Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HADKAN PUSAT HIBURAN


Selangor sedia timbang henti lesen pusat hiburan
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia menimbangkan cadangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya bersedia menimbangkan cadangan berkenaan termasuk meneliti perkara itu dari segi perundangan, penguatkuasaaan dan perkara lain yang berkaitan yang berada di bawah bidang kuasa PBT dan polis.

"Kerajaan negeri berpendirian sebarang aktiviti yang tidak sihat seperti perjudian haram harus dihentikan, ia bagi menjamin keselamatan masyarakat Selangor dan usaha ini memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk polis, PBT dan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.


Semalam, Khalid dilaporkan mencadangkan kerajaan negeri dan PBT di seluruh negara menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana sering didapati pengendalinya menyalahgunakan lesen berkenaan untuk menjalankan kegiatan perjudian. - Bernama
 

DEMIKIAN NASIB NELAYAN


‘Kami terus terjun ke dalam laut’
‘Kami terus terjun ke dalam laut’
Mohd Yasin.
 
PONTIAN - “Kami terus terjun ke dalam laut sebaik sahaja bot terbalik dipukul ombak kuat,” luah Mohd Yasin Sulaiman, 38 yang merupakan rakan kepada nelayan yang ditemui lemas, Mohd Atif Hafifi, 28 dalam kejadian ribut tengahari semalam.

Mohd Yasin berkata, dia dan rakannya itu turun ke laut dari jeti Kampung Pesisir kira-kira jam 8.00 pagi semalam.

“Keadaan cuaca yang sangat cerah pada sebelah pagi, jadi kami tidak berasa bimbang. Namun secara tiba-tiba cuaca berubah dan hujan lebat turun.

“Ketika dalam perjalanan pulang, bot kami terbalik akibat dipukul ombak. Kami terus terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri,”katanya ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Pontian, di sini tadi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan Pantai Rambah, Mohd Yasin mendapati rakannya itu tiada, lalu dia bertindak mendapatkan pertolongan dari nelayan di jeti Rambah.

“Jarak bot kami terbalik dengan Pantai Rambah dianggarkan dalam jarak 400 meter sahaja. Saya sangat terkejut bila mendapati Atif tidak muncul-muncul selepas kami berenang menyelamat diri. Setahu saya Atif pandai berenang,”katanya.


Bapa kepada empat orang anak ini  berkata pengalaman yang ditempuhinya itu sukar untuk dilupakan tambahan pula rakan baik terkorban ketika ribut berlaku.

“Ini merupakan situasi yang paling mencemaskan sepanjang saya menjadi nelayan sejak berumur belasan tahun.

“Cuaca yang sangat gelap ditambah ribut dan angin kencang membuatkan macam-macam yang saya fikirkan terutama isteri dan anak-anak,” katanya.

APA PASAL BUAT PROVOKASI ?


Guan Eng kesal pegawainya ditampar
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng. 
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng kesal dengan apa yang berlaku ke atas Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad yang ditampar peserta himpunan di hadapan sebuah masjid semalam.

Guan Eng berkata, budaya memukul orang dilihat menjadi budaya baharu yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat negara ini pada masa kini.

Menurutnya, keganasan tidak perlu berlaku sekiranya terdapat perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara sebaliknya boleh dibincang dengan baik.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia tidak seharusnya berlaku keganasan di kalangan masyarakat kita. Walau apa pun, tak boleh pukul orang. Saya lihat ini dah jadi budaya baru. Saya juga amat prihatin dengan apa yang berlaku ke atas pegawai saya.

"Apa-apa hal atau tak sependapat, akan pukul orang. Ini bukan budaya Malaysia, ia budaya luar yang ganas dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia," katanya kepada media di Majlis Amal Rock-A-Duck di Batu Feringghi, hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian tersebut di mana Zaidi ditampar peserta himpunan aman yang membantah campur tangan Kerajaan Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang semalam.

Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin ketika sedang berucap selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal beberapa anggota polis cawangan khas yang berada di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, dia menyerahkan kes itu kepada Zaidi untuk menguruskannya.

"Saya sudah hubungi dia (Zaidi) dan dia kata dia nak urus sendiri. Ini kerana, kejadian itu tiada kaitan dengan jawatannya sebagai pegawai kerajaan negeri tetapi lebih kepada peribadi.

"Lagi pun kejadian itu berlaku ketika dia pergi sembahyang. Saya hormat keputusan dia dan akan serahkan untuk dia urus sendiri," katanya.

BIJAK SULTAN KERANA KEKALKAN KEAMANAN

Tiga exco Pas menjunjung kasih titah Sultan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
 
SHAH ALAM - Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas hari ini menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sehingga ke tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tiga Exco Pas itu ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga anggota exco itu berkata, mereka akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain memastikan semua program kerajaan negeri berjaya dilaksanakan.

"Kami yakin dengan limpah perkenan Sultan Selangor itu, ia akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan exco Pas di Selangor," menurut mereka.

Dalam titah khas semalam, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga exco Pas dalam MMKN sehingga Dun dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya dijalankan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan Pas.

Kedudukan exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

KAT P.PINANG PEGAWAI DAP DIKATAKAN KENA TAMPAR SEBAB ........


Annuar dakwa DAP perosak Cina di Malaysia

Annuar Musa
Annuar Musa - Foto Sharifudin Abdul Rahim
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan  Sri Annuar Musa mendakwa parti DAP sebagai punca kepada 'rosakknya' kaum Cina di Malaysia.

Jelas Annuar, 'kebahagian' kaum Cina telah lama dibina oleh Umno, namun sejak wujudnya DAP, parti itu dilihat telah 'merosakan' kebahagian itu.

"Yang menyelamatkan orang Cina adalah Umno, wujud sekolah Cina atas restu Umno.

 "Siapa yang perjuangkan sekolah Cina? kalau lihat di Indonesia, Thailand kaum Cina tidak boleh pakai nama Cina hanya Cina Malaysia nikmati semua itu...sebab itu bila cakap masa depan Cina kita (Umno) jangan apologetik. 

"Jadi yang sebenarnya yang merosakan Cina di malaysia adalah DAP," katanya dalam ucapannya di program pengumuman pemenang pertandingan 'Kit Siang rasis' di Hotel Blue Wave, di sini.

Katanya, kaum Cina merupakan kaum yang cintakan keamanan namun perkara itu telah dirosakkan oleh DAP.

"Fikir secara mendalam kaum Cina merupakan pedagang yang mahukan  jaminan keamanan.

"Tanpa Umno sebagai tunjang pemerintahan negara ini kalau berlaku huru hara kaum Cinalah paling teruk terjejas," katanya.

Katanya lagi," Cina hebat dan kaya selagi ada Umno.

"Mereka boleh nikmati kehidupan sebenar...itulah yang kita perlu beri gambaran sebenar," katanya.

JIKA BENAR CAMPUR TANGAN URUSAN AGAMA, BUKA SAHAJA TAMPAR TAPI WAJIB TERAJANG


Pegawai Guan Eng ditampar ketika perhimpunan aman
Pegawai Guan Eng ditampar ketika perhimpunan aman
GEORGETOWN - Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad ditampar oleh seorang warga emas ketika himpunan aman selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Enam, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Insiden berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kekecohan dalam himpunan bantahan campur tangan pemimpin DAP dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang.

Kejadian berlaku apabila Zaidi yang mendengar ucapan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mempersoalkan ucapan Hafiz.

“Saya berada di masjid ketika itu dan Hafiz menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia fatwa mana yang dicampuri.

"Saya cuma nak tau fatwa mana yang kerajaan negeri campur tangan, tapi tiba-tiba kena serang," katanya.

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian.

DINASIHAT BERSATU JANGAN LETAK CALON


 
BERSATU MUNGKIN BUBAR ?
 
-Pak Karamu-
 
 
1,000 ahli Bersatu Perak umum letak jawatan
1,000 ahli Bersatu Perak umum letak jawatan
 
Azrul Suhadi (duduk, tengah) bersama kepimpinan negeri dan bahagian menunjukkan tanda protes terhadap Muhyiddin sekali gus mengumumkan keluar parti, tadi.
 
IPOH - Kira-kira 1,000 ahli Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak terdiri daripada pemimpin negeri dan bahagian mengumumkan peletakan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti, sebentar tadi.

Tindakan itu diketuai oleh Ketua Bahagian Bersatu Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar diikuti Ketua Bahagian Teluk Intan, Jemaat Yaacob dan lapan kepimpinan bahagian lain termasuk Bagan Datuk, Pasir Salak, Tambun, Tanjung Malim dan lain-lain lagi.

Ia tindakan susulan daripada desakan sebahagian daripada 24 bahagian itu yang mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden parti itu, minggu lalu.


Azrul Suhadi yang juga Ketua Pendaftar Bersatu Negeri berkata, desakan mereka minggu lalu itu tidak mendapat perhatian presiden berkenaan menyebabkan mereka mengikut jejak langkah kumpulan penggerak asal Bersatu dari Kedah dan Negeri Sembilan untuk keluar parti.

"Ini jelas telah menunjukkan ada yang tidak kena dalam pentadbiran parti. Semua insiden ini tidak pernah diambil perhatian malah presiden tidak peduli dengan konflik dalaman parti.

"Presiden perlu lebih prihatin dan menjalankan amanah dengan profesional. Perlu diingatkan bahawa keputusan kami tidak ada kena mengena atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

PERANGAI SEKULAR TIDAK PERNAH SENANG DENGAN ISLAM

Bersatu dah berusaha kerjasama dengan Pas
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID
 
SHAH ALAM - Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkayata, partinya sudah melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan Pas.

Menurutnya, walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali, namun Pas lebih memilih untuk 'bersama' dengan Umno.

Kata Mahathir, Bersatu sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa siri pertemuan sudah diadakan.

"Tetapi, Pas lebih utamakan hubungan rapatnya dengan Umno, bukan dengan Bersatu," katanya ketika sesi FB Live hari ini.

Terdahulu, Pas bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dengan DAP berikutan pelaksanaan hukum hudud serta turut berikrar tidak mahu bekerjasama dengan parti 'serpihan' mereka iaitu Amanah.

Sementara itu, Mahathir berkata, orang Islam boleh menang jika mereka bersatu.

"Orang Islam boleh menang jika bersatu tetapi kita memilih untuk berpecah, sama seperti ketika Pas membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dulu.

"Sebab tak dapat jadi wakil rakyat, terus keluar parti dan tubuh parti sendri menggunakan agama Islam untuk cari kemenangan," katanya lagi.

O ooooo, ADA YANG NAK MELAWAN YEK ?

Azmin minta semua pihak hormati titah Sultan

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata, Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin Pas tidak  lagi dijadikan isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

"InI membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Tuanku juga  bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Ini titah Tuanku dan semua pihak mesti patuh dan terima," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah Alam Seksyen 24 di sini.

Dalam titah khas hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  sehingga ke tarikh PRU akan datang.

Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan Pas.

Tiga exco Pas ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kedudukan Exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei lepas memutuskan supaya  parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor  kerana tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

TERNYATA SELANGOR SEKARANG AMAN


Hadi junjung kasih atas perkenan Sultan Selangor
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang 
 
SHAH ALAM - Pas merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan takzim atas perkenan Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, untuk mengekalkan ketiga-tiga Exconya dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang berkata,"sesungguhnya limpah perkenan Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat,".

"Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang Adun daripada Pas tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan Tuanku.

"Dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan  Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Terdahulu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya ketiga-tiga Exco Pas dikekalkan dalam kerajaan Selangor, selepas meneliti dan menimbang segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu, Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor dalam satu pertemuan untuk memaklumkan berhubung kedudukan semasa barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berikutan keputusan Pas Pusat memutuskan kerjasama politik mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Susulan itu, Sultan Selangor turut menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi serta tiga Exco Pas Selangor berhubung pendirian mereka dalam MMKN.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin turut menyeru kepada semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri Selangor.

ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO


Pas menjunjung kasih, ucap terima kasih kepada PKR
Pas
Pas
SHAH ALAM - Pas menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR berhubung pengekalan penyertaan Pas dalam pentadbiran Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, sepertimana yang pihaknya telah pertegaskan sebelum ini, bahawa keputusan untuk putus tahaluf politik adalah yang berkaitan dengan persediaan menghadapai pilihanraya yang akan datang dan tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri.

"Pas Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). bahkan  akan terus memperkukuhkannya.

"Pas Selangor melalui 3 Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka  bersama dengan Menteri Besar dan kesemua exco dan wakil rakyat kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Menurut Sallehen lagi "apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya."

Mengulas lanjut, Sallehen berkata, menyedari terhadap demografi masyarakat negeri Selangor, Pas akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang.

"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujjah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai," katanya.

YANG PAN MENYEBUK NI BUAT APA ?

 
 PAN PARTI BARU, BERSATU JUGA PARTI BARU
JANGAN MENYIBUUUUK !

JANGAN MEMANDAI-MANDAI NAK JADIKAN ANUAR 
PI EM KE 8

OOOOOO, TU PASAL RUPANYA BERSATU DAN PAN TAK ANGKAT PLAKAD ?

CISSS, DI MAJLIS PKR MEREKA BUAT PERANGAI,
TAK HORMAT LANGSUNG ! MAJLIS ORANG !

DAH LA PARTI BARU, NAK MEMANDAI-MANDAI PULAK !

APSAL OTAK LETAK KAT LUTUT ?
BANGANG PUNYA PAN.


-Pak Karamu-
 
 
Anwar patut jadi PM kelapan, bukan ketujuh
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Amanah,  Salahuddin Ayub berpendapat bahawa belum tiba masanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Menurutnya, parti komponen pembangkang itu harus bijak merancang strategi untuk mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi mereka pada PRU akan datang. 

Justeru katanya, nama lain perlu diletakkan terlebih dahulu untuk jawatan PM ketujuh dan individu itu bukanlah Anwar. 

“DSAI lebih bagus jika dilantik menjadi PM kelapan dan bukannya ketujuh, ini kerana Majlis Presiden Pakatan Harapan mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat sekaligus memenangi PRU14.

“Selain itu, PM ketujuh juga bertanggunjawab untuk membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urus tadbir dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI,” katanya dalam satu kenyataan media.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR menang, Anwar PM ke7]

Terdahulu, plakad 'Anwar PM ke7' dijulang di udara sebaik sahaja tayangan video bekas Ketua Pembangkang itu dimainkan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12, baru-baru ini.

Rata-rata perwakilan dan pemerhati dilihat semangat mengangkat plakad tersebut sebaik sahaja video yang memaparkan perjuangan Anwar berakhir.

Sementara itu, Salahuddin berkata, sekarang merupakan masa yang penting untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat yang harus merealisasikannya. 

"Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. 

Tidakkah Tun M, DSWA (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), LKS (Lim Kit Siang) dan Mohomad Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? 

Bukankah ada meja Majlis Presiden Pakatan Harap[an yang mampu menghuraikan kekusutan ini?

"Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. 

Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat," katanya lagi.

ORANG LAIN JANGAN DOK CUCUK-CUCUK MB SELANGOR

SIAPA KATA KUASA SULTAN TAK PENTING ?
NAH SEKARANG DAH TERJAWAB.
 
YANG NAK SANGAT JADI EXCO TU, NAH AMBIK
SINGGIT, PI MAIN JAUH-JAUH,
JANGAN ASYIK MENGACAU JE !
 
MERDEKAAAAAAA !!!
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Sultan Selangor perkenan kekal tiga Exco Pas
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengekalkan tiga Exco Pas Selangor dalam kerajaan negeri sehingga pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Tuanku bertitah demikian selepas meneliti dan menimbang segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan Selangor.

"Setelah Tuanku berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, baginda bertitah dan berkenan untuk kekalkan mereka (tiga Exco Pas Selangor) dalam kerajaan negeri bagi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhan, selain mahu usaha pembangunan negeri Selangor terus dilaksanakan.

"Baginda juga mengambilkira mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian serta pembangunan agar kemakmuran rakyat di Selangor tercapai," katanya.

Katanya, baginda juga yakin kepercayaan diperolehi Mohamed Azmin ketika dilantik sebagai menteri besar pada September 2014 masih kekal.

Terdahulu, Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor dalam satu pertemuan untuk memaklumkan berhubung kedudukan semasa barisan kepimpinan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berikutan keputusan Pas Pusat memutuskan kerjasama politik mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Susulan itu, Sultan Selangor turut menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi serta tiga Exco Pas Selangor berhubung pendirian mereka dalam MMKN.

Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin turut menyeru kepada semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Sultan Selangor berharap menjelang Ramadan ini, rakyat beragama Islam di negeri ini dapat menumpukan persiapan diri mereka untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam beribadat serta mengelakkan terlibat dari sebarang fitnah dan tohmahan.

BILA RAFIZI BUKA MULUT, RAKYAT MELUAT DENGAN PKR

BILA RAFIZI MULA BUKA MULUT,
RAKYAT MULA MELUAT DENGAN PKR
 
BILA RAFIZI BUKA MULUT,
ANUAR BERTAMBAH JAUH DIHATI RAKYAT
 
BILA RAFIZI BUKA MULUT,
AZMIN JADI PILIHAN JADI PI EM
 
BILA RAFIZI BUKA MULUT,
TERINGAT LANGKAH KAJANG GAGAL
 
BILA RAFIZI BUKA MULUT,
MUSUH PKR BERTAMBAH RANCAK
 
 
-Pak Karamu-
 
 
PKR 'ada cara' nak jadikan Anwar PM ke-7
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Afiq Razali
 
SHAH ALAM - PKR tetap berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk diangkat menjadi Perdana Menteri ke-7, sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun Anwar masih berada di penjara namun parti itu 'ada cara' untuk menjadikan beliau perdana menteri yang seterusnya.

"Persoalan siapa Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang: jawapan kami adalah jelas, Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan menang adalah Anwar Ibrahim.

"Kaedah Pengampunan Diraja ada walaupun nampak sukar tetapi rakyat tahu ada kaedah pengampunan diraja yang boleh digunakan dan membolehkan Anwar dibebaskan segera dan bertanding segera dalam pilihanraya kecil.  

"Kaedah ini ada digunakan dalam kes-kes ehsan untuk membebaskan pesalah, apatah lagi dalam kes Anwar Ibrahim ia satu kes fitnah yang jelas oleh musuh politik beliau yang mahu menghentikan kemaraan rakyat menuntut perubahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR menang, Anwar PM ke7]

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sahabat-sahabat di dalam DAP dan Amanah pernah bersetuju agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Perdana Menteri interim (mewakili Anwar Ibrahim) sementara usaha pembebasan Anwar Ibrahim dilakukan melalui kaedah pengampunan diraja.  

"Saya yakin dalam masa sebulan dari tarikh kemenangan PRU14 Anwar Ibrahim boleh dibebaskan dengan cara ini dan sebulan kemudian terus bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil sebelum mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.