ZAMAAN PAK LAH NAK BAIKKAN MORAL ISLAM, LALU CIPTA ISLAM HADHARI,
ZAMAN MAHADHIR MEREKA GONCANG PERKARA YANG BERKAIT DENGAN ISLAM,
DENGAR KHABARNYA, NAK BAGIKAN ISLAM ITU SEBAGAI LIBERAL, SUPAYA SYI'AH,WAHABI,KADIYANI,SISTER IN ISLAM MENJADI ISLAM YANG PUNYA HAK.
DEMIKIANLAH JUGA DENGAN KONSEP HIFZ AL DIN YANG DIMAKSUDKAN MEMELIHARA SEMUA AGAMA !
ERTINYA APA JUGA AGAMA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA NI MAKA MENTERI AGAMA KENA JAGA !
MEREKAAAA LIBERAL !
RASANYA RAKYAT TERTUNGGU-TUNGGU NAK RASA MACAM MANA RASA HIDUP DALAM SUASANA ISLAM LIBERAL
LANGKAH PERTAMA DAH DI SAUND, APA DIA ?
HAPUSKAN TAHFIZ !
RASANYA RAKYAT AKAN SOKONG !!!
TU BARU MERDEKAAAAA !!!!
SEMENTARA ITU:
'Kenyataan saya disalah tafsir'
Dr Mujahid Yusof Rawa
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa menyifatkan penularan video ucapannya yang
memperkatakan tentang menjaga agama lain disalah tafsir.
Menurutnya, apa yang disebut sebagai menjaga agama lain itu menjurus
kepada kebebasan penganut agama tersebut untuk beramal dengan
kepercayaan mereka di negara ini seperti yang termaktub dalam syariat
Islam dan perlembagaan.
TU LA DULU SURUH BELAJAR TAK MAHU BELAJAR TINGGI, PAS TU BILA NAK TAFSIR UCAPAN MENTERI AGAMA DAH TAK TAHU
TU LA DULU SURUH BELAJAR TAK MAHU BELAJAR TINGGI, PAS TU BILA NAK TAFSIR UCAPAN MENTERI AGAMA DAH TAK TAHU
Pak Karamu-
Kerajaan jamin kedudukan Islam tidak tergugat
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (dua, kanan)
bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nasyrul Quran, Datuk Abdul Latiff Mirasa
(kanan) ketika melawat Kompleks Nasyrul Quran adalah kilang cetak
Al-Quran, hari ini. Foto - Bernama
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan bahawa pelantikan Ketua Hakim
Negara dalam kalangan bukan orang Islam dan Melayu tidak akan menggugat
keistimewaan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata
tidak timbul isu ‘tidak selamat’ apabila Tan Sri Richard Malanjum
dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu kerana pelantikan beliau
dibuat berdasarkan kelayakan dan dari sudut kekananan dalam
perkhidmatan.
Cadangan yang dikemukakan kerajaan untuk melantik Malanjum sebagai
Ketua Hakim Negara juga mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V), katanya.
“Baginda tidak akan memperkenan sesuatu yang bercanggah dan merosakkan
agama sedangkan Baginda adalah pelindung agama Islam,” katanya kepada
media selepas menghadiri majlis sambutan hari raya di Kompleks Nasyrul
Quran hari ini.
Mujahid melihat bantahan sesetengah pihak terhadap pelantikan jawatan
Ketua Hakim itu sebagai kenyataan politik yang mahu merendahkan imej
kerajan Pakatan Harapan bahawa seolah-olah Islam sudah tidak dijaga di
bawah kepimpinan mereka.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Teliti semula pelantikan tiga figura badan kehakiman: Pas ]
Malanjum, 65, berasal dari Tuaran, Sabah menjadi orang pertama dari
negeri-negeri Borneo menyandang jawatan tertinggi itu dalam bidang
kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara baharu
menggantikan Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan
jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai lepas.
Dalam pada itu, Mujahid berkata kewujudan Kompleks Nasyrul Quran
sebagai kilang cetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah
adalah satu keunikan perlu dibanggakan kerana Malaysia mampu
menghasilkan naskhah kitab suci dengan keupayaan tersendiri.
Katanya kompleks itu secara tidak langsung dapat menjadikan Malaysia
sebagai negara contoh kepada dunia dalam menghasilkan al-Quran yang
bermutu tinggi.
“Jika sebelum ini, kita sering melihat naskhah al-Quran versi Timur
Tengah, tetapi kita telah berjaya menghasilkan naskhah dengan versi
Malaysia,” katanya. - Bernama
