Anina dakwa disingkir kerana ‘skandal mesej seks bodoh’
Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya tahu perasaan beliau selepas disingkirkan sebagai ketua wanita PPBM.
PETALING JAYA: Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata,
keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam
“skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.
“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya kepada FMT.
“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa
antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini.
Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.
Beliau bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.
Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai
hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra
Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas
timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.
Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.
Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua
pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.
“Saya nak tahu jawapan mereka, kemudian barulah saya akan beritahu perasaan saya.
“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa
perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir
banyak,” kata Anina.
Wanita itu mula terkenal selepas mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.
Ia disusuli pendedahan Najib menerima sebahagian daripada RM2.6
bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan
keluarga diraja Arab Saudi untuk Umno.
2 orang berkata:
Cukup2lah menyebar fitnah.
Sekadar ingatan. Takut terlupa
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment