Proses undi di Lumut lancar
30 April 2013
LUMUT - Proses pengundian awal warga Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) berjalan lancar seawal jam 9 pagi tadi di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) TLDM di sini.
Calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid hadir jam 9.40 pagi bertemu pengundi.
Diikuti lima minit kemudian, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pengundian awal ini melibatkan keseluruhan 12,766 warga TLDM termasuk pasangan. Setakat jam 10 pagi, keadaan dalam kem adalah terkawal termasuk laluan trafik ke tempat pengundian.
Beberapa anggota polis juga bertugas menjaga setiap saluran bagi tujuan keselamatan.
AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:
Post a Comment