Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PIJAK GAMBAR PRESIDEN PAS

Pijak gambar: Pas Selangor lapor polis

Pijak gambar: Pas Selangor lapor polis
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menuntut permohonan maaf daripada peserta dan penganjur Bersih 4.0 yang bertindak biadap memijak gambar muka Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim membantah kebiadapan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas di atas jalan raya.

"Perbuatan ini (pijak gambar) tidak boleh dibiarkan kerana bimbang akan menjadi adat dan budaya masyarakat kita kerana bakal mencetuskan provokasi negatif, perpecahan kaum dan juga agama.

"Kami menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti pelaku yang tidak bertanggung jawab itu dan mengenal pasti serta mengenakan tindakan sepatutnya," katanya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.

Tegas Najhan, Pas Selangor menuntut permohonan maaf oleh pihak yang melakukan provokasi ini secara terbuka mahupun tertutup kepada Presiden Pas yang langsung tidak layak diperlakukan sedemikian tanpa sebarang kesalahan berat dan kezaliman mahupun penyelewengan yang dilakukannya.

"Pas dan Presidennya sendiri sudah beberapa kali menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno namun segelintir manusia berhati gelap masih mengapi-apikan isu ini hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat lalu diletakkan kesalahan kepada Presiden Pas.

"Inilah kesan jahatnya perbuatan fitnah yang diadu dombakan oleh segelintir kecil manusia," katanya.

HANG TAK KENANG JASA MAT OIIII !

Mat Sabu minta Pas kenang jasa

Mat Sabu minta Pas kenang jasa
Mat Sabu ketika menyampaikan ceramah di Kota, Bharu Kelantan malam tadi. - Foto Sinar Harian
 
KOTA BHARU - “Saya tidak akan lantik peguam untuk tuntut harta sepencarian,” itu sindiran Pengerusi Parti Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu atau Mat Sabu kepada bekas rakan seangkatannya dalam parti Pas.
 
Menurutnya, walaupun kini beliau dipandang ‘kecil’ di mata Pas, namun jasa dan pengorbanan beliau sewaktu berada di dalam parti Islam itu selama 37 tahun seharusnya dikenang parti Islam itu.
 
“Saya sekarang kalau tengok markas Pas, air mata masih mengalir, bukan senang untuk ke wadah Islam, tapi bot lain, kapal lain, sebab markas mana yang saya tidak ceramah untuk kutip derma, semua saya pergi. Sampai ada satu masa itu, kaset saya mengatasi jualan kaset Ning Baizura.
 
“Tetapi kawan-kawan, adik-adik ini kasar, mereka bersikap macam halau kita, saya kata saya tidak ambil peguam pun untuk tuntut harta sepencarian. Kalau saya tuntut, banyak mana pun tak tahu. Segala khidmat dan segala bentuk jasa serta pengorbanan itu kita tidak ungkit dan halalkan semuanya,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulung Parti Pekerja Malaysia di sini, malam tadi.
 
Turut hadir, Timbalan Pengerusinya, Salahuddin Ayub, aktivis DAP, Young Syefura Othman atau Rara Othman, bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim dan barisan pemimpin utama Parti Pekerja Malaysia.
 
Menurutnya, perkara tersebut merupakan asam garam politik di Malaysia dan beliau masih optimis dengan penganjuran Bersih 1.0 sehingga 4.0, matlamat utama untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang tetap menjadi pemangkin parti baru yang ditubuhkan itu.
 
Bekas Timbalan Presiden Pas itu juga berkata, walaupun wujud insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun itu bukan salah satu acara dalam penganjuran Bersih 4.0.
 
“Dalam himpunan itu ada macam-macam. Saya cukup tidak setuju dengan apa yang berlaku, saya cukup marah dengan insiden tersebut, tidak kira lah gambar Datuk Seri Najib ataupun Tok Guru Haji Hadi, saya tidak setuju.
 
“Saya amat sedih dengan perkara ini, perkara yang sama juga berlaku apabila gambar saya dan beberapa kepimpinan lain dipijak oleh pemuda kita, masa itu tidak muncul pun pahlawan yang membela. Mereka tidak kata apa-apa. Ada pun anak muda itu, semasa saya di tahan di ISA, mereka pun belum wujud lagi,”katanya.
 
Mat Sabu juga turut menasihati rakan seperjuangannya untuk terus menjadikan kepimpinan dan ketokohan arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai contoh terutamanya dalam mengendalikan kemelut perbezaan pendapat antara parti komponen.
 
“Walaupun mendiang Karpal Singh mempunyai pendapatnya sendiri mengenai pelaksanaan hudud, namun arwah Tok Guru mengambil sikap positif untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan pemberian kek hari jadi dan sebagainya supaya hubungan itu masih kekal walaupun berbeza pendapat. Tetapi kita sekarang, gaduh sikit, bercerai,”katanya.
 
Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan selepas ceramah, beliau turut berkongsi harapannya untuk mencapai 50,000 keahlian dalam parti baru itu menjelang tarikh perasmian pada 16 September ini.
 
“Sambutan di luar jangkaan, kita pun masih belum dapat jumlah keahlian yang berdaftar sejak kelmarin kerana borang kini sedang giat diagihkan. Kami juga masih belum berbincang sama ada mahu bertanding di pilihan raya ataupun tidak,” katanya.
 
Mat Sabu ketika diminta mengulas mengenai isu bai’ah bagaimanapun tidak memberi sebarang komen dan tidak memberi gambaran jelas jumlah keseluruhan keahlian Pas yang bertukar ke parti itu.

BARU NGO ......

TIMBALAN DALAM NEGERI KATA PARTI PEKERJA, ATAU PARTI AMANAH MASIH LAGI BELUM SEBUAH PARTI, BELUM DAFTAR, SEGALA DOKUMEN TAK SIAP LAGI, DIKATAKAN ROD BELUM LAGI TERIMA DOKUMEN, MESYUARAT DAN AHLI JAWATANKUASA JUGA BELUM LAGI TERIMA, SO MACAM MANA BOLEH LANCAR PARTI POLITIK KELMARIN ? SABO JE LAAAA ! - Pak Karamu
Parti Pekerja bentuk pakatan
Parti Pekerja bentuk pakatan
Asmuni Awi
 
IPOH - Parti Pekerja Malaysia akan bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi membentuk sebuah pakatan baharu selepas disahkan sebagai parti politik kelmarin.
 
Pengerusinya di peringkat negeri Perak, Asmuni Awi berkata, parti yang bakal dijenamakan semula itu menyasarkan 35,000 ahli di seluruh negara malah yakin dengan sokongan yang diberikan akar umbi, jumlah tersebut bakal direalisasikan.
 
Beliau berkata, sebagai parti baharu banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk mencari pejabat yang sesuai, mengadakan kempen menambahkan ahli selain turun padang untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai parti baharu ini.
 
“Kita juga akan membuat kerjasama dengan DAP dan PKR sekali gus menubuhkan pakatan baharu yang mana namanya akan diputuskan pada pertemuan dengan mereka selepas pelancaran parti ini 16 September depan,” katanya.
 
Beliau berkata, pemilihan wakil di negeri-negeri juga akan dilakukan selepas pelancaran untuk memberi tumpuan kepada penjenamaan semula parti Pekerja kepada parti Amanah Negara.
 
Mengulas mengenai pengambilalihan seterusnya menggerakkan melalui parti Pekerja, beliau menggunakan analogi pembelian rumah sebagai contoh hubung kait antara kedua-duanya.
 
“Sekiranya ingin membeli rumah baharu, kita perlu tunggu dua tahun, lebih baik beli rumah sedia ada dan ubah suainya. Itu lebih mudah,” katanya. 
 
Asmuni berkata, pihaknya pasti dapat menjadikan parti baharu ini sebagai salah satu parti pilihan rakyat memandangkan sokongan yang diterima mereka sejak mula diwujudkan sebagai Harapan Baru.
 
“Kami yakin rakyat di luar mahukan pembaharuan malah sokongan mereka memberi inspirasi buat parti ini. Lihat sahaja hampir 300 penyokong yang hadir ketika sidang media ini kelmarin, walaupun ia dikhaskan untuk wartawan tetapi mereka tetap datang memberikan sokongan kepada kepimpinan,”katanya. 
 
Kelmarin, Harapan Baru sah bergelar sebuah parti politik apabila mengambil alih seterusnya bergerak melalui Parti Pekerja Malaysia.
 
Bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September depan.

Bersih 4.0: Polis Panggil Tun M Beri Keterangan


Buletin Sinar Rabu 2 September 2015


YANG PIJAK GAMBAR HADI SEDANG DIBURU

Individu pijak gambar pemimpin kini diburu
Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral
Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral.
 
PELABUHAN KLANG - Polis sedang memburu individu yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
  
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.
  
Perlakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di markas operasi pasukan itu di sini hari ini.
  
Beliau mengulas mengenai gambar beberapa individu memijak gambar Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4.0 yang tersebar luas di laman sosial.
    
[ARTIKEL BERKAITAN: Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral]

HARAPAN BARU BERMASALAH LAGI ....


Harapan Baru tidak boleh guna nama rasmi Amanah

Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR - Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, oleh itu Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).


"Sekarang ini mereka tiada rumah (parti). Ingin pakai rumah orang lain. Parti pekerja bukan parti politik. Kalau mereka ingin teruskan (jenamakan semula Parti Pekerja dan) pakai nama Amanah, mereka kena ubah (pinda) perlembagaan Parti Pekerja.


"Mereka juga kena ubah sistem pentadbiran Parti Pekerja dan tunjukkan terlebih dahulu kerja-kerja pentadbiran untuk membuktikan mereka mewakili sebuah parti politik dan bukannya parti pekerja,"
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu pada Isnin lepas yang mengumumkan akan menukarkan nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai nama rasmi wadah politik gerakan itu.


Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, HB telah mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia, dan butiran mengenai penjenamaan semula itu akan diserah kepada ROS secepat mungkin bagi mendapatkan kelulusan.


Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor menegaskan, Amanah juga perlu melalui proses lantikan dalaman seperti keanggotaan, pengisian jawatan, dan sekurang-kurangnya perlu mengadakan mesyuarat parti.


Beliau berkata, setelah selesai proses tersebut, barulah Amanah boleh mendaftar diri ke ROS untuk kelulusan dan sebarang tindakan lanjut.


Sehingga kini, Nur Jazlan berkata, ROS belum menerima permohonan pendaftaran parti Amanah tersebut.


Sebelum ini, HB telah mengemukakan untuk mewujudkan parti politik baharu dengan menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), bagaimanapun ROS menolak permohonan itu.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri, sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama Islam pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan. - Bernama

DR HATTA RUJUK MAHKAMAH SYARI'AH


Dr Hatta perlu rujuk Mahkamah Syariah
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob meminta Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli segera merujuk status perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas terbubar secara automatik dengan talak tiga setelah melanggar bai'ah yang dilafazkan.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan berkata, Ahli Jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia itu secara jelas melanggar bai'ah yang dilafazkannya sebelum ini dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.


“Kita telah buat keputusan dan menghantar surat dengan turut melampirkan bai’ah yang pernah dilafazkan Mohd Hatta iaitu taklik talak tiga.


“Dari segi hukum, taklik yang dilafazkan telah terjatuh, itu pandangan diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.


Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dalam isu ini Pas Kelantan berpegang kepada pandangan Ketua Hakim Syarie yang menyatakan dengan tegas bahawa lafaz taklik berjalan apabila wakil rakyat Pas keluar dari parti.


“Ketua Hakim Syarie juga telah buat kenyataan, orang yang terlibat mesti mendaftarkan penceraian di Mahkamah Syariah, jadi itu juga pegangan kita setakat ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bai'ah: Perkahwinan Dr Hatta terbubar?]

Difahamkan Mohd Hatta pernah melafazkan bai'ah cerai talak tiga, malah beliau satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai tersebut.


Bai’ah (taklik jatuh talak tiga) yang dilafazkan setiap wakil rakyat Pas di negeri ini secara automatik telah jatuh selepas mereka memutuskan untuk keluar parti tanpa meletakkan jawatan.

wanita UMNO kena pecat

Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?
Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan
Video ucapan Anina yang menjadi viral di media sosial.
 
SHAH ALAM - Selepas menfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas, kini viral di media sosial, surat pemecatan Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin.

Dalam surat pemecatan itu, Anina dimaklumkan bahawa beliau dipecat berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.

 "Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian saudari di dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan saudari membawa perkara parti ke mahkamah," petik kenyataan surat tersebut.

Terdahulu Anina pada Jumaat lepas mengejutkan ramai pihak apabila tampil memfailkan saman terhadap Najib berkenaan isu 'derma'  RM2.6.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan]

Beliau sebelum itu pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi melepaskan kemarahannya terhadap Najib, serta mendakwa Najib menipu ahli Umno.

Ringgit Lebih Teruk Berbanding Ekonomi Negara


Kerajaan Beli Kapal Perang RM3 Bilion?


Buletin Sinar Selasa 1 September 2015


SELAMAT BERJUANG

25 exco Pemuda, Muslimat Pas Johor sertai Amanah
Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan
 
JOHOR BAHRU - Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat Pas Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah). 
 
Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB), Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB. 
 
Pengerusi HB Johor, Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli Pas Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi kerana ia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini. 
 
Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.
 
"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.
 
"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu, di sini hari ini. 
 
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat negeri 11 September ini. 
 
Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Gelang Patah meletakkan jawatan masing-masing.
 
Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden Pas berkata, HB telah mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah. - Bernama

gugur

Pas hantar surat kepada AJK Parti Pekerja

TAKIYUDDIN HASSAN
Takiyuddin Hassan
 
KOTA BHARU - Pas akan menghantar surat rasmi kepada 22 ahlinya yang dilantik sebagai jawatankuasa Parti Pekerja Malaysia termasuk lampiran salinan Bai'ah kepada wakil rakyat terlibat.
 
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, surat tersebut adalah sekadar peringatan bahawa mereka yang terlibat dalam parti baharu itu bukan lagi ahli Pas.
 
Menurutnya, berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas pemberhentian ahli adalah disebabkan tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti lain.
 
"Bila ahli Pas isytihar menyertai parti lain secara automatiknya keahlian mereka mengikut Perlembagaan Pas dilucutkan.
 
"Tiada tindakan akan diambil ke atas mereka tetapi atas dasar pentadbiran kita akan menulis surat kepada mereka dalam masa terdekat ini sekadar makluman," katanya dalam sidang media di JKR 10 di sini, semalam.
 
Turut serta Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari.
 
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pendirian parti jelas di mana mereka yang terlibat dalam parti baharu khususnya wakil rakyat Pas perlu meletak jawatan.
 
"Beberapa wakil rakyat yang terlibat dalam parti baharu itu perlu letak jawatan kerana mereka bertanding atas tiket Pas.
 
"Jika mereka letak jawatan pilihan raya kecil akan diadakan. Setakat ini mereka tidak belum bagi keputusan," katanya.
 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menasihatkan agar wakil rakyat yang terlibat berpegang kepada Bai'ah yang dilafazkan sebelum ini.
 
Beliau berkata, walaupun banyak isu yang timbul Pas sehingga kini masih kekal dalam pakatan pembangkang.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.