DIAM ZAINUDDIN PIMPI LAGI, TAK SESUAI APA BENDANYEW, BRIM DAH BAGI, BERAS, KAIN PULIKAT, BATIK ALAT TULIS TADIKA DAN MACAM-MACAM LAGI - Pak Karamu
Daim: Bukan masa sesuai tukar kerajaan
27 April 2013
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata, dalam keadaan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini, ia bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat menukar tampuk pemerintahan negara dengan menyerahkannya kepada pakatan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman.
"Sekarang ini krisis ekonomi dunia, di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, India, China, masalah ekonomi akan berlaku.
"Kalau kita ambil kerajaan yang kita tidak tahu, tidak ada pengalaman... lingkuplah negara kita, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Jentera PRU13 Parlimen Merbok di sini, hari ini.
Mengenai PRU13, Daim berkata, beliau berkeyakinan Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan, dan BN empunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kembali Kedah dan Selangor, yang kini ditadbir parti pembangkang.
Beliau berkata, ini boleh dicapai sekiranya pemimpin dan anggota Umno serta parti komponen BN bersatu.
Mengenai insiden letupan ketika ceramah BN di Pulau Pinang dan Perak, Daim berkata, tindakan sedemikian dilakukan oleh mereka cuba mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat. - Bernama
1 orang berkata:
Erk! Tersilap ckp tadi bkn mksud aku Malaysia akan berada dlm situasi bahaya tp situasi aku dlm BAHAYA la Wei!!!
Post a Comment