Jangan pandang ringan kerjasama Pakatan, Bersatu
SHAH ALAM - Perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh Pakatan
Harapan dan Bersatu tidak dipandang ringan oleh Umno walaupun dirasakan
ia sukar menjadi kenyataan.
Menurut penganalisis politik , Profesor Dr Sivamurugan Pandian mendakwa
Umno berkemungkinan melihat dari sudut ideologi setiap parti yang
berbeza.
“Umno barangkali melihat ia sukar kerana parti masing-masing mempunyai ideologi dan yang berbeza.
“Malahan, saya lihat pengagihan kerusi untuk keempat-empat parti
tersebut juga sukar buat masa kini,” katanya ketika dihubungi Sinar
Online.
Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Pimpinan Tertinggi empat
Parti iaitu PKR, DAP, Bersatu dan Amanah menunjukkan bahawa
keempat-empat komited dalam memperjuangkan agenda reformasi untuk
membangunkan semula negara demi rakyat.
Sebelum, ini Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin
Osman mendakwa kerjasama itu sukar direalisasikan berikutan setiap parti
punyai matlamat dan asas juang yang berbeza.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakar: Perjanjian kerjasama pembangkang langkah terbaik]
Namun begitu Sivamurugan berkata, ada di kalangan pemimpin Umno yang
menganggap kerjasama tersebut tidak boleh dipandang ringan.
“Kerjasama ini tidak juga boleh dipandang ringan malah saya yakin ada segelintir pemimpin Umno yang mengambil berat soal ini.
“Setiap kerjasama harus diberikan perhitungan sewajarnya untuk
memastikan Umno sentiasa bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang
menjadi pesaing mereka,” katanya lagi.
Menurutnya, setakat ini Umno kekal yakin menjadi parti pilihan rakyat untuk kekal memerintah negara ini.
“Dengan kemenangan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar,
Selangor dan Kuala Kangsar, Perak meyakinkan Umno untuk menang kerusi
yang telah dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
“Itu pun jika pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielakkan,” katanya.
1 orang berkata:
Assalamualaikun pakkaramu. Betul ke nak keluar pas?
Post a Comment