Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIASALAH ! TUGAS IBLIS DAN SYAITAN MEMANG BEGITU !


‘Media cuba pecah belahkan PAS menjelang muktamar’

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
Naib Presiden PAS Iskandar Samad mendakwa terdapat usaha “media tertentu” untuk memecahbelahkan anggota parti itu menjelang muktamarnya akhir bulan ini.

“Terdapat media yang memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli PAS berpuak-puak.
“Seolah-olah mereka fanatik menyokong pemimpin tertentu dan menolak pemimpin tertentu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari lepas rakan sejawatnya Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan kesediaan untuk mempertahankan jawatan pada pemilihan muktamar ke-65, di Kuantan pada 19 hingga 22 Jun ini.

Iskandar yang belum mengumumkan pendirian dalam muktamar kali ini berkata pemilihan dalam PAS bukan seperti parti-parti lain. 

“Ia bukan perlumbaan untuk mengejar jawatan tetapi perlumbaan untuk membuat kebajikan.

“Pemilihan berjalan di dalam suasana harmoni dan tidak ada bermasam muka selepas keputusan diumumkan. Pimpinan dan ahli-ahli terus bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata usaha itu mungkin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

“Ia tambahan kepada usaha-usaha untuk menggagalkan kerjasama Umno-PAS yang dilakukan secara berterusan,” katanya.

Kelmarin Malaysiakini memetik sumber melaporkan Anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara pemimpin dikatakan bakal bertanding jawatan naib presiden PAS.

Turut menyandang jawatan itu ialah bekas anggota parlimen Changkat Jering Idris Ahmad. 
Idris juga belum mengumumkan sama ada bertanding atau tidak kali ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ya menantu ayohchik tu mmg iblis dan syaitan. Ada ke patut dia nak cantas geng kartel dedak. Ishhh mmg tak patut.. Mmg iblis.

Anonymous said...

Buang jer din ayam tu. Kacau jemaah jer. Kita nak gabung dgn umno pun susah kalau ada din ayam. Kasi sembelih jer ayam tu kikiki

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.