Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA BARU SEKARANG TIMBUL CERITA JOHOR DAN TRENGGANU ?

OOOOO, ADA GADUH KA ?

‘Tak boleh batalkan perlembagaan Johor hanya kerana isu dengan sultan’

   
Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang-undang tubuh negeri itu terbatal.

“Dia tidak boleh kata undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana dia bertelagah dengan sultan Johor,” katanya kepada Malaysiakini

Sultan Johor saran bersemuka, bincang dengan matang

    Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mencadangkan semua pihak agar bersemuka dan berbincang sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham.

Titah baginda sebarang perbezaan perlu diketepikan demi kebaikan semua, khususnya rakyat.

“Sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara negeri Johor dan kerajaan pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan.

“Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat,” titah baginda di laman Facebook.

 APABILA DENDAM MEMBARA, MAKA MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU.

SELAMA INI PERKARA YANG BERBANGKIT TIDAK PERNAH DIKETAHUI OLEH RAKYAT.

APABILA ADA DENDAM, MAKA ADA PEHAK YANG TERINAYA DAN INAYA.

YANG JADI MANGSA ADALAH RAKYAT, MEREKA NAK IKUT MANA ? NAK SOKONG MANA ?

PERANGAI YANG SEBEGINI, WAJARKAH RAKYAT MENCONTOHINYA ?

SETELAH MELAYU BERPECAH LIMA, AKAN BERPECAH LAGIKAH MELAYU ? SIAPA KASI PECAH ? AL MAKLUUUM !!!

-Pak Karamu-

TMJ tunjuk artikel perlembagaan untuk jawab Dr M

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tunku Ismail Sultan Ibrahim membalas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Menerusi Twitter, Putera Mahkota Johor itu berkongsi tangkap layar dua artikel Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan persekutuan terhadap perlembagaan negeri serta kedaulatan Raja-raja.

Perkara 71 (1) Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri menyebut: Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Perkara 181 (1) pula menyebut: Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

Terdahulu, perdana menteri hari ini menulis di blognya bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila persekutuan Tanah Melayu dibentuk.





Tulisan itu disiarkan di tengah-tengah krisis antara Mahathir dengan Istana Johor berhubung pemilihan menteri besar yang baru dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.


"Perlembagaan negeri Johor dan Terengganu yang diisytiharkan sebelum ini dibatalkan oleh perlembagaan baru yang diterima oleh semua negeri.

"Oleh itu pada 9 Mei, 2018, rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan (Persekutuan) Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri.

"Adalah penting bahawa semua orang menghormati perlembagaan dan mematuhinya. 

Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang," katanya dalam catatan blog petang ini.

Perlembagaan Johor dimasyurkan pada tahun 1895 manakala Perlembagaan Terengganu diisytiharkan pada tahun 1911 dan masih berkuatkuasa sehingga kini.

Perlembagaan negeri di semua negeri Tanah Melayu merupakan asas pembentukan Dewan Undang Negeri masing-masing serta memberi panduan terhadap pembentukan kerajaan negeri.

Speaker Dun Johor, Suhaizan Kayat berkata, kenyataan Mahathir itu boleh memberi kesan serius kepada kerajaan Johor dan Terengganu serta mencadangkan agar isu itu dibincangkan oleh pakar daripada persekutuan dan negeri.

Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin pula berkata Mahathir tidak boleh mengatakan undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana bertelagah dengan sultan Johor.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tun mahathir,,,hangpa tau ka dia berasal dari mana,,? Kerala,,india. Dia bukan darah melayu,,darah keling. Siapa sahaja dlm dunia ni,,dia akan kasih kpd nangsa dia dan tak suka dgn bangsa lain. Kecuali org yg kuat berpegang dgn ajaran islam. Itu sbb tun m sejak dari dahulu dia sentiasa berusaha membuang kuasa raja2. Dia tersangat suka sekiranya raja2 melayu boleh ditangkap dibicara dimahkamah dan dijatuhkan bersalah. Kita tidak bermaksud menyokong kezaliman raja2. Tetapi kita lihat, tun mdngganbarkan raja2 kita suka "pukul" orang sesuka hati,,itu alasan tun m menarik balik sokonga tt icerd. Pada hal, kita desak icerd ditarik balik sokongan kersna ia merbahaya kpd kedudukan melayu, raja2 melayu dsn kpd ugama islam. Tetapi mahathir beri alasan yg menghina raja2. Dia bising2 dgn " kuasa" raja yg pada hakikatnya mahathir telah hapuskan. Supaya rakyat terlepas pandang pd kuasa pm dan kekebalan pm dan menteri2. Anak2 tun m 4 orang, semua mereka billionaire....memiliki aset lebih 44 juta usd...mahathir nak gambarkan raja2 jahat suka pukul orsng,,padahal mahathir yg arah bunuh ibrahim libya di memali. Tp dia kambing hitamkan ts muss hitam. Mahathir rompak beratus billion duit negara untuk bail out projek negara dan kroni yg rugi,,mbf, mas, misc, perwaja, forex,..n the lust on and ho on...siapa yg ambil peduli? Mana dia anwar pkr aljhburi? Bukan main dahulu, kata ke tun m,,kronism, diktator, mat sabu,,,mahazalim, maha firaun, maha pero.pak....akhir sekali dsh jadi penjilat buntut mahathir sekarang ini. Kerana apa,,kononnya tun dah INSAF...kah kah...kepala hotak hangpa insaf,,tengok dia buat apa la ni bila jd pm sekali lagi? Bagi kat cina mana tak tau,,projek bandar malaysia 150b kerana tolong bailout syarikat roti tun the loaf yg bankrup. Tu tak kira projek yg akan mengkayakan kroni dia, ketera ke 3, pemindahan dermaga di johor, dll. Bodoh betui la melayu pas dan umno ni . Melayu pan....had ni tok sah dok kata apa la, cina kapiag lebih mulia daripada saudara seagama bagi akidah sesat mereka.

Unknown said...

Apayg kau meroyan samdol dah putus ubat ke dedak

Anonymous said...

Tu bukan meroyan. Itu fakta,,apa hang mabuk minum kencing babi dap ka?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.