ADAKAH FATUA INI BERKAIT DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA YANG DISEBUT OLEH PRESIDEN UMNO ?
JIKA HUKUMNYA WAJIB, BERERTI JIKA TIDAK TUMBANGKAN P.H BERERTI HUKUMNYA BERDOSA .
MAJLIS TOLONG SEBUTKAN NASNYA SEKALI SUPAYA RAKYAT/UMAT ISLAM TIDAK KELIRU.
ATAU INI NAMPAKNYA SUDAH SAMPAI MASA WAJIB BERJIHAD ?
-Pak Karamu-
Wajib jatuhkan PH, kata ketua ulama PAS
MUKTAMAR PAS | Ulama Pusat PAS berpendirian wajib untuk mereka menjatuhkan kerajaan PH yang ada sekarang.
Ketuanya
Dr Nik Zawawi Salleh berkata tiada khilaf (pertikaian) mengenai hal itu
dan menggesa parti itu tidak banyak menoleh ke belakang.
"Parti
kita, PAS, berhadapan dengan PH hukumnya adalah wajib. Menjatuhkan
kerajaan yang sedia ada ketika ini hukumnya wajib," katanya yang
kemudian disambut laungan takbir.
"Perkara ini kita jangan khilaf... jangan khilaf. Kita bergerak ke depan, jangan kita banyak menoleh ke belakang," katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi pihak Dewan Ulama
Pusat PAS pada hujung muktamar yang bermula sejak Jumaat lalu di Stadium
Tertutup Sukpa di Indera Mahkota, Kuantan hari ini.
Kata Nik
Zawawi PAS perlu diletakkan pada sasaran yang jelas iaitu mahu menjadi
kerajaan pusat dan tidak boleh bertahan dengan sekadar apa yang ada
sekarang. Tambahan pula, katanya, dengan perkembangan semasa yang
berlaku.
"Kalau kita lambat, kita ketinggalan. Kalau kita tak cekap, kita akan dicabar oleh orang lain," katanya.
Justeru
kata Nik Zawawi, dengan usul agar PAS menjalin tahaluf siayasi yang -
dan diluluskan sebulan suara - semalam, ia akan dijelaskan dari atas ke
bawah.
Sayta nak bilang parti-parti lain yang ada dalam negara kita.
"Kalau
kita bilang parti-parti ini, dengan siapa kita nak bertahaluf? Adakah
nak tahaluf dengan PAS (Amanah)? Adakah dengan DAP?
"Kita masih
ada lagi rakan-rakan lain dan alhamdulillah akhir-akhir ini - saya
ucapkan jutaan terima kasih kepada parti yang menjadi tunggak kepada
kaum-kaum yang ada dalam negara kita yang mula mendekati PAS (dan) mula
memahami perjuangan dibawa pas," katanya yang sekali lagi disambut
laungan takbir.
Kata Nik Zawawi kerjasama yang dijalin PAS adalah untuk kepentingan Islam dan keamanan dalam negara ini.
0 orang berkata:
Post a Comment