SEGALA SESUATU DATANG DARI ALLAH.
INI CARA TUHAN NAK MENGAJAR UMAT ISLAM YANG SENTIASA BERPECAH BELAH.
JIKA TUHAN TIDAK IZIN PRESIDEN AMERIKA ISYTIHAR BAITUL MAQADIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAIL MAKA IA TIDAK AKAN TERJADI.
TAPI !!!
MENGAPA IANYA TERJADI JUGA ?
INILAH CARA TUHAN HENDAK MENGAJAR UMAT ISLAM SUPAYA BERSATU.
DALAM HAL YANG SAMA ARAB SAUDI BANYAK MEMBERIKAN LALUAN KEPADA AMERIKA SUPAYA MELAKUKAN LUKA DI HATI SETIAP MUSLIM. INI LA PERANGAI WAHABI, SEJAK DARI DULU LAGI !
OIC JANGAN DIHARAP SANGAT SEBAB BAU OIC SUDAH SATU BAU DENGAN AMERIKA DAN YAHUDI TERMASUK LA NASRANI YANG LAINNYA
TUHAN TELAH MEMBERIKAN AMARANNYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, TAPI SEMUANYA PEKAK BADAK.
MAKA MUSIBAH INI MENJADI PELAJARAN KEPADA UMAT ISLAM YANG MAHU INGAT.
YANG TIDAK MAHU BERINGAT PI MAMPUUUUUS !!!!
-Pak Karamu-
Pengumuman Trump: Umat Islam dunia marah!
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan
keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel sebagai amat tidak wajar dan telah menafikan hak
kedaulatan negara Palestin.
Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata pengumuman
Presiden AS, Donald Trump pada Rabu, juga telah menimbulkan kemarahan
umat Islam di seluruh dunia.
"Jakim sama sekali tidak menyokong cadangan untuk menjadikan
Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel memandangkan bumi Palestin adalah
hak milik umat Islam, dulu kini dan selamanya.
"Tindakan pelbagai pihak menganjurkan perhimpunan solidariti secara
aman adalah amat signifikan sebagai memberi sokongan terhadap rakyat
Palestin dan menunjukkan protes terhadap cadangan Baitulmuqaddis untuk
dijadikan sebagai ibu negara Israel," katanya dalam kenyataan di sini,
hari ini.
Sehubungan itu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini
menganjurkan solat hajat khusus yang dipimpin imam masjid Hamdan
Muhammad selepas solat Jumaat, bagi mendoakan supaya Baitulmaqdis dan
seluruh bumi Palestin terus kekal sebagai hak milik mutlak umat Islam.
Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam kenyataan menolak
sekeras-kerasnya sebarang tindakan menimbulkan ketegangan dalam mencari
perdamaian konflik Al-Aqsa, Palestin.
Presiden MBM Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata langkah yang
diambil presiden AS itu menunjukkan sikap sebenar AS sebagai dalang di
sebalik konflik yang sekian lama berlarutan.
Beliau berkata pengisytiharan itu jelas bertentangan dengan resolusi
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, serta
segala usaha pihak antarabangsa dalam mencari perdamaian dan
penyelesaian konflik itu.
"MBM menggesa pihak berautoriti seperti PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) dan Kesatuan Eropah (EU) agar mengenakan tindakan diplomatik
dalam mendesak AS menarik balik pengisytiharan ini kerana Baitulmuqaddis
bukanlah barang dagangan oleh mana-mana pihak demi kepentingan mereka,"
katanya.
Sehubungan itu, katanya MBM mewakili seluruh badan gabungan belia di
Malaysia, menolak pengisytiharan presiden AS itu serta akan bekerjasama
dengan badan bukan kerajaan yang berkaitan dalam menggerakkan Kempen
'Selamatkan Al-Quds'.
Di KANGAR, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata
pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
menentang tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang
memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, adalah sangat
terpuji.
Kenyataan yang dibuat perdana menteri pada Perhimpunan Agung Umno 2017
itu, wajar dipuji kerana tindakan AS itu sekali gus mengiktiraf
Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan Jerusalem atau Baitulmuqaddis
sebagai ibu kota Israel itu benar-benar mencabar dunia Islam.
Beliau berkata masyarakat Islam di seluruh dunia, khususnya negara Arab
juga tidak boleh membisu dalam berhadapan dengan isu tersebut, malah
parti-parti politik orang Islam di Malaysia juga diharap bersuara
menentang keputusan Trump itu.
"Semoga Umat Islam seluruh dunia bersatu dalam (menentang) isu-isu
sedemikian (isu Baitumuqaddis)," katanya menerusi catatan pada laman
Facebook miliknya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
(MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs)
akan menganjurkan program 'Raja Memimpin Umat: Isu Palestin'.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan hari
ini berkata sebagai tanda solidariti, bermula 15 Disember ini setiap
masjid di Perlis akan mengibarkan bendera Palestin.
"Selain itu, khutbah dan majlis ilmu berkaitan isu Palestin juga akan dilaksanakan di seluruh negeri," katanya.
Di KOTA KINABALU, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah (DPPNS) Zulzaim
Hilmee Abidin mengetuai lebih 300 umat Islam berkumpul di hadapan Masjid
Negeri di sini hari ini sebagai solidariti menyokong rakyat Palestin
memprotes cadangan Trump itu.
Beliau yang ditemui Bernama pada perhimpunan itu berkata umat Islam di
seluruh dunia akan bersama menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan
Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
"Walaupun kita berada jauh daripada Palestin, namun kita akan terus
bersama-sama mereka (rakyat Palestin) untuk membantah tindakan Trump
yang jelas mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.
"Kita berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan
perkara ini melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tindakan
Trump itu dilihat boleh menjurus kepada konflik dan ketegangan di Timur
Tengah," katanya. - Bernama
8 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 6 angka [486323] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR RM 12 JUTA ,
PESUGIHAN DANA GAIB
PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL
Batalkan pembelian boing dari usa. Batalkan pelaburan kwsp berbilion ringgit ke usa. Kami umat uslam tidak reda simpanan kami digunakan untuk membantu ekonomi usa kafir harbi bersekongkol dgn zionist membantai palestin. Jangan cuma pandai cakap sahaja. Dah naik muak kami mendengarnya. Halau kedutaan usa dari malaysia ini
Naib Ketua Kesatuan Ulama SeDunia wajib buat demo depan white house.
Ketua Ulamak PAN ada jg berdemo namun tanpa pengikut.. sampai begitu sekali dihina di dunia.. kafir harbi yg sama2 menentang usul Ruu 355 pun tak nak ikut.. ntah laa..
Tghh turun pada demo di depan kedutaan usa. Dia duduk di barisan paling depan. Ini menunjukkan pas menentang pengiktirafan usa itu. Semua ahli parti ikutlah tghh berdemo
Alhamdulillah, sekali petik para pejuang islam berderu2 turun berdemo..
Bukannya sekali petik diri sendiri terpaksa turun.. para kafir harbi yg sama2 menentang RUU 355 lagi lah langsung tak nampak bayang..
Rilek lah bro...cool
bukan Malaysia pun
hahahaha
Jika anda butuh bantuan nomor togel atau dana gaib dijamin sukses nama saya pak irwan murid MBAH BUDI HARTONO saya sendiri sudah membuktikan angka 4d nya SGP saya sudah bisa bayar hutang dan sudah bisa buka usaha bagi anda yang terlilit hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa lansung hubungi MBAH BUDI HARTONO atau buka website MBAH silahkan KLIK DISINI NOMOR TOGEL DAN DANA GAIB
Post a Comment