Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR TOLAK OPINION ANUAR IBRAHIM

  JOLOK OPINION TERHADAP MAHADHIR, HARAP-HARAP MAHADHIR SEGERA BERUNDUR ?

JIKA BAGI ANUAR IBRAHIM HANDLE NEGARA, MUNGKIN PAKATAN HARAPAN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT YANG MELAMBUNG TINGGI !

INI SEMUA MAIN JOLOK-JOLOK, TAPI MAHADHIR MUNGKIN TERSANGAT LIAT UNTUK TERIMA OPINION ANUAR ! ?

Lebih baik sokong Tun M daripada Anwar: Mursyidul Am Pas

Dr Mahathir
KOTA BHARU - Pas beranggapan lebih baik mendekati Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat menjaga kepentingan Islam berbanding pendirian yang ditunjukkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nak tekankan, setakat hari ini, Pas guna formula mudah iaitu kita sokong mana-mana keputusan yang tidak bercanggah dengan syariat,” katanya.

 beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana akar umbi menyambut saranan pemimpin tertinggi biarpun dua parti ini bermusuhan sejak sekian lama.

-Pak Karamu- 

PH hilang populariti: Itu pendapat Anwar, kata Dr M

Faisal Asyraf  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad percaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan menjadi medan sebenar bagi rakyat menilai kerajaan pimpinannya.

"Kita bila jadi kerajaan, kita harus menjangka untuk dikritik dan hilang populariti.

"Bagaimanapun, pilihan raya berbeza. Semasa pilihan raya, pengundi akan membuat penilaian yang sewajarnya mengenai siapa yang sesuai untuk mentadbir.

"PRU15 lama lagi. Dalam masa itu kita akan lakukan lebih banyak perkara," katanya di Putrajaya petang ini.

Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Mahathir dan kerajaan merosot sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

Kajian itu mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad manakala hanya 39 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran PH.

Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa sokongan kepada kerajaan merosot kerana dilihat tunduk kepada golongan elit bandar, Mahathir tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

"Itu dia punya opinion (pandangan). Dia berhak mempunyai pandangan, saya ada pandangan saya sendiri," kata Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jam sebelum ini menyokong pendapat Anwar dengan mengatakan kerajaan kini dipandu oleh mereka yang berada dalam keselesaan.

Wan Saiful berkata, kumpulan ini yang digelarnya sebagai "Busa Bangsar," hanya memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi berbanding isu-isu melibatkan rakyat terbanyak seperti kos sara hidup. 

Namun beberapa pihak seperti bekas anggota parlimen PKR, N Surendran menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan pembaharuan institusi bukan merupakan isu elit dan turut memberi kesan kepada golongan miskin.

MELIWAT !

TAK PATUT BETULLAH DIA ORANG NI, SANGGUP BUAT TUDUHAN TERHADAP ANUAR IBRAHIM SATU TUDUHAN YANG AMAT BERAT.

IAITU RASUAH DAN MELIWAT, CER TENGOK ELOK-ELOK MUKA ANUAR BIN IBRAHIM TU, ADAKAH DIA KAKI MELIWAAAAAT !

 dihukum penjara kali pertama pada tahun 1999 kerana tuduhan rasuah dan liwat.

Kali kedua dihukum penjara kerana  meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Feb 2015.

  Bukan ke tuduhan tu satu konspirasi  menjatuhkan karier politik beliau.

-Pak Karamu- 

 

Anwar: Dakwa Najib tak semudah dakwa saya

Haspaizi Zain  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan proses perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak tidak semudah pendakwaan yang dihadapinya ketika pentadbiran BN dahulu.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan PH berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan mahu memastikan sistem kehakiman bebas tanpa sebarang campur tangan.

"Hendak dakwa mantan perdana menteri bukan mudah, bukan macam dakwa saya dulu.

"Sebab kita janji rule of law, kita janji tak mahu pengaruh hakim, kita janji proses mesti adil," katanya ketika berucap pada majis makan malam amal anjuran PKR Kuala Langat di Kuala Langat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Dr A Xavier Jayakumar yang juga ketua PKR cabang Kuala Langat.

Najib yang juga bekas Presiden Umno kini berdepan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLAFTA) 2001.

Anggota Parlimen Pekan itu juga turut berdepan pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa ketika menjadi perdana menteri.

Ambil alih jawatan PM ketika stabil

Untuk rekod Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, dihukum penjara kali pertama pada tahun 1999 kerana tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau sekali lagi dihukum penjara kerana tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya pada 10 Feb 2015.

Bagaimanapun sejak awal Anwar menegaskan tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Sementara itu Anwar mengulangi sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi memulihkan negara.

Jelasnya, beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri selepas keadaan kembali pulih dan stabil.

"Saya ambil alih masa keadaan stabil lebih mudah, jadi kita dalam PKR, kita akan bagi sokongan kepada kerajaan," katanya lagi.

Anwar dalam pada itu berjanji akan menunaikan segala janji PH yang telah kepada rakyat sebelum ini apabila menerajui negara.

Tambahnya, beliau tidak menyalahkan rakyat yang menuntut janji, kerana PH pada masa itu memberikan janji dengan harapan menggunung tinggi.

Namun katanya, PH pada ketika itu tidak sedar masalah yang dihadapi kerajaan seteruk apa yang diwarisi hari ini.

DAP JAHAT SEBAB BANYAK BUAT MUNGKAR


APABILA ADA TUDUHAN PARTI DAP BUAT MUNGKAR, TAPI RAKYAT UNDI JUGA PARTI ITU.

JIKA PARTI DAP BUAT MUNGKAR MAKA MENGUNDI PARTI ITU JUGA DIKIRA MUNGKAR. 

ORANG MUNGKAR PENGISI NERAKA JAHANAM, NAK TAHU DAP MUNGKAR KENA TANYA MOKHTAR SENIK.

DALAM PAKATAN HARAPAN RAMAI JUGA ULAMA BERKELIBO. TAPI MEREKA TAK PERNAH KATA DAP BUAT MUNGKAR.

ERTINYA DAP BAIIIIIK !

-Pak Karamu-

Hanya orang buta tak nampak kemungkaran DAP, kata ulama PAS

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Seorang pemimpin kanan PAS hari ini mendakwa, hanya orang "buta" saja yang tidak dapat melihat "kemungkaran" dilakukan salah sebuah parti kerajaan, DAP.

Bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik juga mendakwa menyekat penguasaan DAP ke atas politik umat Islam adalah wajib.

"Kerana itu bermakna menyekat dan menghalang kemungkaran dan pendurhakaan terhadap Allah SWT," katanya dalam satu hantaran di media sosial petang ini.

Terdahulu Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Pusat PAS mengulas mengenai desakan dibuat pemimpin DAP meminta Naib Presiden Umno Ismai Sabri Yaakob menarik balik perkataan jihad dalam ucapannya terhadap PH.

Kata Mokhtar pemimpin DAP terbabit tidak perlu mendesak Ismail Sabri kerana mereka tidak memahami makna halal dan haram.

Jika mahu tahu katanya DAP boleh belajar daripada pemimpin Muslim dalam PH.

"Kalau tiada siapa yang boleh jawab, kamu tanya sahaja menteri agama," katanya sinis dengan merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.

Untuk rekod Mujahid ialah salah seorang bekas pemimpin kanan PAS yang disingkirkan kumpulan konservatif dalam parti itu pada 2015.

Katanya menolak agenda PH yang didakwanya bercanggah dengan Islam menepati kehendak maksud jihad dalam Islam.

"Jika ada yang berkata apa kemungkaran telah DAP lakukan? 

"Maka saya menjawab, hanya orang yang buta matanya dan mata hatinya yang tidak nampak apa yang DAP lakukan yang telah mengancam Islam," katanya.

MUHYIDDIN PERLU BERSABAR UNTUK JADI PIEM

ANUAR MIMPI JADI PIEM HI, HI, HI SYOK SENDIRI

'Tak guna saya jadi PM jika tak fikir nasib rakyat'

   
Apabila menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelak, Anwar Ibrahim menegaskan nasib dan permasalahan rakyat di bawah akan menjadi keutamaannya.

BERITA INI TIDAK RAMAI YANG TAHU, NAMUN IA ADALAH BERITA SOHIH, WALAUPUN SELEPAS INI ADA YANG MENAFIKANNYA.

MAHADHIR TIDAK LAMA LAGI AKAN BERSARA ATAS PAKTOR KESIHATAN, MUHYIDDIN DIMINTA BERSIAP SEDIA UNTUK MENGAMBIL ALIH.

DI PERAK, SELANGOR JOHOR N. SEMBILAN BERITA INI SANGAT POPULAR, ANDAINYA ADA BERITA YANG DISEBALIKNYA MAKA PAKATAN HARAPAN AKAN BERPECAH. AZMIN TAK MUNGKIN JADI PIEM KECUALI .....

-Pak Karamu-

Muhyiddin ditawar jawatan PM lepas PRU14 - Setpol


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
Muhyiddin Yassin ditawarkan jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-14 lalu, menurut setiausaha politiknya Marzuki Mohamad.

Bagaimanapun, presiden Bersatu menolak tawaran itu atas dasar menghormati Dr Mahathir Mohamad dan janji untuk meletakkan beliau sebagai perdana menteri sekirangan PH menang PRU14.

Pada suatu hantaran di Facebook, Marzuki berkata tawaran itu dibuat oleh "seorang individu berpengaruh" yang tidak dinamakannya.

"Malah, di ambang pembentukan kerajaan Pakatan Harapan selepas 9 Mei 2018, seorang individu berpengaruh menawarkan jawatan perdana menteri kepada Muhyiddin. Tetapi tawaran ini ditolak oleh Muhyiddin kerana rasa hormat beliau kepada Dr Mahathir selain janji yang telah termeterai untuk menjadikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri," katanya.

Marzuki mengulas tulisan Tamrin Abdul Ghafar yang menulis artikel bertajuk “Jika tak nak bantu jangan jadi hantu” mengenai penubuhan Bersatu yang didakwa Marzuki memaparkan Muhyiddin sebagai "seorang yang tamak kuasa dan ingin menghalang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri."

Tamrin merupakan anak lelaki allahyarham Ghafar Baba yang berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dari 1986 ke 1963 di bawah pentadbiran Mahathir ketika kali pertama menjadi perdana menteri.

"Saya tidak ingat bila masa Tamrin berada dalam Bersatu. Mungkin kerana dia tidak berada dalam Bersatu, dia tidak tahu sejarah sebenar," kata pegawai khas Muhyiddin itu.

Marzuki berkata pada waktu itu, Bersatu tidak menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri, malahan beberapa anggota majlis tertinggi parti meminta pendirian Muhyiddin kerana mereka fikir beliau juga layak bagi jawatan tersebut.

"Tetapi Muhyiddin tegas mengatakan tiada orang yang lebih layak untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri selain daripada Dr Mahathir. 

"Malah, Muhyiddin lah orang yang pertama membuka mulut dalam Mesyuarat MPT Bersatu mengesyorkan agar Bersatu secara rasmi menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri.

"Yang selebihnya adalah sejarah," katanya lagi.

MENGAPA BARU SEKARANG TIMBUL CERITA JOHOR DAN TRENGGANU ?

OOOOO, ADA GADUH KA ?

‘Tak boleh batalkan perlembagaan Johor hanya kerana isu dengan sultan’

   
Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang-undang tubuh negeri itu terbatal.

“Dia tidak boleh kata undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana dia bertelagah dengan sultan Johor,” katanya kepada Malaysiakini

Sultan Johor saran bersemuka, bincang dengan matang

    Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mencadangkan semua pihak agar bersemuka dan berbincang sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham.

Titah baginda sebarang perbezaan perlu diketepikan demi kebaikan semua, khususnya rakyat.

“Sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara negeri Johor dan kerajaan pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat,” titah baginda di laman Facebook.

 APABILA DENDAM MEMBARA, MAKA MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU.

SELAMA INI PERKARA YANG BERBANGKIT TIDAK PERNAH DIKETAHUI OLEH RAKYAT.

APABILA ADA DENDAM, MAKA ADA PEHAK YANG TERINAYA DAN INAYA.

YANG JADI MANGSA ADALAH RAKYAT, MEREKA NAK IKUT MANA ? NAK SOKONG MANA ?

PERANGAI YANG SEBEGINI, WAJARKAH RAKYAT MENCONTOHINYA ?

SETELAH MELAYU BERPECAH LIMA, AKAN BERPECAH LAGIKAH MELAYU ? SIAPA KASI PECAH ? AL MAKLUUUM !!!

-Pak Karamu-

TMJ tunjuk artikel perlembagaan untuk jawab Dr M

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Menerusi Twitter, Putera Mahkota Johor itu berkongsi tangkap layar dua artikel Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri serta kedaulatan Raja-raja.

Perkara 71 (1) Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri menyebut: Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Perkara 181 (1) pula menyebut: Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

Terdahulu, perdana menteri hari ini menulis di blognya bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila persekutuan Tanah Melayu dibentuk.





Tulisan itu disiarkan di tengah-tengah krisis antara Mahathir dengan Istana Johor berhubung pemilihan menteri besar yang baru dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.


"Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.

"Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

"Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. 

Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang," katanya dalam catatan blog petang ini.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu diisytiharkan pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa sehingga kini.

Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah Melayu merupakan asas pembentukan Dewan Undang Negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.

Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat berkata, kenyataan Mahathir itu boleh memberi kesan serius kepada kerajaan Johor dan Terengganu serta mencadangkan agar isu itu dibincangkan oleh pakar daripada persekutuan dan negeri.

Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin pula berkata Mahathir tidak boleh mengatakan undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana bertelagah dengan sultan Johor.

SEMUA PEHAK KENA JUJUR DAN HORMAT MENGHORMATI

YANG PALING HAMPEH ADA YANG TERINGIN MENJADI RAJA LALU BERAKSI  SEBAGAI RAJA

-Pak Karamu-

Tiada jawapan Agong mengenai CJ baru, dedah Dr M

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

   
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belum memberi sebarang jawapan berhubung calon ketua hakim negara baru yang dipersembahkan kepada baginda, dedah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang mesti meluluskan semua pelantikan kanan tetapi entah bagaimana, sekarang perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja. Sekarang, bukan hanya Agong tetapi juga harus melalui Raja-Raja.

“Saya tidak tahu apa maksudnya. Keputusan (Putrajaya) tidak boleh diubah kecuali terdapat alasan yang sah.

"Kita telah membuat keputusan (berhubung calon ketua hakim negara) dan menghantarnya kepada Agong. Buat masa ini, saya masih belum mendapat pengesahan mengenai calon berkenaan," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Star.

Jawatan ketua hakim negara kosong sejak 12 April susulan persaraan wajib Richard Malanjum.

Minggu lalu, Straits Times Singapura melaporkan terdapat kebuntuan antara kerajaan pimpinan Mahathir dan Raja-Raja Melayu mengenai calon ketua hakim negara.

Akhbar itu memetik sumber yang "rapat dengan istana" sebagai berkata: "Mereka (Raja-Raja Melayu) berdiam diri, menyampaikan mesej bahawa mereka bukan cop getah."

Mengenai keperluan sesetengah negeri supaya rancangan ekonomi untuk melalui istana sebelum dibawa ke dewan undangan negeri, Mahathir berkata Raja-Raja Melayu hanya boleh melihat rancangan tetapi tidak boleh meluluskan atau menolaknya.

"Hak untuk melaksanakan apa-apa bergantung kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.

PAKATAN HARAPAN TELAH BERBOHONG KEPADA ORANG RAMAI

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BANYAK KELIRUKAN RAKYAT ?

JIKA ORANG KERAJAAN MASIH TUDUH 1MDB SARANG PEROMPAK MAKA RAKYAT TUKAR SAHAJA KERAJAAN YANG ADA SECEPAT MUNGKIN

 -Pak Karamu-

PH sahkan 1MDB untungkan negara, kata Wee


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
Presiden MCA, Wee Ka Siong mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa 1MDB menguntungkan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Menurutnya, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion boleh membantu menaikkan mata wang, manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata projek TRX yang bernilai RM40 bilion merupakan salah satu usaha terbaik negara ini.

"Apabila dicampurkan, kedua-duanya berjumlah RM180 bilion.

"Ia lebih daripada cukup untuk menampung hutang RM30 bilion.

"Ini bermakna, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB bukanlah punca yang menyebabkan Malaysia muflis atau membebankan generasi akan datang.

"Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua projek itu merupakan projek di bawah 1MDB tetapi dipindahkan ke kementerian kewangan, ketika di penghujung pentadbiran Najib Razak.

Penyiasat antarabangsa percaya sekurang-kurangnya AS$ 4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB dan sebahagian besarnya akibat pengubahan wang haram melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Skandal itu dikaitkan dengan Najib dan rakan-rakannya termasuk ahli perniagaan, Low Taek Jho. 

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku.

Tiga bon yang diuruskan Goldman Sachs bagi pihak 1MDB berjumlah AS$ 6.5 bilion dengan tahun ditebus pada 2022 dan 2023.

Menurut Wee, PH berbohong dan tidak lagi boleh menggunakan 1MDB sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto mereka.

"Walaupun PH telah berbohong kepada orang ramai dengan menggunakan 1MDB sebagai alasan utama mereka selama bertahun-tahun, dengan berita mengenai Bandar Malaysia dan TRX ini, rakyat Malaysia berharap PH tidak lagi berbohong," katanya.



YANG PENTING NAFIKAN DULU ....

 AKIBAT ADA YANG GHAIRAH NAK JADI EMBI PERAK.

EMBI PERAK SMASHH ORANG NAK AMBIL KUASA, TAPI JENIS PUAK TU MANA TAHU MALU, MANA ADA MARUAH !

DAH DUA KALI ORANG YANG SAMA TERLIBAT DAN MENJADI PELURU DEMI KUASA !

DUB DAP DUB DAP JANTUNG BERBUNYI, KITA TUNGGU SIAPA YANG KENAA !

ELOK LA JADI MAKHLUK BERKAKI EMPAT DARI JADI MAKHLUK BERKAKI DUA !

'Esok pun masih MB, kecuali saya jatuh tangga dan mati'

     BAGI ALASAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI SEBAGAI MEMPERTAHANKAN DIRI ADALAH JALAN SELAMAT ?

ALAAA, KALAU DAP JADI MB PERAK APA SALAHNYA, SEDANGKAN PARTI LAIN YANG JADI MB TAK PULA DIPERTIKAIKAN.

DAP MEMANG TERBILANG BIJAK DAN PANDAINYA, SEBAB ITU MASA PRU 14 DULU BERDUYUN-DUYUN RAKYAT SOKONG DIA.

LA NI APA PULAK NAK KOMEN-KOMEN, BIARLAH DAP PERINTAH PERAK, ORANG MELAYU SUKA SANGAT DAP PERINTAH , SEKALIPUN PERINTAH MALAYSIA.

HIDUUUP DAP ! HIDUP GUAN ENG, HIDUP AZIZ BALI !

-Pak Karamu-

Exco nafi audio tular kritik MB Perak miliknya

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Exco Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari menafikan rakaman tular terbaru yang mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu adalah miliknya.

 "Saya tidak tahu, ia (rakaman audio) tidak authentic (sahih)," katanya yang dipetik oleh Bernama.
Abdul Aziz ketika ditemui media menegaskan dalam era kecanggihan teknologi ketika ini, pelbagai perkara boleh dibuat.

"Saya tidak tahu. Saya tidak dengar (rakaman audio), rakaman seperti ini datang daripada sumber tidak rasmi dan boleh dibuat," katanya ketika ditemui pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh, hari ini. 

Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan rakaman audio itu milik beliau, Abdul Aziz (DAP-Tebing Tinggi) menafikannya dan menyifatkan ia sebagai sembang kedai kopi.

"Semua kata macam itu, tapi sekarang ini macam-macam orang dituduh macam itu.

“Kecuali kalau saya buat sidang media, semua orang nampakkan (wajah saya)...asli dan 'authentic' kan," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz turut mempertikaikan mengapa beliau dikaitkan dengan rakaman audio tular tersebut.

"Kenapa diarah kepada saya sahaja, saya seorang sahajakah ada potensi untuk jadi menteri besar? Orang lain tiada? Banyak kali dah," katanya.

Abdul Aziz sebelum ini juga pernah dikaitkan sebagai dalang yang menggerakkan usaha untuk menggulingkan menteri besar, namun beliau menafikannya.

Ahmad Faizal juga menafikan ada usaha menggulingkannya, sebaliknya menegaskan hubungan beliau dengan 10 lagi exco sangat baik umpama 'satu keluarga besar yang gembira'.

Rakaman audio berdurasi 4 minit 22 saat yang tular sejak semalam itu menzahirkan rasa kurang berpuas hati seorang individu dengan cara Ahmad Faizal mentadbir kerajaan negeri Perak selepas Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Utusan Malaysia pagi tadi melaporkan berdasarkan rakaman tersebut, individu itu juga mendedahkan beberapa perangai Ahmad Faizal yang tidak disenanginya.

“Mesyuarat pukul 10, 10.30 baru datang, mesyuarat pukul 11. Itu SOP (prosedur operasi standard) dia. Dia pun datang, Assalamualaikum, kita mulakan dengan al-Fatihah, kemudian semak satu persatu.

“Tetapi keputusan tiada. Kemudian hujungnya lain-lain hal, orang kata cepatlah, tidak perasan dah pukul 1. Ini helah dia dan setengah (kertas kerja) langsung tidak bawa ke situ (mesyuarat exco),” kata suara itu.

Akhbar itu juga melaporkan individu tersebut juga mendakwa ada masanya taklimat yang diadakan dianggap sebagai keputusan mesyuarat exco.

“Saya mengakulah, benda ini masalahnya bukan di exco (Perak) sahaja, even kabinet (Persekutuan) pun bermasalah. Dua, tiga isu yang saya tengok, Mahathir (Dr Mahathir Mohamad) pun tidak reti nak buat, dia nak ‘blame’ sini pula.

“Jadi selama 10 bulan deme orang ini, inilah yang berlaku. Tanya dia (Ahmad Faizal). Program tuanku (Sultan Perak) dilangkaunya (skip).”

POLIS DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI DIHINA,DI'AIBKAN

PENGHINAAN TERHADAP POLIS DI RANTAU.

PKR GEDIK, PARTI NI BILA ADA PERHIMPUNAN MESTI BERLAKU GEDEBE, BORN TO BE

 Tindakan tegas pada ahli bergaduh, tahan kereta polis - Anwar

   
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tindakan tegas akan diambil jika ada anggota parti itu yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) di Rantau, Negeri Sembilan, semalam.

Muhyiddin serah polis siasat individu periksa kereta peronda

   
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap sekumpulan individu yang dikatakan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Perbuatan orang awam memeriksa kereta polis adalah suatu  perbuatan yang kurang ajar.

Sepatutnya jika mereka mengsyakki sesuatu penipuan mereka boleh meminta badan berunifom lain memeriksa kenderaan Polis atau lapor pada SPRM atau mana-mana balai polis.

Ababila kita melihat vedio pemeriksaan tersebut kita dapati mereka adalah dari parti berlambang mata (PKR) ? Huh sungguh BIADAB.

Perbuatan mereka tidak boleh di ma'afkan, dan POLIS sepatutnya memagnggil ketua parti tersebut dan mereka perlu diajar hidup beradab.

Rakyat yakin perbuatan biadab mereka sudah tentu mendapat arahan daripada ketua mereka.

Ciss, sungguh  KURANG AJAR

-Pak Karamu- 

 

2 individu periksa kereta peronda polis ditahan

Hariz Mohd  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Polis menahan dua lelaki berhubung kejadian di Rantau yang menyaksikan sekumpulan penyokong parti politik menahan dan memeriksa kereta peronda polis.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusopberkata suspek yang merupakan penjual kereta terpakai, 52 dari Seremban dan pemandu lori, 53 dari Rantau ditahan tengah hari tadi.

Kedua-dua mereka ditahan di rumah masing-masing dan dikenal pasti sebagai ahli biasa parti politik, kata Mohamad.

"Siasatan masih dijalankan dan polis sedang mengesan tiga individu lain bagi membantu siasatan," katanya kepada Malaysiakini.
Mohamad sebelum itu memaklumkan kepada pemberita bahawa polis membuat siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (kerana menghalang tugas penjawat awam) berhubung insiden berkenaan.

Semalam, sekumpulan penyokong parti politik menahan kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua di Rantau.

Mereka dipercayai bertindak demikian kerana mengesyaki kereta polis itu membawa kertas undi ke pusat pengundian.

Dalam perkembangan sama, Bernama memetik Mohamad sebagai berkata tiga individu lain  yang terlibat dalam insiden berkenaan sudah dikenal pasti.

Jelas Mohamad, anggota polis yang terbabit sudah membuat laporan polis hari ini berhubung perkara itu.

“MPV itu tidak memasuki kawasan sekolah, sebaliknya berhenti di luar pagar bagi mengawal keadaan lalu lintas dan keselamatan.

“Kemudian datang lima lelaki mendakwa anggota kami membawa lebihan kertas undi. Apa hak mereka untuk memeriksa MPV polis kerana mereka orang awam," katanya dalam sidang media hari ini.

Katanya, dua anggotanya sepatutnya tidak membenarkan pemeriksaan namun, melakukannya bagi mengelak berlaku kekecohan.

“Apabila bonet kereta dibuka, hanya peti ubat dan peralatan keselamatan sahaja yang ada. Kami harap tindakan itu memuaskan hati mereka.

“Saya tegaskan polis hanya mengiringi kenderaan lain, bukan membawa lebihan kertas undi. Polis juga tidak dapat melakukan tangkapan kerana jumlah penyokong mereka begitu ramai," katanya.

ANUAR GEDIK, RAKYAT MENYAMPAH !

RAKYAT PALING MENYAMPAH   TERHADAP ANUAR IBRAHIM, DIA NI GEDIK BETULLAH MENARI ATAS PENTAS, RAKYAT MENYAMPAH HABISS !

NAK  BUAT  LAGU  MANA, RAKYAT  DAH
BOSAN  DENGAN  P.  HARAPAN.

ALAAA, KALAU PH NAK MENANG SINGKIR DAP, MAHADHIR DAN ANUAR IBRAHIM,

AAATUUUU ! NAK BUAT LAGU MANAAAA !

UWISHHHH, KESIAN PIEM KITA, DIA KESAL UMNO DAH JADI PAS.

UWISHHH,  ADA ORANG UMNO KATA BERSATU DAH JADI DAP, UMNO DAH JADI PAS, MANA RAKYAT NAK UNDI ?

TUN BUKA MULUT, BUDAK SEKOLAH YANG JAWAB:

BEBUDAK SEKOLAH JAWAB: KAMI NAK PAS ! KELUARGA KAMIPUN NAK PAS.

BUAT ISU SERBA TAK KENA NAMPAKNYA !

PIEM TERKILAN ATAU PIEM DAH GILA TALAK, PATUTNYA DIA JAGA BERSATU, TAPI DIA SUSAH HATI DENGAN UMNO, APA HAL ?

ADA ORANG UMNO JUGA KATA JIKA UMNO JADI PAS MAKA ITU LEBIH BAIK, BOLEH SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

KALAU BERSATU DAH JADI DAPIG, DI DUNIA JADI PANAS DAN AKHIRAT LAGI LA PANAS MEMBARA !

SIAAAAN TUN PIEM !

Pak Karamu

Mahathir kesal Umno berubah jadi PAS


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini kesal dengan mengenang kembali perubahan yang menyaksikan parti yang pernah diterajui beliau selama lebih dua dekad bertukar "menjadi PAS".

Mengulas prestasi pembangkang baru itu, perdana menteri berkata bahawa Umno hari ini menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk terus hidup, dan bukannya memberi tumpuan terhadap kerajaan.

"Umno telah menjadi PAS. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh PAS. Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh PAS. Bukan Umno yang saya kenali. Bukan lagi Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946.

"Saya bersama Umno sejak tahun 1946. Saya tahu segalanya tentang Umno, tetapi ini bukan Umno. Ia hanya sekumpulan ahli politik yang mahu mengekalkan kedudukan mereka," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan oleh New Straits Times (NST) hari ini.

Sebelum menjadi perdana menteri ketujuh negara susulan kejatuhan BN pada pilihan raya umum lalu pada bulan Mei, Mahathir pernah menjadi pengerusi BN dan perdana menteri keempat dari tahun 1981 hingga 2003.

Beliau digantikan oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir, bagaimanapun, berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menafikan bahawa isu perkauman adalah faktor penting.

Katanya, walaupun kerajaan berusaha mewujudkan persamaan antara kaum yang berlainan, perbezaan antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera tidak boleh diabaikan.

Beliau dipetik sebagai berkata: "Hakikat terdapat perbezaan antara kaum memang wujud. Walaupun kita tidak mahu memainkan isu perkauman, kita mesti memastikan bahawa tiada kaum yang dipinggirkan.

"Kita tahu pada masa ini orang Melayu, khususnya, jauh di belakang. Kita terpaksa membuat pembetulan dan itulah sebabnya kita mengatakan ini bukan hanya mengenai kesaksamaan, tetapi juga mengenai keadilan. Kita perlu bersikap adil.

"[...] Malangnya, saya percaya jika kita tidak melihat ke arah kepentingan Bumiputera, mereka akan tertinggal."

Dr Mahathir juga mempertahankan amalan rundingan langsung untuk tender, atau tender terhad, yang baginya adalah "diskriminasi" yang dicipta untuk membantu bumiputera.

Tanpa amalan sedemikian, Mahathir dilaporkan berkata, mastarakat bumiputera tidak akan mendapat apa-apa.

"Kerana mereka bukan masyarakat yang berorientasikan komersial. Bahkan, mereka tidak memahami penggunaan wang. Oleh itu, kita perlu memberi pertimbangan mengenainya."

ADA YANG NAK RAMPAS KUASA ?

JALAN PENYELESAIANNYA MUDAH SAHAJA, BUBAR PARLIMEN DAN BUAT PILIHANRAYA UMUM.

TIDAK PERLU TEGANG URAT LEHER CAKAP PUNG PANG DAN PENDAMKAN APA YANG TERPENDAM.

BIAR RAKYAT BUAT KEPUTUSAN, DARI RASA TAKUT ADA YANG NAK RAMPAS KUASA

ATAU

KOT-KOT ADA YANG TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI

-Pak Karamu-

Saifuddin: Elak rampasan kuasa melalui 'deep state'

Lu Wei Hoong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri Luar Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih rakyat harus dipertahankan daripada "daulah terpendam" yang ingin menjatuhkannya melalui cara tidak demokratik.

Istileh deep state atau daulah terpendam merujuk kepada "negara dalam negara" yang memiliki agenda di luar kerangka politik nasional.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu bahawa terdapat usaha agar Raja-raja Melayu menandatangani perintah  menentangnya berikutan keputusan kerajaan untuk meratisikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Menurut Saifuddin keadaan yang sama pernah terjadi di sebuah negara di Asia dan boleh berlaku di negara ini.

"Ada sebuah negara yang tidak pernah berlaku transisi demokratik, berlaku satu pilihan raya selepas kebangkitan rakyat, seorang presiden dipilih. Dan presiden itu dianggap the first elected democratically president and he formed the government (presiden pertama yang dipilih secara demokratik dan dia telah membentuk kerajaan).

"Dalam masa setahun seorang jeneral mengetuai satu rampasan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Kenyataan Dr M, kerisauan saya perkara sedemikian boleh berlaku di negara ini. Kita mesti elakkan perkara ini berlaku. Kita harus mempertahankan kebangkitan rakyat dan pilihan raya rakyat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Saifuddin berkata peralihan kuasa dalam mana-mana negara adalah lumrah tetapi mesti dilakukan dalam proses demokrasi.

"Yang harus dielakkan adalah rampasan kuasa atau coup d'etrat oleh deep state atau apparatus yang tidak demokratik," katanya. 

Jumaat lalu Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan bantahan terutamanya dari Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail mendakwa Statut Rom yang mentadbir ICC dalam mengendalikan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan mengancam kedudukan Yang Di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.

Mahathir berkata langkah itu bukan kerana perjanjian antarabangsa itu merupakan ancaman tetapi disebabkan kekeliruan oleh "orang tertentu yang mahu bebas memukul orang".

"Dan jika dia memukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya, saya tidak peduli siapa dia," katanya.

Mahathir juga mendakwa terdapat usaha untuk melibatkan Raja-raja bagi menandatangani perintah menentang kerajaan. 




Semalam, bakal pengganti Mahathir, Anwar Ibrahim ketika ditanya sama ada perdana menteri mungkin merujuk kepada mana-mana ahli politik, berkata ia sebenarnya "personaliti tertentu dari keluarga diraja".

Anwar berkata beliau pasti kerana telah bertemu Mahathir untuk membincangkan perkara itu.

Saifuddin berkata beliau telah menjelaskan Statut Rom dengan panjang lebar dan mengkritik mereka yang didakwa telah "memanipulasi fakta".

"Saya telah jawab dalam parlimen, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dua kali.
"Kita mendapatkan pandangan daripada pakar, antaranya peguam negara, pakar perlembagaan persekutuan yang terkenal Dr Shad Faruqi.

"Masalah timbul, ada beberapa orang ahli akademik atau peguam atau mereka yang dianggap pakar dan mereka bukan tak tahu apa sebenanya ICC, tapi telah manipulasi fakta," katanya.

Beliau sekali lagi mempertahankan bahawa ratisikasi Statut Rom tidak akan mempengaruhi kuasa Raja-raja Melayu dan oleh sebab itu tidak ada keperluan untuk berunding dengan Majlis Raja-raja. 

BERITA PANAS DALAM NEGARA

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DR MAHADHIR MULA DIPERTIKAI OLEH KAWAN DALAM NGO PAKATAN HARAPAN ? 

IGP: Suhakam tak patut hebahkan hasil inkuiri

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh siasatan berhubung dakwaan Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata PDRM akur dengan arahan yang diberikan pemimpin negara untuk menyiasat kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan langkah-langkah yang perlu diambil berhubung dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Saya tidak sewajarnya memberi komen berhubung isu ini (kes Pastor dan Amri) kerana mereka ini (Suhakam) bukanlah pertama kali memberi keterangan kes berkenaan.

-Pak Karamu-

IGP perlu digantung tugas serta-merta, kata NGO hak asasi


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
Ketua Polis Negara (IGP) Mohamad Fuzi Harun perlu digantung tugas serta-merta kerana tuduhan salah laku dalam pasukan polis mengenai kes kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat, gesa NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram). 

Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa satu siasatan baru akan dilancarkan berdasarkan penemuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kehilangan kedua-dua individu itu tetapi hanya akan dibuat selepas Fuzi bersara bulan depan.

Dalam satu kenyataan semalam, pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy tidak bersetuju dengan pengumuman perdana menteri dan keputusan membenarkan Fuzi kekal bertugas sebagai ketua polis negara sehingga beliau bersara.

mesej untuk Anuar Ibrahim di Rantau


HADI AKAN KE RANTAU


Hadi akan ke Rantau bantu Mat Hasan


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


PRK RANTAU | Kempen BN untuk mempertahankan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau mendapat suntikan semangat baru apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan bakal turun padang.

Abdul Hadi yang sebelum ini dinasihat berehat seketika di Institut Jantung Negara dikatakan bakal berkunjung ke Rantau tidak lama lagi.

Ditemui media di Rusila, Marang pagi tadi Abdul Hadi berkata keadaan kesihatannya juga semakin baik.

"Insya-Allah saya akan pergi (ke Rantau) dan alhamdulillah kesihatan (juga) bertambah baik," katanya dipetik Sinar Online hari ini.

Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila.

PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini dan menyaksikan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dicabar tiga calon lain, termasuk dua daripada bebas.

Cabaran utama setakat ini adalah daripada calon PH, Dr S Streram yang dinafikan haknya untuk menentang Mohamad pada PRU ke-14 tahun lalu.

Pada 9 Mei 2018 Mohamad diumum menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau selepas Streram dihalang pegawai pengurus pilihan raya ketika itu daripada menyerahkan borang pencalonannya.

BN dan PAS kini menjalin hubungan kerjasama yang baik sebagai pakatan pembangkang bagi menghadapi PH yang berjaya menguasai Putrajaya dan sebahagian besar negeri pada PRU tahun lalu.

KEMPEN MABUK ANUAR IBRAHIM

DAH TAK ADA ISU UNTUK RAKYAT, MAKA ANUAR KEMPEN PASAL ARAK,

ADA DUA MABUK ANUAR NI, SATU DIA MABUK TAK DAPAT JADI PIEM.

DUA DIA MABUK NAK SINDIR PAS SUDAH NGAM DENGAN UMNO.

ORANG RANTAU KATA KEKALAHAN TERUK  CALON PKR DIRANTAU ADALAH SEBAB KEMPEN ANUAR IBRAHIM, MACAM SEMENYIH JUGALAH !

'Tun M mungkin tak bagi Anwar jadi PM'

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ditemubual oleh pengamal media selepas keluar dari Dewan Rakyat.

 AYO,YO BANYAK SOI !

-Pak Karamu- 

 

'Mat Hasan rapat dengan PAS, boleh tolak ansur isu arak'

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PRK RANTAU | Presiden PKR, Anwar Ibrahim malam tadi mempertahankan hak orang bukan Islam untuk minum minuman keras. 

Pada masa sama beliau juga mempertahankan hak menteri besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun agar tidak bersubahat dalam isu membabitkan penjualan bir.

Beliau berkata demikian susulan arahan untuk melarang penjualan alkohol di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC) - di mana Aminuddin Harun menjadi presidennya selepas dilantik sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

"Marah sesetengah orang dekat KL, apa ni MB, tak tolak ansur, tak boleh minum beer. Saya nak bagitahu begini.

"Orang bukan Islam nak minum beer itu hak dia. Tak pernah kita ada hak untuk sekat atau larang dia, dengar betul-betul.

"Tapi untuk dia jadi pengerusi dia tak nak bersubahat. Mat Hasan tak apalah. Mat Hasan dia tolak ansur pasal dia baik dengan PAS, jadi jual arak tak apa. Ha, jawab jawab. Tengok dia jawab macam mana," kata Anwar.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.