Pengaruh Pakatan di NS semakin meluas, berlumba pancing undi Melayu
May 01, 2013
SEREMBAN,
1 Mei ― Walaupun ceramah DAP di sini dihadiri ramai orang, sambutan
berbeza buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kumpulan lebih kecil
menghadiri ceramahnya di tengah-tengah negeri yang majoritinya adalah
Melayu dalam pertembungan sengit memancing undi menjelang pilihan raya
umum 5 Mei ini.
Dalam ceramah semalam, ketua umum PKR tersebut mengingatkan
masyarakat Melayu yang mereka masih termiskin dalam negara walaupun Umno
dikatakan memperjuangkan kaum tersebut.
“Atas nama Melayu mereka kata, tapi kita masih kekal termiskin di
mana kekayaan negara hanya diberikan kepada beberapa Melayu elit,” kata
Anwar kepada kira-kira 150 hadirin di Chembong, kerusi dewan undangan
negeri (DUN) di selatan negeri di sini.
Kehadiran Anwar di kawasan setengah maju, Rembau, juga dikenali
sebagai kubu Barisan Nasional (BN) kepada menteri besar sementara Datuk
Seri Mohamad Hassan turut menarik kehadiran kira-kira 2,000 orang ramai
yang kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat Melayu.
Bukti sokongan masyarakat Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) semakin
meningkat di Negeri Sembilah yang dikatakan kubu BN ialah ketika
berceramah di Sikamat, yang menyaksikan seramai 10, 000 hadirin hadir
untuk mendengar Anwar memberi ceramah di atas pentas.
“Di sini adalah bukti di mana rakyat Malaysia bangkit untuk hak
mereka. Ini adalah kebangkitan rakyat,” kata ketua pembangkang di
hadapan orang ramai yang bersemangat.
Pemimpin-pemimpin PR di negeri tersebut yakin mereka sudah menguasai
sepenuhnya pengundi Cina, ia boleh diukur menerusi sokongan yang
diperoleh mereka di kawasan bandar yang majoriti dihuni masyarakat Cina
seperti di Seremban dan Rasah.
Beberapa hari sebelum ini, ceramah yang diadakan di Rasah dilaporkan
telah menarik kira-kira 15,000 orang ramai manakala dalam kempen-kempen
kecil bilangan ribuan hadirin juga dicatatkan.
Ketua PR di Negri Sembilan, Anthony Loke berkata tumpuan utama mereka
adalah memenangi sekurang-kurangnya 45 peratus undi Melayu manakala
mensasarkan sekurang-kurangnya 25 peratus sokongan masyarakat yang
berada di kubu Umno.
Ahli eksekutif jawatankuasa pusat itu berkata sambutan yang diterima
sepanjang sembilan hari berkempen membuatnya percaya akan berlaku
peralihan sokongan masyarakat Melayu kepada pembangkang serta misi untuk
memenangi kerusi campuran separuh-bandar adalah sesuatu yang boleh
dicapai.
“Kami mempunyai peluang baik untuk membentuk kerajaan baru. Suasana untuk perubahan dirasai sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas berceramah di Sikamat malam tadi.
PR memenangi 15 daripada 36 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008.
Mereka hanya memerlukan empat lagi untuk membentuk kerajaan baru dan
sedang megintai untuk memasuki kawasan seperti Jeram Padang, Chennah,
Pilah dan Kelawang.
Antara faktor utama yang dikatakan akan menukar nasib Umno di negeri
tersebut adalah kerana perbalahan dalam sehingga menyebabkan jentera
pilihan raya tidak berjalan.
Satu lagi faktor utama adalah keberkesanan kempen PR dalam memainkan
isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan BN, kata
sumber Umno kepada The Malaysian Insider.
“Mereka bermain isu-isu nasional. Ia bukan tentang seorang calon
melawan satu lagi calon. Isu-isu nasional ini sangat berkesan,” kata
pemimpin Umno itu.
Daripada pemerhatian yang dibuat menerusi sambutan terhadap isu yang
dibangkitkan mendapati pengundi luar bandar Melayu dapat menerimanya
dengan baik selepas mengikut jejak kempen Anwar di Negri Sembilan
semalam
Negeri di selatan Malaysia tidak pernah menyaksikan sebarang
kemenangan untuk pembangkang sejak kemerdekaan tetapi penganalisis
meramalkan PR kini berjaya menembusi dan bersedia untuk merampas lebih
banyak kerusi parlimen seperti di Johor, Negri Sembilan dan Melaka dalam
pilihan raya kali ini.
0 orang berkata:
Post a Comment