Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KELANTAN DAPAT SULTAN BARU

Salam

WALAUPUN ADA PERTIKAIAN PERLANTIKANNYA AKAN TETAPI TIADA HALANGAN MAJLISNYA DI ADAKAN

Tahniah sekali lagi kepada rakyat Kelantan yang telah mendapat Sultan yang baru dan pernah mengimami solat hajat bagi keamanan rakyat Kelantan yang dibelakangnya terdapat menteri Besar Kelantan yang juga murshidul am Pas, inilah satu contoh seorang sultan yang menjadi ketua agama bagi rakyatnya

Walaupun terdapat golongan yang tidap berpuas hati terhadapnya akan tetapi Sultan Kelantan ini (Tengku Fariz) tetap juga di istiharkan sebagai seorang Sultan pada hari ini (Isnen) yang diterima oleh semua pehak di negeri itu diharap kepada yang tidak berpuas hati perlu bersikap terbuka dan turut menerimanya

BERDAMAI JANGAN BERPERANG

Salam

BERDAMAILAH WAHAI PIMPINAN MALAYSIA DAN INDONESIA, ORANG BARAT MUNGKIN AKAN MENGHANGATKAN TELINGA PIMPINAN INDONESIA DAN MALAYSIA

Pengalaman Konfrontasi di antara Malaysia dan Indonesia sudah dirasa, pembunuhan dan mengalirnya darah diantara dua negara telah berlaku dengan sia-sia, Indonesia yang diapi-apikan oleh Rusia dan China serta Barat mengapi-apikan Malaysia menyebabkan kedua negara ini menanggung hutang kerana perniagaan senjata mereka begitu laris untuk keperluan pembunuhan

Apabila kedua-dua negara ini sudah memiliki senjata yang mereka miliki dari berhutang kepada negara yang mengapi-apikan peperangan ini akhirnya pembunuhan berlaku dengan kejamnya kemudian kedua negara ini dibebankan dengan sukar membayar hutang dan seterusnya perdamaian pula dicadangkan kerana peperangan dilihat sebagai tidak mendatangkan faedah

Akhirnya dua negara yang dari satu rumpun ini menanggung hutang yang tidak sedikit, rakyat terpaksa menghadapi kenaikan barangan keperluan kerana untuk membayar hutang negara, yang jelas ialah keuntungan para perniagaan senjata dari barat dan Timur yang mengaut untung dari perniagaan senjata mereka, inilah kebodohan para pemimpin negara umat islam dari dahulu sehinggalah sekarang kerana mudah dipermainkan oleh kapitalis barat dan timur

Kita dapat buktikan betapa bodohnya pemikiran umat islam yang masih boleh dipermainkan oleh golongan ini, yang menghadapi kerugian dan kemusnahan ialah orang islam dan negara mereka sementara rakyat harus menanggung resikonya, N3 ini dicetuskan kerana sudah ada kenyataan mengatakan bahawa kekuatan angkatan bersenjata Indonesia terpaksa menghadapi serangan dari kekuatan tentera dari perjanjian 5 negara yang menjadi sekutu pertahanan Malaysia iaitu Britain,Australia, New Zeland, Singapura dan Malaysia sendiri


BERUNTUNG RAKYAT KELANTAN

Salam

MUKADDIMAH DARI PAK KARAMU TENTANG HARAPANNYA KEPADA TENGKU FARIZ

Beruntunglah rakyat di negeri Kelantan apabila mendapat Sultan yang baru yang beriman dan berkebolehan agama serta pernah menjadi Imam yang dibelakangnya menteri besar sebagai makmumnya, inilah satu-satunya tokoh sultan yang rakyat mahu di negara ini tambahan lagi jika ianya dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong nanti maka islam lebih terpelihara insya Allah

TENGKU FARIZ AKAN DI ISTIHARKAN SEBAGAI SULTAN KELANTANG DIWAKTU YANG TERDEKAT

PENGHAYATAN TAKBIR HARIRAYA

Salam

SELAMAT HARIRAYA MINAL AIDIN WAL FAIZIN

KESEMPATAN INI PAK KARAMU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HILAL SYAWAL BAGI SEMUA UMAT ISLAM YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN IBADAT SYIAM PADA TAHUN INI, DIHARAPKAN UMAT ISLAM DAPAT  MENYAMBUT HARIRAYA DENGAN MENGHAYATI MAKSUD TAKBIR HARIRAYA SUPAYA KITA DAPAT MEMAHAMI MAKSUD HARIRAYA YANG SEBENAR-BENARNYA

Ma'af lahir dan batin

MENDEMOKRASIKAN TUGAS POLIS

SalaM

PANDANGAN PRIBADI PAK KARAMU

MUNGKIN POLIS BANYAK LANGGAR KOD ETIKA KERANA ADA ARAHAN DARIPADA PEHAK ATASAN

Mungkin ramai yang tidak suka pada Musa Hassan atas sikap pribadinya, mungkin juga ramai tidak suka kepadanya kerana sikap menjunjung motto polis yang POLIS SEDIA BERKHIDMAT yang menyebabkan mereka bersikap YES MAN

Rentetan daripada kenyataan Musa Hassan akan mendedahkan perkara yang tidak kena pada pandangannya mungkin ada baiknya untuk dijadikan panduan oleh penggantinya bagi menunaikan tanggungjawab dan etika kerja polis mengikut sebuah negara demokrasi

Jika kita dengar daripada suara ramai dan dari suara parti-parti politik maka kita dapati pehak polis seolah-olah tidak bertugas mengikut Etika dan demokrasi kerana mungkin mereka telah diarahkan berbuat demikian kerana ada sesuatu kepentingan pribadi ataupun politik pehak tertentu yang menggunakan kuasa polis

Rasanya polis tidak suka-suka bertindak jika mereka tiada mendapatkan mana-mana arahan untuk berbuat demikian sekalipun arahan tersebut tidak mengikut etika kerja mereka inilah yang dikatakan campur tangan pehak atasan  yang berkepentingan dan perkara ini perlulah didedahkan supaya ia menjadi pengajaran

Pehak polis tentunya tidak suka bertugas jika tidak kena dengan kod etika kerjaya mereka akan tetapi apakah daya kerana itu adalah arahan, bayangkanlah jika mereka diarahkan menggempur atau ditugaskan ditempat-tempat ceramah parti politik pembangkang tapi tidak pada tempat parti pemerintah, ini menunjukkan demokrasi telah mati, Apakah polis tidak tahu ini semua ?

Sebagai contoh yang terbaik ialah peristiwa Memali, Lubuk Merbau, ini semua kerja siapa ? Jika polis tidak menerima arahan Adakah polis pandai-pandai hendak melakukan pembunuhan disana ? Dan banyak lagi contoh polis tidak membuat kerja  beretika kerana ada tangan ghaib yang mengarahkan mereka dan inilah yang perlu didedahkan






RASANYA ADA KEBENARAN APA YANG MUSA HASSAN KATA

Salam

RASANYA APA YANG MUSA HASSAN PERKATAKAN IAITU KEMENTERIAN DALAM NEGERI BANYAK MASUK CAMPUR DALAM URUSAN POLIS ADALAH BENAR TERUTAMA DALAM MENANGANI MASALAH POLITIK TANAH AIR SEBAB ITU PEMBANGKANG BANYAK MENERIMA TEKANAN DARIPADA POLIS ATAS ARAHAN KDN

ORANG RAMAI PERNAH MENUDUH POLIS SEBAGAI ANJING KERAJAAN, INI SATU BUKTI BAHAWA KDN TELAH MEMPERKUDA POLIS SEHINGGA MEREKA DAPAT GELARAN ANJING, SATU GELARAN YANG PALING HINA TERHADAP POLIS, MUNGKIN ORANG BAWAH TIDAK TAHU INI SEMUA NAMUN MUSA SEBAGAI KETUA POLIS TENTULAH MENGETAHUI DAN MAKLUM

PAK KARAMU HARAP MUSA HASSAN DEDAHKAN SEMUA INI SUPAYA NANTI DIA TIDAK MATI DALAM KEADAAN MATANYA CELIK

KDN JAWAB MUSA

Salam

TUDUHAN BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MUSA HASSAN YANG MENGATAKAN KDN BANYAK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KERJA POLIS TELAH DINAFIKAN OLEH KDN, APA YANG PENTING SEKARANG IALAH MUSA PERLU MENDEDAHKAN SEMUA DAKWAANNYA BIAR UMUM MENGETAHUI

ADUHAI ! APA DAH JADI DENGAN KENYATAAN INI ?

Salam

MACAM TAK PERCAYA JEEEE !!!

EMPAT HARI LEPAS SULTAN PERAK DAN SULTAN SELANGOR BIMBANG MELAYU BERPECAH BELAH DEMIKIAN JUGA DENGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, TIBA-TIBA TENGKU MAHKOTA TENGKU ABDULLAH PAHANG PULA BUAT KEJUTAN YANG MANA BAGINDA MEMINTA MELAYU BERSATU DENGAN ISLAM BUKAN DENGAN PARTI PERKAUMAN DAN BERPUAK-PUAK ...... EHEMMMM ! KENYATAAN INI TELAH MENDAPAT SOKONGAN PADU DARIPADA  PIMPINAN PAS DENGAN RASA BERSYUKUR !

INILAH HIKMAH BULAN PUASA AGAKNYA, INI ADALAH  SEMUA KERJA TUHAN  !

KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA DISERANG LAGI

Salam

JANGAN IA HANYA SATU LAKONAN SUDAHLAH

KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA TELAH DISERANG, INI KALI KEDUA BERLAKU DAN DIKATAKAN LEBIH GANAS LAGI, WALAUPUN RUNDINGAN TELAH DIBUAT DAN JAMINAN KESELAMATANN TELAH DIBERIKAN NAMUN SEMUA ITU TIDAK MENGHALANG TUNJUK PERASAAN GANAS DIADAKAN DAN PEHAK POLIS DIKATAN TIDAK BERMAYA UNTUK MENGHALANG MEREKA DARI MENCEROBOH KEDUTAAN MALAYSIA

TUNJUK PERASAAN GANAS YANG DILAKUKAN TIDAK SAMPAIPUN 200 ORANG ITU SEMACAM ADA SESUATU YANG TIDAK KENA PADA PERISTIWA INI, IA SEMACAM SUATU LAKONAN YANG DIRANCANG BAGI PENYATUAN SUARA RAKYAT MELAYU DI MALAYSIA INI KERANA TIDAK MENESABAH JUMLAH KEHADIRAN TUNJUK PERASAAN TERSEBUT TIDAK DAPAT DIHALANG OLEH PASUKAN KESELAMATAN DI INDONESIA YANG BEGITU RAMAINYA JUMLAH MEREKA


PERISTIWA PENANGKAPAN 3 ORANG RAKYAT INDONESIA JIKAPUN DIJADIKAN PUNCANYA TIDAK MUNGKIN RAKYAT INDONESIA SAMPAI KEPERENGKAT SEMACAM TIDAK BERTAMADUN MELAKUKAN TUNJUK PERASAAN MEREKA SEDANGKAN SEMUA RAKYAT INDONESIA DAN MALAYSIA MEMAHAMI RUNDINGAN TELAH DILAKUKAN DAN JAMINAN TELAHPUN DIBERI, APAKAH MOTIF SEBENAR TUNJUK PERASAAN INI ?

IKLAN IDUL FITRI HINA ISLAM, BANYAK LAGI AKAN BUAT LAPORAN DAN BUAT SAMAN

PERKASA BAGAI MEMBAWA VIRUS KEPADA UMNO

Salam

PERKASA TIDAK LANGSUNG MEMBANTU KEPADA UMNO DALAM PENYATUAN ORANG MELAYU DAN ISLAM

PERKASA pada perengkat awalnya mungkin menjadi harapan kepada orang melayu dan islam dalam rangka penyatuan orang melayu dan islam akan tetapi setelah mereka menunjukkan sikap yang agak kasar dan kekurang ilmu maka  pertubuhan ini telah dinilai sebagai menambah parahkan perpaduan orang melayu dan islam

Sikap mereka yang tidak bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan menyebabkan orang ramai mempertikaikan niat mereka yang langsung tidak menarik malah rakyat bertambah benci sekali gus bukan sahaja orang membenci PERKASA akan tetapi membenci UMNO dan orang ramai tahu bahawa PERKASA adalah cabang mengukuhkan UMNO secara jelas

Dimaklumkan bahawa ahli perkasa yang terdiri dari ahli UMNO dan parti lain juga semakin malap dan beransur-ansur telah meninggalkan parti tersebut kerana tembelang perjuangan mereka telah terbongkar bahawa niat mereka telah berat sebelah kepada UMNO dan dianggap menjadi agen kepada parti tersebut

Orang melayu kebanyakkannya telah tawar hati dengan perkasa kerana tidak neteral dalam perjuangannya, tambahan lagi dalam suasana sekarang kerajaan yang masih diterajui oleh UMNO telah tidak banyak bercakap tentang nasib orang melayu kerana mereka menumpukan kepada konsef baru iaitu ! Malaysia yang juga turut menjadi malap sebab sikap pemimpin UMNO dilihat sebagai ular berkepala dua

AHLI PKR YANG MASIH KUAT BERBAU UMNO LEBIH BAIK KELUAR PARTI DAN MASUK BALIK UMNO

MUSA KECIWA KDN CAMPUR URUSAN POLIS ?

Salam

MUSA HASAN BARU TAHUKAH ? ATAU DIA SENGAJA BUAT-BUAT TIDAK TAHU SEBAB HENDAK LUAHKAN KEGERAMANNYA ?

Biasalah Tan Sri Oiii ! Mana-mana kementerianpun macam tu la di negara ini selagi orang politik hendak sandarkan masalahnya dan keegoaannya kepada orang tertentu dan ramai, mereka juga hendak tunjuk power politik kepada orang ramai dengan cara tidak langsung, Aiiih ! Di Kementerian Pertahananpun khabarnya lagilah dahsyat, pulang kampung naik  Heli sambil konon buat kerja

Pada pandangan Pak Karamu mana-mana agensi yang beroperasi untuk negara apabila orang politik campur tangan maka begitulah akibatnya NAK TUNJUK POWEEEEEEER !!!
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.