Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANUAR BAIK SANGKA TERHADAP MAHADHIR

 Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?

AddThis Sharing Buttons

Dr Mahathir ‘guna’ Azmin sekat pengaruh Anwar?
 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (tiga, kiri) bersama Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) pada majlis Tahlil Allahyarham Suhaimi Shafiei di kediaman keluarga Allahyarham hari ini. - Foto Bernama
 
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyekat pengaruh beliau (Anwar) dalam kerajaan dan parti.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, segala tindak tanduk Dr Mahathir tidak seharusnya diterjemah dalam konteks politik.

“Beliau (Dr Mahathir) punya hujahnya sendiri. Beliau memikirkan kepentingan negara dan institusi. Ketika saya berada dalam jawatan sudah tentu saya perlu tentukan keutamaan saya dan cara saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei di sini malam ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir seharusnya diberi kebebasan untuk mentadbir negara.

Anwar bagaimanapun mengakui, sukar untuk menghalang mana-mana pihak daripada memberikan pelbagai interpretasi berhubung sesuatu perkara.

“Dari segi menyekat peranan saya, pengaruh saya, secara jujur, saya tidak risau. Saya tahu kekuatan parti saya dan hubungan saya dengan rakan-rakan gabungan (PH),” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggunakan beliau untuk ‘mengawal’ Anwar.

Dalam temu ramah bersama sebuah portal berita, Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa kesetiaannya pada ketua umum parti itu tidak sepatutnya dipersoalkan.

Spekulasi membabitkan Mohamed Azmin timbul selepas perdana menteri melantik beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi meskipun telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan presiden dalam pemilihan PKR pada Ogos ini, Anwar berkata ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.

“Desas-desus itu banyak, kita boleh dengar tetapi tidak boleh layan desas-desus sehingga sah. Mohamed Azmin ada jumpa saya di Istanbul dan berbincang secara umum beberapa perkara tetapi tidak pula berbangkit soal ini.

“Belum sah ada pertandingan atau tidak… kalau pun ada pertandingan kita harus hormati prinsip dan etika. Saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan memastikan perkara ini dipatuhi,” katanya. - Bernama
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.