Menjawab Lim Kit Siang, Lupakan Saja Retorik Malaysia Baru
Saya
membaca keluhan dan kekecewaan YB Lim Kit Siang seperti berita yang
tersiar di Malaysiakini bertarikh 28 Ogos 2019 yang bertajuk ‘Patutkah
saya lupakan Malaysia Baru dan berundur, soal Kit Siang’.
Saya rasa
terpanggil memberikan pandangan berhubung kenyataan YB itu sendiri. Saya
sarankan YB melupakan sahaja retorik Malaysia Baharu.
Pasti YB sendiri
sangat sedar bukan, bahawa Malaysia Baharu itu tidak diasaskan pada
pemikiran politik yang sebenar?
Pertama, tiada yang baru tentang Malaysia setelah kemenangan PH. Apa
yang barunya tentang drama Anwar Ibrahim yang terus berharap untuk
menggantikan Tun Mahathir? Maaf, setakat ini belum ada kekosongan
jawatan.
Apa yang barunya dengan dasar-dasar PH yang hanya menjenamakan
semula program lama? Dulu Lynas bakal menjadikan Malaysia beracun.
Sekarang ia diteruskan dengan seribu justifikasi.
Apa yang barunya dengan penipuan pemansuhan tol oleh YB Tony Pua,
penghapusan bayaran hutang PTPTN dan kos sara hidup yang tinggi?
Apa
yang barunya dengan naratif kononnya Sabah dan Sarawak tidak terbela
dengan baik? Sedangkan kini sekolah-sekolah di Sarawak diugut oleh anak
YB sendiri agar tidak diberikan bantuan sehinggalah hutang Kerajaan
Negeri lunas.
Apa yang barunya apabila berjuta peluang pekerjaan yang dijanjikan
sebelum ini rupanya dijawab dengan memperkenalkan Gojek.
Barangkali 300
ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang dijanjikan untuk
dibawa pulang sebelumnya kini akan berlumba-lumba pulang demi merebut
peluang keemasan ini.
Apa yang barunya bila Menteri Pendidikan, sehingga sekarang tidak
boleh membuat keputusan sama ada UEC akan diiktiraf atau tidak.
Biarpun
itu adalah manifesto PRU. Apa yang barunya, jika YB sendiri gagal
meyakinkan masyarakat Cina dan India untuk menerima khat di sekolah
vernakular.
Sedangkan, kalian mendendangkan Malaysia yang lebih terbuka,
tidak rasis dan tidak prejudis.
Apa yang barunya bila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Polis Negara,
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Ketua Pesuruhjaya SPAD, 13 pegawai
penyelaras sukan negeri dan pelbagai lantikan ke institusi awam dan
akademik dibuat tanpa melalui proses dan mekanisme yang kamu janjikan.
Malah, hampir kesemuanya adalah lantikan politik dari kalangan parti
dalam pakatan anda?
Apa yang barunya dengan retorik Perdana Menteri dan rakan-rakan YB
tentang kebanjiran pelabur China di Johor adalah satu penjajahan dan
penjualan negara.
Yang peliknya, kini semua itu semakin digalakkan.
Sehinggakan pembinaan rumah kos rumah pun hendak diserahkan kepada
kontraktor China.
Apa yang barunya dengan cerita hutang negara yang melambung?
Sedangkan kini Kerajaan merancang untuk menerbitkan pula Bon Samurai
Kedua biarpun setelah menambah hutang negara ke tahap yang sangat
menggerunkan?
Apa yang barunya tentang luar bandar Malaysia sekarang? FELDA tidak
bertambah baik. Harga sawit terus merudum. Hidup petani dan pesawah
semakin sempit.
Kesemua ini adalah petunjuk jelas bahawa Malaysia Baharu adalah satu gimik politik yang tidak boleh dipertahankan.
Kedua, saya ingin mengingatkan YB bahawa DAP selalu menggunakan
alasan yang suhu perkauman di Malaysia semakin meningkat kerana pihak
tertentu menggunakan sentimen perkauman.
Siapa mereka itu YB? UMNO-PAS atau Malaysiakini atau akhbar Cina? Atau YB, anak YB dan parti YB?
Biar saya nyatakan realitinya. Pergilah ke mana-mana sudut negara
ini, tiada orang Melayu yang menzalimi bangsa Cina dan tiada orang Cina
yang menzalimi bangsa Melayu atau India. Keadaan di lapangan sangat
harmoni.
Kebanyakan kami rakyat di bawah tidak melihat ras sebagai
masalah harian dalam kehidupan Malaysia yang majmuk.
Orang Melayu terus ke kedai Cina, menggunakan kontraktor Cina dan
setia berurusan dan menyimpan dengan bank-bank milik Cina.
Orang Cina
terus mengunjungi kedai nasi lemak orang Melayu, sarapan roti canai di
kedai India dan menaiki Grab yang dipandu orang Melayu.
Realitinya, kehidupan Malaysia muhibah. Hanya YB, anak YB dan
rakan-rakan DAP sahaja yang terus meniupkan rasa khuatir seolah-olah
suhu perkauman semakin meningkat, hanya kerana orang Melayu tidak
mendukung Pakatan Harapan.
Jangan YB lupa bahawa Tun Mahathir pernah menjadi sebahagian dari
Perkasa. Dan pernah dilabel oleh DAP sebagai ultra Melayu. Nah, yang
itulah sekarang pujaan hati YB dan sekutu.
Ketiga, pada kebanyakan rakyat Malaysia, tiada Malaysia baru atau Malaysia lama. Hanya Malaysia.
Ini negara kami nan satu-satunya. Menukar pemerintah bukan bererti menukar negara dan segala struktur asasnya.
YB bercakap tentang Malaysia Baharu, adalah YB, anak YB dan
konco-konco YB. Seolah-olah YB adalah pejuang pembebasan yang terpenjara
berpuluh tahun dan akhirnya setelah dibebaskan berjaya menumbang
Kerajaan yang zalim.
Biar saya ingatkan YB. Yang baru tidak semestinya baik dan yang lama
tidak semestinya jelik. Pemikiran sebegini sangat songsang dan
keanak-anakan.
Apa YB lupa, BN telah membina negara ini dengan jayanya. Jika tidak,
masakan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan baik.
Jika tidak,
masakan Kerajaan dapat berfungsi seusai pilihan raya. Jika tidak,
masakan wujud generasi yang sangat waras dan tegas menentang apa yang
mereka anggap korupsi dan kejahatan.
Jika benar BN dan orang Melayu yang mendukung UMNO ini terlalu jahat,
tidak akan pernah wujud ruang peralihan kuasa dan pemugaran demokrasi
di negara ini.
Setelah BN tumbang, tidak ada satu pun tunjuk rasa yang UMNO dan PAS
anjurkan. Kami sangat menghormati pilihan rakyat dan kami menerimanya
dengan berlapang dada.
Malangnya, setelah lebih setahun memerintah dengan kualiti
pentadbiran yang gagal, maka cara paling mudah untuk mengalih
ketidakpuasan hati rakyat ialah mencari kambing hitam.
YB enggan
menerima hakikat bahawa yang menggantikan kleptokrasi adalah
kakistokrasi. Malah kini, pelbagai episod video seks, jenayah seksual
dan rujukan bahan lucah dilakukan oleh anggota Kerajaan. Seolah-olah,
kakistokrasi kini berubah pula menjadi pornokrasi.
Maka timbullah tuduhan bahawa ada pihak tertentu yang bermain
sentimen kaum dan agama. Malah, rakan-rakan YB sehingga ke hari ini
masih bercakap tentang ‘kartel’ dan ‘deep state’ yang tidak ada siapa
pun faham maksudnya.
Barangkali, para jemaah menteri yang bersijil palsu
dengan kelayakan luar negara yang ditipu boleh memberikan pencerahan
kepada kami yang hanya belajar dengan jujur di universiti tempatan.
Saya ingin bertanya. Selain perkauman, selama 60 tahun apa yang sebenarnya telah YB atau DAP bantu jayakan di tanah air ini?
Jika DAP bukan perkauman, masakan setelah 60 tahun, ia terus gagal
meyakinkan orang Melayu untuk mendukung perjuangannya.
Jika DAP bukan
perkauman, mengapa ia menjadi cacing kepanasan apabila Perdana Menteri
menyelar Dong Zong sebagai rasis? Jika DAP bukan perkauman, mengapa
penyatuan orang Melayu Islam disamakan dengan gerakan pengganas?
Setelah 60 tahun, satu-satunya ‘jasa’ DAP adalah memastikan orang
Cina hanya menyokong agenda rasis DAP. Sebab itu, sejak 6 dekad
sehinggalah setelah membentuk Kerajaan, tiada Melayu atau India atau
Iban atau Kadazan atau orang Asli yang berbondong-bondong menyertai DAP.
Sebabnya mudah. Impian DAP tentang Malaysian Malaysia yang tidak beragama rasmi itu sangat terpisah dari realiti Malaysia.
Keempat, berundurlah YB. Malaysia memerlukan kesegaran baharu.
Malaysia berterima kasih kepada Tun Mahathir, Anwar dan rakan
seangkatan mereka kerana sama-sama menyumbang dalam mencorakkan politik
Malaysia.
Tetapi, Malaysia ini bukan tentang anda semua selamanya. Malaysia
bukan tentang legasi Tun Mahathir dan cita-cita Anwar Ibrahim.
Negara
ini memerlukan generasi pelapis untuk mengambil alih. Kalau Singapura,
Filipina, Indonesia, Thailand hatta Vietnam sudah ada generasi pemimpin
baharu, mengapa kita masih lagi bergantung harap pada sang negarawan
yang dari generasi pertama.
Ingatlah YB, yang Malaysia perlukan bukan sekadar menukar nama.
Tetapi melebar makna dan menebar pesona. Itu, bukan sesuatu yang anda
fahami. Apatah lagi miliki.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO
7 orang berkata:
Bodo punya khalid ni.tanding pru pun klh lagi mau sembang.korek juboq sendirilah khalid,.
#BUYPRODUCTMUSLIMONLINE
Penyatuan Pas dan UMNO dilihat berupaya membentuk kuasa ekonomi terbesar di negara ini.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, perkara itu mampu direalisasikan sekiranya pembangkang menguasai negara selepas ini.
Menurutnya, kekuatan ekonomi seharusnya didominasi oleh bumiputera bukan sahaja di negara ini, malah di mana-mana negara sekali pun.
“Kita harapkan kepada semua rakyat di negara kita yang ingin melihat Malaysia ini sebagai sebuah negara yang baik dalam semua aspek iaitu ekonomi, pendidikan, politik dan seumpamanya memberikan sokongan kepada usaha gabungan Pas dan UMNO.
“Insya-ALLAH, apabila Pas dan UMNO bersatu, tiada lagi permusuhan membabitkan bangsa sendiri seperti mana terjadi sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas selesai Majlis Hi-Tea Ambang Merdeka malam tadi.
#HPU914 PERALIHAN KUASA PEMERINTAHAN DI PERAK DIMULAKAN.
“Ini adalah komitmen penuh kami kerana kita tidak ada apa-apa pilihan lagi melainkan kita perlu membuat satu perubahan yang mendadak, yang tak perlu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lagi,” katanya berucap pada Himpunan Melayu Bangkit & Penyatuan Ummah 2.0 di Dataran Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik, di sini, malam ini.
AJOMM KITA PUTIHKAN KUALA LUMPUR YA
#HPU914 PUTIHKAN KL TANJAK X DILUPA
PERAK ACID TEST TANPA PRU15 DI MULA
#BUYONLINEPRODUKMUSLIM KITA CIPTA
Sementara itu, Takiyuddin juga menegaskan, parti Islam itu akan menggerakkan semua ahlinya ‘memutihkan’ bandaraya Kuala Lumpur walaupun terpaksa ‘merangkak’ bagi menghadiri peristiwa bersejarah percantuman di antara Pas dengan UMNO.
#HPU914 KENA RANGKA STRATEGI BUAT KONSEP SEPERTI 'LAZADA' BELI PRODUK ISLAM ONLINE DELEVERY ONLINE JUGA.
SETIAP BANDAR DAERAH PEKAN MUKIM SEDIAKAN WHOLESALE PRODUK ISLAM SAMADA FOOD, F&B, BARANG DAPUR, MAKANAN RINGAN, SANITARI, PAKAIAN, SOS, TEPUNG, MINYAK MASAK, PRODUK IKS MRNTAH ATAU PROSES DALAM SATU WHOLE SALE CENTRE
GUNAKAN KONSEP 'LAZADA' DAN 'TRIVAGO' PERLU DIGERAKKAN PADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
#buyproductmuslimonline
Geng korek juboq..
Tu jer laa.. dalam kepala lol dia..
Kesian kau nii cai...
SEDAR KAH ANDA WAHAI MELAYU TEMA LAGU SETIA...!??
Cubaan hapuskan Sejarah Kemerdekaan Negara oleh bangsa komunis yang berkuasa. Cubaan untuk tidak melontarkan fitnah dan sangkaan tidak berasas sehinggalah mengumpulkan beberapa bukti jelas dan cukup kepastian dalam setiap isu untuk perkongsian yang baik kepada pembaca.
Apakah kita perasan atau sedar bahawa Sambutan Hari Kemerdekaan Negara tidak disambut hebat oleh Kerajaan DAP tahun ini.
Dalilnya ialah sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini diletakkan tanggungjawabnya kepada negeri-negeri dan bukan peringkat kebangsaan.
Ia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana bukan berstatus negeri.Kita jangan terkeliru kerana sambutan peringkat negeri boleh sahaja menjemput mana-mana pemimpin dan Sultan mengikut negeri dan yang pasti Raja atau Sultan untuk Wilayah Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong dan ianya amat sukar untuk kita besakan tetapi pekeliling dan arahan sudah jelas.
Sedarkah kita bila melihat beberapa video yang tular yang menjadi kebanggaan pencacai dan Pengkhianat Bangsa Melayu yang tidak sedarkan diri mereka sedang diperintah oleh Bangsa DAP iaitu video menteri-menteri kabinet menyanyikan lagu ‘setia’ beramai-ramai dan YDP Agong juga turut mencemar duli untuk sama berada dalam menyanyikan lagu patriotik tersebut...!??
YDP Agong menyanyikan lagu ‘setia’ itu bukan menjadi isu kerana YDP Agong dijemput untuk bersama dalam rakaman tersebut yang mana kita turut merasa bangga tetapi kenapa lagu ‘setia’ ini dinyanyikan tatkala negara menyambut kemerdekaan?
Fakta lagu tersebut dirakam untuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2019 tahun ini.
Kerajaan DAP jelas hari ini lebih mengiktiraf Hari Malaysia dan bukannya Hari Kemerdekaan Negara.
Dengan kata lain bermula 1 September program kearah sambutan Hari Malaysia bermula dan ianya mengelirukan kita semua kerana hanya selang sehari dari Sambutan 31 Ogos yang kita selalu ketahui.
Video kedua yang viral ialah nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’ dari rakyat Malaysia yang tinggal di negara-negara luar.
Apa yang menghairankan ialah “Wajah Malaysia” yang sebenar langsung tidak tergambar sepanjang lagu itu dimainkan.
Kenapa kebanyakannya kaum minoriti 20% dinegara ini menjadi wajah dan seolah identiti Malaysia dari kalangan Cina?
Majoriti rakyat Malaysia lebih 62% lenyap dalam ‘Wajah Malaysia’ yang cuba digambarkan.
Apakah Bangsa Melayu tidak berada di luar negara dan hanya kaum cina sahaja yang belajar atau bekerja di luar negara? Walhal kita tahu Bangsa Melayu boleh ditemui dimana-mana tempat di serata dunia.
Lagi mengejutkan sehingga wakil rakyat Malaysia dari Doha,Qatar, Dubai dan bandar-bandar besar Kesatuan Tanah Arab juga berwajahkan minoriti kaum Cina.
Apakah signal dan pesanan yang mahu Kerajaan DAP-PH ini mahu ketengahkan dan bagi tahu seluruh rakyat?
Jelaslah hari ini bahawa Sejarah Kemerdekaan Negara cuba dilenyapkan oleh Bangsa DAP kerana Sejarah jelas menyatakan sepanjang proses menuju kemerdekaan itu ada nama “UMNO” di dalamnya yang tidak mampu diubah kerana ianya sejarah yang tidak boleh dipadamkan.... macai bodoh PH bole faham ke message macam ni..!!??
#buymuslimproductonline
BUY MUSLIM PRODUCT.
BAYARLAH HUTANG PERCETAKAN AKHBAR KAMU DGN SYKT PERCETAKAN MELAYU YG DAH MUFLIS ITU. JANGAN BOIKOT SYATIKAT MELAYU MUSLIM ITU. BAYARLAH HUTANGNYA SEGERA SUPAYA SYKT ITU DPT KELUAR DR MUFLIS. TOLONGLAH WAHAI KAMU YG MENGAKU PARTI ISLAM ORANG ISLAM.
BAYARLAH HUTANG PERCETAKAN KAMU KEPADA SYKT NAJ. NAJ ITU SYARIKAT MELAYU ISLAM. JANGAN BOIKOT NAJ SAMPAI MUFLIS PULA NANTI. NAJ ITU TIDAK MUFLIS. BAYARLAH TERUS KEPADA NAJ TANPA GUNA LOWYER. ITU SYARIKAT MELAYU, ISLAM, BUMIPUTERA. ITU BUKAN SYARIKAT DAP. BAYARLAH.
INGATLAH, ISLAM BUKAN CUMA SOLAT DAN CERAMAH POLITIK SEMATA. ISLAM ITU LUAS. HUTANG WAJIB BAYAR. BAYAR DAN BAYAR SEBELUM PELUHNYA KERING. INI PELUH DAH BERTAHUN2 KERING KENAPA HUTANG UPAH BELUM DIBAYAR.
JANGANLAH BANYAK TEMBERANG. JGN FIKIR BANYAK PASAL DAP DAN AMANAH KERANA IA BOLEH MELUPAKAN TANGGUNGJAWAB KAMU UNTUK MEMBAYAR HUTANG UPAH PERCETAKAN KAMU. INGAT!!! INGAT!!! INGAT!!! DI AKHIRAT NANTI ALLAH AKAN TANYA KAMU PASAL HUTANG INI. ALLAH TIDAK AKAN TANYA LOWYAR, ALLAH TAK AKAN TANYA LOWYAR PASAL HUTANG KAMU.
KAMU SEMUA YANG BERKAITAN, ROH KAMU AKAN TERAWANG2 TIADA BERTEMPAT, TIDAK DITERIMA ALLAH JIKA HUTANG KAMU TIDAK DIBAYAR. TOLINGLAH BAYAR SUPAYA ROH KAMU NANTI DAPAT KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA. AMINN
Tuuu jerrrr...!!
Post a Comment