ANUAR JADI PIEM SELEPAS PRU 15
-Pak Karamu-
Tidak boleh tukar PM seperti tukar kasut - Hadi Awang
Peralihan jawatan perdana menteri tidak boleh dibuat secara
tergesa-gesa kerana proses itu bukan semudah mahu menukar kasut, kata
Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Mengulangi komitmennya memberi
dukungan penuh kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri
sehingga akhir penggal, Abdul Hadi berkata perdana menteri hanya perlu
digantikan sebaik sahaja tempohnya "matang" dan keadaan negara stabil.
Beliau dilaporkan berkata bahawa Mahathir harus diberikan peluang untuk menyelesaikan tugas-tugasnya.
“Kalau
belum tempoh matang macam mana nak tukar? Tak kan nak tukar (perdana
menteri) tengah jalan? Jadi Perdana Menteri bukan macam pakai kasut yang
sekejap-sekejap boleh ditukar, biar sampai betul-betul stabil.
“Beliau
(Dr Mahathir) ada pengalaman dan merupakan perdana menteri yang paling
lama, jadi bagi peluang kepadanya selagi beliau mampu melaksanakan tugas
itu,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Online semalam.
Abdul
Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, Dr Mahathir tidak wajar dipaksa
melepaskan jawatan sebagai perdana menteri kerana beliau telah memimpin
PH pada pilihan raya lalu dan dipilih majoriti rakyat.
Di samping
itu, beliau juga pernah menyatakan bahawa Dr Mahathir tidak sepatutnya
meletakkan jawatan jika hanya mahu memberi laluan kepada Presiden PKR,
Anwar Ibrahim untuk mengambil alih jawatan tersebut.