BERITA SEBELAH PEHAK
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau
berpuas hati dengan pendirian Dr Mahathir Mohamad selepas bertemu dengan
perdana menteri itu pagi tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebarang perkembangan terperinci mengenai pertemuan itu apabila ditanya pemberita.
“Saya akan ada mesyuarat khas majlis pimpinan. Baru dari rumah PM Tun Dr Mahathir, bincang beberapa perkara.
“Dan saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reform harus diteruskan.
“Itu yang saya boleh sebut setakat ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.
TERUS TUNGGU PERKEMBANGAN
BERITA
Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai sebarang perkembangan terperinci mengenai pertemuan itu apabila ditanya pemberita.
“Saya akan ada mesyuarat khas majlis pimpinan. Baru dari rumah PM Tun Dr Mahathir, bincang beberapa perkara.
“Dan saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reform harus diteruskan.
“Itu yang saya boleh sebut setakat ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.
TERUS TUNGGU PERKEMBANGAN
LANGSUNG: Azmin, Zuraida dipecat dari PKR - Sumber Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan
| Dikemaskini
LANGSUNG
pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini.
Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.
1.36 petang: Dua pemimpin kanan PKR dikatakan akan dipecat dari parti itu.
Menurut beberapa sumber, keputusan tersebut sudah dipersetujui dan kini hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.
1.30 petang: Seorang sumber memberitahu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, menghadap Sultan Selangor hari ini.
Sumber
yang condong kepada kem Anwar Ibrahim itu berkata, Amirudin memaklumkan
hal tersebut semasa bertemu dengan Adun PKR di rumahnya pagi tadi.
Katanya, Amirudin juga memberitahu Selangor "akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat" dalam PRU lalu.
"Menteri Besar Selangor memberi taklimat kepada tuanku.
"Esok beliau akan berjumpa tuanku sekali lagi bersama semua ketua parti dalam PH," katanya.
1.10 petang:
Majlis Perundingan Buddha, Kristian Hindu Sikh dan Tao Malaysia
(MCCBCHST) merayu agar Yang Di-Pertuan Agong dapat menggunakan budi
bicara baginda untuk menitahkan agar parlimen dibubarkan.
“MCCBCHST
merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Yang-dipertuan Agong untuk
menggunakan kuasa budi bicara baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan
untuk mengarahkan pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya
semula.
“[...] Kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita berdoa
untuk perpaduan dan kestabilan Malaysia,” kata persatuan itu dalam satu
kenyataan.
Jelas persatuan itu, mandat rakyat yang memilih pemerintah mereka dalam pilihan raya umum (PRU) lalu haruslah dihormati.
“Lebih-lebih
lagi, banyak pemimpin dalam Pakatan Nasional yang disebut-sebut itu
berdepan pendakwaan atau penyiasatan kes rasuah, jadi tujuan perikatan
itu mungkin hanya untuk melindungi kepentingan peribadi dan untuk
mengkhianati mandat rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
12.55 tengah hari: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memanggil semua Adun PKR di negeri itu ke kediaman rasminya pagi tadi, kata satu sumber.
Sebelum itu dikatakan Amirudin memanggil semua Adun.
Ditanya
jika kerajaan negeri yang ada akan bertahan, sumber itu - yang memihak
kepada kem Azmin Ali - berkata: Tidak ada apa-apa perubahan.
Tidak dapat dipastikan jika Adun PKR yang menyokong Anwar terbabit dalam pertemuan tersebut kerana pertanyaan yang dihantar Malaysiakini tidak berjawab setakat ini.
Sementara itu Amanah Selangor juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat dalamannya hari ini.
12.45 tengah hari: Presiden PKR, Anwar Ibrahim, tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bersama isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Anwar, beliau baru saja tiba dari rumah Dr Mahathir Mohamad dan pertemuan itu berlangsung dengan "sangat baik".
"Kami ada bincang beberapa perkara dan saya berpuas hati dengan pendirian beliau, bahawa kita harus mengutamakan prinsip.
"Agenda reformasi harus diteruskan, itu yang saya boleh sebut setakat ini," katanya kepada media.
Ditanya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu secara langsung.
Sebaliknya ahli parlimen Port Dickson itu memberitahu agar kerajaan tidak mudah tunduk kepada kehendak kumpulan tertentu.
"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yg lalu.
"Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya.
Anwar
juga menjelaskan beliau "terkesan" dengan sikap Mahathir mengenai
perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu "merampas kuasa"
tanpa menetapkan agenda perubahan.
12:20 tengah hari:
Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran, tiba di Ibu Pejabat DAP, sejurus
selepas dibebaskan atas tuduhan terbabit dengan kumpulan Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
"Saya sangat gembira, saya mahu ucapkan beribu-ribu terima kasih," katanya kepada media.
Anak Gunasekaran, Nancy, berkata keluarganya meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
"Kami terus datang ke sini selepas itu," katanya.
12.10 tengah hari: Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 ketika pasaran dalam keadaan tidak menentu.
Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar AS, menjadi RM4.2215 setakat ini.
Mengulas
prestasi Bursa Malaysia, bekas PM, Najib Razak berkata, sama ada PH
kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan
secepat mungkin.
12.05 tengah hari: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tiba di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Ditanya
apa yang akan dibincangkan oleh kepemimpinan PKR dalam mesyuarat
tergempar parti itu sebentar lagi, beliau enggan mengulas.
"I have a good feeling," katanya.
Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, juga tiba.
12 tengah hari:
Adun Pasir Pinji merangkap salah seorang exco Perak, Howard Lee, yang
tiba di Ibu Pejabat DAP berkata, semuanya berjalan seperti biasa di
negeri terbabit.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok, memberitahu Malaysiakini, beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan kerana sedang berada di Sabah.
11.40 pagi:
Difahamkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sudah tiba di
kediaman Dr Mahathir Mohamad di Seri Kembangan, Selangor hampir sejam
lalu.
Astro Awani melaporkan, ketiga-tiga ahli parlimen itu sedang bertemu dengan Mahathir.
11:30 pagi: Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.
Hal
itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen
Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan
(Sungkai).
11 pagi: Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu.
"Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.
Sebelum
Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun
Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.
10.45 pagi: Presiden Gerakan, Dominic Lau, mengesahkan kepada Malaysiakini, parti itu akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.
Katanya,
salah satu agenda yang akan dibincangkan ialah kemungkinan penyertaan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, serta penyokongnya, ke dalam Gerakan.
"Itu antara agendanya, tapi yang utama akan dibincangkan ialah situasi politik, kedudukan Gerakan, strategi dan tindak balas.
"Kami akan bincangkan mengenai peranan Gerakan apabila ada perubahan kerajaan," katanya.
Lau bagaimanapun enggan mengulas sama ada Azmin dan pengikutnya ada atau tidak memohon menyertai Gerakan.
Beliau juga tidak mengulas apabila ditanya kemungkinan Azmin akan hadir pada mesyuarat tersebut.
10.49 pagi: Pusat Pembanterasan Rasuah dan Kronisme (C4) akan menyertai sidang media bersama Bersih pada petang ini.
Pengarah
Eksekutif C4, Cynthia Gabriel, berkata sidang media itu akan diadakan
sejurus selepas Presiden PKR, Anwar Ibrahim, bertemu Yang di-Pertuan
Agong.
10.50 pagi: Malaysiakini difahamkan
oleh sumber, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, tiada di pejabat
ketika Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng tiba.
Difahamkan ketiga-tiga mereka kemudian bersama-sama menuju ke rumah Mahathir di Seri Kembangan.
10.25 pagi:
Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng meninggalkan Perdana Putra. Kedua-dua
mereka tidak memberhentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap
kepada media.
Hanya beberapa minit sebelum itu, Menteri
Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, juga dilihat
meninggalkan bangunan menempatkan Pejabat Perdana Menteri itu.
Kenderaannya diperlahankan sedikit dan beliau melambai ke arah wartawan yang menunggu.
10.20 pagi:
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan tidak akan
menghadiri sebarang majlis rasmi kementeriannya hari ini.
Hal itu disahkan seorang pembantunya.
Kata
sumber tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna, Hasnol Zam Zam Ahmad, akan mewakili Saifuddin.
10 pagi:
Kira-kira dua jam sebelum mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)
DAP berlangsung, kelihatan salah seorang pemimpin kanan parti itu tiba
di bangunan ibu pejabat parti terbabit di Pudu, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, enggan memberi sekarang kenyataan.
"Saya tak tahu," katanya apabila ditanya media sama ada beliau hadir untuk menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya.
Menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, beliau datang untuk menyelesaikan "hal-hal lain".
Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dilihat tiba di situ kira-kira jam 9pagi.
0 orang berkata:
Post a Comment