Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


01 Mei, 2013

Berita Ni Pasti Tak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno

SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. ~keadilandaily

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.