Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITU SEMUA KERJA TUHAN

SEGALA SESUATU DATANG DARI ALLAH.

INI CARA TUHAN NAK MENGAJAR UMAT ISLAM YANG SENTIASA BERPECAH BELAH.

JIKA TUHAN TIDAK IZIN PRESIDEN AMERIKA ISYTIHAR BAITUL MAQADIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAIL MAKA IA TIDAK AKAN TERJADI. 

TAPI !!!

MENGAPA IANYA TERJADI JUGA ?

INILAH CARA TUHAN HENDAK MENGAJAR UMAT ISLAM SUPAYA BERSATU.

DALAM HAL YANG SAMA ARAB SAUDI BANYAK MEMBERIKAN LALUAN KEPADA AMERIKA SUPAYA MELAKUKAN LUKA DI HATI SETIAP MUSLIM. INI LA PERANGAI WAHABI, SEJAK DARI DULU LAGI !

OIC JANGAN DIHARAP SANGAT SEBAB BAU OIC SUDAH SATU BAU DENGAN AMERIKA DAN YAHUDI TERMASUK LA NASRANI YANG LAINNYA

TUHAN TELAH MEMBERIKAN AMARANNYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, TAPI SEMUANYA PEKAK BADAK.

MAKA MUSIBAH INI MENJADI PELAJARAN KEPADA UMAT ISLAM YANG MAHU INGAT.

YANG TIDAK MAHU BERINGAT PI MAMPUUUUUS !!!!

-Pak Karamu-

 

Pengumuman Trump: Umat Islam dunia marah!

AddThis Sharing Buttons

Pengumuman Trump: Umat Islam dunia marah!
Demontrasi aman oleh rakyat Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai amat tidak wajar dan telah menafikan hak kedaulatan negara Palestin.

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata pengumuman Presiden AS, Donald Trump pada Rabu, juga telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

"Jakim sama sekali tidak menyokong cadangan untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel memandangkan bumi Palestin adalah hak milik umat Islam, dulu kini dan selamanya.

"Tindakan pelbagai pihak menganjurkan perhimpunan solidariti secara aman adalah amat signifikan sebagai memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes terhadap cadangan Baitulmuqaddis untuk dijadikan sebagai ibu negara Israel," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini menganjurkan solat hajat khusus yang dipimpin imam masjid Hamdan Muhammad selepas solat Jumaat, bagi mendoakan supaya Baitulmaqdis dan seluruh bumi Palestin terus kekal sebagai hak milik mutlak umat Islam.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam kenyataan menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan menimbulkan ketegangan dalam mencari perdamaian konflik Al-Aqsa, Palestin.

Presiden MBM Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata langkah yang diambil presiden AS itu menunjukkan sikap sebenar AS sebagai dalang di sebalik konflik  yang sekian lama berlarutan.

Beliau berkata pengisytiharan itu jelas bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, serta segala usaha pihak antarabangsa dalam mencari perdamaian dan penyelesaian konflik itu.

"MBM menggesa pihak berautoriti seperti PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah (EU) agar mengenakan tindakan diplomatik dalam mendesak AS menarik balik pengisytiharan ini kerana Baitulmuqaddis bukanlah barang dagangan oleh mana-mana pihak demi kepentingan mereka," katanya. 

Sehubungan itu, katanya MBM mewakili seluruh badan gabungan belia di Malaysia, menolak pengisytiharan presiden AS itu serta akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang berkaitan dalam menggerakkan Kempen 'Selamatkan Al-Quds'.

Di KANGAR, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentang tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, adalah sangat terpuji.

Kenyataan yang dibuat perdana menteri pada Perhimpunan Agung Umno 2017 itu, wajar dipuji kerana tindakan AS itu sekali gus mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan Jerusalem atau Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel itu benar-benar mencabar dunia Islam.

Beliau berkata masyarakat Islam di seluruh dunia, khususnya negara Arab juga tidak boleh membisu dalam berhadapan dengan isu tersebut, malah parti-parti politik orang Islam di Malaysia juga diharap bersuara menentang keputusan Trump itu.

"Semoga Umat Islam seluruh dunia bersatu dalam (menentang) isu-isu sedemikian (isu Baitumuqaddis)," katanya menerusi catatan pada laman Facebook miliknya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs) akan menganjurkan program 'Raja Memimpin Umat: Isu Palestin'.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan hari ini berkata sebagai tanda solidariti, bermula 15 Disember ini setiap masjid di Perlis akan mengibarkan bendera Palestin.

"Selain itu, khutbah dan majlis ilmu berkaitan isu Palestin juga akan dilaksanakan di seluruh negeri," katanya.

Di KOTA KINABALU, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah (DPPNS) Zulzaim Hilmee Abidin mengetuai lebih 300 umat Islam berkumpul di hadapan Masjid Negeri di sini hari ini sebagai solidariti menyokong rakyat Palestin memprotes cadangan Trump itu.

Beliau yang ditemui Bernama pada perhimpunan itu berkata umat Islam di seluruh dunia akan bersama menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

"Walaupun kita berada jauh daripada Palestin, namun kita akan terus bersama-sama mereka (rakyat Palestin) untuk membantah tindakan Trump yang jelas mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.

"Kita berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan perkara ini melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tindakan Trump itu dilihat boleh menjurus kepada konflik dan ketegangan di Timur Tengah," katanya. - Bernama

8 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 6 angka [486323] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR RM 12 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK
DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Batalkan pembelian boing dari usa. Batalkan pelaburan kwsp berbilion ringgit ke usa. Kami umat uslam tidak reda simpanan kami digunakan untuk membantu ekonomi usa kafir harbi bersekongkol dgn zionist membantai palestin. Jangan cuma pandai cakap sahaja. Dah naik muak kami mendengarnya. Halau kedutaan usa dari malaysia ini

Anonymous said...

Naib Ketua Kesatuan Ulama SeDunia wajib buat demo depan white house.

IrWrWs said...

Ketua Ulamak PAN ada jg berdemo namun tanpa pengikut.. sampai begitu sekali dihina di dunia.. kafir harbi yg sama2 menentang usul Ruu 355 pun tak nak ikut.. ntah laa..

Anonymous said...

Tghh turun pada demo di depan kedutaan usa. Dia duduk di barisan paling depan. Ini menunjukkan pas menentang pengiktirafan usa itu. Semua ahli parti ikutlah tghh berdemo

IrWrWs said...

Alhamdulillah, sekali petik para pejuang islam berderu2 turun berdemo..

Bukannya sekali petik diri sendiri terpaksa turun.. para kafir harbi yg sama2 menentang RUU 355 lagi lah langsung tak nampak bayang..

Anonymous said...

Rilek lah bro...cool
bukan Malaysia pun
hahahaha

Unknown said...

Jika anda butuh bantuan nomor togel atau dana gaib dijamin sukses nama saya pak irwan murid MBAH BUDI HARTONO saya sendiri sudah membuktikan angka 4d nya SGP saya sudah bisa bayar hutang dan sudah bisa buka usaha bagi anda yang terlilit hutang sudah lama belum lunas jangan putus asa lansung hubungi MBAH BUDI HARTONO atau buka website MBAH silahkan KLIK DISINI NOMOR TOGEL DAN DANA GAIB

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.