Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA RAJA TERASA MEREKA MULA NAK TERSINGKIR ?

SEMUA PEHAK PERLU PRIHATIN APABILA AGAMA DIHINA OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM, SEMUA PEHAK MESTI BERTEGAS DAN JANGAN BISU.

YANG TIDAK SUKA  ATAU TIDAK SENANG DENGAN INSTITUSI RAJA PERLU BERUSHA PERBETULKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ?

APABILA YANG DIPERTUAN AGONG MULA BERBICARA TENTANG INSTITUSI RAJA, MAKSUDNYA APA ?

JANGAN BUAT PEKAK BADAK, RAKYAT MAHU MENDENGAR KOMEN DARI GOLONGAN YANG TAK SUKA RAJA.

INILAH MASA RAKYAT HENDAK TAHU TENTANG KEBEBASAN BERSUARA.

ADA BERANI ?
 
SILA KOMEN TITAH INI !!!!

-Pak Karamu-

 

Jangan ambil mudah institusi raja

AddThis Sharing Buttons

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bertitah ini kerana ia adalah institusi yang diiktiraf  secara terang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, baginda bertitah hal itu perlu diambil berat oleh semua pihak dan tidak mengikut budaya masyarakat Barat yang tindakan mereka bersandarkan emosi tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya kepada negara.

"Institusi Yang di-Pertuan Agong pada hemat Beta, sewajibnya bukan sekadar diambil daripada sudut simbol semata-mata namun ketahuilah institusi ini ada tanggungjawab amat besar, apabila berlakunya sesuatu krisis dalam menstabilkan keadaan supaya tidak menjadi kemudaratan kepada rakyat dan negara," titah baginda menerusi perutusan Aidilfitri yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, malam tadi.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.

Baginda turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan menghulur tangan saling bermaaf-maafan dalam menyambut ketibaan 1 Syawal.

Sultan Muhammad V juga bertitah rakyat perlu menyuburkan budaya kunjung mengunjung di hari yang mulia ini bagi mengeratkan silaturahim.

"Hentikanlah dan lupakan pertelingkahan sesama umat sempena hari yang mulia ini. Jauhi fitnah memfitnah kerana dosa fitnah lebih dashyat daripada membunuh,” titah baginda.Baginda turut bertitah bahawa masyarakat Melayu Islam khususnya akan hanya kekal diberkati jika bersendikan adat dan bertunjangkan syarak.

"Justeru, sempena menyambut Hari Lebaran Syawal yang mulia ini, jadikanlah apa yang Beta titahkan ini sebagai satu pesanan yang bermakna daripada raja kepada rakyat dan negara yang dikasihi.

"Beta harapkan semoga dengan tarbiah di madrasah Ramadan selama sebulan mampu menjadikan kita insan bertaqwa dan kembali kepada fitrah, yang bakal melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berintegriti untuk memacu reformasi ke arah mencapai negara maju.

"Makmur dan mendapat  pengampunan Allah (Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur)," titah baginda.

Dalam titah baginda, Sultan Muhammad V turut berpesan kepada rakyat yang pulang berhari raya di kampung halaman supaya mengutamakan keselamatan dalam perjalanan.

"Berhati-hati memandu, elakkan kemalangan supaya kita tidak bersedih dalam kegembiraan.

"Harapan beta semoga sambutan Aidilfitri kali ini memberi makna dan impak yang besar kepada kita dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah Subhanahu Wata'ala dan khalifah di bumi Allah ini," titah baginda. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Selamat hari raya pak keramu. Yg hina raja tu shahidan kasim, suruh dia bagi komen.

Anonymous said...

Agong pesan kat lebai hadi tuu. Lupakan sengketa fitnah memfitnah dgn umno dan bergabunglah.

Anonymous said...

Pak keramu tadi pegi open house Tun M tak? Jgn la sombong sangat, yg kalah tetap kalah, hari raya patut disambut bersama sama Kerajaan PH.

Anonymous said...

Sapa ada maklumat bila open house raya rumah MB Teganu dan Kelate? Mohon share tarikh ya, t.kasih.

Anonymous said...

Kat kubor kita semua sama kena makan cacing jadi tanah sapa guna duit barang yang bukan haknya akan kena hentam oleh malaikat walaupun ada ngo report sebap itulah jadi bapak yang adil dan jimat cermat untuk anak anak yang ramai kalau duit berlebih tu beli tanah bagi kepada anak anak yang ramai jangan bapak pula nak guna anak ramai yang susah

Anonymous said...

Senangnya umat hari ini nak duit buat infak wajib romadon masuklah duit boleh bagi beras dan gula kepada pemberi infak wajib romadon sikit lebih duit tu bagilah kepada persatuan supaya boleh buat jamuan hari raya dengan nasi arab nasi bukhari atau nasi lain yang ada nama arab sebab kalau mee hailam tak boleh sebab ada bunyi cina kapir kalau roti prata pun tak boleh sebab ada bunyi kapir mic pulak dan infak wajib romadon ini pun zakat fitrah jugak sebab ada resit lambang parti ayah cik tercinta tapi tetiba tak kuar resit pulak boleh ubah ubah macam hukum yang ayoh cik buat tu takut polis serbu takut sprm datang cari resit zakat infak wajib romadon tapi gunalah apa nama sekalipun tapi ia tak salah sebab ayah cik sekeluarga pun dulu ada kata 2.6 bilion tak masuk akaun najib dan ayoh cik sangat berpuas hati dengan ceo imdb jadi zakat tu bolehlah buat bayat gaji yb yb sebab jalankan kerja utk ayoh cekkkk jadi tak heran la kalu bermati matian sokong infak wajib romadon entah dari hadis mana nas mana yang sebut WAJIB sbb kalau wajib tu tak buat maka dosa dan masuk neraka seperti biasa jual agama naik unta diikuti 70 ekor keldai dibelakangnya kalau kutip infak wajib romadon untuk bayar duit saman di london pun cantikkkk jugakkjj

TAR SNAKE KONEK KECIK said...

Untunglah dapat bahagian duit infak ramadhan ni. Bolehlah beli rokok tiga bungkus.

Anonymous said...

Itu text standard setiap hari raya , peringatan untuk melayu Islam. Bukan tahun ni je

شركه المناره said...

v
Dear customer All of us suffer from problems at home difficult to solve and may pose a great danger to your life and life of those you love such as harmful insects dangerous, which threaten human life and the transmission of diseases and cause a lot of physical problems So provided theAl Manarah Company has all kinds of insects
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف سجاد بالرياض
شركة تنظيف بالرياض
شركة تنظيف مجالس بارياض
شركة مكافحة حشرات بالرياض

jamesfo8376 said...

Aw, this was a very nice post. In thought I wish to put in writing like this additionally – taking time and precise effort to make an excellent article… but what can I say… I procrastinate alot and on no account seem to get one thing done. play casino

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.