Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT MULA BERCAKAP BN PEROMPAK

BOLEHKAN PARTI PEROMPAK DIPERBAIKI ?, INILAH YANG KITA DENGAR WAKTU KEBELAKANGAN INI.

BUDAK- BUDAK SEKOLAHPUN DAH PANDAI CAKAP BN PEROMPAK HARTA RAKYAT.

TUDUHAN YANG DIBUAT MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN TENTANG KERAJAAN BN PEROMPAK DIBUAT SECARA LANTANG DAN TEGAS SERTA TIDAK RAGU.

ERTINYA MENTERI KEWANGAN TIADA RAGU DAN WAHAM, MEMANG KERAJAAN BN MEROMPAK HAK RAKYAT DAN NEGARA.

TUDUHAN DIBUAT DENGAN MIMIK MUKA YANG MARAH, MENTERI KEWANGAN PAKATAN HARAPAN BERTEGAS DENGAN TUDUHANNYA.

NAMPAKNYA TIADA HARAPAN BN HENDAK MEMULIHKAN MARUAHNYA DI MATA MASYARAKAT.

LEPAS INI KITA MAHU DENGAR APA PULA TINDAKAN BN/UMNO

 

Pak Karamu-

 

 KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan

AddThis Sharing Buttons

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak pembuat keputusan dalam penyelewengan pemberian balik kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion diheret ke muka pengadilan.

Katanya, sekiranya benar wujud penyelewengan seperti didakwa, siasatan dalaman yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan tidak mencukupi  kerana ‘rompakan’ itu satu jenayah.

“Kalau betul berlaku penyelewengan,tak dipulangkan duit peniaga dalam bentuk ‘input tax credit’ ini, maka siapa buat keputusan mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Perkataan rompakan itu merupakan satu tuduhan besar sebab itu kami (ahli Parlimen BN) buat keputusan siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak mencukupi sebab rompakan itu satu jenayah,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Khairy memaklumkan untuk mencari kepastian, beliau yang mewakili pemimpin kerajaan terdahulu telah membuat laporan polis untuk menyiasat  kesahihan dakwaan ‘rompakan’ berkenaan dan akan memajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

“Saya telah buat laporan polis untuk siasat tuduhan tersebut agar mendapat kepastian sama ada tuduhan itu betul atau tidak, saya juga akan bawa dakwaan ini di SPRM kerana rompakan juga ada unsur rasuah.Harap siasatan tak akan diganggu oleh kerajaan.

“Siasatan dalaman Kementerian Kewangan tak apa, kita setuju. Kalau dah buat tuduhan berat seperti rompakan, saya rasa siasatan dalaman tak cukup...kami di pihak BN termasuk anggota pentadbiran yang lepas nak bersihkan nama dan imej daripada tohmahan yang berat ini,” jelasnya.

Tegasnya, laporan dibuat bagi mendapat perhatian dan tindakan lanjut polis termasuk menyiasat semua individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai tertinggi Kementerian Kewangan termasuk agensinya.

Dalam pada itu, Khairy juga mendakwa Guan Eng tidak dapat menjawab dengan terperinci dua soalan yang dikemukakannya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

“Bila beliau (Guan Eng) sendiri tidak boleh bagi jawapan terperinci, breakdown, daripada tuntutan tersebut. Maka nampak bahawa ini tuduhan serius tapi dibuat tanpa butiran tepat.

“Kalau perkara ini tak berlaku dan kalau ada jawapan munasabah yang boleh diterima, maka kebenaran mesti diberitahu kepada rakyat. BN tak boleh terima bahawa kami telah rompak RM18 bilion daripada pembayar cukai,” katanya.

Esok, Khairy akan membuat  laporan SPRM berhubung rompakan RM18 bilion ini.

55 orang berkata:

Anonymous said...

Rakyat pon bercakap...
Yang memerintah laaa nii pon Bapak PEROMPAK...
Bapak PEROMPAK tangkap PEROMPAK..
Kena dah tuuu..

Anonymous said...

Hang pon ada terima jugak sikit2 kan... Klu tak camner geng cia boleh cakap kat audio ori. Heeeee

Anonymous said...

Bapak perompak bekerjasama adik abang tarik undi. Mana la orang nak sokong

Anonymous said...

Duit orang bayar cukai geng korang ambik masuk tabung nak bagi orang nampak duit banyak. Tu tak kira merompak ker turr? Kalu tak bole panggil merompak nak panggil apa pulak turr? Pinjam?

Anonymous said...

Tu panggil tutup lobang gali lobang, tutup lobang gali lobang!

Anonymous said...

Syarikat yg bayar cukai gst dah setengah mampus kena tolak setiap 3 bulan. Ni senang2 pulak haram jadah tu ambik duit gst orang kumpul kat tabung simpanan. Ni kita nak panggil apa kat haram jadah ni?

Anonymous said...

Isu 18 bilion duit pembayar gst yang belum dipulangkan walaupun dah dua tahun lebih tu menunjukkan cukai gst memang menyusahkan rakyat dan peniaga. Nampak luar macam cantik klu ikut kata mat maslan tapi kat dalam banyak belit2. Ptuiiii...beli milo nak pakai tin buat kutip derma pun kena gst. Cehhh

Anonymous said...

Baguslah buat report polis dan sprm. Kita pun nak tahu siapa bagi arahan suruh ambik duit gst tu masuk dlm tabung negara. Kita pun nak tahu siapa yg suruh lambatkan bayaran balik duit gst peniaga yg dah dekat 3 tahun tu. Ada peniaga yg dah gulung tikar pun belum dapat balik duit gst. Cilaka punya gst!!

Anonymous said...

Kalu pak haji karamu tak puas hati dengan pemansuhan GST, masa bayar harga barang tu bagilah tambahan 6% kat tokey kedai tu. Tak payah la nak marah kat lim guan eng.

Anonymous said...

Kalau takut barang naik sebab sst, tuan haji karamu boleh beli kangkung masak kangkung. Kangkung tak ada sst, jangan takut.

Anonymous said...

Nasib baik tukar kerajaan. Kalu tak mungkin kena bayar gst lebih tinggi sbb nak kumpul duit bayar balik duit gst peniaga.

Anonymous said...

Buat sendiri nasik goreng mcm amat maslan. Tak ada kena sst.

Anonymous said...

Lebai2 dan geng sekufu dia kata bila gst sudah dimansuhkan duit kejaan jadi kurang. Jadi tak payahlah bagi royalti kat kltn dan tgganu sbb duit pun tak cukup. Heeeee

Anonymous said...

Jangan takut sst. Musang king kat ladang dalam hutan tu tidak akan dikenakan sst.

Anonymous said...

Orang asli tak takut sst. Diaorg takut kat ladang musang king!

Anonymous said...

Dulu kalu pinjam duit putrajaya utk bayar gaji kakitangan kejaan negeri pun kena bayar GST. Sekarang kalau nak pinjam lagi tak payah bayar sst dan gst

Anonymous said...

Bapakkk pweompak! Kat rumah ada bilion. Kat opis ada milion. Fuhhh!!! Walaon pun dah pandai cover bapaakkk perompak

Anonymous said...

Bapak perompak kumpul barang kemas, beg tangan, jam tangan untuk biayai pru ke? Mcm kat uganda pulak

Anonymous said...

Titm dan tghh faham tak maksud gst 0%? Klu x puas hati sila jumpa LGE

Anonymous said...

Klu tn hj x puas hati, marah lagi dgn mat sabu, hanifa, mahfuz, mujahid dan khalid samad, cuba bawak ambik wuduk dan buat solat sunat. Mudah2an reda sikit perasaan marah, tak puas hati dan cemburu buta tu. Klu tak reda jugak bawak2 banyak istighfar.

Anonymous said...

Tn hj...klu ingat mat sabu je cuba terus solat sunat. Ingat mat sabu je terus solat. Insyaallah boleh hilang perasaan marah tu. Buat ulang2 kali.

Anonymous said...

Tn hj karamu, janganlah difikirkan sangat kekalahan calon umno di sg kandis tu. Tn hj dah usaha sebaik mungkin. Dah tolong sebaik habis. Dah tak ada rezeki nak buat mcm mna. Sabor aje lah.

Anonymous said...

Kalu nak menang di balakong dan sri setia kenalah ajak geng2 tn hj buat doa laknat. Manalah tahu doa laknat tu tak tebalik kat geng tn hj sendiri...kannn

Anonymous said...

Orang nak buat baik, nak hapuskan dedak, nak hapuskan perompak tiba2 kau doakan laknat kat diaorang. Manalah doa kau tu nak diterima!!!

Anonymous said...

Pandai kj buat report polis. Klu perompak kena tangkap masuk jel, nama kj dan umno tidak akan terpalit dan jadi lebih bersih. Masa depan kj dlm politik pun akan jadi lebih cerah.

Anonymous said...

Sya harap walaupun org umno sdri nak tinggalkan hj najib dan kak ros, diharap hj hadi dan pakaramu tidak mengikut jejak langkah mereka. Mintak hj hadi, tontovi, moktar snik dan hj karamu sentiasa menyokong hj najib tanpa berbelah bagi. Kesian tengok hj najib sorang2

Anonymous said...

senang jer nak pulihkan imej umno. suruh lebai hadi tulis surat terbuka lagi sekali untuk ampunkan dosa2 najib. selesai masalah. walaunta akan terhangguk2 undi bn di balakong nanti. insyaAllah gabungan pasumno akan menang besar.amiin ya robb... takbir!

Anonymous said...

Pak lebai karamu. Pada pendapat saya eloklah hubungan intim di prk sg kandis tu diteruskan lagi. Dia masuk sungai, lebai ikut masuk sungai. Dia masuk lubuk lebai ikut masuk lubuk. Dia terjun laut lebai ikut terjun masuk laut. Dia pupus lebai pun ikutlah sekali pupus. Sokongan itu amat diperlukan.

Anonymous said...

Pada pendapat saya umno akan mengambil masa 73 tahun untuk pupus. Tapi dgn bantuan pas, umno hanya perlu 32 tahun sahaja. Kih3

Anonymous said...

Bapak PEROMPAK dah taubat...
Dah nangis nangis depan ulamak...
Kira suci dah tuu..
Wang rompakan kira HALAL lah..
Tak payah pulang kan..

Anonymous said...

Melalui kajian saya sendiri, PR hanya perlukan 10 tahun untuk pecah dan pupus dengan adanya pas. Tapi PH tanpa pas memerlukan 103 tahun sebelum berpecah dan pupus.

Anonymous said...

MahaPEROMPAK..
MahaPENYAMUN..

Anonymous said...

Bagi abang sikit, adik sikit. Terus jadi baik boleh kerjasama tarik undi sg kandis. Semua harta bapak perompak kira HALAL ceritakan dlm audio satu negara..

Anonymous said...

MahaDIR..

Anonymous said...

MahaLAUN

Anonymous said...

Duit bank kena beku, adik mahaDEDAK boleh bantu.

Anonymous said...

WaLAUN
WaLAUNTIT

Anonymous said...

HadiWANG

Anonymous said...

Balakong akan kalah. Seri setia pun akan kalah.

Anonymous said...

Tapi menang jumlah bendera!

Anonymous said...

Kenapa kj tak buat report polis atau sprm duit sapa 3.5juta yg kena cilok pengawal keselamatan kat PMO tu? Mintak zuhdi dan Q7 cadangkan RCI supaya siasat duit tu duit siapa??


Adakah duit 3.5 juta itu sebahagian harta karun Ahmad Albab yang disembunyikan oleh jin buragas?

Anonymous said...

RM3.5 juta relak jer macam RM3.50!!

Anonymous said...

Cekelat 3.50 sen bising

Anonymous said...

Celah kuku je 3.5 juta tu.

Anonymous said...

walaUNTA
walaUNTIT

Anonymous said...

KJ sila buat report geng agen CIA. Buat RCI audio geng agen CIA. Agen CIA tu yahudi sembelih sedara islam kita

Anonymous said...

Tak boleh tido hati panas bila fikir mat sabu boleh jadi menteri kanan. Badan tambah panas jantung berdegup kuat fikit mujahid jadi menteri. Kepala sakit sebab mahfuz jadi menteri. Panas hati makin tinggi kecewa mahfuz pun dah jadi menteri. Rasa nak marah je cakap pun meroyan2. Itu tanda kecewa sebab musuh yang dibaruakan boss boleh pegang jawatan penting.

Anonymous said...

nik abduh lagi garang dari mat sabu, dia lagi layak jadi menteri pertahanan. kalau tak percaya sila baca tulisan dia di facebook. hadi awang lagi alim dari tun m, dia lagi layak jadi pm. tapi apakan daya pas kalah teruk dlm pru14 sebab allah tak redha.

Anonymous said...

serban nasrudin tontonwi lagi besar dari mujahid, dia lagi layak jaga agama. tapi sayang pas kalah teruk sebab ikut cakap dr.zuhdi kehkehkeh.

Anonymous said...

rakyat mula bercakap bn merompak dan rakyat juga bercakap pasal pas yg bukan setakat jadi pasu bunga tapi walaunta dan walauntit dah mula disuruh undi bn! heeee nauzubillah.

Anonymous said...

Kira kira parti MahaDIR menang berapa kerusi parlimen yer...

Anonymous said...

PAS KANTOI
PAS KANTOI
PAS KANTOI
RUPANYA PEMUMPIN TINGGI PAS PALING UNTUNG SEBAB IRI BAGI KURSUS 3 HARI DI BANGKOK DENGAN MACAM2 KEISTIMEWAAN DITERIMA.

OII HJ KARAMU...MANA NAK LETAK MUKA????????

Anonymous said...

PARTI PAS KANTOI IRI

https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/iri-parti-lebai-kantoi-gambar.html?m=1

Anonymous said...

MUJAHID ARAH GAMBAR IKON GAY LGBT DITURUNKAN.

https://m.malaysiakini.com/news/438305

Infatkan tontovi serban besar tu yang suruh turunkan. Rupanya mujahid menteri agama yg suruh.

Tahniah kpd mujahid dan PH.

Unknown said...

Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor whatsapp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll



free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.