ATEE ? KALO DAH LAGU TU BAGI LA NUAR TU JADI MENTERI, SEKURANGNYA MENTERI PELANCUNG.
ATAU SELEBIHNYA MENTERI WILAYAH, LEPEH PRU 15 HANTAR PI LA JADI DUTA KE MYANMAR, OK LA TUUU !
-Pak Karamu-
Dr M perlu jadi PM hingga akhir penggal - Azmin
Menteri ekonomi Azmin Ali berkata Dr Mahathir Mohamad
perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin
kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.
Beliau
berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi
Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno kepada
Mahathir.
“Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah
saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat
direalisasikan dengan segera,” katanya.
Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Mengikut
perjanjian dalam Pakatan Harapan, Mahathir akan menyerahkan teraju
kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. Tiada tempoh masa
khusus dinyatakan.
Selepas
memenangi pilihan raya umum lalu, Mahathir berkali-kali berdepan soalan
berkaitan tempoh masa penyerahan kuasa itu dan berjanji akan
mengotakannya.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, partinya Bersatu
makin giat menambah kerusi parlimen dengan menerima kemasukan wakil
rakyat Umno yang berpaling tadah.
PAS, walaupun menjadi
pembangkang, berjanji akan memberikan sokongan di Dewan Rakyat sekiranya
terdapat undi tidak percaya dikemukakan di parlimen.
Dalam
kenyataan hari ini, Azmin berkata dukungan bipartisan - kerajaan dan
pembangkang - terhadap Mahathir merupakan lembaran baru dalam politik
Malaysia.
Ia, katanya, menjadikan kepentingan rakyat sebagai
keutamaan, termasuk dalam pindaan perlembagaan bagi merendahkan had
mengundi kepada 18 tahun baru-baru ini.
“Sokongan tersebut adalah
bukti keyakinan terhadap kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir yang berhemah
tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,”
katanya.
2 orang berkata:
Hingga akhir nanti..
Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pembangunan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Hutang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan tingkat bunga rendah per tahun untuk individu, perusahaan dan badan usaha. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus menghubungi kami melalui
Hanya WhatsApp: (+ 62822 74045059
Telp .... (+ 62822 74045059
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Post a Comment