Mat Taib masuk PAS sebelum Umno kalah
20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
TAN
Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu
dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS.
Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya
masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO
dan masuklah PAS.
Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan
PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN
Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.
Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.
Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak
seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari PAS kata hodoh
tentang partinya. Nyatalah pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang dan
budak-budak PAS yang cicir dari PAS itu kebudak-budakan.
Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO
empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir
dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan
politiknya, mahukan Islam ditingkatkan dan PAS yang memperjuangkan
Islam itu diperkuatkan.
Atas latar belakang itulah dia saja masuk PAS dulu dan logiknya siapa
yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.
Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam
UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas Naib Presiden UMNO
itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.
Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan
begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak
lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi. Bagi
menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak
betul.
Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak
yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti
yang tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti
politik yang halal.
Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.
Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang
perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik
beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam dan PAS.
Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.
PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini
dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik
kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang dan bertambah
kuat. Ia bukan saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga
mulai disokong oleh orang bukan Islam.
Bertambah ramai orang profesional masuk PAS. Ada yang berpendapat
profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama UMNO. Yang
bersama UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu
kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.
Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS.
Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk
dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama
PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.
Syabas! Mat Taib sudah dulu.
Harakahdaily/-
0 orang berkata:
Post a Comment