JIKA BENARLAH BERITA INI MAKA UMNO PERLU DISEMADIKAN DI JOHOR JUGA.
SEKARANG MELAYU UMNO BAWALAH DIRI ATAU RELALAH BERSAMA DAP DAN BERSATU, PAN DAN PKR.
BERSAMA PAKATAN HARAPAN MEMBENA KEDUNIAAN YANG KAMU HAJATI.
-Pak Karamu-
40 MP tinggalkan Umno cubaan hapus legasi Zahid, Najib
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ura-ura 40 ahli Parlimen Umno akan meninggalkan parti
dan menyertai Bersatu dianggap sebagai separuh benar," kata Ahli Majlis
Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam.
Menurutnya, gerakan meninggalkan Umno ini antara lain bertujuan menghapuskan legasi kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pendahulunya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin berkenaan penghijrahan 40 ahli Parlimen Umno ini boleh dikatakan sebagai separuh benar.
"Saya amat bersedih dengan perkembangan yang berlaku ini. Mereka sanggup keluar untukk selamatkan diri daripada tindakan undang-undang dengan mengorbankan Zahid dan Najib yang banyak berjasa kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Dengan kesal, Lokman menyifatkan tindakan ahli -ahli Parlimen ini sangat mementingkan diri tanpa memikirkan jerih payah akar umbi yang berusaha mengukuhkan semula Umno.
"Kelompok yang terdesak ini sekali lagi mewujudkan perpecahan dalaman parti yang dahsyat.
"Memang ada pertemuan sulit dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun wakilnya tetapi mereka ada perjanjian yang meletakkan syarat untuk keluar beramai-ramai bukan sedikit demi sedikit agar agenda kerjasama antara Dr Mahathir dan ahli Parlimen Umno dapat diwujudkan," dedahnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pula hanya berkata, tokoh wartawan veteran itu bebas berkata apa sahaja.
Hari ini, dilaporkan kira-kira 40 ahli Parlimen daripada Umno dikatakan akan keluar parti dan menyertai Bersatu.
A Kadir berkata, mereka sudah pun beberapa kali berjumpa Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi parti secara berkumpulan atau perseorangan membincangkan perkara itu.

6 orang berkata:
hapuskan jer lah, umno memang parti yang gagal, 61 tahun menipu rakyat malaysia. awat? hadi nak selamatkan umno ka? silakan.
pas jer parti bengong takde strategi. bertanding sendiri sambil berangan nak jadi kingmaker.. durian king jer laa. mana pegi dr.zuhdi? lama tak dengar berita pakar strategi pas tuu. dah pegi meninggal ke?
pak karam, saya rasa elok lebai hadi pi jumpa zahid merayu suruh umno bubar dan join parti pas. eh! jap.. silap silap.. elok pas bubar dan join parti melayu terbesar di dunia tu, barulah bangsa melayu kuat.. demi perpaduan ummah. takbirr!
jika berita ini benar, pas bakal jadi parti melayu terbesar di dunia. tuan lebai hadi boleh jadi ketua pembangkang. barulah islam tegak di bumi malaya. bila pru15 nanti parti pas menang, boleh la tuan lebai hadi jadi perdana menteri. barulah boleh teruskan projek ecrl. amiin.
jika berita ini benar, melopong la pas nak berpadu padu dgn umno. yg tinggal dlm umno nanti cuma zahid, tajudin, bung, nazri dan kj jer. senang la pas nak tapaw umno kalau lawan 3 penjuru dlm pru15 nanti.
Sombong sangat dengan rakyat. Anak cucu sampai kaya gileeer. Rakyat redha brim secupak.
Kini harap umno bn berkubur suatu kejayaan.
Aamiin
Post a Comment