Calon Bebas tuntut Anwar jawab lima soalan
(Ubah saiz teks)
PORT DICKSON - Calon Bebas bagi PRK Port Dickson, Stevie Chen Keng
Leong mengirimkan lima soalan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan menuntut beliau menjawabnya.
Menurutnya, antara soalan yang perlu dijawab adalah adakah Anwar
menerima bahawa wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah.
“Atau adakah ia hanya boleh diterima jika yang ingin mengambil alih
adalah beliau. Soalan kedua, adakah dia (Anwar) mempertimbangkan
alternatif lain untuk Langkah PD (Port Dickson).
“Ketiga, mengapa beliau perlu memasuki parlimen sekarang melalui PRK
yang dipaksa ini?” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas, di
sini, malam tadi.
Stevie Chen turut mempersoalkan mengapa bekas Timbalan Perdana Menteri
itu tidak memilih kerusi Parlimen Permatang Pauh atau kerusi Parlimen
Pandan yang dipegang isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Jelasnya, jika Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Presiden PKR demi
suaminya, mengapa beliau tidak berbuat demikian kepada kerusi Parlimen
Pandan.
“Adakah terdapat keperluan untuk mempunyai bapa, isteri dan anak perempuan sebagai anggota parlimen dalam masa sama.
“Soalan kelima, jika Anwar menang di Port Dickson, adakah beliau akan terus bertanding di sini dalam PRU akan datang.
“Atau adakah dia menggunakan Port Dickson hanya untuk Langkah PD dan
meninggalkan mereka selepas mendapat apa dimahukan,” soalnya.
Ketika ditanya apakah tindakan bakal diambil sekiranya Anwar enggan
menjawab persoalannya, Stevie Chen menegaskan beliau akan berjumpa
dengan Presiden PKR itu.
Malah, beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
“Kalau dia tak mahu jawab, saya cuba jumpa dia. Saya juga sedia untuk berdebat dengan beliau,” tegasnya.
2 orang berkata:
pas pun membazir jugak, mcm syaitan jugak. dah tau tak boleh menang di pd buat apa letak calon? masa pru letak calon sampai 158 kerusi parlimen tapi menang 18 jer, tak buat research..tak ukur kekuatan sendiri.. membazir mcm syaitan.
Meliwat pon kerja syaitan..
Dah tau dosa.. meliwat gak..
Meliwat mcm syaitan.
Post a Comment