ISHAM JALIL KENA BUAT CONTOH KETUA POLIS NEGARA MEMBUAT KENYATAAN BERKAITAN POLITIK RAKYAT NAK NILAI
-Pak Karamu-
'Saya ketua polis untuk negara, bukan parti politik'
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menafikan tuduhan seolah-olah
beliau berat sebelah terhadap parti politik di negara ini dan hanya
menyerang pihak pembangkang.
Beliau berkata tugasnya sebagai Ketua
Polis Negara termasuklah memerhati serta menegur pihak yang berkaitan
dan bukannya bersifat menyebelahi.
"Ada yang suruh saya meletakkan
jawatan dan mengatakan saya masuk campur dalam hal politik. Bila saya
mengeluarkan kenyataan begitu?
"Saya tidak boleh menyebelahi, sekiranya kerajaan salah pun saya tegur sebelum ini begitulah peranan saya," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Op Bersepadu
Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak hari ini.
Turut
hadir Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) Abdul Kadir Abu Hashim serta Pengarah Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani.
"Jangan
buat tuduhan melulu seolah-olah saya ini adalah Ketua Polis Negara
Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan
untuk parti politik," katanya.
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mencampuri urusan politik apatah lagi membuat kenyataan berbaur politik.
"Parti
yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan
kerajaan, itu peranan dia tetapi saya pula dikatakan serang parti
pembangkang. Saya minta orang yang buat tuduhan itu supaya dengar
baik-baik apa yang saya cakap," katanya.
Beliau mengulas kenyataan
Presiden Sukarelawan Malaysia Isham Jalil yang meminta Abdul Hamid agar
tidak bersikap berat sebelah kepada mana-mana parti politik dan
meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara sekiranya ingin membuat
kenyataan berkaitan politik.
1 orang berkata:
ni semua nada suara org yg kecewa.
Post a Comment