Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WAJIB JATUHKAN PAKATAN HARAPAN

PAKATAN HARAPAN ADA BERANI ?

KETUA ULAMA PAS SAMBUT CABARAN PAKATAN HARAPAN SELAMBA.

ANDAINYA ISU WAJIB JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN INI TIDAK ADA KESUDAHAN DENGAN BERDAILOK /DEBAT SECARA TERBUKA DI TV

MAKA WAJIB JATUHKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ADALAH KEKAL WAJIB.

MUFTI  KELANTANPUN BOLEH JOIN P.H SEKALI

Mufti: 'Fatwa' wajib jatuhkan k'jaan hanya pandangan ahli politik,

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata 'fatwa' yang mewajibkan untuk menjatuhkan kerajaan hanyalah pandangan seorang ahli politik.

ENTA ADA BERANI ? APA LAGI TUNGGU ?

JANGAN JADI TAIK UNTA LA


Wan Ji sedia debat Nik Zawawi tanpa syarat,

HAA APA TUNGGU LAGI ? JANGAN DEBAT DALAM KELAMBU SUDAH.

Anne Muhammad  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin tidak meletakkan sebarang syarat untuk berdebat dengan Ketua Dewan Ulama PAS Nik Zawawi Salleh yang mewajibkan hukum menjatuhkan kerajaan PH.

-Pak Karamu-

Wajib jatuhkan PH: Dialog di TV syarat ketua ulama PAS

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Ketua Dewan Ulama PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh menyatakan kesediaan untuk berdialong dengan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan (PH) berhubung "fatwa" wajib menjatuhkan kerajaan PH.

Beliau bagaimanapun meletakkan syarat agar dialog berkenaan dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di televisyen atau tempat terbuka seperti di stadium.

“Saya bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak dari kerajaan PH pada bila-bila masa secara terbuka di televisyen dengan syarat mesti disiarankan secara langsung atau di tempat terbuka seperti stadium dan seumpamanya.

“Insha-Allah saya akan jelaskan apa nas dan dalil secara terperinci melalui kaedah dalam agama," katanya yang dipetik Harakahdaily, hari ini.

Iklan
Pada ucapan penutup Muktamar Tahunan PAS pada 23 Jun lalu, Nik Zawawi menegaskan bahawa wajib untuk PAS menjatuhkan kerajaan PH dan tiada sebarang khilaf mengenai kedudukan itu.

"Parti kita, PAS, berhadapan dengan PH hukumnya adalah wajib. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ketika ini hukumnya wajib," katanya yang kemudian disambut laungan takbir.

"Perkara ini kita jangan khilaf... jangan khilaf. Kita bergerak ke depan, jangan kita banyak menoleh ke belakang," kata anggota Parlimen Pasir Puteh itu.

Ia kemudiannya disusuli tulisan Pengarah Syariah Parti Amanah, Zolkharnain Abidin di Malaysiakini yang menyatakan pelik dengan fatwa wajib menjatuhkan kerajaan PH yang dikeluarkan Ketua Dewan Ulama PAS itu.

Semalam, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin secara tidak langsung mencabar Nik Zawawi untuk membicarakan kewajarannya mewajibkan penyokong PAS menjatuhkan kerajaan PH.

Meskipun tidak menghubungi Nik Zawawi mengenai hasratnya itu, Wan Ji yang juga bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor mengharapkan supaya ada badan bebas atau stesen televisyen yang rela menganjurkan dialog tersebut.

Dalam pada itu Nik Zawawi berkata, melalui dialog berkenaan beliau menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung kenyataanya itu.

"Ia bagi menjelaskan kenyataan saya bahawa kerajaan PH mesti dijatuhkan dan diganti dengan sebuah kerajaan yang mendaulahkan di dalamnya syariat Islam serta melaksanakan hukum-hukum Allah yang menjadi rahmat kepada sekalian alam," tambahnya.

Jelas Zawawi mana-mana kerajaan yang wujud menyimpang dari landasan agama tidak menegakkan daulah Islamiah dan tidak melaksanakan syariat Allah wajib dijatuhkan mengikut hukum syarak.

RAMAI BERSOLAT TAPI TAK FAHAM AKIDAH

FAHAM AKIDAH BARU ISLAM BERSATU

SUSAH SANGATKAH ISLAM HENDAK BERSATU ?
JIKA SETAKAT MENYERU SUPAYA ISLAM BERSATU HANYA PAKAI OTAK, MAKA HINGGA KIAMATPUN ISLAM TIDAK AKAN BERSATU.

BERAPA RAMAI YANG DATANG BERSOLAT TAPI AKIDAH ROSAK ? ADAKAH MIMBAR SELIDIK ?

BERAPA BANYAK SYARAHAN AGAMA TAPI PERKARA AKIDAH TAK PERNAH SENTUHPUN ! MENGAPA ?

MIMBAR DI INGATKAN BAHAWA BERSATU ATAU TIDAKNYA ISLAM, TERPULANG KEPADA BERPEGANG TEGUH KEPADA HUKUM ALLAH.

AL QURAN SEBUT WALA TAFARRAQU ! TAPI JIKA TAK KEMBALI KEPADA HUKUM ALLAH PASTINYA TAFARRAQU !

ISLAM TIDAK AKAN BERSATU SELAGI TIDAK KEMBALI KEPADA HUKUM TUHAN.

MIMBAR SEPATUTNYA MEMBUAT KAJI SELIDIK, BERAPA RAMAI UAMAT ISLAM YANG BERBANGSA MELAYU KHASNYA YANG FAHAM TENTANG AKIDAH ?

-Pak Karamu-

Khutbah Jumaat: Perbalahan orang Islam makin ketara

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Khutbah Jumaat di masjid-masjid di Selangor hari ini menyentuh tentang kebimbangan terhadap "perpecahan, perbalahan dan permusuhan" dalam kalangan orang Islam muktahir ini.

Menurut mimbar, situasi hari ini parah apabila perbalahan dan pertelingkahan berlaku secara terbuka termasuklah dalam media-media sosial dan di media arus perdana. 

"Perpecahan antara orang Islam yang berlaku akhir-akhir ini dilihat begitu ketara sekali. Perbalahan ini mencakupi semua aspek sehingga perkara kecil pun dijadikan punca kepada pertelingkahan dan kemudiannya mengakibatkan perpecahan. 

"Gejala perpecahan ini menjadi bertambah buruk apabila terdapat sesetengah pihak yang melemparkan cercaan dan hinaan terhadap umatnya sendiri secara bebas dan terbuka tanpa sekatan, bahkan tiada lagi rasa dan segan dan silu," kata teks khutbah bertajuk bertajuk 'Kukuhkan Perpaduan, Elakkan Perpecahan' yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Iklan
Jelas mimbar, umat Islam yang berpegang teguh dengan akidah Islam, nescaya akan menjadi umat yang bersatu padu.

Mimbar turut mengingatkan umat Islam akan dosa besar akibat perbalahan yang berlaku hari ini.
"Allah SWT telah menegaskan bahawa budaya mengecam, mencerca dan menghina yang boleh menyakiti orang lain adalah suatu dosa yang besar di sisi Allah SWT," kata mimbar.

Selain itu, mimbar turut mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersikap jujur dan ikhlas serta mempunyai sifat berbaik sangka, tolong-menolong, bersatu-padu, bertolak ansur dan sentiasa bersedia untuk memaafkan antara satu sama lain. 

Kata mimbar, semua nilai-nilai murni itu kurang diambil perhatian pada hari ini. 

"Ia sepatutnya wujud dalam diri setiap Muslim di setiap peringkat dan hendaklah dihayati kerana ia diumpamakan seperti anggota tubuh badan kita saling memerlukan antara sesama anggota badan yang lain. 

"Nilai-nilai murni itu juga sepatutnya menjadikan kita umat yang insaf, sentiasa memperbaiki kesilapan diri, menjauhi perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri, bahkan sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenarnya," kata mimbar.

Tambah mimbar, mengambil kira keadaan semasa mengenai perpecahan ini, umat Islam diseru agar bersatu-padu dan saling membantu. 

"Apa yang diperlukan oleh orang Islam pada saat ini adalah memperkukuh perpaduan dan mengelak perpecahan. Ini dapat dilaksanakan dengan membina hubungan yang baik disetiap lapisan masyarakat," kata mimbar lagi.

KETUA ULAMA PAS DICABAR

SAMA ADA KENYATAAN ULAMA PAS ITU MENJOLOK ATAU MINTA DIJOLOK, MAKA PAS WAJIB JAWAB.
 (Terserlah sekarang YADIM adalah sebahagian Pakatan Harapan)

KETUA ULAMA PAS DICABAR OLEH HANYA TIMBALAN YANG DIPERTUA YADIM.

KETUA ULAMA PAS DAN YADIM PERLU ADAKAN MUZAKARAH SECARA TERBUKA.

SEBAGAIMANA PADA AWALNYA HAL INI AKAN BERLAKU ANGKARA KENYATAAN KETUA ULAMA YANG BARU.

MORAL PAS AKAN TIMBUL ATAU TENGGELAM DENGAN ISU WAJIB PERANGI PAKATAN HARAPAN.

SAMA ADA TERLALU GHAIRAH ATAU TIDAK, KETUA ULAMA PAS PERLU JAWAB ISU INI UNTUK MENAMPAKAN ULAMA PAS BERSIFAT BENAR.

RAKYAT SUDAH BERMULA BERCAKAP TENTANG FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH KETUA ULAMA PAS.

-Pak Karamu- 

'Kenapa enta kata wajib jatuhkan kerajaan PH?'


Zolkharnain Abidin  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   
ULASAN | Kalau parti enta nak jatuhkan kerajaan sedia ada secara demokratik, itu hak parti enta. Berkempenlah dari sekarang. Itu juga hak enta dan parti enta.

Cuma ana (huruf A pertama kena baca bunyi huruf ain macam P Ramlee) nak beritahu enta, fatwa enta wajib jatuhkan kerajaan sedia ada ini agak pelik.

Pasai apa ana kata pelik? 

Sebab enta guna kalimah wajib, dan kalimah wajib adalah kalimah yang punya nilai hukum dari sudut syarak.

Rakan-rakan kalimah wajib - iaitu sunat, harus, makruh, haram, mustahab, mandub - tidak berdiri sendiri tanpa sokongan dalil.

Justeru, pertama, wajib yang enta sebut itu perlu ada sokongan dalil daripada sumber syarak sama ada al-Quran atau hadis.

Kedua, jika ada ayat al-Quran, enta tolonglah bawa, atau kalau ada hadis, sila kemukakan. Atau, enta guna apa-apa kaedah usul, harap beritahu kaedah itu.

Ketiga, tujuannya supaya pengikut-pengikut enta - yang berpegang dengan kata-kata enta - mereka berpegang dengan dalil dan hujah yang jelas. Mereka tidak taklid buta.

Keempat, pihak kami pun nak tahu juga hujah yang enta guna. Boleh jadi hujah enta benar. 

Jika begitu, kami perlu ikut enta, dan kami salah jika mempertahankan kerajaan ini.



Kelima, jika kerajaan ini wajib dijatuhkan, maka maksudnya mempertahankan kerajaan yang ada adalah haram. Orang yang pertahankan perkara haram maknanya berada dalam maksiat.

Keenam, enta bersalah jika enta biarkan kami pertahankan maksiat. Maka, enta kena buktikan kerajaan yang ada ini wajib dijatuhkan dan haram dipertahankan - dengan dalil dan hujah.

Tapi jika enta sebut sekali lalu sahaja bahawa wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada tanpa enta bawa dalil dan hujah, rasa itu tidak sesuai dengan kedudukan enta sebagai ketua ulama.

Negeri pun ada maksiat
Sebab, ulama tidak akan berkata-kata sesuatu kecuali kata-katanya itu disokong dengan hujah, dalil dan fakta. 

Cuba enta beritahu ana, mana satu ulama yang menyebut hukum tapi tak bawa dalil dan hujah?

Pasai apa kerajaan ni wajib dijatuhkan? Adakah kerana kerajaan ini rasuah, membunuh rakyat, merobohkan masjid, menutup sekolah agama, hapuskan pusara orang Islam, tak benarkan azan? Atau apa?

Enta kena beritahulah sebabnya secara jelas. Jangan serkap jarang begitu saja.
Kalau enta main serkap macam tu saja, nampak sangat enta kecewa atau dengki sebab parti enta tak menang.

OK, enta kata ada maksiat. Tapi kerajaan ini tidak reda kepada maksiat, dan giat untuk banteras maksiat. Di negeri parti enta perintah pun ada maksiat. 

Beranikah enta fatwakan wajib jatuhkan kerajaan yang parti enta perintah?
Sebab tu ana kata, fatwa enta tu keluar begitu kerana enta iri hati parti enta tak menang. Parti yang ketua parti enta kata nyamuk tu, akhirnya pemimpin parti itu jadi menteri.
Itulah yang enta tak puas hati.


Tapi terpulang kepada enta-lah untuk tidak berpuas hati sebab itu juga hak enta. Hak untuk tidak berpuas hati. Ana tak larang.

Cuma ana kesal apabila enta dan parti enta sesuka hati saja jual agama, nama agama, istilah agama, untuk melampiaskan iri hati enta.

Haram, halal, enta dan parti enta guna ikut sedap saja untuk survival parti enta. Orang lain kawan dengan non-Muslim, haram. Parti enta kawan - halal.

Enta janganlah macam tu. Berpolitiklah dengan sihat. Tak payah jual agamalah. Kempen elok-elok, jangan dok nak tapis darah munafiklah, macam-macam lagilah.

Iklan
Tapi kalau enta nak kata "wajib" yang enta maksudkan tu bukan wajib dalam istilah syarak, tapi wajib penggunaan bahasa saja, terpulanglah pada enta

Tapi ana percaya bagi pengikut enta - kerana enta ketua ulama - depa pegang itu wajib mengikut hukum syarak.

OK-lah, panjang pulak ana tulis. Ana ni bukan apa, kalau tak tulis apa yang terbuku dalam otak, ana tak puas hati. Jadi ana tulislah.
Moga ada manfaatnya.

ZOLKHARNAIN ABIDIN ialah timbalan yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan pengarah syariah Amanah.

OTAK SEKULAR MEROSAKAN AGAMA


ADA JUGA MANUSIA BANGANG TIDAK SEBARANG TANGGUNG.

JIKA PERLEMBAGAAN PAS AL QURAN, HADIS, IJMA ULAMA DAN QIAS MAKA SUDAH TENTULAH PAS GUNA HUKUM AGAMA. BILA LA PENGURUSI PAN NAK CERDIK ISLAM

DALAM PAS DULU GOLONGAN NI LAH YANG BEBAL.

TIADA BEZA ANTARA PAN DENGAN DAP.

-Pak Karamu-

PAS guna hukum agama untuk kepentingan politik - Asmuni

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Tindakan PAS yang secara terbuka menyatakan pendiriannya wajib menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), dilihat sebagai menggunakan hukum agama untuk kepentingan politik semata-mata.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata PAS sering mengeluarkan 'fatwa' baru bertujuan menjatuhkan parti lawan setiap kali mengadakan muktamar tahunan.

"Itulah sikap PAS yang gemar menjatuhkan 'hukum'. Dulu apabila mereka bergaduh dengan Umno digelarkannya Umno parti kafir, sekarang mereka mahu menjatuhkan PH pula.

"....mereka (pengikut) yang tidak mahir dalam agama (Islam) menganggap itu sebagai satu perintah kerana yang bercakap (mengeluarkan 'fatwa') itu memakai serban dan berjanggut, jadi pengikut mudah terpedaya," katanya.

Asmuni yang juga anggota Exco bagi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri bercakap kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah peringkat negeri di Ipoh, hari ini.

Ahad lepas, Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan, Pahang menyatakan pendirian bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.

UMNO AKAN DIHARAMKAN

MUHYIDDIN TIDAK CAMPUR URUSAN UMNO AKAN DIHARAMKAN ATAU SEBALIKNYA, TAPI MUHIDDIN BERCAKAP TENTANG TINDAKAN YANG MUNGKIN DIAMBIL OLEH ROS ?

APABILA MUHYIDDIN BERCAKAP TENTANG UMNO DAN ROS MUNGKIN SEKALI GUS IA MENGINGATKAN ROS TENTANG DANA PADA UMNO, MUNGKIN NANTI ROS TERLUPA, SEBAB ITU MUHYIDDIN INGATKAN.

MUHYIDDING TIDAK CAMPUR URUSAN UMNO SEKALIPUN ANGGOTA PARTI DIA YANG MEMBUAT LAPORAN, AGAK ADA SEDIKIT PELIK BIN AJAIB.

ROS MUNGKIN DIBAWAH KEMENTERIAN DIA, SEPATUTNYA ROS YANG ULAS, TAPI IA TIDAK BERLAKU. JADI UNTUK INGATKAN ROS MAKA MUHIDDIN TERPAKSA JOLOK-JOLOK ?

UMNO DAN AHLINYA TENTU SUDAH BERSIAP SEDIA UNTUK BUAT MESYUARAT TERGEMPAR DAN SETERUSNYA TELAH BERSIAP SEDIA UNTUK TUBUH PARTI BARU.

MENGHARAMKAN UMNO ADALAH UNTUK MENGELAKAN UMNO BEKERJASAMA DENGAN PAS. JADI k UMNO TIADA PILIHAN, IA TERPAKSA MENDAFTAR PARTI BARU.

PAK KARAMU CADANGKAN NAMA PARTI SEBAGAI PEKEMBAR.

Pak Karamu-

 

Muhyiddin serah pada ROS siasat Umno

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa beliau tidak akan masuk campur berhubung laporan terhadap Umno yang dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang laporan yang dibuat Pemuda PH susulan dakwaan yang mengatakan Umno menerima dana berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata beliau akan menyerahkan perkara itu kepada agensi berkaitan.

"Kita serahkan kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk menentukan kesan isu itu, jika benar, kepada sesebuah organisasi seperti parti politik.

"Perkara sedikit di luar skop tugas saya, kerana ada ROS yang akan menjalankan siasatan.
"Apa yang penting, perlu ada alasan yang kukuh tentang apa yang diketengahkan pihak tertentu," kata Muhyiddin kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Pemuda PH semalam membuat laporan itu selepas SPRM pada Jumaat lalu mengumumkan akan menyita RM270 juta dana daripada 41 pihak dikatakan menerima dana berkaitan dengan 1MDB, termasuklah RM212 juta yang akan dituntut daripada tujuh bahagian Umno negeri, dan bahagian Umno Pekan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pihaknya akan mencabar saman pelucutan hak itu di mahkamah.

Saman SPRM itu menimbulkan spekulasi bahawa ia percubaan untuk mengharamkan Umno.

Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tindakan Umno menerima dana yang dikatakan haram merupakan alasan yang kukuh untuk ROS memberi hukuman tegas kepada parti itu.

Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad berkata Umno bersedia untuk menubuhkan parti bari atau mengarahkan ahli parti menyertai parti lain sedia ada sekiranya Umno dibubarkan.

MEREKA MEWAKILI PENGKHIANAT YANG TELAH TINGGALKAN PAS

SEBENARNYA MEREKA ADALAH KUMPULAN PENGKHIANAT YANG MASIH MENJADI AHLI PAS.

PAS JANGAN NAFIKAN ADA MUSANG BERBULU AYAM DI DALAM PARTI TERSEBUT. 

KETIDAK TEGASAN PAS DALAM HAL KEAHLIANNYA MENYEBABKAN PAS AKAN MENDERITA DISATU HARI NANTI.

PAS TAK PERLU TUNGGU DAN LIHAT TERHADAP GOLONGAN PENGKHIANAT INI.

TENDANG MEREKA KELUAR PARTI.

PAS BUKA MACAM PARTI-PARTI DIBAWAH CELAH KANGKANG DAP.

-Pak Karamu- 

 

Hadi: Suara kebimbangan ahli PAS terpencil, terlalu sedikit

Wartawan Malaysiakini  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
MUKTAMAR PAS | Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kebimbangan yang disuarakan sebahagian anggota PAS bahawa Umno akan mengkhinati kerjasama dengan parti itu hanyalah "suara-suara yang terpencil". 

Kata Abdul Hadi, suara-suara tersebut hanya dilontarkan oleh muka-muka baru dalam parti, sedangkan muka-muka lama dapat menyambut dan menerima taawun siyasi PAS-Umno dengan baik. 

“Itu suara yang terpencil, terlalu sedikit (terdiri daripada) muka yang baru dengan PAS. 

“Mereka yang dah lama dan mengikuti budaya politik matang dan sejahtera akan dapat menerima keputusan (kerjasama) yang kami buat,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berakhirnya Muktamar PAS Pusat ke-65 yang berlangsung di Dewan Tertutup Sukpa, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita yang bertanyakan cara PAS menangani kebimbangan disuarakan sebahagian perwakilan dalam muktamar tersebut berhubung kerjasama itu. 

Sepanjang muktamar berlangsung, biarpun semua perwakilan menyokong taawun siyasi di antara PAS dan Umno, beberapa perwakilan menyuarakan kebimbangan mereka. 

Antaranya, Pemuda PAS Kedah yang menyarankan PAS perlu menjadi ketua dalam kerjasama 

Wakil PAS Kelantan juga menuntut Umno meminta maaf dan bertaubat dahulu kerana sukar melupakan penganiayaan dilakukan Umno terhadap Kelantan ketika mereka berkuasa, selain beberapa perwakilan lain yang meminta PAS untuk beringat terhadap perangai Umno semasa mereka berkuasa. 

Sementara itu, disoal pemberita berhubung kekeliruan usul Dewan Ulama berbunyi "memeterai taawun dan tahaluf siyasi dengan Umno" yang dibentangkan semalam, Abdul Hadi menjelaskan bahawa kerjasama mereka kini masih di peringkat taawun. 

Namun, katanya penerimaan usul tersebut menandakan PAS mendapat keizinan daripada parti bagi menjalinkan hubungan ke tahap lebih jauh iaitu tahaluf siyasi.

Tambahnya lagi, proses ke arah tahaluf siyasi dengan Umno sedang dimulakan. 

“Setakat ini taawun dulu, kerana bertahaluf ini ada syarat-syarat yang perlu dipersetujui bersama. Taawun ini kerjasama, tahaluf ini sejenis ikatan. 

“Usul itu mengizinkan semua - mengizinkan taawun, mengizinkan tahaluf,” jelasnya lagi.
Apabila disoal pemberita tentang jangkaan masa perjanjian tahaluf akan dimuktamadkan, Abdul Hadi bagaimnapun beberapa kali mengelak dengan memberikan jawapan kabur dan berkias seperti "kita tengok anak bulan dulu".

BERDOSA JIKA TIDAK TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN ?

ADAKAH FATUA INI BERKAIT DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA YANG DISEBUT OLEH PRESIDEN UMNO ?

JIKA HUKUMNYA WAJIB, BERERTI JIKA TIDAK TUMBANGKAN P.H BERERTI HUKUMNYA BERDOSA .

MAJLIS TOLONG SEBUTKAN NASNYA SEKALI SUPAYA RAKYAT/UMAT ISLAM TIDAK KELIRU.

ATAU INI NAMPAKNYA SUDAH SAMPAI MASA WAJIB BERJIHAD ?

-Pak Karamu-

 

Wajib jatuhkan PH, kata ketua ulama PAS

Wartawan Malaysiakini  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
MUKTAMAR PAS | Ulama Pusat PAS berpendirian wajib untuk mereka menjatuhkan kerajaan PH yang ada sekarang.

Ketuanya Dr Nik Zawawi Salleh berkata tiada khilaf (pertikaian) mengenai hal itu dan menggesa parti itu tidak banyak menoleh ke belakang.

"Parti kita, PAS, berhadapan dengan PH hukumnya adalah wajib. Menjatuhkan kerajaan yang sedia ada ketika ini hukumnya wajib," katanya yang kemudian disambut laungan takbir.

"Perkara ini kita jangan khilaf... jangan khilaf. Kita bergerak ke depan, jangan kita banyak menoleh ke belakang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi pihak Dewan Ulama Pusat PAS pada hujung muktamar yang bermula sejak Jumaat lalu di Stadium Tertutup Sukpa di Indera Mahkota, Kuantan hari ini.

Kata Nik Zawawi PAS perlu diletakkan pada sasaran yang jelas iaitu mahu menjadi kerajaan pusat dan tidak boleh bertahan dengan sekadar apa yang ada sekarang. Tambahan pula, katanya, dengan perkembangan semasa yang berlaku.

"Kalau kita lambat, kita ketinggalan. Kalau kita tak cekap, kita akan dicabar oleh orang lain," katanya.




Justeru kata Nik Zawawi, dengan usul agar PAS menjalin tahaluf siayasi yang - dan diluluskan sebulan suara - semalam, ia akan dijelaskan dari atas ke bawah.

Sayta nak bilang parti-parti lain yang ada dalam negara kita. 

"Kalau kita bilang parti-parti ini, dengan siapa kita nak bertahaluf? Adakah nak tahaluf dengan PAS (Amanah)? Adakah dengan DAP? 

"Kita masih ada lagi rakan-rakan lain dan alhamdulillah akhir-akhir ini - saya ucapkan jutaan terima kasih kepada parti yang menjadi tunggak kepada kaum-kaum yang ada dalam negara kita yang mula mendekati PAS (dan) mula memahami perjuangan dibawa pas," katanya yang sekali lagi disambut laungan takbir.

Kata Nik Zawawi kerjasama yang dijalin PAS adalah untuk kepentingan Islam dan keamanan dalam negara ini.

DUA BURUNG

5 Mesra Sungguh Anwar - Maszlee Berpegangan Tangan




Kalau 10 tahun dulu lelaki sama lelaki berpegangan tangan mungkin tiada siapa yang perduli. Namun, tidak sekarang dengan tersebarnya video intim lelaki dengan lelaki, perkara ini kini pasti menjadi satu topik bualan.

Pastinya kemesraan berpegangan tangan di antara Ahli Parlimen Port Dickson dan Ahli Parlimen Simpang Renggam sewaktu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Rasmi Menteri Pendidikan di Putrajaya, pasti mengundang senyuman netizen.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2019/06/mesra-sungguh-anwar-maszlee-berpegangan.html#GG5sOZ7E2XlsS2WW.99

TU BELUM LAGI BMF, FOREX HELICOPTER DLL

PATUT YANG LEBIH LAMA KASI SIANG DULU HMMMM, KENAPA AGAKNYA ? 

Isu 1MDB: Pemuda PAS tuntut PH mohon maaf

   
MUKTAMAR PAS | Pemuda PAS menggesa mana-mana individu - termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan - memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.

-Pak Karamu-

Siapa dalam senarai saman pelucutan hak SPRM?

Malaysiakini  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
PANDUANKINI | Latheefa Koya mengambil langkah pertamanya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam dengan mengumumkan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha mendapatkan semula RM270 juta aset yang berkaitan 1MDB.

Daripada 41 pihak yang didakwa telah menerima dana daripada akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, 15 adalah entiti politik.

Daripada senarai yang dikeluarkan SPRM itu, lapan bahagian Umno (termasuk dari wilayah persekutuan) didakwa terlibat iaitu dari negeri Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Perak, Kelantan, Pahang dan Pekan (Pahang).

Latheefa berkata sebahagian besar daripada wang itu - iaitu RM212 juta (78.5 peratus) - akan dituntut daripada Umno.

Selain itu, turut didakwa menerima dana tersebut adalah BN Johor Bahru, Wanita MCA, MCA Pahang, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokrasi Liberal Sabah (LDP).

Umno berikrar untuk berdepan saman pelucutan hak itu di mahkamah.

Manakala MCA menjelaskan bahawa mereka tidak menyedari sumber dana yang diterima pada tahun 2013.

Dalam PANDUANKINI ini, Malaysiakini melihat lebih dekat beberapa individu, yayasan dan syarikat yang disebut dalam pelucutan hak sivil SPRM.

Senarai ini dibekalkan oleh SPRM dalam sidang media semalam.

Ibrahim Awang Ismail
Laporan berita sebelumnya telah menamakannya sebagai pengerusi biro pendidikan Umno Pekan. Dari tahun 2008 hingga 2013, dia adalah wakil rakyat Peramu Jaya, sebuah kawasan di bawah kerusi Parlimen Pekan.

Kasitah Gaddam
Seorang ahli politik Umno Sabah yang menjadi menteri pembangunan tanah dan koperasi dari tahun 1999 hingga 2004.

Ismail Abd Muttalib
Ahli Parlimen Maran selama empat tahun. Dia adalah timbalan menteri sumber manusia dari tahun 2013 hingga tahun lepas apabila BN kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke-14.

Hasan Malek
Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dan pernah menjadi menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan dari 2013 hingga 2015.

Sim Sai Hoon
Juga dikenali sebagai Rita Sim, dia adalah pengarah firma penyelidikan Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi pengarah eksekutif Sin Chew Media Corp Bhd.

Seorang saksi dalam perbicaraan SRC International Najib yang kini sedang berjalan. Sebelum ini dia memberi keterangan bahawa dia menerima RM300,000 daripada bekas perdana menteri itu untuk menjalankan analisis harian akhbar Cina dari Disember 2014 hingga Januari 2015.

Abdul Manan Ismail
Pernah menjadi ahli parlimen Umno Paya Besar selama dua tahun, meninggal dunia pada Februari 2018. Allahyarham juga pernah menjadi ketua bahagian Umno Paya Besar.

Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
Sebuah organisasi belia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menyokong kempen 1Malaysia yang diasaskan Najib.

Yayasan PBAKM
PBAKM bermaksud Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia, sebuah organisasi untuk bekas pekerja Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Yayasan itu bertujuan menjaga kebajikan bekas pegawai Kemas dan keluarga mereka.
Binsabi Sdn Bhd
Sebuah syarikat penganjur acara yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Sabiamad Abdul Ahad.

Menurut laman webnya, senarai bekas kliennya termasuk Pejabat Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Umno.

Rayhar Travels Sdn Bhd
Sebuah agensi pelancongan yang menumpukan kepada ibadah umrah dan haji, mereka juga menawarkan pakej percutian halal ke tempat lain.

Syarikat itu memaklumkan bahawa pihaknya menerima bayaran tersebut dari seorang individu yang menaja rakyat kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada tahun 2013.

K & Z Enterprise Sdn Bhd
Pengilang pakaian yang berpusat di Johor. Menurut laman webnya, mereka mempunyai kilang di Kemboja dan eksport ke UK, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

IPG Mediabrands Sdn Bhd
Sebuah agensi pemasaran antarabangsa, pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.

Media Edge CIA (M) Sdn Bhd
Syraikat media antarabangsa di bawah kumpulan syarikat GroupM, pejabat mereka di Damansara, Kuala Lumpur.

Hattatex Trading
Kedai tekstil terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.
Jakel Trading & Jakel Trading Sdn Bhd
Pemborong dan pengedar tekstil yang terkenal. Menurut laman webnya, antara lain mereka menyediakan "pakaian untuk pekerja sektor kerajaan". 
 Selain itu Jakel mempunyai kepentingan perniagaan dalam pembangunan hartanah dan pusat membeli-belah.

Perano Sdn Bhd
Anak syarikat Jakel Trading Sdn Bhd yang memiliki kedai Galeri tudung dan selendang, jenama Hajra .

AGA Touch (M) Sdn Bhd
Berpusat di Kota Kemuning, Selangor, mereka memperkenalkan diri sebagai "platform penyelesaian pelbagai perniagaan" berkaitan data besar (big data).

Menurut laman webnya, beberapa pelanggan yang pernah menggunakan khidmat mereka termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).

Habib Jewels Sdn Bhd
Syarikat menjual emas terkenal tempatan yang beribu pejabat di Ampang, Selangor.
Habib berkata semua transaksi syarikat mereka dilakukan dengan telus dan mempunyai rekod.

Naza Quest Auto Sdn Bhd
Naza Group merupakan pengedar General Motors dari AS yang merupakan pengeluar kereta jenama Chevrolet. Syarikat itu melepaskan hak pengedaran Nov lalu.

Naza Group berkata pihaknya sudah menerima notis yang memaklumkan SPRM memfailkan permohonan melucutkan wang bernilai RM269,662 daripada Naza Quest Sdn Bhd berhubung dengan pembelian empat kereta Chevrolet.

Bustari Yusof
Beliau digambarkan sebagai "orang kanan" Najib, ahli perniagaan Sarawak yang mempunyai kepentingan dalam pelbagai sektor termasuk ladang, penjagaan kesihatan, pembinaan serta minyak dan gas. 

Dia adalah pemegang saham utama dalam kumpulan minyak dan gas Petra Energy Bhd.
Dia juga merupakan saudara kepada bekas menteri kerja raya BN Fadillah Yusof.
Yayasan Penyelidikan Transformasi (Fort)
Yayasan yang ditujukan untuk menyelidik "transformasi", diketuai oleh penasihatdan pembantu khas Najib, Khairil Annas Jusoh.

Pada 2016, Najib telah merasmikan buku 467 muka surat oleh Fort yang meraikan 40 tahun bekas perdana menteri itu dalam politik.
Yayasan Rahah
Dinamakan sempena nama ibu Najib, Rahah Mohammad Noah, program tersebut berasaskan kebajikan dan pendidikan untuk kanak-kanak dan Orang Asli.

Yayasan ini juga dikatakan menawarkan biasiswa kepada universiti tempatan.

VEDIO SEMBURIT TULEN - ELLI SURIATI

JIKA VIDEO SEMBURIT TULEN ? ADAKAH  DALAM PKR DAH RAMAI YANG MENJADI GAY ? INI SANGAT MENAKUTKAN !

UZTAZ DAN USTAZAH DI DALAM PARTI ITU ADA NAK KOMEN  ?

APA KATA JIKA MASA KEMPEN POLITIK NANTI ISU BESARNYA SEMBURIT ?
 ALANGKAH JANGGALNYA.

ELOK TUKAR SAHAJA NAMA PARTI ITU, MUDAH-MUDAHAN RAKYAT ADA YANG MASIH PERCAYA !

JIKA TAK TUKAR NANTI ADA YANG TUDUH PARTI SEMBURIT !

-Pak Karamu-

Analisis Elli Suriati: Video intim itu tulen

Hiburan  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Pelakon dan pengarah filem, Elli Suriati yakin ketulenan video intim yang didakwa melibatkan menteri kabinet dan diakui anggota PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai salah seorang pelakunya.

Menurutnya, jika sesuatu video ingin diedit, ia memerlukan beberapa sudut rakaman.

“Kalau nak edit, dia kena ada banyak angle (sudut). High angle, top shot, frontal, title shot dan sebagainya, jadi bila kamu edit, baru dapat bermacam-macam angle,” ujarnya dalam suatu video yang dimuat naik di Youtube.

Menurutnya, video intim tersebut tidak menggunakan mana-mana sudut yang dikatakannya, malah hanya menggunakan sudut lebar (wide angle) serta kamera yang digunakan untuk merakam berada dalam keadaan statik.

Dia juga mengulas mengenai teknik edit menggunakan badan pendua (body double).
Katanya, jika seseorang itu menggunakan khidmat badan pendua, ia memerlukan beberapa lagi teknik berbeza.

“Kalau orang berlakon dan pakai body double, akan ada back shot, frontal shot. Kita akan cut backshot menggunakan body double, dan untuk frontal shot, kita menggunakan muka si pelakon,” jelasnya lagi

Layar hijau filem Penanggal

Ellie mendakwa aspek ini sahaja telah cukup untuk menunjukkan bahawa terdapat hanya dua orang sahaja dalam video tersebut tanpa kehadiran orang lain.

Menurutnya, jika ada unsur suntingan, tidak mungkin warna kulit muka dan kulit leher pelaku dalam video tersebut adalah sama.

Elli juga mengulas mengenai penggunaan teknik Imej Janaan Komputer (CGI). 

Jelas Ellie lagi, bagi mengaplikasikan teknik CGI diperlukan pakaian khas berwarna hijau dan dia tidak dapat mengesannya di dalam klip video lucah tersebut.


"Jika seseorang ingin menggunakan teknik tersebut ke atas tubuh badan, seseorang perlu menggunakan pakaian khas berwarna hijau.

“Kalau nak CGI badan, kena pakai baju warna hijau tu. 

"Saya pernah buat green screen (layar hijau) untuk filem saya, Penanggal dan muka dalam video tersebut sangat mirip (dengan mereka yang terlibat).”

“Badan tu tetap la badan tu. Muka tu tetaplah muka tu," katanya.

Edit pemidang demi pemidang

Ellie juga menyangkal kenyataan yang tersebar di media sosial yang mengatakan hasil gubahan video dapat siap diedit dalam masa setengah jam.

“Semalam saya baca dia Facebook mengatakan bahawa kalau bayar RM400, setengah jam boleh siap.”

That’s totally bullshit (itu semua mengarut),” tegasnya.

Menurutnya, jika ingin menggunakan teknik edit yang sempurna tanpa sebarang cela, ia perlu dilakukan dengan terperinci.

“Kalau awak nak kata benda ini edit, tidak ada satu pun yang menunjukkan kepala dia tidak selari (glitch) dan kalau awak nak edit macam itu, awak kena buat dari satu pemidang ke pemidang (frame by frame) filem.”

“Berapa saat untuk setiap pemidang yang perlu awak tukar?” Soalnya.

Elli selanjutnya berkata dia meletakkan wibawanya selaku seorang pengarah filem dan drama televisyen yang biasa dengan visual dalam memberikan analisisnya mengenai isu klip video intim itu.
“Saya pengarah. Saya biasa dengan visual. 

"Itu memang kelebihan dan juga sumber rezeki saya. Saya mengatakan bahawa video tersebut adalah tulen.”

“Kalau tak percaya cakap saya, pihak polis akan buat siasatan secara terperinci lagi," katanya lagi.

AKAL TIDAK MASUK

ALANG-ALANG SELUK PEKASAM ?

ORANG KATA, ORANG KATA, ORANG KATA, ANUAR DISYAKKI ? ITULAH WARTAWAN KATA ? 

JIKA ORANG LAIN SYAK, MAKA ITU BUKANLAH TUDUHAN, TETAPI MACAM TUDUH LA JUGA, KERANA RAKYAT BUAT NUJUM-NUJUM PAK BELALANG.

YANG SYAK TIDAK ADA AKAL SEBAB ITU TIDAK MASUK AKAL, JIKA MASUK AKAL APA YANG ORANG AUSTRALIA BILANG, IAITU VIDEO ASLI.

SEBENARNYA RAKYAT DAH DAPAT BACA, TAPI BACAAN RAKYAT TIDAK MASUK AKAL ? APA BUKTI ? SUMPAH LAKNAT ?

  Azmin yakin video seks libat ‘orang dalaman’ PKR

   
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin bahawa video seks yang didakwa melibatkan dirinya didalangi oleh "orang dalaman" parti itu.

"Ya, saya yakin, saya yakin," katanya kepada pemberita susulan seorang ketua PKR negeri yang dilaporkan hilang. tidak dapat dikesan. dan gagal dihubungi sejak klip video pertama mengenai skandal seks yang dikatakan melibatkan Azmin, 

 yang mengaku sebagai seorang lagi individu dalam klip video tersebut, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke Manila.

-Pak Karamu-

Tak masuk akal, kata Anwar

Haspaizi Zain  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, menyifatkan adalah tidak masuk akal untuk mana-mana pihak mengaitkan beliau dengan penyebaran video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Bahkan anggota parlimen Port Dickson itu juga seakan memberi nasihat kepada wartawan agar tidak menyatakan sesuatu yang "tidak benar".

"Kamu (wartawan) tidak boleh kata benda yang tidak benar," katanya.

Tambah Anwar untuk membuat sesuatu tuduhan perlu ada bukti yang berkaitan. Sebaliknya, kata beliau, tindakan itu tidak wajar dilakukan sama sekali.

"Tidak masuk akal langsung untuk kita meletakkan keraguan kepada pihak lain tanpa sebarang bukti," katanya.

Anwar ditemui selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia di Petaling Jaya malam ini.

Anwar pada 16 Jun menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Enggan buat telahan

Ia melibatkan seorang pemimpin Pemuda PKR peringkat cabang, Haziq Abdullah Abdul Aziz. Dia dalam dakwaannya mengaku berasmara dengan Azmin.

Bagaimanapun Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan tuduhan tersebut.

Ketika siasatan masih dijalankan pendedahan tersebut dilihat sebahagian daripada kesan persaingan dua kumpulan berbeza dalam PKR.

Kata Anwar tidak ada sebab untuk beliau atau penyokongnya terlibat dalam perbuatan sedemikian.

Sementara itu, mengenai isu ketulenan video intim berkenaan, Anwar berkata lebih baik ia diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasatnya.

Beliau mengulas laporan media Australia yang mendakwa tiada sebarang bukti menunjukkan video tersebut dimanipulasi. Ia sekali gus menguatkan teori bahawa klip video itu adalah tulen.

"Itu satu penelitian yang dibuat. Saya fikir kita serahkan kepada pelaksanaan pihak PDRM. 

“Dengan itu, saya tidak mahu buat apa-apa telahan," katanya lagi.

Dalam pada itu Anwar berkata perpaduan dalam parti itu tidak terjejas disebabkan sentimen dan "fitnah" yang melanda.

DENDAM KESUMAT YANG MEMBARA

Husam sepina MB Kelantan ke mahkamah

N Faizal Ghazali  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob dan seorang exco kerajaan negeri disepina susulan perbicaraan kes saman Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terhadap Pengerusi PH Kelantan, Senator Husam Musa.

Sepina tersebut dikemukan Husam bagi membolehkan Ahmad dan Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Keusahawanan, Hanifa Ahmad turut tampil memberi keterangan.

Husam ketika dihubungi Malaysiakini berkata, perbicaraan kes tersebut akan bermula hari ini hingga19 Jun 2019 di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu. 

"Saya mengemukakan sepina ini supaya kedua-dua mereka dapat hadir memberi keterangan dalam kes ini. 

"Saya harap menteri besar dan Hanifa akan hadir. Kita dapat lihat macam mana menteri besar Kelantan bercakap di mahkamah nanti, " katanya. 

Terdahulu, pada Mei 2018 AKSB mengambil tindakan menyaman Husam yang juga naib presiden Amanah berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam syarikat itu. 

Dalam satu pendedahan sebelum ini Husam mendakwa wujud ketidaktelusan dalam kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II. 

Husam yang juga bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) Salor pada 5 Mac tahun lalu menggesa penjelasan kerajaan negeri berhubung pemberian tender projek bernilai RM27.1 juta itu.

Menurutnya, surat tawaran tender projek diberikan kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV pada 22 Januari 2015 sedangkan ketika itu syarikat berkenaan masih belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sedangkan katanya, Cdah Construction Jangka Prestasi JV hanya didaftarkan pada 9 Mac 2015.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Ubaidillah Alis menyatakan bosnya tidak akan hadir ke mahkamah dalam perbicaraan kes itu. 

"Tak (hadir). Menteri besar tak perlu hadir. Hanya penasihat undang-undang negeri dan AKSB yang terlibat," katanya ringkas. 

Sementara itu, Ahmad mengesahkan peguam sudah memohon penolakan sepina tersebut.
"Saya melalui peguam membuat penolakan terhadap sepina tersebut. Memang tidak sepatutnya (disepina), lagipun hari ini ada persidangan DUN (dewan undangan negeri)," katanya ketika ditemui di lobi dewan persidangan Dun Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

SIAPA KEPIMPINAN PKR NAK JAWAB NI. SAIFUDDIN ?


Azmin minta pemimpin PKR jelaskan: Siapa bagi maklumat?

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti.

Azmin berkata malahan dirinya yang juga merangkap timbalan presiden PKR itu tidak memiliki akses terhadap maklumat sedemikian.

"Ini sudah tentulah mencemaskan, bahawa kepimpinan mestilah memutuskan untuk menyiasat perkara tersebut.

"Kumpulan WhatsApp (yang menyebarkan video itu) mengandungi semua nombor telefon pemimpin cabang dan juga pemegang jawatan lebih rendah pada peringkat cabang (PKR).

"Saya tidak ada akses terhadap maklumat sedemikian. Jadi soalannya sekarang, siapa yang menyediakan maklumat ini dan siapa yang menubuhkan kumpulan WhatsApp ini?

Anggota PKR temani Haziq

"Terdapat kumpulan (WhatsApp) untuk Sabah, satu kumpulan untuk Sarawak dan satu lagi untuk Semenanjung, jadi ini memerlukan penjelasan kepimpinan," kata Azmin kepada pemberita hari ini selepas hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Gombak Setia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan mengenai beberapa anggota PKR menemani Haziq Abdullah Abdul Aziz ketika dilepaskan daripada tahanan polis semalam.

Haziq sebelum ini mendakwa dirinya salah seorang individu di dalam video lucah yang disebarkan itu.
Azmin juga berkata beliau menerima laporan bahawa pihak yang menyebarkan video tersebut mengelak menggunakan Facebook dan Instagram bagi menghalang alamat IP (protokol internet) mereka daripada dikesan.

Ketika ditanya sekiranya beliau akan menggesa lembaga disiplin PKR mengambil tindakan berhubung perkara ini, Azmin berkata terserah kepada badan itu untuk memutuskan apa yang terbaik untuk parti.

"Jika kita mahu memastikan parti ini masih relevan dan diterima orang ramai, maka sesuatu perlu dilakukan," katanya lagi.

Beliau juga mengulangi pendiriannya yang tiada hasrat untuk mengambil cuti kerana hal itu menunjukkan "seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan."

Susulan penyebaran siri klip video lucah yang dihantar secara khusus kepada wartawan dan anggota PKR di media sosial, Haziq juga mendakwa Azmin merupakan seorang lagi individu yang dipaparkan rakaman itu.

Azmin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jahat dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

Haziq ialah ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.

PERPADUAN DALAM P.H BERTAMBAH ERAT


Jangan gelojoh dengan peralihan kuasa, kata Wan Saiful

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
"Jangan gelojoh dengan peralihan kuasa".

Itu teguran dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan susulan gesaan agar tempoh peralihan kuasa ditetapkan bagi menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada gesaan kumpulan Otai Reformis semalam.

"Dalam disiplin berorganisasi, kita orang Islam diajar jangan menjadi golongan "musta'jilun" atau golongan gelojoh. Maka jauhilah golongan musta'jilun sebegini.

"Sebaliknya dalam mengusahakan reformasi, sikap yang lebih baik ialah "tadarruj", atau melakukan perubahan secara berperingkat dan tersusun," katanya yang turut menyiarkan tangkap layar berita mengenai gesaan kumpulan itu di Facebooknya.

Semalam, kumpulan Otai Reformis berkata perdana menteri perlu menetapkan satu garis masa untuk menyerahkan jawatan nombor satu dalam kerajaan kepada Anwar selepas prestasi pentadbiran Putrajaya ketika ini dilihat merudum. 

"Dalam setahun ini, nak terus terang, adakah masyarakat Malaysia puas hati tentang pentadbiran kerajaan di Putrajaya?

"Tahap keyakinan, pelaburan, ekonomi turun. Jadi berapa lama kita akan menunggu, sekurang-kurangnya kena ada garis masa (beri jawatan pada Anwar). Jadi pelabur atau masyarakat akan tahu jika hendak membuat pelaburan dan sebagainya," kata pengerusinya Dr Idris Ahmad.

Bagaimanapun Wan Saiful berkata tidak ada sesiapa menafikan peralihan kuasa akan berlaku, namun apa yang perlu dilakukan kini adalah memastikan asas negara dibina semula dengan kukuh agar peralihan kuasa berlaku dengan baik. 

"Jika proses membina semula negara itu dirosakkan oleh mereka yang tidak sabar ini dan jika seterusnya ini menyebabkan proses transisi tidak lancar atau terus gagal, maka golongan yang gelojoh inilah yang wajar dipersalahkan," tegasnya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.