Mahfuz dan Ibu Sirul ke Australia malam tadi
- Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 73, berlepas ke Australia dari Terminal Perlepasan Antarabangsa KLIA di Sepang, semalam. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar bersama ibu Sirul
Azhar Umar, Piah Samad telah berlepas ke Sydney, Australia malam tadi
untuk bertemu dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang
kini ditahan di sebuah pusat Imigresen.
Mahfuz ketika ditemui media berkata, misi menemukan Sirul dengan ibunya ini adalah lebih kepada misi kemanusiaan semata-mata bukan bertujuan untuk mencetuskan kontroversi.
"Tidak ada pendedahan dilakukan selain pertemuan anak dengan seorang ibu. Kita harap perjalanan ini lancar tanpa sebarang halangan, katanya dipetik dari Harakah Daily.
Katanya lagi, kebenaran telah diperolehi daripada pihak Kerajaan Australia apabila visa perjalanan ini telah diluluskan.
Sementara itu, Piah, 73, yang berkerusi roda dan ditemani anak perempuannya Noriatin Umar, 36, enggan ditemubual media yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Menurut Mahfuz, mereka semua akan berada di Sydney sehingga 6 Mac ini dan fokus utama lawatan selama enam hari ini hanya untuk mengetahui keadaan serta kesihatan Sirul.
23 Februari lalu, Mahfuz telah mengadakan satu telesidang dengan Sirul, namun Sirul tidak mendedahkan sebarang maklumat dalam telesidang tersebut.
Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.
23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia.
Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

1 orang berkata:
betoi ka dia pegi, untung dapat melancong Australia
Post a Comment