Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, May 1

Ini rupanya menete tak reti bahasa tuh [Saksikan...]

Ibrahim Ali Kantoi!

Tokguru Tidak Perlu Hiraukan Brahim Ali
Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM4 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.

Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Tok Guru Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tok Guru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughalazah.

Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman pun tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.

Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.

Saya tidak mahu memberi jawapan dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.

Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.

Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?

Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir- pinggir kampung Pasir Mas.

Sekali lagi diingatkan Tok Guru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah.? Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.

Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; "pergi tanya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... Di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi.. Ada faham ke Brahim bab ini?

Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak 'kirah' semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.

Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh..

RM4 juta harga Tok Guru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Tok Guru Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak, orang terkaya di Malaysia? Brahim, Tok Guru Nik Aziz bukan seperti Madir, Tok Guru Nik Aziz adalah Tok Guru Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis 'menete tak reti bahasa'.

Kalaulah Tok Guru Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM4 juta, RM4 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai Tok Guru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim.. Ini Kalilah.. Ubah..! ~ MSO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.