Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, May 1, 2013

Tan Sri Aziz.......Sila Jawab Tuduhan Ini ???


Bagi yang xpaham fungsi guna dakwat kekal tu, boleh baca ni. Jangan malas baca. nanti otak sempit. bila otak sempit jadilah kurang bijak = jahil. Bila ada orang cakap bodo kt hampa jangan mara plak. Peace no war :)

Fungsi Guna Dakwat Kekal PRU 13 Pilihanraya Umum 2013

Fungsi dan guna dakwat kekal dalam PRU 13 pilihanraya umum tahun 2013. Kegunaan utama adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan pada piliharaya umum akan datang. Ini termasuklah cubaan untuk mengundi dua kali dan sebagainya. 
 
Setiap pengundi akan dicalit dengan dakwat kekal dihujung jari dan membuktikan bahawa pengundi telah mengundi sekali dan tidak boleh mengundi lagi. Justeru, ini dapat memastikan perjalanan pilihanraya yang telus dan bersih. Selain itu, kesan warna dakwat ini juga tidak boleh hilang dalam tempoh 7 hari.


Fakta Dakwat Kekal PRU 13


Dakwat dengan kandungan nitrat perak, akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.


Kira-kira 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal dan baki 220,000 lagi akan digunakan pada hari mengundi.

Dakwat kekal tidak boleh dihilangkan dengan mudah.


Mereka yang menggunakan cecair menghilangkan penggilap kuku (nail remover) akan mendapati ia tidak mempunyai kesan kerana dakwat direka untuk menahan daripada sebarang pewarna tiruan atau bahan kimia.


Detergen terkuat juga tidak akan dapat untuk menghilangkan dakwat


Fakta Kesihatan Tidak Memudaratkan


Dakwat ini tidak akan mempunyai apa-apa reaksi alahan pada kulit pengundi, dan telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.


mohon like -> Ramadhan84


Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia


Keputusan:


Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. 
 
Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.


Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.


Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.


Keterangan/Hujah:


1.Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. 
 
Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .


2.Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.


3.Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.


4.Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.


5.Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.


6.Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.


7.Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح


Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.


sumber : e-Fatwa



*jadi kesimpulannya, jika dakwat kekal yang spr gunakan untuk pru13 kali ini boleh dihilangkan dalam masa beberapa jam, bermakna penggunakan dakwat kekal yang sebenarnya seperti yang dijanjikan adalah tidak berlaku! rakyat berhak untuk bantah. yang mana kata "ade ajer nak cari salah. 
 
tunggu 5 mei nanti undi jelah xpayah bising" orang seperti ini perlu sedar, bukan dia sorang yang hidup kat malaysia ni tapi bejuta2 lagi umat manusia kat malaysia ni yang xpuas hati jika janji yang spr telah taburi tidak ditepati! 
 
kami bukan tunggul macam anda yang malas mencari fakta dan rela dimacaikan seumur hidup! Kami menuntut hak kami sebagai pengundi dan hak kami sebagai rakyat malaysia! kami xkan bersuara kalau semua perjalanan pru13 berlangsung dengan baik seperti yang dijanjikan! ingat walau ape pun perangcangan jahat yang telah kamu rancang! sebesar mana pun kuasa anda! 
 
ada yang lagi besar di atas sana yang mampu menghalang perangcangan anda! Allahuakbar!! selamatkan malaysia!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.