MALAYSIA BARU DENGGIPUN BARU. MASA BN PERINTAH DENGGI TAKUT NAJIB,MASA MAHADHIR PERINTAH DENGGI TAK TAKUT MAHADHIR, TU SEBAB NYAMUK BERMAHARAJALELA
-Pak Karamu-
Kes denggi meningkat 89.5 peratus tahun ini
Sebanyak 72,356 kes denggi dilaporkan di Malaysia sepanjang
Januari hingga 20 Julai tahun ini berbanding 38,190 kes pada tempoh yang
sama tahun 2018, peningkatan drastik sebanyak 89.5 peratus pada 2019.
Menteri
Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes kematian yang disebabkan
penyakit itu juga meningkat sebanyak 108 kematian berbanding 61 kes
tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.
"Kes denggi telah menunjukkan peningkatan bermula bulan Mei tahun ini,” katanya satu dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Dr
Dzulkefly menjelaskan negeri Selangor merekodkan kes denggi tertinggi
sebanyak 40, 849 kes manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Putrajaya merekodkan sebanyak 8,794 kes, diikuti Johor sebanyak 6,057
kes.
Iklan
Sementara
itu menurut Dr. Dzulkefly, sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat
kebangsaan juga disambut bersekali dengan Konvensyen COMBI
(Communication For Behavioral Impact) dan tema yang dipilih tahun ini
ialah “Banteras Denggi, bermula dengan saya”.
Beliau berkata tema
ini bertepatan untuk membuktikan peranan setiap individu dan komuniti
amat penting bagi aktiviti pencegahan denggi.
Beliau juga
menegaskan semua pihak termasuk masyarakat, agensi swasta dan media
memainkan peranan penting bagi menjamin kejayaan pencegahan Denggi
secara berterusan.
- Bernama
1 orang berkata:
Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pembangunan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Hutang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan tingkat bunga rendah per tahun untuk individu, perusahaan dan badan usaha. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus menghubungi kami melalui
Hanya WhatsApp: (+ 62822 74045059
Telp .... (+ 62822 74045059
Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)
Post a Comment