Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU BAIK PULIH SEGERA

PAS BERPECAH KERANA PASMA, DI SAMPING ITU PAS TERLALU LEMBAB MENANGANI  AHLINYA YANG MENJADI DURI DALAM DAGING, SEBELUM UJUD PARTI BARU PAS PERLU BERSIHKAN DIRINYA DARIPADA PENGARUH PASMA DAN MANA-MANA AHLI PAS YANG TERLIBAT DENGAN PASMA PERLU DI PECAT, PAS PERLU TUNJUKKAN KETEGASANNYA SUPAYA JANGAN DI JADIKAN MAINAN OLEH MANA-MANA PEHAK - Pak Karamu
 
Pas berpecah kerana Pasma, bukan ulama-profesional
  • Mohd Zuhdi Marsuki Mohd Zuhdi Marsuki
1 / 1
SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marsuki meramalkan berlakunya perpecahan Pas selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 yang dijangka berlangsung pada 1 Jun depan.

Menurutnya, keyakinan berkenaan disuarakannya selepas membuat penilaian dan kajian mendalam terhadap konflik dalaman yang tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pemimpin Pas.

“Sebagai contoh, isu Menteri Besar Selangor tahun lalu, wujud percanggahan pendapat yang ketara seolah-olah ada dua kumpulan dalam Pas sering berselisih pendapat sehingga tidak dapat mencapai kata sepakat.

“Dua kumpulan ini adalah golongan yang terbahagi kepada dua iaitu satu menggunakan pendekatan lama dan satu lagi menggunakan pendekatan baharu iaitu Pasma,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, golongan ulama dan profesional dalam Pas bukan ancaman kepada perpecahan parti berkenaan tetapi dengan kewujudan Pasma yang dilihat menjadi duri dalam daging.

“Sebagai contoh kewujudan Pasma pada masa sekarang tidak lagi bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya dilihat berusaha untuk menjadi sebuah parti politik.

“Mereka (Pasma) dilihat lebih diterima oleh DAP berbanding Pas dalam isu melibatkan soal agama kerana Pasma dilihat lebih bertolak ansur berbanding  kami (Pas) yang lebih tegas menegakkan kesucian Islam,” katanya.

Dr Mohd Zuhdi mendakwa, Pasma sedang berusaha menguasai Pas dengan cuba menyusun barisan pemimpin dan direalisasikan melalui muktamar tahun ini.

“Jika mereka (Pasma) tidak berjaya, saya jangka Pasma akan menjadi sebuah parti dan bakal menggantikan Pas dalam PR.

“Jika kita perhatikan dalam dunia gerakan Islam di Asia Barat memang berlaku perpecahan kerana wujud dua kumpulan iaitu kumpulan yang lebih liberal dan kumpulan yang pertahan Islam,” katanya.

TINGGALKAN PAS, SELAMAT BERAMBUSSSS

Tinggalkan Pas, tubuh parti baharu!
  • Razman Zakaria Razman Zakaria
1 / 1
IPOH - Pas Perak menggesa mana-mana ahli Pas supaya meninggalkan parti dan menubuhkan parti baharu sekiranya tidak mampu untuk wala’ (taat) kepada ketetapan yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan tersebut disifatkan lebih berprinsip sekali gus mampu meredakan konflik dalaman yang dihadapi Pas pada ketika ini.

“Kalau tak setuju dengan apa yang diputuskan, sila adukan pada saluran yang berkenaan dan sekiranya keputusannya tetap sama, maka adalah lebih baik kita keluar dan buat parti baharu.

“Tindakan itu lebih baik daripada terus duduk dalam jemaah (Pas) tetapi pada masa sama  cuba memecahbelahkannya secara terancang,” katanya.

Menurutnya, penubuhan parti baharu juga bukan suatu perkara luar biasa memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

“Tiada masalah tentang perkara itu, sesiapa sahaja berkelayakan, bebas untuk tubuhkan parti baharu dan kami dari Pas sendiri pun tidak akan halang perkara berkenaan

“Sebagai contoh, satu ketika dahulu bekas pimpinan PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang tidak sehaluan dengan parti itu keluar dan menubuhkan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita),” katanya.

Ditanya tentang kenyataan AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  yang mendakwa wujud golongan tertentu cuba memecah-belahkan Pas, Razman bagaimanapun enggan mengulas.

“Wallahualam, tapi yang pasti dan kena ingat, bukan semua orang suka pada kita dan begitulah yang berlaku pada ketika ini (dalam Pas),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin pula berkata, beliau tidak boleh memberikan sebarang komen tentang perkara itu kerana belum membaca kenyataan yang diluahkan Nik Abduh.

“Maaf, tak dapat komen sebab belum baca lagi kenyataan Nik Abduh itu,” katanya.

DAH KHABAQ LAMA DAH ! TAPI BILA AHLI BIASA YANG KHABAQ LETAK BELAKANG JE !

Kelemahan sistem tarbiah punca Pas retak
  • Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
1 / 1
SHAH ALAM - Fungsi sistem tarbiah yang sepatutnya menyatukan ummah kesemua ahli Pas tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalam Pas.
 
Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, kelemahan sistem tersebut melebarkan lagi jurang yang terdapat dalam Pas.
 
"Kelemahan itu saya tidak boleh sebut sebab ia melibatkan beberapa pihak," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Suhaizan dalam pada itu menafikan dakwaan keterbukaan Pas sebagai punca keretakan parti berkenaan.
 
"Memang sifat Pas terima semua (golongan) untuk masuk ke dalam Pas, tapi kita ada sistem tarbiah yang berfungsi untuk menyatukan semua pihak.
 
"Sistem itu diamalkan sejak tahun 1980-an dan itulah punca sebenar masalah kita (Pas). Itulah yang perlu diperbaiki," katanya lagi.
 
Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha menerusi laporan akhbar Sinar Harian mendakwa, sifat keterbukaan Pas menerima ahli dan pemimpin dari luar pada tahun 1998 merupakan punca keretakan parti berkenaan.
 
Katanya, seperti yang dipetik menerusi laporan akhbar hari ini, dasar keterbukaan tersebut menyebabkan pelantikan kepimpinan Pas tidak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
 
Dakwa Norman lagi, Pas juga melakukan kesilapan melantik ahli Pas yang tidak dididik sejak awal oleh parti itu; sebagai pemimpin tertinggi parti.

ADA YANG TAK TIDO MALAM PULAK !

Mahfuz dan Ibu Sirul ke Australia malam tadi
  • Mahfuz dan Ibu Sirul ke Australia malam tadi Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 73, berlepas ke Australia dari Terminal Perlepasan Antarabangsa KLIA di Sepang, semalam. - Foto Bernama
1 / 1
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar bersama ibu Sirul Azhar Umar, Piah Samad telah berlepas ke Sydney, Australia malam tadi untuk bertemu dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang kini ditahan di sebuah pusat Imigresen.

Mahfuz ketika ditemui media berkata, misi menemukan Sirul dengan ibunya ini adalah lebih kepada misi kemanusiaan semata-mata bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi.

"Tidak ada pendedahan dilakukan selain pertemuan anak dengan seorang ibu. Kita harap perjalanan ini lancar tanpa sebarang halangan, katanya dipetik dari Harakah Daily.

Katanya lagi, kebenaran telah diperolehi daripada pihak Kerajaan Australia apabila visa perjalanan ini telah diluluskan.

Sementara itu, Piah, 73, yang berkerusi roda dan ditemani anak perempuannya Noriatin Umar, 36, enggan ditemubual media yang hadir di  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Menurut Mahfuz, mereka semua akan berada di Sydney sehingga 6 Mac ini dan fokus utama lawatan selama enam hari ini hanya untuk mengetahui keadaan serta kesihatan Sirul.

23 Februari lalu, Mahfuz telah mengadakan satu telesidang dengan Sirul, namun Sirul tidak mendedahkan sebarang maklumat dalam telesidang tersebut.

Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

ELOKLAH NAFIKAN ... SELAMAT !

 SEBAIKNYA AHLI PAS JUGA JANGAN CAMPUR URUSAN PKR, BIAR PKR BERJALAN SENDIRI, KALO TAK SUKA PRESIDEN PAS  JANGAN CAMPUR TANGAN, KAKIPUN JANGAN CAMPUR, DEMIKIAN JUGA AHLI PAS YANG TAK SUKA SAMA ANUAR DAN SESIAPA JUGA DALAM PKR, MAKA AHLI PAS JANGAN CAMPUR TANGAN, KUNCI MULUT, BIAT PERKARA YANG BERLAKU BERJALAN MENGIKUT KEADILANNYA, SEBAB PKR MEMANG PARTI KEADILAN, YANG AHLI PAS SEBUK (JIKA ADA) BUAT APA ? - Pak Karamu


 PKR enggan campuri usaha jatuhkan Hadi

  • Nurul Izzah Anwar Sidang Media Pelancaran Kempen "March To Freedom" di rumah kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut, Segambut Dalam pada 11 Febuari 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KAJANG - PKR enggan mencampuri masalah dalaman Pas termasuk usaha untuk menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lebih-lebih lagi menjelang pemilihan parti itu pada Jun depan.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar menegaskan nasib kepimpinan tertinggi Pas itu perlu ditentukan oleh ahlinya dalam pemilihan akan datang dan begitu juga PKR.

"Agak janggal semasa PKR mengadakan pemilihan, kita pun tidak harapkan kenyataan terbuka dibuat oleh pimpinan daripada Pas," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah umum March to Freedom di pekarangan Pusat Khidmat Dun Kajang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz kelmarin yang mendedahkan terdapat golongan yang dilabelkan ‘barua’ dalam kalangan ahli Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada golongan barua dalam Pas']
Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga mendakwa kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada PR berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Dakwanya lagi, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pas yakin parti dilindungi ALLAH
  • Wan Azhar Wan Ahmad Wan Azhar Wan Ahmad
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Pas yakin parti itu dilindungi ALLAH SWT kerana keikhlasan dalam memartabatkan Islam di negara ini.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, walaupun timbul isu yang memperlihatkan seolah-olah ahli Pas sendiri tidak ikhlas dengan parti itu sehingga timbul isu mengenai usaha menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama, beliau yakin mereka yang tidak jujur itu akan meninggalkan Pas.

Beliau berkata, pernah ada sejarah mereka yang tidak istiqamah dengan parti itu mengambil keputusan meninggalkan Pas dan ada juga yang dipecat keahlian.

“Masing-masing apabila isi borang ahli Pas, dia berbai’ah secara umumnya iaitu Pas ada dasar, matlamat dan kepimpinan. Kepimpinan dalam Pas adalah bersama dengan parti yang lain.. dalam Pas kita ada akhlak walak (patuh) dan tsiqah (keyakinan),” katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada golongan barua dalam Pas']

Beliau berkata, isu bai’ah menjadi disiplin yang kuat dalam parti Islam dan yakin ALLAH akan pelihara parti itu daripada mereka yang tidak jujur.

Katanya sebagai mengulas dakwaan Pemuda Pas Kuantan berhubung komplot terancang melibatkan beberapa pemimpin kanan Pas untuk menjatuhkan Abdul Hadi serta beberapa ulama dalam parti itu.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot itu dipercayai menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti dan menjadikan Abdul Hadi seperti boneka.

Sementara itu, mengulas rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bagi menjatuhkan kepimpinan presiden parti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini, Wan Azhar menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan.

AKAN MENYUSUL.

SIASAT SEMUA !

Pas Kelantan gesa siasat komplot singkir Hadi

  • Abdul Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
KOTA BHARU - Pas Kelantan menggesa siasatan menyeluruh dilakukan terhadap penyebaran rakaman suara komplot menggulingkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di internet sejak kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun belum mendengar rakaman berdurasi dua minit 11 saat yang dikatakan mirip suara Timbalan Presiden, Mohamad Sabu itu, beliau mengakui tahu tentang video berkenaan.

“Bagaimanapun, kita tidak tahu sejauh mana kebenaran khabar angin berkenaan, tetapi kita minta perkara ini diberi perhatian serius oleh pimpinan dan buat siasatan. Itu tuduhan serius.

“Siasatan perlu dilakukan. Cari bukti, kalau betul ada (komplot menggulingkan presiden) mesti bertindak. Kalau tak ada kita boleh bersihkan nama individu yang dituduh. Itu penting, kalau tidak fitnah tersebut akan terus menular,” katanya kepada media di sini, semalam.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, beliau tetap berpandangan Abdul Hadi masih diperlukan untuk memimpin Pas berdasarkan pengalaman, ilmu dan pengiktirafan dunia Islam kepadanya.

Menurutnya, Pas Kelantan sejak sekian lama menyokong penuh Abdul Hadi malah sokongan itu tidak pernah berubah sehingga kini, dan pihaknya tidak nampak sebarang alasan untuk menukar presiden mereka.

“Sebaliknya jika Pas dikatakan ada kekurangan, pasukan (jawatankuasa) yang perlu diperkemas dan diperkasa untuk membantu presiden, sebab kalau presiden seorang pun dia tak boleh buat. Itu yang penting,” katanya.

Katanya, masalah yang berlaku berpunca daripada pasukan. Ada isu (dalam pasukan) yang perlu diperbetulkan.

“Komen orang luar mengatakan tak ada kesepakatan dalam Pas, dan tidak ada pandangan kukuh dalam isu yang berlaku. Kalau perkara ini diperbaiki kita akan jadi lebih baik,” katanya.

YANG GESA PRESIDEN UNDUR ADALAH GENG DURI DALAM PAS

'Apa yang kecoh sangat gesa presiden undur?'
  • Rosli Allani Abdul Kadir Dr Rosli Allani Abdul Kadir
1 / 1
KOTA BHARU – Pemuda Pas Kota Bharu berpandangan parti itu perlu kembali kepada semangat asal konsep kepimpinan ulama sebagaimana ia diperkenalkan dahulu dan menekankan muktamar sebagai syura tertinggi dalam parti.

Ketuanya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata,  jika perwakilan mahukan apa sahaja jawatan parti ditandingi maka biarlah pertandingan ini berlaku secara sihat dan terbuka kerana bila demokrasi itu sihat, maka parti kita juga akan lebih kuat.

“Kami juga berpendirian, usaha mana-mana pihak untuk menandingi mana-mana jawatan parti yang halal di sisi perlembagaan parti perlulah dihormati dan tidak segera dilabelkan sebagai usaha untuk menggulingkan mana-mana pemimpin yang dikira sebagai kesalahan.

“Malah kami ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam Pas menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini,

"Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah Pas adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika kemelut Pas 1982 pernah mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon Pas Kelantan dan cara pemilihan calon Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU ke-6).

Beliau berkata, Nik Aziz secara terbuka mengkritik Presiden Pas pada waktu itu, namun tiada tindakan yang diambil Datuk Asri terhadap Nik Aziz kerana sikap keterbukaan yang wujud dalam parti ketika itu.

“Begitulah juga dalam soal menggesa pimpinan parti mengundurkan diri di mana Nik Aziz secara terbuka telah menggesa Datuk Asri mengundurkan diri sebagai Presiden Pas dalam majalah Mingguan Bumi pada 23 Oktober 1982.

“Dalam konteks ini, apalah yang perlu dikecohkan dengan gesaan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundurkan diri yang dibuat oleh sesetengah ahli Pas sekarang?

"Apa lagi bila mandat kepimpinan Presiden Pas sekarang akan berakhir tahun ini, kerana sedangkan seruan serupa waktu mandat masih ada pada tahun 1982 dahulu pun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada penyuaranya,” katanya.

Rakyat Minta Kembalikan Subsidi Minyak


Niat gulingkan presiden sejak 1998 lagi
  • Niat gulingkan presiden sejak 1998 lagi Dr Zuhdi (kanan) bersama sebahagian jawatankuasa, ahli panel dan pengendali Wacana Ilmiah Pas: Semalam, Hari Ini dan Esok di Dewan Purnama Pejabat Pas Pengkalan Chepa, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Gerakan untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dikatakan sudah bermula sejak 1998 lagi dan ia dianggap serius dengan niat untuk mensabotaj.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, beliau difahamkan pada tahun tersebut Pas begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan luar.

“Kumpulan ini membentuk pasukan di dalam Pas, sedangkan budaya berkumpulan ini tiada dalam Pas.

“Ia muncul selepas itu dan sekarang ini semakin membarah,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmiah Pas: Semalam, Hari Ini dan Esok di Dewan Purnama Pejabat Pas Pengkalan Chepa, di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim pada 8 Februari lalu yang mendedahkan terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Norzazilafadli juga mengemukakan akaun berkanun yang mendakwa terdapatnya gerakan dalaman bagi menjatuhkan Presiden Pas yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pas Pusat serta kumpulannya yang berada dalam sebuah kumpulan menggunakan  aplikasi WhatApps sebagai medium komunikasi.

Wacana dikendalikan moderator, NorAzariza Mohd Alawi turut mengundang dua lagi panel iaitu AJK Pas Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mohd Zuhdi berkata, apa yang menjadi cabaran kepada Pas pada masa ini apabila parti itu kini menghadapi ‘wajah sebenar’ DAP walaupun Pas menganggap wajah dahulu tidak mungkin berulang dan ia dianggap tidak sama.

“Bagaimanapun, kita hadapi cabaran ini cukup besar, yang mana kita lihat ada ruang kukuh bagi hubungan dengan DAP dan PKR. Dengan harapan DAP dan PKR memahami susun galur pembentukan masyarakat Malaysia. Itu paling penting,” katanya.

Ditanya mengenai langkah Pas bagi mengatasi masalah berpuak-puak, beliau berkata, dalam gerakan Islam memang ada kumpulan seperti ini dan akhirnya berpecah.
“Saya yakin selepas Muktamar 2015 akan berlaku seperti itu, akan ada dua kumpulan ia berpecah dari Pas membina parti baru. Itu yang saya nampak dan itu penyelesaian menyebabkan Pas kembali harmoni,” katanya.

Beliau berpendapat, bagi Pasma, gerakan itu akan keluar menjadi sebuah parti baru kerana ia perlu mendapat sokongan kuat daripada rakan-rakan pakatannya.

Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi Pas, beliau berkata, parti itu sekarang sedang berhadapan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

“Kita (Pas) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia,” katanya.

AMCAM ?

  • Pasma belum sedia lapor polis Laporan Sinar Harian 27 Februari lalu

ADA GOLONGAN DALAM PR YANG SANJUNG TINGGI BARUA DALAM PAS


Sunday, March 1, 2015

Ada golongan ‘barua’ dalam PAS, kata Nik Abduh

 
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS, lapor Sinar Harian hari ini.

Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dalam Sinar Harian.

Tambah Nik Abduh, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.

Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.

"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.

"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya. – 1 Mac, 2015.



http://www.themalaysianinsider.com.

memang kerja depa suka kacau , born to be .........

 
PAS sudah tidak lagi boleh berdiam, PAS selama ni berdiam dan bersabar, ketika mana PAS terus berdiam nampaknya cacing-cacing sudah naik kat mata, STOP IT !!! dari hari ini PAS akan serang siapa sahaja yang meyerang dan buat FITNAH, di samping menerangkan supaya semua yang berminat hendak tahu sebab dan musababnya timbul fitnah. Sila pakai akal JANGAN pakai otak, cukup sudah PAS berdiam diri, BOLEH FAHAM ? - Pak Karamu
 
 minta PKR jaga parti sendiri
  • Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
1 / 1
IPOH - Pemuda Pas Perak membidas tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mempersoalkan kedudukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, gesaan supaya Abdul Hadi berundur dari memegang jawatan itu sebagai satu tindakan keterlaluan kerana dilihat sebagai mencampuri urusan parti.

“AMK Pulau Pinang tidak berhak untuk campuri urusan dalaman Pas. Fokus kepada memperbaiki parti sendiri!

“Masing-masing mempunyai peranan kepada parti sendiri. Mohon hormati presiden kami,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Raja Ahmad Iskandar berkata, AMK Pulau Pinang seharusnya memberi tumpuan terhadap parti sendiri daripada menyibuk parti orang lain.

Kelmarin, AMK Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan melalui timbalan ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin mendesak Abdul Hadi untuk menjelaskan pendirian Pas berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-Umno  dalam tempoh 14 hari.

Dalam sidang medianya itu, beliau meminta Abdul Hadi supaya tidak berdolak dalih dalam memberikan penjelasan sebenar.

Gesaan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan mengenai satu rakaman video mengenai penerangan isu kerajaan campuran antara Pas dan Umno.

Di Georgetown, Ketua Penerangan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Shafirol Rozali berkata, AMK negeri tidak menjalankan kajian sebelum membuat kenyataan media.

“Sudah banyak maklumat yang disebarkan (viral) di media sosial (seperti WhatsApp, Facebook), klip video selain program dalaman yang menegaskan Pas tidak akan bergabung dengan Umno,” katanya.

Menurutnya, Pas tidak akan sekali-kali bergabung dengan Umno kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam muktamar Pas Pusat mahupun Majlis Syura Ulama.

“Mana mungkin keputusan Pas bergabung dengan Umno dapat diteruskan jika tidak melalui muktamar Pas Pusat atau melalui Majlis Syura Ulama yang tidak membenarkan perkara ini berlaku.

“AMK negeri sepatutnya bertindak lebih matang iaitu bertanya dan berbincang dengan Pemuda Pas negeri terlebih dahulu, bukan terus menggunakan media dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara parti PR,” katanya.

Mohd Shafirol berkata, AMK negeri juga perlu lebih bijak menjaga hati pengundi, penyokong dan petugas Pas khususnya dalam menghadapi PRK Parlimen Permatang Pauh nanti.

“Adakah Timbalan Ketua AMK negeri sengaja bangkitkan kemarahan Pas agar Pas kurang memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh? Sekiranya undi merosot atau PR kalah, maka Pas akan dijadikan kambing hitam seperti kekalahan Kedah?

Adakah ini yang AMK negeri mahu?
“Pemuda Pas negeri mengajak semua pimpinan PR agar bersikap lebih matang, bijak dan berilmu kerana trend politik anak muda hari ini adalah berdasarkan politik ilmu dan hujah,” katanya.

TERUSKAN LA ANGKAT PASMA, NANTI KAMU AKAN TAHU AKIBATNYA

BERDENYUT NADI TENGKOK DAN KEPALA MREKA YANG MENYOKONG PASMA, BARU KAMU FAHAM ? BARU KAMU TAHU ? BARU KAMU TAHU PELANTAK ORANG KEDAH ? TAK PE, TAK PE TERUSKAN SOKONG PASMA, PTUIH !!! Pak Karamu

Ahad, 1 Mac 2015

Pasma Sudah Mula Meroyan.

Sejak kebelakangan ni gua tengok Pasma sudah mula meroyan, semua sudah jadi cacamarba kerana tiada maklum balas dari TGHH berkaitan tuduhan yang mereka dan barua-barua mereka mainkan. Isu yang mereka ratib hanyalah UG UG UG. Nak serang melalui 'Langkah Kajang' dah tak laku pasal ahli PAS tahu siapa yang mulakannya, Nak serang kes sokongan WAWI sebagai MB Selangor pun ahli PAS berdiri teguh di belakang TGHH dan MSU kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh badan tertinggi PAS itu bukan pakai main tembak jer disebabkan ia dikeluarkan mengikut apa yang digariskan dalam al-Quran dan Hadis.

Nak tuduh makan rasuah, salah guna kuasa atau nak berUG dengan Umno pun ahli PAS dah bertambah meluat. Malah perkara-perkara ini akhirnya menikam diri mereka sendiri. Senyuman presiden Pasma, Phahrulrazi yang yang kata itulah senyuman pengkhianat yang tidak tahu malu. Bagi gua, takkan beliau nak buat muka serius, nanti pecah pula tembelang yang Pasma sendiri sebenarnya menghadapi masalah yang cukup besar.

Kehadiran Teresa Kok pada majlis mengutip sebanyak mana dana untuk Pasma telah dijawab oleh Adun DAP itu tentang kehadirannya walaupun ianya akan digunakan oleh Pasma demi menyambung hayat mereka yang entah ke mana. Jawapan Teresa Kok sikit sebanyak telah memperlihatkan bagaimana terdesaknya Pasma ketika ini. Walau pun Phahrulrazi mencabar agar memberi bukti bahawa DAP tidak menghulurkan walau satu sen pun kepada Pasma belum cukup untuk beliau menutup lubang itu.

Gua tak nafikan pada pemulaan penubuhan Pasma kehadiran peserta amat mengalakkan kerana atas arah pihak atasan PKR, ahli PKR wajib hadir. Apabila majlis penerangan dilakukan semakin lama semakin banyak kerusi yang kosong disebabkan ramai yang tidak puas hati dengan majlis itu yang kononnya hanya untuk penerangan tetapi hakikatnya mereka tanpa rasa malu pada ahli PKR dengan terang dan jelas dari mula sampai akhir semuanya ucapan mengutuk, mencerca pemimpin mereka sendiri. Barua-barua PAS yang berada dihariki tertinggi PAS hanya diam seribu bahasa mendengar pemimpin mereka dihina. Memang barua celaka sahaja boleh berpeluk tubuh mendengarnya.

Pasma semakin semakin lemas dengan peluh sendiri bila tuduhan-tuduhan mereka terhadap TGHH, MSU, MUP hanya berdiam diri tanpa memberi apa respons terhadap tuduhan dan makian mereka. Semakin kuat mereka menyalak semakin tiada respons. Inilah yang membuatkan mereka semakin naik gila sehinggakan semua aktiviti mereka barua PAS, PKR dan DAN sengaja di perbesar-besarkan agar perkara ini di ulas oleh pimpinan tertinggi PAS.

Apa yang gua tahu mereka hanya ingin mendengar komen dari mulut TGHH tetapi gagal walau berbagai cara dilakukan demi menyakitkan hati TGHH. Bagi gua perlukah TGHH melayang suara-suara bodoh dari pengkhianat PAS yang telah membongkar rahsia PAS Kedah sehingga PAS tumbang pada PRU13 lalu. Untuk membenarkan tindakannya maka seorang penulis upahan telah ditugaskan untuk menulis buku sampah tentang kerajaan Kedah dibawah pimpinan bosnya sendiri, al-Marhum Ustaz Azizan yang terpaksa bekerja keras sehingga membawa kematiannya. 

Bagi yang tahu tahu tentang apa yang berlaku di Kedah semasa dia menjadi Exco bersama Dr Ismail pasti akan tahu betapa buruknya perangai Phahrulrazi yang mendesak Ustaz Azizan meluluskan projek di bawahnya yang mana seorang rakan baiknya ada kepentingan dalam projek itu. Jika lu baca buku penulis upahanya MSO, lu akan akan betapa bagusnya Phahrulrazi dan buruknya perangai Ustaz Azizan yang hakikatnya cerita itu adalah patut dibawa terbalik. 

Jangan takut Pasma masih ada blogger-blogger hebat yang siang malam bekerja dari satu cawangan ke satu bahagian untuk menerangkan kenapa TGHH patut disingkirkan dan MSU pula mesti diletakkan orang-orangnya yang mungkin diketuai Mursidul Am mereka. Yang jual jeruk, tinggal dulu aktiviti mereka kerana dana Pasma cukup banyak untuk disalurkan berbanding pendapatan menjual jeruk. Yang duk puja sosialis pula tidak sangka akan dapat lawatan keluar negara dengan tajaan penuh kerajaan P.Pinang walau pun selama berblog, nak bayar bil pun ada kala miss. 

Ikut lu ler jalut.... gua pun dah tahu calon-calon Pasma dari jawatan Presiden sehingga MT PAS sudah berada ditangan mereka dan mereka dengan penuh yakin akan menendang semua para ulama yang berada dalam dengan meletakkan barua-barua mereka.... Semoga berjaya dengan kerja-kerja mulia kamu wahai barua Pasma.//GANR
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.