Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERANGAI SEKULAR TIDAK PERNAH SENANG DENGAN ISLAM

Bersatu dah berusaha kerjasama dengan Pas
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Sinar Harian oleh HALIM WAHID
 
SHAH ALAM - Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkayata, partinya sudah melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan Pas.

Menurutnya, walaupun perbincangan telah dilakukan beberapa kali, namun Pas lebih memilih untuk 'bersama' dengan Umno.

Kata Mahathir, Bersatu sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalin kerjasama dengan Pas dan beberapa siri pertemuan sudah diadakan.

"Tetapi, Pas lebih utamakan hubungan rapatnya dengan Umno, bukan dengan Bersatu," katanya ketika sesi FB Live hari ini.

Terdahulu, Pas bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat kerana perbezaan pendapat dengan DAP berikutan pelaksanaan hukum hudud serta turut berikrar tidak mahu bekerjasama dengan parti 'serpihan' mereka iaitu Amanah.

Sementara itu, Mahathir berkata, orang Islam boleh menang jika mereka bersatu.

"Orang Islam boleh menang jika bersatu tetapi kita memilih untuk berpecah, sama seperti ketika Pas membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dulu.

"Sebab tak dapat jadi wakil rakyat, terus keluar parti dan tubuh parti sendri menggunakan agama Islam untuk cari kemenangan," katanya lagi.

11 orang berkata:

Anonymous said...

pemikiran sekular bukan tak senang dgn islam. cuma tak senang dgn hadi yg berlagak mcm nabi. sedangkan nabi muhammad saw ada sikap toleransi kepada non muslim tapi lebai hadi terus menerus suka kafir harbikan org yg tak setuju dgn dia. kena ingat, hadi pun cuma menumpang atas muka bumi, hanya Allah yg layak adili kita semua samada masuk syurga atau tidak, belum terjamin masuk syurga si lebai hadi tu, jadi jgn la berlagak sangat seolah-olah pemegang kunci syurga.

powertrain1648 said...

Cakap jer la tghh xnak toleransi dgn tuan kau dap...jgn nk selindung balik perkataan non muslim...kan senang org fhm...berbelit2 demi nk.jaga nama dap

Anonymous said...

Anon 10.52.. cakap beebelit2. Apa ko ingat nabi dulu bertoleransi dgn abu lahab ke. Itu kan bapa saudara nabi..
Sendiri mau ingat la...

Anonymous said...

Powertrain...ni blog Pakaram orang kuat parti Pas...sambil2 tu cuba lah nasib ramalan no.Togel yg diiklan... manalah tahu bolih menang..togel tu lebih kurang 4D atau Toto kat Malaysia ni.

Anonymous said...

Walaun PAS tak payah dok tunjuk islamik sangat. PAS ni parti politik Sahaja. maka berpolitik saja lah .

Anonymous said...

Duduk dlm pas bukan dapat hapa. Dapat maki hamun je. Baik blah

Anonymous said...

Saya ahli pas berharap sangat tidak ada pertandingan 3 penjuru di kerusi azmin. Harap pemimpin pas tidak lupa jasa azmin mengekalkan 3 exco pas dalam kejaan selangor. Biarlah kita ahli pas tahu adat. Budi azmin yg baik mesti dibalas baik dlm pru14 nanti.

Anonymous said...

Tapi hadi tu bukan nabi. Perangai maki hamun dan kapirkan orang tu bukan perangai umat nami. Dap bukan abu lahab. Pad juga bukan agama islam

Anonymous said...

P0w3rtaipowertaik juga akan undi azmin

Anonymous said...

Org pas pandai tapi boss dia vangang

Anonymous said...

tuang preseding pis duduk sedondong deengang tuan preseding sekular dulu kini dan selamanya boleh ya?????????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.