Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENDEMOKRASIKAN TUGAS POLIS

SalaM

PANDANGAN PRIBADI PAK KARAMU

MUNGKIN POLIS BANYAK LANGGAR KOD ETIKA KERANA ADA ARAHAN DARIPADA PEHAK ATASAN

Mungkin ramai yang tidak suka pada Musa Hassan atas sikap pribadinya, mungkin juga ramai tidak suka kepadanya kerana sikap menjunjung motto polis yang POLIS SEDIA BERKHIDMAT yang menyebabkan mereka bersikap YES MAN

Rentetan daripada kenyataan Musa Hassan akan mendedahkan perkara yang tidak kena pada pandangannya mungkin ada baiknya untuk dijadikan panduan oleh penggantinya bagi menunaikan tanggungjawab dan etika kerja polis mengikut sebuah negara demokrasi

Jika kita dengar daripada suara ramai dan dari suara parti-parti politik maka kita dapati pehak polis seolah-olah tidak bertugas mengikut Etika dan demokrasi kerana mungkin mereka telah diarahkan berbuat demikian kerana ada sesuatu kepentingan pribadi ataupun politik pehak tertentu yang menggunakan kuasa polis

Rasanya polis tidak suka-suka bertindak jika mereka tiada mendapatkan mana-mana arahan untuk berbuat demikian sekalipun arahan tersebut tidak mengikut etika kerja mereka inilah yang dikatakan campur tangan pehak atasan  yang berkepentingan dan perkara ini perlulah didedahkan supaya ia menjadi pengajaran

Pehak polis tentunya tidak suka bertugas jika tidak kena dengan kod etika kerjaya mereka akan tetapi apakah daya kerana itu adalah arahan, bayangkanlah jika mereka diarahkan menggempur atau ditugaskan ditempat-tempat ceramah parti politik pembangkang tapi tidak pada tempat parti pemerintah, ini menunjukkan demokrasi telah mati, Apakah polis tidak tahu ini semua ?

Sebagai contoh yang terbaik ialah peristiwa Memali, Lubuk Merbau, ini semua kerja siapa ? Jika polis tidak menerima arahan Adakah polis pandai-pandai hendak melakukan pembunuhan disana ? Dan banyak lagi contoh polis tidak membuat kerja  beretika kerana ada tangan ghaib yang mengarahkan mereka dan inilah yang perlu didedahkan






0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.