Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA RAKYAT MALAYSIA PERLU LAKUKAN ?

BUAT LAPORAN BESAR-BESARAN KEMUDIAN BARU BOLEH SIASAT, JANGAN CAKAP SAHAJA, PUNG PANG,PUANG PANG TAK SAMPAI MANA !

RAKYAT TIDAK PERNAH DENGAR IRI DAN BAHAYANYA !

JIKA BENAR IRI MERBAHAYA MAKA RAKYAT PERLU BERGERAK !!!


SEMENTARA ITU:


KJ buat laporan polis berhubung isu tuntutan GST


KJ buat laporan polis berhubung isu tuntutan GST
Khairy bercakap dengan media selepas membuat laporan polis. – Foto: Twitter Ibdilillah Ishak
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ oleh kerajaan BN.


Tubuh RCI siasat ketirisan RM18 bilion dari GST


Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
 Pemuda Umno meminta kerajaan Pakatan Harapan segera memohon perkenan Yang Dipertuan Agong untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan RM 18 bilion hilang dari hasil kutipan GST.
-Pak Karamu- 


Pas desak siasat kerjasama DAP-IRI

AddThis Sharing Buttons

Nuridah Mohd Salleh
Nuridah Mohd Salleh
(Ubah saiz teks) 

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mendesak siasatan lanjut dibuat terhadap dakwaan International Republican Institute (IRI) mendakwa wujudnya kerjasama antara mereka dengan parti politik di Malaysia sejak 2002.


Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh dalam satu kenyataan menegaskan siasatan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan campur tangan berterusan daripada kuasa asing yang mempunyai ideologi mereka sendiri.


Menurutnya, penglibatan secara langsung IRI dengan parti politik di negara ini dilihat sebagai ancaman terhadap perjalanan politik di Malaysia.


“DMPM memandang serius tentang pengakuan dan pendedahan eksklusif daripada International Republican Institute (IRI) mengenai wujudnya kerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002.


“Hal ini turut diakui oleh kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang mengakui wujud hubungan dengan IRI dalam program kursus dan latihan yang dianjurkan oleh badan pemikir tersebut.






“Penglibatan langsung IRI dengan parti-parti politik di Malaysia akan membayangi ideologi yang turut diagendakan oleh mereka. Oleh itu, ia dilihat sebagai ancaman terhadap politik negara,” katanya.


Tambah beliau, orang Melayu dan Islam berasa tidak selesa, bimbang dan resah dengan beberapa isu termasuk yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipolemikkan pihak-pihak tertentu selepas peralihan kerajaan.


“Ditambah pula isu berkaitan IRI ini, ia menambahkan lagi kebimbangan yang sedia ada,” tegasnya.


Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa hubungan dengan IRI hanyalah berbentuk kursus latihan dan bertukar pandangan serta idea, sama seperti yang dilakukan oleh BN-Umno bersama IRI.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pas tiada kaitan dengan IRI]




Jelasnya, ada sebahagian pemimpin DAP menjalani kursus bersama IRI berkenaan isu-isu teknikal di bawah naungan pemahaman proses demokrasi yang berkaitan dengan pengundian dan komunikasi.


“Hubungan dengan ahli pemikir adalah berlainan dengan hubungan langsung dengan CIA atau parti politik seperti Parti Komunis China.


“Tidak seperti sesetengah ekstremis, tidak ada yang salah bagi Umno untuk mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China setakat mana pemimpin Umno dijemput untuk mesyuarat parti China Parti Komunis China,” katanya.

MENGUNDANG NEGARA KEARAH MALA PETAKAAA !

JANGAN UNDANG MALA PETAKA, ULAMA MESTI BANGUN BERSUARA, GOLONGAN LGBT INI JANGAN LANGSUNG DIBERI PELUANG BERKEMBANG TERUTAMA MENTADBIR NEGARA.


JIKA ADA MASALAH KESIHATAN PERGI SAHAJA KE KLINIK, HABIS CERITA, JANGAN NAK LEBIH-LEBIH. INI SEMUA MENGUNDANG KECELAKAAN TERHADAP NEGARA. GOLONGAN INI DIANGGAP GOLONGAN YANG SIAL.

SEMENTARA ITU:

 Iktiraf LGBT umpama halalkan golongan berkenaan

 Iktiraf LGBT umpama halalkan golongan berkenaan
Harussani
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan andai golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diiktiraf, ia membawa maksud kumpulan itu dihalalkan.

Menurutnya, Malaysia sebagai negara Islam sejak dahulu lagi menentang LGBT dan golongan itu perlu akur, bukannya menjadikan Barat sebagai rujukan.

"Aktivis sosial Marina Mahathir mengatakan di negara ini, komuniti LGBT berbeza daripada apa yang boleh dilihat di Barat. Takkan kita nak hidup seperti di Barat yang tiada budaya," katanya kepada Sinar Harian sebagai mengulas kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, andai dihalalkan, nescaya golongan itu akan terus berkembang dan berleluasa.


'Yang haram tetap haram'

Bulan Ramadan bulan berdamai: Mufti Kelantan
Mohd Shukri

  Pengiktirafan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ternyata bercanggah dengan Islam.

Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata, dalam Islam yang haram tetap haram dan tidak boleh menjadi hak kita untuk menghalalkannya.

Menurutnya, masyarakat di negara ini perlu berjalan di atas landasannya dan bagi umat Islam, relnya adalah di atas landasan agama.

“Kebebasan itu bukan kebebasan yang tidak ada had. Misalnya, sebuah kereta api yang berjalan atas rel itu adalah kereta api yang bebas.

“Tetapi jika kereta api yang lari daripada rel itu bukan bebas, tetapi maksudnya meminta kehancuran dan kemusnahan," katanya kepada Sinar Harian.

-Pak Karamu-

LGBT bukan minta kahwin sejenis

AddThis Sharing Buttons

Datin Marina Mahathir
Datin Marina Mahathir
(Ubah saiz teks) 

SHAH ALAM - Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.


Aktivis, Datin Marina Mahathir berkata, ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.


Menurutnya, golongan berkenaan langsung tidak meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.


“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua tak boleh?


“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini?

PADAN MUKA RAKYAT SELANGOR ! MERDEKAAAA !

TARIF AIR DI SELANGOR AKAN MELAMBUNG !

-Pak Karamu- 

 

'Saya doa rakyat Selangor tabah'


AddThis Sharing Buttons


Abdul Khalid Ibrahim
(Ubah saiz teks)


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa tidak terkejut dengan keputusan dicapai dalam isu penstrukturan air di Selangor susulan pemeteraian persefahaman tawaran harga berjumlah RM2.55 bilion antara Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini.

Katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook miliknya, secara dasarnya pengumuman itu langsung tidak membuat beliau terperanjat kerana ia juga antara sebab kenapa dirinya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014.

"Ia adalah kerana kecenderungan pimpinan PKR yang mahukan tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash dan saya atas dasar menjaga kepentingan rakyat menolaknya.


"Hari ini apabila pembelian Splash oleh syarikat Air Selangor berjumlah RM2.55 bilion dimuktamadkan, ia menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013 dan strategi itu bakal memberi peluang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan serta pampasan yang berlebihan," katanya.

Abdul Khalid mendakwa, pada masa yang sama, ia juga meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tarif yang tinggi.

"Saya percaya kerajaan hari ini akan mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor yang dilaksanakan sejak PR mengambilalih kerajaan pada 2008 yang lalu.

"Saya doakan agar rakyat Selangor tabah menghadapi perubahan yang besar ini," katanya.
Dalam pada itu, kenyataan Abdul Khalid di  Facebook miliknya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebahagiannya dilihat turut kecewa sekiranya impak penyelesaian isu air itu bakal menamatkan program pemberian air percuma di negeri ini, malah tidak kurang juga yang mahu Abdul Khalid mencuba nasib bertanding pada PRK Dun Seri Setia.

Malah, sehingga berita ini ditulis, sebanyak 1,800 'share' dikongsi netizen terhadap kenyataan itu.

LAGI PILIHANRAYA KECIL SELANGOR ....

AL FATIHAH
 
Adun Seri Setia meninggal dunia
AddThis Sharing Buttons

Dr Shaharuddin Badaruddin
Dr Shaharuddin Badaruddin
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Adun Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.

Menurut, kenyataan setiausaha kananya, memaklumkan bahawa Shaharuddin telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6:28 petang tadi di hospital Putrajaya.

"Jenazah Almarhum akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

"Semoga Almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah," jelas Setiausaha Kanan Zafrullah Aris.

APABILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH

BERITA MENARIK  AKHIR JULY DAN AWAL BULAN OGOS.

 Air mata Tun M tumpah depan ulama


Air mata Tun M tumpah depan ulama
Sumber foto: FB Tun M

Ada dua berita yang paling menarik pada akhir bulan july dan awal bulan Ogos, iaitu Kerajaan pakatan Harapan hendak melaksanakan islam mengikut acuan Al Quran dan hadis yang soheh.

Berita ini harus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia kerana mungkin kerajaan Pakatan Harapan nampak perkara 3 dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia memberi laluan untuk melaksanakan islam tersebut.

lagipun P.M Malaysia kita sudah nangis insaf didepan ulamak tanda insaf seinsaf insafnya. 

  PKM tidak layak diiktiraf pejuang kemerdekaan


Musa Hassan
Musa Hassan
(Ubah saiz teks)

Perkara yang kedua ialah ura-ura untuk mengkaji dan mengiktiraf kominis sebagai pejuang kemerdekaan negara, kerana mereka juga di katakan adalah pejuang negara.

Walaupun ramai wira-wira yang telah pencen dan berhenti menjadi naik darah dan  melenteng, akan tetapi yang melenting itu dikatakan tidak faham sejarah negara.

Rakyat Malaysia yang berada zaman BN memerintah  kenalah  faham bahawa apabila Pakatan Harapan memerintah tentulah wira-wira mereka mengambil peluang untuk menuntut keadilan.

Mereka juga kenalah faham bahawa jika pengiktirafan komunis dikatakan penghinaan buat perwira negara sebenarnya tidak timbul langsung.



AKHIR USIA MAHADHIR SEBAK DIHADAPAN ULAMA ?

KITA SOKONG JIKA MAHADHIR BENAR-BENAR DAH INSAF.

DIA DIKATAKAN SEBAK DAN NANGIS APABILA BERHADAPAN DENGAN ULAMA. 

AIR MATANYA LEBIH BANYAK MENGALIR DARI AIR MATA YANG DITUMPAHKANNYA DI PWTC DULU.

LEPAS INI KITA NAK DENGAR DASAR PARTI YANG DIPERJUANGKANNYA ADAKAH MENEPATI AGAMA.

MAHADHIR TIDAK ANTI HADIS, POKOKNYA YANG SAHIH, SHABASSS !

PAK KARAMU YAKIN, SEBAK DAN TANGISANNYA BUKAN TAQIYAH,

MUDAH-MUDAHAN TIDAK TERPILIH ISLAM LIBERAL, WAHABI, SYI'AH.

-Pak Karamu-

 

Air mata Tun M tumpah depan ulama

AddThis Sharing Buttons

Air mata Tun M tumpah depan ulama
Sumber foto: FB Tun M
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang membuatkannya merasa sebak.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr Asri berkata, ia adalah di mana Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.

“Saya juga rasa sebak. Semoga ALLAH SWT merahmati Tun (Mahathir),” katanya di Instagram.

Dr Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.

Dalam pada itu, seramai 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri, semalam.

Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang; pensyarah Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.

PAKATAN HARAPAN LEMAH TAPI BETUL

ANUAR KATA MULUT PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN CELUPAR,
CISSSS SUNGGUH JAHAT !!!
-Pak Karamu- 

Anwar akui kelemahan pimpinan PH

AddThis Sharing Buttons

Anwar akui 'kelemahan' Tun M dan jemaah menteri
Anwar bersama pemimpin PH yang lain pada ceramah khas beliau,malam tadi.
(Ubah saiz teks) 

KOTA RAJA - Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan jemaah kabinetnya ada  ketikanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan yang akhirnya mengundang kontroversi.

Namun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang ditubuhkan daripada hasil kemenangan PH pada PRU14 lalu, tetap berada di landasan yang betul.

Katanya, beliau sentiasa memandang secara dekat perjalanan pentadbiran kerajaan PH sekarang.

“Perdana Menteri Tun Mahathir dan kabinet kerajaan tidak lari daripada landasan.

"Namun ada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, saya tidak nafikan tetapi Perdana Menteri dan kerajaan tidak lari daripada prinsip yang kita jadikan sebagai landasan perjuangan kita," katanya ketika berucap di Ceramah Khas bersamanya di sini, malam ini.

Anwar bahkan tidak menafikan bahawa ada kenyataan yang dikeluarkan mereka bersifat celupar.

“Saya akui PH ini kerajaan baharu, kadang-kadang  ada kenyataan-kenyataan yang cuai dan celupar dari tokoh-tokoh,” katanya.

Sebelum ini, terdapat segelintir barisan menteri PH yang telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat celupar antaranya kenyataan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang  mendakwa  kaum Melayu sebagai pendatang.

Dalam pada itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa PH akan sentiasa
memartabatkan agama Islam dan menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Saya nak ingatkan PH itu ditegakkan dengan perjanjian yang jelas, memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan, tidak ada tolak ansur tentang perkara itu dan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.

“Buatlah apa-apa perubahan pun. Bahasa Inggeris ke, Cina ke Tamil ke, Perancis ke semua itu boleh tetapi mesti tunduk kepada kerangka bahasa kebangsaan.

“Ada yang berpendapat dengan ada bahasa kebangsaan tidak boleh memartabatkan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau Tamil saya tidak setuju yang kita mahu bahasa kebangsaan itu dikuasai dengan baik oleh semua,” jelas beliau.

Isu bahasa Melayu timbul apabila terdapat dakwaan bahawa kerajaan PH mengabaikan kepentingan bahasa berkenaan.

ANUAR BAIK SANGKA TERHADAP MAHADHIR

 Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?

AddThis Sharing Buttons

Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?
 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (tiga, kiri) bersama Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) pada majlis Tahlil Allahyarham Suhaimi Shafiei di kediaman keluarga Allahyarham hari ini. - Foto Bernama
 
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Anwar.

Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.

“Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit soal ini.

“Belum sah ada pertandingan atau tidak… kalau pun ada pertandingan kita harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi,” katanya. - Bernama
 

RAKYAT MULA BERCAKAP RULE OF LAW

APA SALAHNYA LEPASKAN MEMBER ! TU LA GUNA SOKONG PAKATAN HARAPAN, ERTINYA ADA LA HARAPAN.

DUA BULAN LALU BUKAN MAIN LAGI CAKAP RULE OF LAW .

TAPI ADAT BERKAWAN KENALAH TOLONG KAWAN, SALAH LAGU MANAPUN KIRA KES BOLEH GUGUR ? 

SI ANU TU GUGUR KES.

SI ANU TU GUGUR KES.

NANTI ORANG LAIN PULA MEMERINTAH ADA PULA YANG GUGUR KES.

LAMA-LAMA MAHKAMAH JADI KEDAI KOPI.

-Pak Karamu-


 Trend gugur kes pemimpin PH membimbangkan: Azalina

AddThis Sharing Buttons

Azalina
Azalina
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kebimbangan berhubung trend penguguran kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, apa yang lebih merisaukan adalah kes-kes tersebut melibatkan jenayah seperti hasutan dan pembocoran maklumat.

Menurutnya, perkara tersebut memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembebasan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque yang lebih dikenali sebagai Zunar dan beberapa individu lain dibebaskan daripada dakwaan hasutan mereka semalam.

Selain Zunar, bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa turut dibebaskan dari tuduhan hasutan mereka.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan, badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif.

“Kerajaan PH perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

“Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan kehakiman negara terus dihormati,” katanya.

Azalina juga mahu semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Di bawah Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

“Bagaimanapun, trend pengguguran kes-kes Mahkamah yang melibatkan pemimpin PH sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan,” katanya.

TAK TUNAIKAN MANIFESTO TAK BERDOSA !

MANIFESTO TIDAK TUNAIKANPUN TAK MENGAPA, IA TAK TERHUKUM BERDOSA, KAN KE ITU MUFTI DAH CAKAP ?
JIKA MANIFESTO ITU DIANGGAP MEMANCING IKAN BODOH, MAKA ITU TAK ADA HAL, MANA ADA IKAN CERDIK ?
RAKYAT MALAYSIA MEMANG TIDAK FIKIR SANGATPUN TENTANG MANIFESTO TU, ITU HAL KECIL SAHAJA.
ADA MANIFESTO ATAU SEBALIKNYA , RAKYAT TETAP SELESA HIDUP DENGAN KEPERLUAN HIDUP HARIAN, SO TAK DE HAL PUNYA !!!
TAK PAYAH SEBOK SOAL MANIFESTO, RAKYAT DAH SELESA DENGAN SELERA YANG ADA  JIKA DI BANDINGKAN WAKTU ZAMAN JEPUN DULU ! HI HI HI
KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG MURAH HATI, MUDAH MEMA'AFKAN KETIKA MAMPU MEMBALAS DENDAM.
HIDUUUP PAKATAN HARAPAN !!!
KAMI, KITA WORANG AND KITA OLANG SEMUA BERDIRI BELAKANG !!!

-Pak Karamu-

 

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?

AddThis Sharing Buttons

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Mustahil kerajaan melaksanakan manifesto 10 janji dalam 100 hari berdasarkan apa yang telah dicapai setakat ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak banyak janji daripada asas perjanjian PH selesai menjelang tempoh 100 hari.

Menurutnya, beliau memahami kekangan yang dihadapi kerajaan terutama dalam menggubal perkara tertentu untuk melaksanakan manifesto tersebut.

"Contoh janji kerajaan mahu hapuskan hutang peneroka Felda dan tol.

"Saya pelik macam mana mereka boleh buat manifesto sebegitu sedangkan ia sememangnya sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau juga turut merasakan kerajaan memerlukan waktu yang lama untuk melaksanakan kesemua manifesto tersebut.

"Bagaimanapun caranya, janji itu perlu dilaksanakan. Saya lihat rakyat buat perubahan besar menumbangkan BN kerana PH sudah berjanji.

"Tetapi sehingga sekarang, sudah 83 hari, rakyat berhak marah dan perlu penilaian semula terhadap jani tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, setakat hari ke-83 pentadbiran Kerajaan PH, rakyat dan pembangkang masih menanti kemampuan 10 manifesto itu dilaksanakan menjelang hari ke-100.

"Pada hari 101 nanti kita akan persoalkan semula janji-janji ini.

"Namun setakat ini, kita tak nampak apa-apa yang ditunaikan lagi.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga menyatakan, setiap kali ditanya usaha kerajaan untuk melunaskan janji-janji itu mereka akan bangkit kononnya hutang negara masih banyak sebab itu manifesto masih belum dilaksankan lagi.

"Bila dah berjanji kenalah tunaikan, kalau buat manifesto mesti dalam rangka kemampuan sesuatu part itu, tapi tak dibuat begitu.

"Kalau tak boleh tunaikan, janji itu akan bertukar angan-angan sajalah. Janji manifesto bukan gula-gula kosong kepada rakyat supaya dipilih rakyat, jangan menipu," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen PRK Dun Sungai Kandis, kononnya kerajaan PH gagal melaksana manifesto PRU14 lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Presiden PKR itu secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh PH menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.

MENGAPA ORANG PAKATAAN HARAPAN BANYAK KACAU MELAYU DAN ISLAM ?

MELAYU DAN ISLAM YANG KAMU ORANG KACAU SEMUA KITA SUDAH KASI MA'AF, KITA ORANG TAK DA HAL PUNYA.

SAMA ADA AWAK HINDU  ATAU AWAK ORANG CINA TERUTAMA DAP SEMUA KITA SUDAH MA'AF, TAK DA HAL PUNYA.
 
ORANG MELAYU SEMUA  BANYAK MURAH HATI ! TAK DA HAL, LAGIPUN SEMUA MENTERI P.HARAPAN  SEMUA DIAM JUGA, TU TANDA AWAK ADA BETUL !
 
LAIN KALI AWAK BOLEH CAKAP LAGI, MELAYU TAK DE HAL PUNYA ! ISLAM JUGA TAK DA HAL, BELAKANG MINTA MA'AF LAGI ! APA ADA HAL ???
 
LAGIPUN AWAK PUNYA CAKAP DIA ORANG KASI PUSING-PUSING LA, ITU PASAL AWAK BOLEH CAKAP LAGI KASI PUAS LU ORANG  PUNYA HATI ! 

- Pak Karamu-
 
 

 Saya minta maaf: Kula Segaran

AddThis Sharing Buttons

M. Kula Segaran
M. Kula Segaran
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia itu, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.

Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.

“Saya akan selalu menjunjung perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkataan seperti ‘sesumpah’. Maksudnya selalu berbeza seperti perkataan ‘pendatang’ yang saya ucapkan dalam bahasa Tamil baru-baru ini.

“Untuk menghentikan semua kontroversi ini, saya buat keputusan minta maaf dan tarik balik kenyataan itu,” katanya.


Tambah Ahli Parlimen Ipoh Barat ini, ucapannya di Nilai baru-baru ini telah disalah erti yang mendakwa beliau menggunakan perkataan ‘pendatang’ merujuk kepada orang Melayu.

“Saya dengan ini meminta maaf di atas wujudnya rasa terluka kepada sesiapa sahaja dengan kenyataan tersebut,” ujarnya.

Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]

Meskipun sebelum ini beliau dilihat seakan mahu mempertahankan kenyataannya, namun permohonan maaf terbaru ini mungkin mampu meredakan sedikit kontroversi melibatkan isu tersebut.

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL

HIMPUNAN MELAYU ISLAM TERANCAM GAGAL MEMPERLIHATKAN SEMANGAT PEMBELAAN TERHADAP MELAYU DAN ISLAM.

JIKA YANG HADHIR SETAKAT 3,000 ORANG ITU MENUNJUKKAN PEMBELAAN YANG MUFLIS.

SEDANGKAN MENTERI AGAMA KITA DAH BERI JAMINAN NAK JAGA ISLAM DAN JUGA AGAMA LAIN, AMAAAAAN ! SO NAK TAKUT APA ?

MEMANG KITA FAHAM SEGALA TUDUHAN YANG MENGATAKAN MELAYU DAN ISLAM TERANCAM TETAPI SEBENARNYA HANYALAH GIMIK SEMATA-MATA.

IA HANYALAH NAK BAGI ORANG BERDARAH TINGGI MATI TEGAK SAHAJA.

 TERNYATA HANYA 3,000 ORANG SAHAJA YANG BERDARAH TINGGI, DAN MEREKA ITU SETENGAH DARIPADANYA ADALAH MENGUNDI P.HARAPAN JUGA.

PADA PAK KARAMU JIKA MELAYU DAN ISLAM TERANCAM  ITU HANYALAH SENGAJA DI ADA-ADAKAN, SEDANGKAN PIEM KITA NAK LAKSANAKAN ISLAM SEBENAR MENGIKUT QURAN, SO APA NAK TAKUT TERANCAM ?.

HIDUUUUP PIEM !!!!

-Pak Karamu-

 

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan

AddThis Sharing Buttons

Himpunan Kebangkitan Ummah: Pas, Umno hadir beri sokongan
Lokman (kanan) dan Nik Mohamad Abduh turut hadir memberikan sokongan dalam himpunan hari ini.
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Himpunan Kebangkitan Ummah yang berlangsung di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur sebentar tadi menyaksikan dua parti Melayu, Umno dan Pas hadir memberikan sokongan.

Himpunan yang dianjurkan sekumpulan organisasi bukan kerajaan NGO itu dihadiri beberapa orang pimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti tersebut.

Himpunan yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.15 petang itu dihadiri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Manakala, Umno pula, pimpinan yang hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mereka dilihat bersalaman dan berpelukan selain saling berbual memperlihatkan hubungan akrab antara pimpinan kedua-dua parti.

Mengangkat tema Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam, memberi gambaran jelas orang Melayu perlu bersatu dan kehadiran hampir 3,000 peserta dalam himpunan tersebut memberi bayangan permulaan kepada gerakan lebih besar orang Melayu.

Ia diakui Lokman yang menegaskan, Umno dan Pas perlu bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun, agar kepentingan Islam dan Melayu tidak terabai.

“Kalau kita berpecah dan tidak bersatu hati, yang akan menang adalah musuh Islam.
“Ini juga gambaran jelas suara rakyat yang tidak rela mereka di tindas dan tidak mahu Islam dan Melayu terabai di bumi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menyifatkan himpunan hari ini sebagai petanda kebangkitan orang Melayu yang tidak rela hak mereka ditindas.

“Ini merupakan petanda baik dengan masing-masing mengetepikan soal politik untuk hadir ke himpunan pada hari ini,” katanya.


Lapan deklarasi Ummah yang disenaraikan:

1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana -mana fasa dalam perlembagaan.

2. Keabsahan Agama Islam sebagai agama negara dan hak istimewa orang Melayu tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan dalam pembentukkan negara dan merupakan elemen dalam tujuh wasiat Raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan sektor awam.

3. Pengkitirafan UEC mesti ditolak kerana ia bukan saja bertentangan dengan perlembagaan negara dan Dasar Pendidikan Negara, malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara.

4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

5. Semua urusan dan kenyataan rasmi oleh kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan.

6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda Liberalisme, Pluralisme, Humanisme berlandas pada nilai barat dan ekstremisme agama mesti dikekang.

7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan intitusi Raja-Raja Melayu.

8. Ummah menuntut kerajaan memberikab ruang kepada Ummah untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta yang hendak dikemukakan ke Parlimen.

 UEC perlu ikut suara majoriti- Rais Yatim

UEC perlu ikut suara majoriti
Rais ditemui di Himpunan Kebangkitan Ummah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini.
 Sebarang keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) harus mengikut suara majoriti di negara ini. 
  Budayawan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, kerajaan tidak boleh tunduk kepada kehendak minoriti apatah lagi apa yang diminta itu akan meranapkan perpaduan di negara ini.

Usah pinggir hak orang Melayu
Usah pinggir hak orang Melayu


MAHADHIR PUKUL PADA DIRI SENDIRI

 MUNGKIN SALAH SATU ZAMAN ADALAH ZAMAN MAHADHIR YANG BAGI ORANG MELAYU JADI LEMAH.

ZAMAN MAHADHIR ADALAH ZAMAN SUAP KAT MULUT RAKYAT DENGAN PISANG, TAPI PUNGKOK MEREKA DIKAIT DENGAN PANCING.

APABILA MAHADHIR TERSEDAR MAKA DIA KENALAH PIKUL AKIBAT PERBUATANNYA SENDIRI.

RAKYAT SUDAH KENAL SIAPA MAHADHIR MUHAMMAD, DIA BANYAK BAGI KEPALA RAKYAT BERPUSING MACAM GASING.

ZAMAN SEKARANG BANGSA DAN AGAMA SUDAH JADI BUAH CATUR SEBAB NAK BETULKAN RAKYAT TAPI TERSILAP CATUR.

RAKYAT SUDAH MULA NAMPAK MULUT MAHADHIR SEDANG DIBERI PISANG TAPI BONTOTNYA SEDANG DIPANCING.

TAGGUNGLAH SENDIRI, RAKYAT TETAP BANGUN !

-Pak Karamu-

 

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir
Dr Mahathir bergambar di ‘photobooth’ sebelum merasmikan majlis makan malam tersebut.
(Ubah saiz teks) 
 
SERI KEMBANGAN - Rakyat dinasihatkan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan jika mahu membina negara yang lebih baik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terdahulu ‘mengajar’ rakyat untuk bergantung kepada mereka lantas menyebabkan rakyat menjadi lemah.

Beliau mengibaratkan bantuan itu seperti rakyat bergantung kepada ‘tongkat’, jika tiada tongkat bermakna mereka tidak boleh berjalan dengan baik.

“Sebelum ini, kerajaan beri anda duit dan pelbagai perkara lain secara percuma, anda tak perlu berusaha pun. Bila bergantung sebegitu, rakyat tak boleh jadi kuat.

“Rakyat macam ada tongkat. Bila bergantung kepada tongkat, anda tak boleh bergerak dengan sendiri, terlalu bergantung kepada tongkat.

“Cuba kalau buang tongkat. Anda akan kuat sebab gunakan seluruh badan untuk sokong apa saja yang anda lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Makan Malam Ulang Tahun ke-3 Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis), di sini, malam tadi.

Tambah Dr Mahathir, beliau berharap generasi akan datang dididik untuk melahirkan sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara dilakukan.

Beliau yakin negara membangun seperti Malaysia mampu berkembang pesat sekiranya rakyat bekerja keras, berdisiplin, dan boleh dipercayai.

“Saya harap kita boleh didik generasi masa depan untuk tidak bergantung kepada orang lain. Masa kecil, bergantung kepada ibu bapa.

“Namun bila mereka boleh jana wang sendiri, mereka perlu lakukan apa yang mereka rasa perlu namun perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Ahli Parlimen Langkawi ini sempat bergurau seolah-olah beliau bersedia berucap sebagai Perdana Menteri meskipun untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“Saya harap 30 tahun lagi saya dapat buat ucapan ini,” katanya disambut gelak tawa dan tepukan gemuruh tetamu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.