Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU: PKR mula siri Jelajah Merdeka Rakyat
NORSHAHZURA MAT ZUKI
31 Ogos 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA – Sementara spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan, PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.


Menurutnya, jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.


“Ia merupakan inisiatif baru seiring dengan perkembangan semasa untuk membolehkan parti menyampaikan mesej secara langsung kepada pengundi akar umbi sama ada di bandar, desa, kampung, taman perumahan dan sebagainya di seluruh negara.


“Kini pengundi lebih kreatif. Kami akan ke destinasi masyarakat berkumpul seperti warung, masjid, pasar malam untuk mengedarkan risalah mengenai kenaikan harga barang, tawaran pengurangan duti kereta dan sebagainya,” katanya ketika berucap di program perasmian Jelajah Bas sempena Aidilfitri bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.


Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Saifuddin berkata, siri jelajah itu juga memberi peluang kepada rakyat memberikan maklum balas secara langsung kepada parti, syor, pandangan dan kritikan secara bersemuka.


Menurutnya, ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.


“Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera,” katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, idea untuk menggunakan bas tersebut bermula sejak 2008 tetapi tidak kesampaian.


“Waktu itu, kami tidak mempunyai sumber kewangan dan ada pihak yang tidak percaya kepada PKR untuk membuat bas bergerak.


“Hari ini ia menjadi kenyataan. Ramai pemimpin PKR akan turun padang untuk bertemu rakyat secara dekat,” katanya.


Beliau berkata, kos bas tersebut adalah 60 sen untuk perjalanan satu kilometer.


31 August 2012

Polis siasat penganjur Janji Demokrasi

Polis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira 10,000 orang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur jenayah siasatan Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dlam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata, pihak polis akan terus menyiasat mereka di bawah Akta tersebut.

YANG DATANG MALAM TADI SEMUA ORANG BAIK-BAIK

Hisham: Tiada insiden buruk ketika Himpunan Janji Bersih

31 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa puas hati kerana tiada insiden tidak diingini berlaku ketika 'Himpunan Janji Bersih' yang dianjur tanpa permit oleh badan bukan kerajaan, semalam.
  
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua pihak yang bertugas menjaga keselamatan ketika himpunan itu berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.
  
"Kita tengok bahawa sambutan mereka yang cuba untuk memporak-perandakan sesuatu kali ini, tidak menjadi. Tetapi kita mesti sentiasa berwaspada,"   katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.
  
Menyentuh mengenai sambutan hari ini, Hishammuddin berkata setiap lapisan masyarakat meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan mendapat sambutan luar biasa seluruh rakyat. - Bernama

Marahnya rakyat negeri Perak ! MERDEKAAAA !!!

Bergambar. Senario sambutan 31 Ogos di Perak

0
0
  
Print Friendly
Bidor











Jadi ler!

Parit Buntar

Ni gambar cara2 Tajudin Ramli nak penaya orang kampung di Parlimen Pasir Salak!
Dataran MBI, Ipoh. Suram dan sepi!

Bendera tu hari2 ada. Tak ada kena mengena dengan 31 Ogos!


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/08/31/bergambar-senario-sambutan-31-ogos-di-perak/

Isu Nasha: Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz
HABSAH ISMAIL
31 Ogos 2012
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha).

Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.


“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur.  Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.


“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri  sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


Sebelum ini, beberapa pemimpin Pas termasuk Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut mempertahankan Nasha apabila menegaskan agar kes itu dipertimbangkan semula, malah menyatakan hubungan pakatan adalah wajar dan bukan  satu kesalahan.


Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Veteran-veteran Pas anjuran Pemuda Pas Kota Bharu di Pejabat Tabung Amanah Tok Kenali, jalan Raja Dewa, di sini.

Kelab penyokong: Umno mahu garis panduan jelas
Wartawan Sinar Harian
31 Ogos 2012
Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT), Syahrin Md. Jamaludin
$entry.content.caption.value
 
SENAI - Pemuda Umno meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberikan garis panduan yang jelas bagi membolehkan usaha menubuhkan kelab penyokong parti di setiap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diteruskan.

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaludin berkata, permintaan itu bertujuan membantu sayap parti itu meneruskan rancangan dibuat tanpa melanggar sebarang  undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) atau sensitiviti KPT.


“Pemuda Umno sedang memperhalusi kaedah untuk menubuhkan kelab penyokong ini agar penubuhan ia tidak melanggar undang-undang, sebaliknya menghormati institusi kementerian.


“KPT diminta menzahirkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh untuk memperjelaskan segala-galanya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Beliau mengulas lanjut berhubung rancangan penubuhan kelab penyokong parti di luar kampus di setiap IPTA.


Syahrin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau berkata, tiada paksaan ke atas setiap mahasiswa sertai kelab penyokong berkenaan.


Menurutnya, rancangan untuk menubuhkan kelab penyokong itu akan membolehkan mahasiswa tampil ke depan seterusnya menyatakan pendirian menyokong mana-mana parti politik.


“Pemuda Umno faham tidak semua mahasiswa berminat sertai politik, namun kita tidak nafikan ada yang cenderung ke arah itu malah berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO).“


Kita tidak suruh mereka untuk menyertai. Tidak masuk pun tidak mengapa kerana kelab ini memberi peluang kepada mereka yang benar-benar berminat sahaja," katanya.

[JANJI DICABULI] Najib Muram Durja - Yang Hadir Cuma 20000


20,000 banjiri Dataran Merdeka sambut Hari Kemerdekaan ke-55

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi.

Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. Tuanku Abdul Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini.

Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri. -BH

Ulasan GB

Pagi ini disahkan cuma 20,000 sahaja yang hadir. Itu pun angka yang sudah dilonjakkan agar tidak memalukan. BUKTINYA: Perkataan yang digunakan pun "kira-kira hampir 20,000", Dah "kira-kira (agak-agak)" kemudian diikuti dengan "hampir 20,000" ertinya tak sampai 20,000.

Ramai lagi yang hadir JANJI BERSIH. Macamana nak panggil plihanraya ni....

Laporan jangkaan untuk malam ini:






Jumaat, 31 Ogos 2012

Jelajah Merdeka Rakyat Gempur Kubu Umno-APCO!

Jelajah Merdeka Rakyat PKR akan ke seluruh negara, terutamanya di kawasan pendalaman yang merupakan kubu kuat Umno mulai hari ini untuk perjelaskan isu-isu semasa sehingga parlimen dibubarkan, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

“Kita akan bergerak ke pasar malam, kawasan perumahan, masjid dan tempat orang awam berkumpul di seluruh negara untuk perjelaskan isu-isu serta berkempen bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR),” kata Saifuddin.


Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim melancarkan bas Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya pagi tadi.


Turut hadir dalam acara ini presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, dan menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim.


Jelajah bermula hari ini dan akan singgah ke Bentong pada tengah hari, kemudian ke Benta, Pahang sebelum ke Gua Musang, Machang dan Tanah Merah di Kelantan.


Jelajah Merdeka Rakyat singgah di Bentong sempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri cabang parti tersebut di Bentong, dan singgah di Benta untuk solat Jumaat.


Di sebelah malam pula, Jelajah Merdeka Rakyat akan turut dihadiri oleh Mursyidul Am PAS yang merupakan menteri besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Logo Merdeka Pakatan Rakyat Digunakan Kat Laman Web Pos Laju Malaysia. Tahniah!

Written By admin on August 31, 2012 | 8/31/2012 01:30:00 PM

MENGAPA KITA UMAT ISLAM TIDAK MERDEKA MENGAMALKAN HUKUM AGAMA KIATA ?

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

0
0
  
Print Friendly
 

Kepada semua Rakyat Malaysia. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! Semangat Kemerdekaan tersemai di dalam jiwa dan darah setiap Rakyat Malaysia. Malaysia adalah tanah tumpahnya darah ku. Aku akan berjuang untuk mempertahankan negara kesayangku dari orang-orang yang tidak tahu erti dan nilai”Kemerdekaan.” Kita semu berucap untuk perubahan.

Perubahan harus bermula dari diri setiap rakyat Malaysia. Selagi perubahan tidak ada di dalam diri kita, perubahan tidak akan dicapai. Perubahan adalah didalam tangan setiap rakyat Malaysia.Kemerdekaan bukan di tangan parti maupun di tangan ahli-ahli politik. Kemerdekaan bukan di dalam tangan UMNO/BN, PKR, PAS ataupun DAP. Parti-parti politik tidak akan menjamin Kemerdekaan.Kemerdekaan tersemai di dalam jiwa setiap insan. Kemerdekaan semuanya adalah tentang Malaysia dan setiap insan rakyat Malaysia yang prihatin, cinta dan sayang terhadap negara tumpah darahnya. Itulah kebenaran Kemerdekaan!

Bapaku seorang polis bertempur dengan komunis-komunis untuk keamanan negara dan saya sebagai seorang anak polis akan berjuang untuk mempertahankan negara kesayanganku dari tangan orang-orang yang tidak tahu apakah itu nilai demokrasi dan yang menhancurkan harapan masa depan anak-anak Malaysia.

When I was at the Dataran MBI yesterday on the eve of Merdeka, I was asked to do a small speech and I really did not know what to speak on. There were political leaders who gave good political speech. What I delivered was this, “that we are all gathered here today as Anak Perak and Malaysians to celebrate our 55th Independence Day. I am proud to be a Malaysia and I am Anak bangsa Malaysia! So let us celebrate.” That was my shortest speech.

If you look at the above article, that is what I really wanted to say. We really need to know the true meaning of Independence and the Change that we are all talking about. Who is responsible for the Independence that we need today? It has been 55 years of Independence and we still feel that we have really not got that Independence that we need.It is all because of the CHANGE that we all want and it is not happening!

We need a better Malaysia and we need to surrender a better Malaysia to the future generation. The Change for a better Malaysia is in the hands of every Malaysian. The Change can be made in the coming 13 GE when we choose a government that will care for her people. The power of CHANGE is in our hands.

The people need not fear the government,the government needs to fear the people. When there is a power of Change in each Malaysian individual then only we will see the real change and the true meaning of Independence. Let us move forward and make a Change in the coming 13 GE.The power is in the hands of the People of Malaysia. If you are really concerned for a better Malaysia do what you have to do. You choose the government that will deem fit to govern this country wisely, justly and for the good of all Malaysian citizens.This is all I ask and my desire that every Malaysian will come out to vote and cast your vote wisely in this coming 13 GE.

Remember that Independence is not about the political parties and their leaders. Independence is not about UMNO/BN, not about PKR,PAS or even DAP. Independence is all about Malaysia and every Malaysian.The political parties does not destined the Independence of Malaysia. It is the One true Malaysian spirit that is within each one of us that destines and gives the true meaning of Independence. Have a blessed Independence Day and God Bless Malaysia.

KAKITANGAN AWAM , POLIS & TENTERA DIKERAH, ABIH TU RAKYAT BERAPA RAMAI LAK ?


Jumaat, 31 Ogos 2012

Fuyooo... 20,000 tengok 13,000 berlarak. Boleh buat pilihanraya dah neh... hehe...

13,000 Peserta Semarak Sambutan Merdeka

KUALA LUMPUR:
Perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka pada Jumaat meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.

Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong mengambil tabik hormat sebelum lagu 'Negaraku' dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa yang sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.

Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali sebelum diikuti dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das.-
mStar

Istana Johor sebenarnya menolak kemerdekaan?

0
0
  
Print Friendly
Sumber:  Malaysiacrisis

Hari ini 31 Ogos, Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-55. Rata-rata blog dan facebook membicarakan mengenai kemerdekaan. Dalam blog entry siri kemerdekaan kali ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sejarah yang tidak tertulis di dalam buku teks sekolah-sekolah bagaimana sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan Tanah Melayu.

Siri Kemerdekaan 2: Istana Johor Menolak Kemerdekaan
Sebelum kita berbicara lebih lanjut, pembaca-pembaca budiman boleh lah membaca satu artikel bertajuk Istana Bantu Capai Kemerdekaan di muka surat 7, Majalah Holistik bulan Ogos 2007 yang diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor. Artikel tersebut boleh dimuat turun di sini. Artikel tersebut juga boleh dibaca di blog penyokong tegar Kesultanan Johor.

Artikel yang diterbitkan di dalam Majalah Holistik



‘UMNO Lama’ dilahirkan di Istana Besar
Dalam blog entry Siri Kemerdekaan 1: Merdeka vs. Hidup Melayu ada diceritakan mengenai kisah Sultan Sir Ibrahim membenarkan Istana baginda dijadikan tempat berlangsungnya perhimpunan agung pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Di sana jugalah Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan, dan akhirnya UMNO dilahirlah secara rasmi.

Mengapa Sultan Sir Ibrahim terlibat dalam penubuhan UMNO? Ini adalah disebabkan orang-orang Johor menentang Sultan Sir Ibrahim yang menandatangani persetujuan Malayan Union. Dan Sultan yang berjiwa anglophile ini terpaksa akur dengan perjuangan orang-orang Melayu pada ketika itu yang menentang Malayan Union. Semuanya ada diceritakan panjang lebar di dalam Siri 1.

Faktanya ialah Sultan Sir Ibrahim adalah raja Melayu pertama bersetuju untuk menerima Malayan Union. Tidak habis setakat di sana, baginda juga sebenarnya menentang kemerdekaan Tanah Melayu – fakta yang tidak tertulis di dalam buku teks!

 

1. Selepas Malayan Union gagal, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Walau bagaimanapun Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Sumber lisan yang tidak direkodkan ada menyebut Sultan Sir Ibrahim pernah berkata “British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga”. Allahuaklam.

Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk “Straits Settlement Forever” kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.



2. Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September 1955 (rujuk buku From Malayan Union to Singapore Separation tulisan Mohamed Noordin Sopiee (1974).

Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata “You Will Suffer if British Go!” Petikan akhbar The Argus, 19 September 1955 muka surat 6 ada dilampirkan.

Sambutan Jubli Intan Sultan Sir Ibrahim dan kemahkotaan Sultanah Marcela

Ucapan Sultan Sir Ibrahim yang menolak kemerdekaan menyebabkan sambutan Jubli Intan yang diadakan selama 5 hari berturut-turut itu dipulaukan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan jemaah menteri Kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada 1 Ogos 1955 (rujuk petikan akhbar bertajuk Sultan’s Jubilee Ends on Bitter Note di bawah).

Penderhaka kah jemaah menteri ini semua? UMNO dan Parti Perikatan telah lama menderhaka kepada Raja-Raja Melayu! Ini boleh dikatakan menghina Raja Melayu kerana sambutan Jubli Intan semeriah itu dengan sengaja dipulaukan oleh Menteri-menteri Tanah Melayu !


Petikan daripada akhbar The Central Queensland Herald, 22 Septermber 1955



The Straits Times, 4 January 1956
3. Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persekutuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu.

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka ‘Pasok Melaya Daerah Segamat’ mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu (rujuk buku bertajuk Modern Governments and Political Systems: Governments and Politics in South Asia, karya S. L. Kaushik dan Rama Patnayak (1995).

Menderhaka kepada Sultan Johor kah rakyat daerah Segamat ini hingga sanggup mencabar untuk memisahkan daerah mereka dari negeri Johor?

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan kumpulan itu dan akhirnya pertubuhan ini terkubur. Bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. Menderhaka kah rakyat Johor pada ketika itu?

Penderhakaan mereka penderhakaan bertempat, tidak seperti Pemuda UMNO Johor (juak-juak yang menganjurkan Himpunan Menjunjung Taat Setia Ketuanan WWW1) yang menganggap jika rakyat bersuara atau mempertikaikan pendapat atau tingkah laku seseorang Sultan adalah dianggap menderhaka!

Kesimpulan
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan sebenarnya Istana Johor menolak kemerdekaan dan bukannya membantu dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu seperti yang didakwa di dalam majalah Holistik terbitan Pejabat Menteri Besar Johor.


Sultan Sir Ibrahim sendiri menolak kemerdekaan Tanah Melayu dan merelakan British terus berada di Tanah Melayu – “The British have made Malaya prosperous”, kata baginda semasa berucap sempena sambutan Jubli Intan. Begitu juga kerabat Istana Johor iaitu Ungku Abdullah (seorang yang begitu rapat dengan Istana dan penerima Darjah Kerabat dan Pingat Jubli Intan Sultan Ibrahim) yang menjadi pelopor perjuangan anti-kemerdekaan di bawah PKMJ.

Adalah amat memalukan apabila artikel yang ditulis oleh orang Johor sendiri sebenarnya buta tentang sejarah negerinya. Lebih memalukan kerana artikel tersebut diterbitkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor!

Perlu diingat, Sultan Sir Ibrahim tidak pernah bersetuju untuk merdeka dan terus menetap di London hingga akhir hayatnya. Baginda juga adalah merupakan seorang Sultan yang mendapat banyak tentangan daripada pembesar-pembesar Johor sejak daripada cadangan Malayan Union hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Mungkin merajuk agaknya, akhirnya baginda menyerahkan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail (kemudiannya dikenali sebagai Sultan Ismail) untuk membuat keputusan termasuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya kemerdekaan.

Penulis tinggalkan blog entry ini dengan satu keratan akhbar The Canberra Times bertarikh 3 November 1949 yang bertajuk Johore Sultan Not Sovereign Ruler (atau terjemahannya berbunyi Sultan Johor bukan Pemerintah Berdaulat) berdasarkan kepada satu penghakiman Mahkamah Rayuan. “Eh, bukan buku teks sekolah-sekolah kata negeri Johor satu-satunya negeri Melayu yang merdeka dan hanya menerima penasihat British? Macam mana pula bukan pemerintah berdaulat”


Lawati sumber untuk artikel2 lain yang lebih menarik.

ADA KA PATUT BENDERA MSYIA DEPA KASI DUDUK, PIJAK, DERHAKA SUNGGUH DEPA NIH !

Friday, August 31, 2012

Gambaq Merdeka yang paling sakit hati...

Salam semua...

Sakit hati betoi Pak Long tengok gambaq neh... membaziaq, rai kemerdekaan kepala hotak hangpa lagu neh...

Idea sapa tak tau la, nampak memang bangang sungguh. Buat malu kat Mak Long hang ja... nampak sangat tak khatam hukum... Tu la, ikut lagi gerombolan setan yang dikenali rakyat tuh... jadi lagu ni la...

Kita tak tau cerita betoi, sebab tu Pak Long pun tak la tunjai-tunjai dahi si petugaih tuh... mungkin dia pun makan upah. Tapi lain kali Nah oiii, hang cari la upah kerja yang jenih lain... jangan dok menempek keja buat ala-ala setan tuh... tolong Mak Long hang pi bendang pun baguih...
Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) ngan si Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27  tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan...
Ishhh....
Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak?

Memang la yang nampak tu depa pakai beraih pulut boh kaler kemdian tempek buat bendera. Yang tu semua orang nampak.

Tapi apa yang Pak Long nampak kat setiap butir beraih pulut tu adalah jerit perih sorang pompuan tua sedang menuai padi... tengah panaih di bendang. Dia tersenyum puaih, rezeki Allah amat luaih... petanda penat lelah dia terhasil sudah...

Agak-agak hangpa, pompuan tua ditengah bendang tu tau ka sapakah orang yang akan dapat makan hasil tuaian dia?

Dia tentu berbangga kalau kita jamah hasil tuaian dia dengan bismillah, jamu orang buat amal jariah... Dia tentu lebih puaih kalau dia tahu sebahagaian dari hasil tuaian dia dapat bagi tenaga untuk umat Muhammad menambah ibadat pada yang Esa...

Tapi, berbanggakah dia kalau dia tau hasil penat lelah dia apatah lagi setelah bergantang-gantang peluh tumpah ke bumi, pi buat lagu tu?

Ishhh...
Hangpa tau ka Merdeka tu menatang apa?
Apa yang hangpa cari nak isi Merdeka neh?
Lagu ni ka cara kita nak raikan Merdeka?

Ishhh...
Sakit hati betoi laa...

Wassalam...
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.