dan raja-raja selepasnya. Ia juga dicapai dalam sistem demokrasi hari ini yang dicedok asalnya daripada sistem syura Islam yang adil di sepanjang zaman.

“Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan dengan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?

“Jika begitu, kita sudah terlalu jauh merajakan demokrasi dan pilihan raya. Islam menolaknya,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.