Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tak Faham Istilah Islam Dan Kaum

Salam

CERITA AKHIR DARI MAKKAH DI MASJID KUCING

Ingatkan ramailah yang faham tentang islam dan perbezaannya dengan kaum rupanya ramai lagi yang tak faham sama ada mereka yang pakai serban,songkok ketayap,songkok hitam atau tidak bersongkok ramai lagi yang tidak peduli dengan perbezaan ini sebab mereka berfikir pakai otak tak pakai akal

Di masjid Kucing Makkah boleh di katakan selalu saja pengunjungnya bertegang urat bergaduh perang mulut atau tangan dan kaki masuk campur maka adalah yang lebam, masjid ini sentiasa penuh sesak sampai jalan tutup untuk di gunakan tempat bersembahyang walaupun masjid haram tidak jauh dari situ

Pengunjung yang datang ke situ bukan mahu cari kucing akan tetapi nak bersolat kerana masjidil haram sesak dengan jama'ah haji, orang arab yang berniaga di sana selalu bersembahyang di masjid kucing kerana dekat dengan premis perniagaan mereka, selalunya apabila masjid kucing penuh maka tok arab agak marah dengan jama'ah haji dari luar kerana bersembahyang di situ dan mereka suruh bersembahyang di masjid haram kerana pahalanya banyak tapi jama'ah luar kata masjid ni bukan bapak kamu punya, masjid ini Allah yang punya sebab masjid adalah rumah Allah

Apabila berlaku pertengkaran maka biasanya orang luar cepat naik angin terutama jama'ah haji dari Afrika dan Bangla ataupun India serta Turki dan di sekitarnya yang suka celah-celah dan langkah kepala orang, bila bertekak mereka mulalah main kaum ketika itu adab islam sudah tak pakai lagi akhirnya keluarlah kalimah stupid arab, stupid afrika,India,Bangla dan lainnya

Kebiasaannya orang Malaysia yang berada di sana cool saja tapi masa pergaduhan hari tu ada orang Malaysia yang bisik kepada Pak Karamu "alah ! dia ingat dia arab tu islam sangatlah, semalam saya beli barang dia orang tipu saya" Pak Karamupun bagitahu dia "bangsa arab jangan samakan dengan islam, islam lain bangsa apapun di dunia ini tiada kaitannya dengan islam fikirkanlah, rupanya dia agak marah lalu dia berkata "melayu tu bukan islamkah ? Agak terkejut juga Pak Karamu di buatnya, akhirnya 2 hari selepas itu baru Pak Karamu tahu diatu orang kuat UMNO hu hu hu

Apabila Pak Karamu sudah berada di Malaysia buka blog, laaaaa ! kecoh pula di Malaysia ini tentang kenyataan Nik Aziz nak tukar perlembagaan sebab membolehkan kaum lain menerajui negeri asalkan dia islam dan berakhlak baik, apa ertinya ? ertinya sesiapa beragama islam dan berakhlak baik maka dia berhak menjadi tok ketua dengan tak kira kaum, Habiiiiis ! melenting orang mendengarnya

Bagi Pak Karamu sesiapa yang melenting dengan kenyataan tersebut memang mereka ini hampeh ! Eloklah di sunatkan sekali lagi, kalau tak fahan juga di sunatkan lagi biar telor saja yang tinggal sebab telor adalah bodoh, dalam al quran Allah berfirman yang bermaksud: "Adalah kamu sebaik-baik umat yang di keluarkan untuk manusia,kamu menyuruh yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali Imran 110)

Ayat di atas tak sebut pasal kaum, dia sebut pasal umat, maksudnya umat Muhammad dengan tak kira kaumpun sebab itulah Pak Karamu selalu ingatkan bahaya asobiyah yang nabi tak akui umatnya, yang tak mahu faham pasal apa ? andainya sesiapajuga yang masih marah dengan cadangan Nik Aziz itu maka mereka hendaklah juga tentang ayat al Quran di atas atau ayat -ayat yang lain atau tentang saja Allah habis cerita

7 orang berkata:

umi_e said...

salam... saya setuju dengan apa yang pakkaramu tuliskan ini... banyak orang kita tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa...

*Semoga Allah memelihara kita semua...

Maria Angela Piai said...

Hi, welcome...

aguardo mais visitas...

http://anjo-insano.blogspot.com/

راح ـلـﮧْ said...

it's difficult to konw what do you said,

but i know you are talking about makkah and islam,

keep it going if it good hehe

Dr. Mohammed Ali said...

mohammed ali from syria
thank u

Dama-Ulan said...

Salam,

biasalaa budaya UBN.. Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu...

UMNO Banggang yg buat rakyat M'sia terus keliru.....

Unknown said...

Salam Pak Karamu,

Begitu tebal semangat kebangsaan yang tersimpan di dalam hati bangsa Melayu ini sehinggakan gagal memahami maksud al quran yang telah diterjemahkan. Saya ada terbaca salah satu buku berkaitan hukum semangat kebangsaan ini. Tetapi biasalah, ia sekadar buku yang hanya dibaca sahaja dan tidak diendahkan

Anonymous said...

kd 12 shoes
goyard outlet
yeezy boost
bape clothing
supreme outlet
bape outlet
yeezy 380
supreme shirt
supreme outlet
bape

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.