SEMUA PEHAK PERLU PRIHATIN APABILA AGAMA DIHINA OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM, SEMUA PEHAK MESTI BERTEGAS DAN JANGAN BISU.
YANG TIDAK SUKA ATAU TIDAK SENANG DENGAN INSTITUSI RAJA PERLU BERUSHA PERBETULKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ?
APABILA YANG DIPERTUAN AGONG MULA BERBICARA TENTANG INSTITUSI RAJA, MAKSUDNYA APA ?
JANGAN BUAT PEKAK BADAK, RAKYAT MAHU MENDENGAR KOMEN DARI GOLONGAN YANG TAK SUKA RAJA.
INILAH MASA RAKYAT HENDAK TAHU TENTANG KEBEBASAN BERSUARA.
ADA BERANI ?
SILA KOMEN TITAH INI !!!!
-Pak Karamu-
Jangan ambil mudah institusi raja
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat
sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan
Raja Berperlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bertitah ini kerana ia adalah
institusi yang diiktiraf secara terang dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, baginda bertitah hal itu perlu diambil berat oleh semua pihak
dan tidak mengikut budaya masyarakat Barat yang tindakan mereka
bersandarkan emosi tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya kepada
negara.
"Institusi Yang di-Pertuan Agong pada hemat Beta, sewajibnya bukan
sekadar diambil daripada sudut simbol semata-mata namun ketahuilah
institusi ini ada tanggungjawab amat besar, apabila berlakunya sesuatu
krisis dalam menstabilkan keadaan supaya tidak menjadi kemudaratan
kepada rakyat dan negara," titah baginda menerusi perutusan Aidilfitri
yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, malam tadi.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.
Baginda turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengekalkan
perpaduan dan keharmonian dengan menghulur tangan saling bermaaf-maafan
dalam menyambut ketibaan 1 Syawal.
Sultan Muhammad V juga bertitah rakyat perlu menyuburkan budaya kunjung
mengunjung di hari yang mulia ini bagi mengeratkan silaturahim.
"Hentikanlah dan lupakan pertelingkahan sesama umat sempena hari yang
mulia ini. Jauhi fitnah memfitnah kerana dosa fitnah lebih dashyat
daripada membunuh,” titah baginda.Baginda turut bertitah bahawa
masyarakat Melayu Islam khususnya akan hanya kekal diberkati jika
bersendikan adat dan bertunjangkan syarak.
"Justeru, sempena menyambut Hari Lebaran Syawal yang mulia ini,
jadikanlah apa yang Beta titahkan ini sebagai satu pesanan yang bermakna
daripada raja kepada rakyat dan negara yang dikasihi.
"Beta harapkan semoga dengan tarbiah di madrasah Ramadan selama sebulan
mampu menjadikan kita insan bertaqwa dan kembali kepada fitrah, yang
bakal melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berintegriti
untuk memacu reformasi ke arah mencapai negara maju.
"Makmur dan mendapat pengampunan Allah (Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur)," titah baginda.
Dalam titah baginda, Sultan Muhammad V turut berpesan kepada rakyat
yang pulang berhari raya di kampung halaman supaya mengutamakan
keselamatan dalam perjalanan.
"Berhati-hati memandu, elakkan kemalangan supaya kita tidak bersedih dalam kegembiraan.
"Harapan beta semoga sambutan Aidilfitri kali ini memberi makna dan
impak yang besar kepada kita dalam melaksanakan tugas sebagai hamba
Allah Subhanahu Wata'ala dan khalifah di bumi Allah ini," titah baginda.
- Bernama
10 orang berkata:
Selamat hari raya pak keramu. Yg hina raja tu shahidan kasim, suruh dia bagi komen.
Agong pesan kat lebai hadi tuu. Lupakan sengketa fitnah memfitnah dgn umno dan bergabunglah.
Pak keramu tadi pegi open house Tun M tak? Jgn la sombong sangat, yg kalah tetap kalah, hari raya patut disambut bersama sama Kerajaan PH.
Sapa ada maklumat bila open house raya rumah MB Teganu dan Kelate? Mohon share tarikh ya, t.kasih.
Kat kubor kita semua sama kena makan cacing jadi tanah sapa guna duit barang yang bukan haknya akan kena hentam oleh malaikat walaupun ada ngo report sebap itulah jadi bapak yang adil dan jimat cermat untuk anak anak yang ramai kalau duit berlebih tu beli tanah bagi kepada anak anak yang ramai jangan bapak pula nak guna anak ramai yang susah
Senangnya umat hari ini nak duit buat infak wajib romadon masuklah duit boleh bagi beras dan gula kepada pemberi infak wajib romadon sikit lebih duit tu bagilah kepada persatuan supaya boleh buat jamuan hari raya dengan nasi arab nasi bukhari atau nasi lain yang ada nama arab sebab kalau mee hailam tak boleh sebab ada bunyi cina kapir kalau roti prata pun tak boleh sebab ada bunyi kapir mic pulak dan infak wajib romadon ini pun zakat fitrah jugak sebab ada resit lambang parti ayah cik tercinta tapi tetiba tak kuar resit pulak boleh ubah ubah macam hukum yang ayoh cik buat tu takut polis serbu takut sprm datang cari resit zakat infak wajib romadon tapi gunalah apa nama sekalipun tapi ia tak salah sebab ayah cik sekeluarga pun dulu ada kata 2.6 bilion tak masuk akaun najib dan ayoh cik sangat berpuas hati dengan ceo imdb jadi zakat tu bolehlah buat bayat gaji yb yb sebab jalankan kerja utk ayoh cekkkk jadi tak heran la kalu bermati matian sokong infak wajib romadon entah dari hadis mana nas mana yang sebut WAJIB sbb kalau wajib tu tak buat maka dosa dan masuk neraka seperti biasa jual agama naik unta diikuti 70 ekor keldai dibelakangnya kalau kutip infak wajib romadon untuk bayar duit saman di london pun cantikkkk jugakkjj
Untunglah dapat bahagian duit infak ramadhan ni. Bolehlah beli rokok tiga bungkus.
Itu text standard setiap hari raya , peringatan untuk melayu Islam. Bukan tahun ni je
v
Dear customer All of us suffer from problems at home difficult to solve and may pose a great danger to your life and life of those you love such as harmful insects dangerous, which threaten human life and the transmission of diseases and cause a lot of physical problems So provided theAl Manarah Company has all kinds of insects
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف مجالس بارياض
شركة مكافحة حشرات بالرياض
Aw, this was a very nice post. In thought I wish to put in writing like this additionally – taking time and precise effort to make an excellent article… but what can I say… I procrastinate alot and on no account seem to get one thing done. play casino
Post a Comment