Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UNDI PAS MASUK SYURGA ?

Salam

UMNO SUDAH MULAKAN KEMPEN BATAS IMAN DAN KUFUR, OK TERUSKANLAH !

Soal masuk syurga dan masuk neraka adalah ketentuan allah, sesiapa yang beriman dan beramal soleh tentulah ditempatkan kedalam Syurga, dan sesiapa yang tidak beriman dan dan tidak beramal dengan baik tentulah mereka dimasukkan kedalam Api Neraka, ADAPUN POKOK SEGALA AMALAN IALAH JAGA AKIDAH iaitu perhubungan diri kita dengan Tuhan supaya tidak terperangkap dengan AMALAN SYIRIK

Dalam Al Quran ada menyebut tiga golongan yang rosak akidahnya iaitu mereka yang tidak berhukum dengan hukuman Allah menjadi kafir, Fasik dan Zalim jadi sesiapa yang memerintah  maka berhaklah mereka melaksanakan hukum Tuhan jika tidak maka tentulah mereka akan ditempelak oleh Allah, dan akan dicampakkan kedalam Api Neraka, Ok secara rengkasnya jika hendak kita nilai diantara perjuangan PAS dengan UMNO ia akan jadi begini

Dasar perjuangan PAS ialah ISLAM, panduannya ialah Al Quran ,Hadis Nabi, ijmak ulama dan Qias ia menepati apa yang dituntut oleh agama islam, sementara perjuangan UMNO ialah berdasarkan semangat Kebangsaan yang nabi tidak akui sebagai umatnya, maka disini sudah jelas ahli parti mana yang akan masuk SYURGA dan ahli parti mana yang akan kena lemparkan kedalam bakaran API NERAKA ?


5 orang berkata:

Sam said...

Cuma tak pasti samada kerjasama PAS-DAP mengikut sunnah Nabi.

Anonymous said...

tp kenapa ape yang dibuat tidak sama dengan apa yang di laung2kan. Maksud Islam itu sendiri adalah aman. Kawan tak nampak PAS sekarang ni memberi keamanan. Lagi satu tak di sebut pun PAS itu termasuk dalam rukun Iman dan Islam. Rasullullah tak pun khaskan PAS dalam syafaatnya....erm jangan jadi papa kedana sudah di akhirat kelak... fikir2kan le.

Anonymous said...

suka pada orang liwat juga boleh masuk surga ke!!! Isle, Isle

Anonymous said...

Sam, Rasullah S.A.W. & Abu Bakar semasa hijrah pernah mengguna orang musyrik sebagai penunjuk jalan. Malah seorang musyrik juga pernah dijanjikan mahkota kerajaan Parsi sebagai balasan supaya musyrik itu tidak menggangu perjalanan Baginda S.A.W. & Abu Bakar ke Madinah.

Anon 8.54 - Jika PAS tidak memberi keamanan, adakah UMNO memberikan keamanan ketika mana kita kini perlu berhati-hati keluar rumah? Memanglah tak disebut PAS dalam rukun Iman dan rukun Islam, sebagaimana tidak disebut tentang ketaatan kepada ibu dan bapa yang boleh membawa ke syurga. Anda pastikah Rasullah S.A.W. tak khaskan PAS dalam syafaatnya, sebagaimana kami pasti UMNO takkan menerima syafaat Rasullah S.A.W. - atas semangat assabiyah - dari aspek bertolong-tolongan membuat perkara zalim?

Anon 8:57, Orang suka liwat takkan masuk syurga, orang yang suka memfitnah pun takkan masuk syurga kecuali mereka bertaubat dan menerima hukuman di dunia. Namun untuk menuduh seseorang meliwat memerlukan empat saksi mata yang adil sebagaimana untuk menuduh zina iaitu umpama melihat 'pisau masuk ke sarung'. Jika tiada saksi berkenaan maka secara umumnya penuduh telah melakukan fitnah yang boleh dikenakan 80 sebatan dan kesaksiannya takkan diterima selama-lamanya. Jadi secara realitinya bukan mudah untuk menuduh zina mahupun liwat.

Saya cuma menjelaskan apa yang saya tahu sahaja. Yang selebihnya hadirlah ke kuliah-kuliah agama di masjid kerana ilmu dan kerana iman. Jangan bila ustaz menjelaskan sesuatu yang tak secocok dengan kita maka keluarlah label 'ustaz PAS'.

Unknown said...

hogan outlet online
roshe shoes
nike air force
michael kors outlet
michael kors factory outlet
cheap basketball shoes
retro jordans
louboutin shoes
michael kors outlet online
adidas stan smith

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.